Monday, August 3, 2009


IRANUN SYOK SENDIRI ?..

Bila kita berbicara tentang harga diri dan maruah bangsa, adalah tidak adil sekiranya kejatuhannya dikaitkan dan dipalitkan kepada orang dan bangsa lain. Menidakkan bahawa kelemahan diri dan bangsa adalah terlalu minimum sebaliknya kesilapan orang lain sebagai yang maksimum adalah merupakan ‘helah bela diri’ yang bisa mempercepatkan kehancuran kuasa politik sesuatu bangsa itu. Membaca catatan Kak dayang Wulan tentang kenapa Iranun gagal mendapat tempat dalam perwakilan G7…menggambarkan situasi menyalahkan orang lain dan menidakkan kelemahan bangsa sendiri. Saya akan cuba mengupas beberapa persoalan yang Kak Dayang Wulan utarakan, dengan hati yang bersih, minda yang lebih terbuka dan demi Iranun dan politiknya. Oleh kerana artikel itu ditujukan kepada Kelapa Mawar,maka secara lebih Ilmiah persoalan ini akan dirungkai dengan lebih bertanggungjawab.


Kenyataan bahawa calon G7 Iranun tidak ditolak oleh perwakilan sesukunya dan tidak mendapat sokongan perwakilan kadazan/Dusun yang dilabelkan sebagai kelompok ‘beri wang dapat sokongan” adalah satu persepsi politik yang kurang mengena. Ini kerana alasan demikian adalah alasan untuk menyelamatkan diri semata-mata. Kenapa saya katakan yang demikian…? Bersandarkan kepada perkembangan politik semasa di daerah KB…dan kerana pada waktu pemilihan itu saya turut serta maka beberapa perkara yang saya dengar ialah ada wakil-wakil Iranun yang sememangnya tidak mendapat undi dari perwakilan Iranun sendiri. Atas beberapa factor peribadi…yang kalau saya ulas ibarat membuka pekung di dada. Misalnya….SDR..Selisih Ukoh…ramai perwakilan belia Iranun yang celik politik tidak memberikan undi kepada beliau…Atas sebab apa?...antara yang mengambil tempat ialah kegagalannya menerajui PISBA…relevankah alasan ini..? jawabnya ya. Kerana pada waktu pemilihan G7 ini..isu ini bertiup kepada beberapa perwakilan….secara senyap. Belum lagi SDR Razakrakunman, dan SDR HJ.Mayur.


Kalau kita katakan bahawa wakil Iranun terperap dan tidak mendapat sokongan perwakilan Kadazan /Dusun juga tidak tepat. Kerana sebelum ini Calon ketua pemuda SDR TAJUL MENDAPAT SOKONGAN DARI GOLONGAN INI. Kekalahan tipis kepada calon lain dengan hanya beberapa belas perbezaan undi, jelas menggambarkan kepada kita bahawa sokongan boleh diperolehi asalkan percaturan dan strategi dirancang dengan lebih tersusun dan sistematik.Juga tidak adanya campur tangan dari suara-suara ghaib diatas sana. Seperti yang saya katakan sebelum ini pemimpin yang punya idealisme yang jelas dan mendukung kesaksamaan dalam perjuangan akan lebih mendapat tempat.


Persoalan yang seterusnya ialah tentang TSP yang saya katakan silap dalam percaturan politik peribadinya dan mengutamakan persefahaman semulajadi politik di daerah KB. Kak dayang Wulan menggambarkan wujudnya apa yang dikatakan sebagai ”mutual understanding” dengan Datuk Musbah. Dan ini saya akui dari awal-awal lagi. Keputusan TSP menerima tawaran TUN Mahathir , ketika itu untuk memberi ruang kepada wakil UMNO HJ. Musbah dan sebagai balasan, TSP dilantik ek Jawatan Menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri adalah satu tindakan yang tidak dibuat atas dasar kepentingan politik Iranun. Semasa TSP diumumkan tidak dapat bertanding pada waktu itu atas tiket AKAR, Saya adalah antara ribuan penyokong yang datang ke rumah TSP di Marampayan untuk mendengar sendiri realiti itu. Pada waktu itu, saya tidak nampak TSP punya penasihat Politik yang bertindak menerangkan kepada para penyokong TSP yang kebanyakkannya ialah orang Iranun. TSP membuat keputusan atas dasar peribadi. Hanya bersandarkan kepada Mutual Understanding yang Kak Wulan katakan itu. Apakah TSP tidak tahu bahawa Mutual Understanding itu bukannya faktor terpenting mengorbankan Tempasuk kepada HJ Musbah.? Apakah TSP tidak mengetahui bahawa tindakannya itu membuatkan suku Iranun tidak punya wakil di Tempasuk ? Dan apakah Jaminan TSP akan dapat semula kerusi Tempask itu? Dan kalau dapatpun....apakah tidak wujud pakatan politik peringkat negeri untuk mejatuhkannya?..Akhirnya percaturan politik itu menampakkan hasil apabila TSP adapat bertanding kembali di Tempasuk...dan begitu juga, kehadiran MUSA Aman...menyebabkan TSP tidak dicalonkan semula....TSP perlu lebih dewasa menghadapi sepak terajang politik sebab sebagai orang lama...beliau sepatutnya lebih bersedia. Dan kerana tidak memikirkan sama ada Iranun sudah ada pengganti pemimpin seperti beliau...maka sampai sekarang kesan itu dirasai oleh Iranun. Ketika menghadiri perkahwinan anak TSP baru-baru ini, saya terus mendengar bahawa anaknya akan diketengahkan.....


Maka sebagai pengkritik atas pagar yang tidak menyebelahi mana-mana suku dan golongan pemimpin, saya berpandangan bahawa kesilapan terbesar TSP yang tidak mempedulikan kebangkitan pemimpin pelapis...menyebabkan Iranun terus terpinggir dalam UMNO di KB. Tokoh-tokoh Iranun G7, sebenarnya adalah takut kepada suara-suara ghaib diatas yang memberikan arahan untuk tidak mengundi mereka. Percayalah Iranun akan lebih bertenaga, sekiranya...TSP bersedia mendengar permasalahan dan menerima kelemahan dan kesilapan diri pada waktu yang sama, bersama merancang perjuangan politik. Kalau sudah minoriti itu, buatlah seperti minoriti...bersatulah!.

11 ulasan :

SI RENGIT said...

salam...

saya masih tidak dapat bezakan gajah dengan unta...wal tumpuk-tumpuk tahi unta...

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari KM..syabas saudari..teruskan....

malu ka keneti langah...

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Apa saja bentuk kelemahan dan kekalahan TSP juga disalahkan? Undi Tadzul yang bezanya belas2 saja berbanding Bahror@Baharul Sawi adalah disebabkan oleh faktor mastermain seperti Datuk Hj Musbah dan Awadnir Matanggal...jadi Tadzul usah berasa bangga atas sokongan tersebut...kalau tanpa sokongan individu tersebut dianggarkan undi yang Tadzul perolehi dalam lingkungan 40 ke 50 undi saja...saya bercakap kerana ini berdasarkan pengalaman saya sebagai orang lama dalam politik...

Saudari Kelapa Mawar ada menyebut soal pemimpin pelapis...sekarang saya nak tanya...adakah pemimpin pelapis yang betul2 boleh menggantikan TSP? kalau ada sila sebutkan? Nak jadi pemimpin saya fikir tak perlu restu TSP dan TSP sendiri pun tidak pernah mengarahkan sesiapa yang nak jadi pemimpin perlu mendapat restunya? kalau ada bila? Saya baru saja bertemu dgn TSP beberapa hari yang lepas...saya bertanya soal ni...beliau menyatakan sesiapa pun kalau layak jadi pemimpin, beliau tidak ada halangan untuk menyokong...

DEPU-DEPU said...

Salam sdri KM..

Aii nampoaknya isu ini menjadi kian panasssss..
sabar..kita bawa bertenang ya....

secara lebih terbuka..saya merasakan bahawa TSP merupakan tokoh politik Iranun yg relevan dan mempunyai kekuatan sendiri...sebagai manusia memang ada kelemahan,...tetapi tidak sampai kita lupa jasa dan pengorbanannya...

Apa2pun...Tq dgn pandangan sdri dalam hal ini..

rojokobog said...

Salam,
Percaturan politik Kota Belud masih jauh dan tiada siapa yg dapat menjangkaunya, memang kalau diamat-amati agak kurang pemimpin pelapis yg muncul dikalangan anak muda di Daerah Kota Belud, salah satu faktor yg jelas ialah tanpa duit jgn cuba2 berjinak-jinak dgn politik, pemikiran anak2 muda mulai menyimpang jauh, lebih baik wang ringgit yg ada aku gunakan utk benda yg berfaedah daripada berbelanja utk politik yg belum tentu dapat pulangannya, wadah perjuangan dalam mengharungi ranjau politik memang sukar dan memerlukan ketabahan dan ketebalan poket pendek kata ekenomi mesti mantap, pemimpin pelapis bermaksud generasi muda yg akan mewarisi takhta kepimpinan bila sampai masa yg tua akan bersara, jika trend yg ada sekarang iaitu wang jadi ukuran utk bakal pemimpin akan datang.. macam tu.

SAMBAL BELACAN said...

Salam,

Sdra/i rojoblog...macam mlm pula...jual produk tapi tdk ade kedai...hheheheheh...........

kelapa mawar said...

salam sdr renggit..

Ma kasih dengan kunjungan sdr..senang jak untuk bezakan!...gajah ada belalai panjang digunakan untuk mengambil wang rakyat..dan unta ada bonggol tempat menyimpannya...

kelapa mawar said...

Salam Sdr Sambal Belacan..

Sebenarnya ramai pemimpin pelapis yang berpotensi ke hadapan..tetapi tidak mendapat sokongan moral dari TSP...Kibin,Laliman,Laiman,Razak,Musram,Selisih,Dan ramai lagi....semuanya ini mendapat suara-suara ghaib utk tidak ditonjolkan...Lihat kp Sdr Tajul..juga mendapat nasib yg sama...Bagaiamana dgn pemimpin muda yg lain...yanhg berpendidikan, berpendirian dan mula melibatkan diri dlm [politik...?

Kalau TSP sendiri tidak turun padang selection para pemimpin pelapis ini...siapa yang akan ganti beliau?..apakah beliau boleh berttahan 10-20 thunlagi...Sedangkan Sdr Musli cakap bahawa jawatan speaker itu adalah jwtn pencen...Siap selepas TSP?...

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Saya akui juga akan kelebihan TSP juga pengorbanannya dalam kancah politik negara..tetapi itu menggambarkan bahawa beliau tidak ada kesilapan langsung...dan kesilapan terbesar nya ialah menidakkan golongan pelapis dari sukunya sendiri...kita kena akui perkara ni..

kelapa mawar said...

Salam rojokobog..
Ma kasih dgn pandangan bernas itu...wang adalah merupakan senjata makan tuan bagi UMNO seluruhnya..Bukan sahaja UMNO KB..

Generasi muda sekarng terutamanya yg mula celik politik muak dgn keadaan ini..diKB sendiri wakil2 7 yg menang adalah antara mrk yg memberikan smapul berkepala raja...hal ini semacam menjadi trend..dan kalau dibiarakan...UMNO akan sakit dan mendapat demam selesma babi..percayalah..UMNO akan hancur!

kelapa mawar said...

salam SB..

aiii produk tu pun adakah dlm UMNO KB?

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar.

Saudara Razak. Salisi, dan Haji Mayur bukan calon iranun yang popular diketengahkan dalam pemilihan bahagian G7 UMNO KB. Mereka tiada kelayakan yang dituntut oleh perwakilan KB. Mereka hanya dikenali dalam masyarakat Iranun, tetapi tidak dengan bangsa bajau, kadazan dll. Cermin-cermin dulu sebelum membuat ulasan. Jangan sampai macam meludah di udara kena muka sendiri.

Wasalam