Cerita ini berlaku di sebuah masyarakat orang Ulu yang terbiar, dan minoriti atas minoriti. Perkampungan mereka terletak nun jauh di dalam hutan dan jauh dari arus pemodenan. Bilangan puak atau suku inipun hanya sekitar 150 buah keluarga. Puak ini diketuai oleh seorang Tok Ketua yang bernama Tok Patin, isterinya pula bernama Wak Timah. Apa yang menduka citakan pasangan ini ialah biarpun berpuluh tahun berumahtangga, namun tidak dikurniakan zuriat untuk meneruskan kepimpinan puak mereka. Pada satu hari konon empunya cerita, ayah kepada Tok Ketua itu memulakan perbincangan
AYAH TOK PATIN : Patin, apa kata kalau kau dan isteri mengambil anak angkat, supaya ada juga pewaris keturunan kita.
TOK PATIN : Bagus juga cadangan ayah itu, besok saya dan isteri akan mengumumkan kepada orang kampung.
Keesokkan harinya, tok Pating pun mengumpulkan orang kampung dan menyatakan hasratnya untuk mengambil anak angkat lelaki dari mana-mana keluarga yang melahirkan terlebih dahulu. Sebagai puak yang ditanam dengan kesetiaan dan ketaatan kepada Ketua, mereka pun bersetuju untuk melaporkan akan kelahiran anak lelaki dalam waktu yang terdekat.
Selang beberapa minggu kemudian, seorang lelaki dari puak itu, pergi menemui Tok Patin.
LELAKI : Tok Ketua, saya telah diberitahu oleh puak di hujung kampung,besok ada rombongan dari pemberita BERNAMA akan datang berkunjung di kampung kita untuk membuat liputan tentang masyarakat kita…bagaimana pendapat Tok Ketua,?
TOK KETUA : kalau begitu umumkan kepada semua orang kampung, besok kita adakan kermaian menyambut kedatang mereka.
Setelah keseokkan harinya, rombongan itupun datang..dan tengah dikalungkan bunga..seorang lelaki datang dengan termengah-mengah dan menyampaikan berita bahawa seorang wanita dari puak mereka telah melahirkan seorang anak lelaki. Mendengar berita itu, Tok Ketua dengan gembira menyuruh dibawakan anak lelaki itu di hadapannya dan sempena kedatangan pemberita BERNAMA itu, maka anak itu diberi nama ‘BERNAMA’.
Dipendekkan cerita, BERNAMA membesar menjadi lelaki gagah dan perkasa. Segala ilmu pertapaan Tok Ketua dicurahkan kepada BERNAMA. Siapa tidak kenal BERNAMA ,dari ilmu peperangan, hinggalah kepada ilmu pemburuan semua dikuasainya. Sebut saja, Tupai, Musang, Burung,Kancil,Pelanduk,harimau hatta Gajah sekalipun pernah ditewaskannya. Begitulah hebatnya si BERNAMA tiada tolok bandingnya pada zaman itu.
Pada suatu hari Tok Ketua berkata kepada si BERNAMA.
TOK KETUA : Wahai BERNAMA , besok kau temankan ayahanda ke dalam hutan menghantar atukmu yang sudah tua itu.
BERNAMA : baiklah ayahanda….
Besoknya, Tok Ketua mengangkat ayahnya yang sudah tua uzur itu ke dalam bakul sandang di belakangnya dan meminta BERNAMA menjadi pemandu jalan. Dalam perjalanan itu Tok Ketua bertanya kepada BERNAMA.
TOK KETUA : Kau tahu kenapa atuk kau ni dibawa bersama ?
BERNAMA : Tidak. Kenapa ayahanda…?
TOK KETUA : Menurut adat puak kita, apabila seseorang sudah tua uzur dan tak bermaya,maka kewajipan bagi anak lelakinya untuk meninggalkan ayahnya itu ke dalam hutan sendirian. Semakin jauh di tinggalkan, semakin baik dan bermaruah anak lelaki itu.
Mendengar penerangan ayahnya itu BERNAMA hanya mengangguk-angguk kepala tanda faham. Setelah berjalan lama ke dalam hutan, tibalah mereka di tepi sebuah batu yang besar, dan berkatalah Tok Ketua.
TOK KETUA : Saya rasa, disinilah tempat yang paling baik kita tinggalkan atuk kamu ini.
Setelah itu Tok Ketua pun menurunkan ayahnya dari bakul kemudian diletakkannya di tepi batu besar itu. Selepas itu Tok Ketua dan BERNAMA pun berjalan pulang. Dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba BERNAMA berkata kepada Tok Ketua.
BERNAMA : Bolehkah ayah tunggu sekejap,? ada barang saya tertinggal di tempat kita turunkan atuk tadi, saya pergi ambik dulu.
Setelah menunggu lama akhirnya BERNAMA datang membawa bakul tempat atuknya dibawa tadi.
TOK KETUA : Kenapa kau ambik bakul tu BERNAMA?.
BERNAMA : Saya ambil untuk persediaan. Kalau ayah pula sudah tua dan uzur, saya isi ayah ke dalam bakul ini dan hantar ke dalam hutan.
4 ulasan :
Salam KP,
Maaf kerana menegur, saya perhatikan dlm blog KP sering kali ada perkataan yg salah ejaannya, KP kena cheak dgn berhati-hati, penggunaan penambahan kata kadang2 tdk selaras dgn ayat yg digunakan...Rojokobog mohon ribuan kemaafan jika teguran ini menyinggung perasaan KP, tapi percaya lah semua ini utk kebaikan bersama. ikhlas..( Maaf komen tak ada kena mengena dgn tajuk cerita Tok Patin )
salam kembali Rojokobog..
sdr pun silap agaknya, saya nie KELAPA MAWAR, bukannya KELAPA PANDAN...harap maklum.
Ma kasih dengan teguran sdr, dan saya kan cuba memperbaikinya, maklumlah typing error ini, sekali terkesan, time diterbitkan sudah. Mohon maaf atas kesilapan ejaan dan yang tidak tepat..
teguran sdr sangat-sangat saya ambil berat, dan insyallah saya akan memperbaikinya.
Ma kasih sekali lagi dengan kunjungan dan pandangan sdr. Wassalam.
salam sdr KM..
Saya membaca cerita sdri berulang kali..untuk memahaminya..
terlalu simbolik dan banyak makna tersirat..
rasanya bapa borek anak rintik..tak ? sekadar mentafsir..mohon maaf kalau tersilap..
teruskan...wassalam
salam sdr depu-depu..
ma kasih dgn kunjungan dan pandangan sdr..saya hargainya..banyak tafsiran,bergantung kepada seseorang..wassalam
Post a Comment