buku konspirasi melayu :
Membaca buku konspirasi politik melayu yang diedarkan secara free of charge kepada perwakilan UMNO KB,mengingatkan saya motif sebenar penulis melakukan yang demikian. Kalau buku itu diberikan secara percuma di KL, ada juga kenanya. Kerana buku itu membicarakan 99% adalah berkaitan dengan politik Semenanjung. Biarpun ada juga isu politik Sabah tetapi terhad dan tidak menyeluruh. Kalau nak katakan tentang UMNO KB, jauh sekali...hanya perihal ..sepintas lalu tentang orang Bajau...itu saja. Kenapa buku ini diedarkan? itupun ketika penulis bertanding menjadi calon G7 di KB. "Satu-satunya penulis Sabah membicarakan politik nasional.." itulah antara tulisan yang terpampang di belakang buku ini...Menghairankan kerana...seorang penulis bertaraf nasional tetapi lembab dalam market bukunya.
Ketika selesai persidangan perwakilan G7, saya dapati ada juga perwakilan yang dapat satu buku dan freenya 2-3 buah buku, diborong secara pukal..agaknya. Selepas itu buku-buku berkenaan ditinggalkan begitu saja, tanpa dibaca dan difikirkan idea politik penulis. Seorang perwakilan membisikkan kepada saya...bahawa apa kaitannya buku itu dengan realiti UMNO KB..? ya tak ya jugak.
Jadi kenapa buku itu diedarkan?..Rasanya sebagai umpan untuk memenangi G7..atau barangkali sebagai buah tangan..atau untuk menaikkan imej penulis...atau untuk apa????
Kalau penulis benar-benar seorang pemikir dan penganalisis politik berwibawa..kenapa tidak di tulis senario politik di KB dengan lebih terbuka..dan tidak tertutup. Kemudian edarkan kepada para perwakilan..supaya merekaboleh membaca apa yang tersirat dan tersurat dalam poitik KB. Bongkar 'rahsia-rahsia' politik yang berlaku di KB...secara tidak menyebelahi mana-mana tokoh tetapi dibincangkan secara ilmiah dan mengikut lunas-lunas sains politik....
Kata seorang kawan...wajarkah seorang berkelulusan ekonomi...'menawarkan' idea politik di saat 'permintaan' melambung naik.? Apakah pulak 'kos melepas' dari 'penawaran' itu..? Nah, hanya B.Econs (Hons) yang boleh menjawabnya.
Ketika selesai persidangan perwakilan G7, saya dapati ada juga perwakilan yang dapat satu buku dan freenya 2-3 buah buku, diborong secara pukal..agaknya. Selepas itu buku-buku berkenaan ditinggalkan begitu saja, tanpa dibaca dan difikirkan idea politik penulis. Seorang perwakilan membisikkan kepada saya...bahawa apa kaitannya buku itu dengan realiti UMNO KB..? ya tak ya jugak.
Jadi kenapa buku itu diedarkan?..Rasanya sebagai umpan untuk memenangi G7..atau barangkali sebagai buah tangan..atau untuk menaikkan imej penulis...atau untuk apa????
Kalau penulis benar-benar seorang pemikir dan penganalisis politik berwibawa..kenapa tidak di tulis senario politik di KB dengan lebih terbuka..dan tidak tertutup. Kemudian edarkan kepada para perwakilan..supaya merekaboleh membaca apa yang tersirat dan tersurat dalam poitik KB. Bongkar 'rahsia-rahsia' politik yang berlaku di KB...secara tidak menyebelahi mana-mana tokoh tetapi dibincangkan secara ilmiah dan mengikut lunas-lunas sains politik....
Kata seorang kawan...wajarkah seorang berkelulusan ekonomi...'menawarkan' idea politik di saat 'permintaan' melambung naik.? Apakah pulak 'kos melepas' dari 'penawaran' itu..? Nah, hanya B.Econs (Hons) yang boleh menjawabnya.
22 ulasan :
salam...
Ulasan saudara ada kebenarnya...itulah hakikat yang kena kita terima....teruskan posting saudari!!!
Saya dah baca buku saudara musli...seperti ulasan saya pada posting saudara depu-depu...BIAS....
Salam sdr kelapa mawar..
Rasanya gambar tu macam di copy di blog saya jak..Tapi tak apa saya halalkan...heheheh
Ok lah Sdri Kelapa Mawar..
Bagi say,pendirian lebih kurang dgn sdri..iaitu keliru dan tertanya-tanya kenapa buku tu diberikan percuma...?
Hanya yang empunya buku boleh menjawab...tunggulah sdr Musli Jawab..
Salam semua,
Buku Konspirasi Politik Melayu telah pun dijual dgn Kuala Lumpur beberapa tahun yg lalu, saya rasa Sdr Musli berpendapat ada baiknya buku tersebut diedarkan kpd perwakilan UMNO Kota Belud UTK MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN MEREKA DLM POLITIK YG HANYA BERKISAR DISEKITAR KOTA BELUD DAN YG SEWAKTU DGN NYA..kenapa kita berfikiran sempit,hanya kerana diedarkan di Kota Belud, bermacam andaian yg timbul, buka lah minda sikit..Sdr Musli tak menang pun W7 hanya kerana edar buku tersebut..pengalaman dari cerita yg terdapat dalam buku tersebut sangat berguna utk perwakilan menafaatkan di masa akan datang..agar mereka bukan katak dibawah tempurung.
salam..
Rojokobog...Kalau nak berpancak silat kena pada tempatnya.. Penulisan saudara Musli dalam buku ini amat mengecwakan semua rakan bloger kita dan juga rakan-rakan yang lain diluar sana...
Pada kami dan mereka di sana...penulisan saudara kita ini banyak fakta dan ulasanya yang bersikap bias taupun denga lebih detailnya lagi...tidak menceritakan pekerara yang sebenar...Seakan-akan menjaga hati para pemimpin UMNO sahaja....saudara bacalah...nilai dengan jujur....
Kita bukan sempitkan perkara ini ( Sila baca posting kawan kita nie, dah di ulas pun)..macam tadilah...berpancak silat bukan digelanggang tetapi di bilik karaoke...macam penyampai edisi siasat katalah..."Apakah haram jadahnya" buat disitu...fikirkan....saassssssssh!!!
Salam sdr renggit..
Ma kasih dengan pendapat sdr yang sehaluan dgn saya..Apakah halalnya buku itu diedarkan kepada perwakilan..? percuma lagi tu..buku itu kosong dan berat sebelah...
Kalau sdr depu-depu katakan sebabnya sdr musli ahli UMNO? nKalau ahli UMNO jangan tulis buku tentang UMNO tulislah buku tentang pembangkang.
dah bertanding pun kalah...bila org beri idea dan analisis politik KB, dia pula menuduh kita nie dangkal dan cetek..bila kita keluarkan post ulas buku dia...diam2pulak..
Salam sdr depu-depu..
Betul! maaflah tak inform awal...tak ada masa hehehe..terlalu sibuk baca buku si Musli ni..
Kekeliruan sdr akan terjawab kalau sdr Musli lawat blog ni tunggulah...
Salam sdr rojokobog..
Sudah dijual di KL...tidak laku agaknya sebab tu bagi percuma kat KB. Sdr Rojokobog ni tak boleh berfikir langsung..
Apakah tujuan buku itu diedarkan percuma?...Sdr Musli ini bukan mcam orang lain..mesti ada kepentingannya?..
kalau setakat nak ilmu di dlmnya...banyaklagi penulis semenanjung yg saban hari bergelumang dgn senario poitik di sana yang lebih berhak menulis mengenai polirtik semenanjung..kalau setakat sdr Musli ni..takadalah..
Tapi itupun dia tulis politik semenanjung edar percuma pula di KB..Betuljuga sdr renggit katakan..
Apakah jadahnya sdr musli berbuat demikian ?...aiiii panasssssssss lah..
Salam Kelapa Mawar,
Salam Rojokobog,
Salam SiRenggit,
Salam Depu-Depu,
Hai! berpakat ka. Nak panaskan keadaan. mana adil empat lawan satu. Satu lawan satu baru la.
Salam sdri Kelapa Mawar,
Sahabat-sahabat bloggers yang lain especially, sdra SI RENGGIT, yang pernah menjemput saya ke KB untuk kenduri. Thanks, saya terkilan.
As it is, walau pun pada hakikat nya sdri Kelapa Mawar senentiasa mengalu-alu kan ulasan saya dalam blog yang dah di transformasikan ini (Thanks dan tahniah), namun bukan mudah untuk mengulas isi kandungan isu-isu serius lagi sensitif saperti yang saya lihat berlaku kini.
Kalau hanya setakat memberi komen yang sembarangan, itu nama nya mencari ‘celaka 12'. Nanti, konyol pula jadi nya … Dahysat
Selanjut nya, isu yang di post kan diblog sdri KP akhir-akhir ini, terasa seakan-akan lebih berbentuk ‘ monologue’ disamping selaku satu ruang pentas perbahasan ‘hypothetical’, diantara sdri Kelapa Mawar and friends versus sdra Musli Oli and friends.
Maksud saya ‘hypothetical’ , kerana hampir-hampir tiada ruang bagi kami yang berpendirian selaku ‘orang tengah’ ini untuk mendapat ‘inti pati’ positif dari kesudahan perbahasan ini.
Saya jangkakan, kemungkinan perbahasan ini akan berakhir dengan situasi ‘win-loss’ dan ‘loss-win’ atau pun ‘loss-loss’.
Untuk ‘win-win’, rasa nya jauh sekali ( mohon maaf).
Namun, Friendship ( Atau sdra SI RENGIT suka ungkitkan selalu ‘ The brotherhood or sisterhood of Bloggers') nya bagaimana dong? Apa-apa pun terpulang lah kepada pendapat dan pandangan masing-masing.
Pada pandangan saya dan tanpa prasangka kepada mana-mana pehak, macam mana sekali pun panas penulisan sdri Kelapa ini; di hujung-hujung ada juga kebenaran nya.
Itu pun terpulang, kalau kita mahu bagi ruang untuk minda kita memikirkan beberapa situasi yang berasas kan ‘chronicles fact’ ( fakta bersiri, sejarah dsn).
Kalau saya, pasti nya saya terima dengan hati yang terbuka. Selaras dengan kata-kata “ yang baik itu kita buat tauladan, yang tidak nya buat sempadan”.
Lagi pun, saperti orang puteh bilang, “ what do I have to lose, beside my eyeless ego? “. Fikir-fikir kan lah..
Secara am nya, sdra Musli dan kawan-kawan beliau pun ada juga ‘points’ nya. Mungkin kalau sdri Kelapa Mawar yang berada di posisi sdra Musli, mungkin reaksi yang sama juga akan terjadi.
" The law of action and reaction will be compiled, naturally ".
Akhir kata, salam untuk semua, mohon maaf kalau ada yang tersilap. Tahu lah kadang-kadang bahasa Melayu saya ini pun bertelabur..Tersasul pun ada juga.
salam KP, buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU ada dua versi cetakan. Cetakan di KL dijual pada Mac 2008, laku 8000 copies pada harga RM25. Adalah untung sikit cover cost printing dan belanja research.
cetakan kedua agak kecil versi Sabah dicetak syarikat sdra kibin Hj Samad. UMNO bahagian KB yang menghargai sumbangan saya membeli 1000 buku ini dan telah diedar percuma beberapa bulan lalu dan baki 300 naskah di agihkan di persidangan kerana disitu ramai ahli UMNO yang hadir.
Ia bukan membeli undi dan saya tidak pernah masuk kampung minta di sokong atau undi. soal tidak relevan itu tidak apalah kerana saya dari suku Bajau dan tidak bercakap soal suku yang marah dengan saya.
KP marah kerana saya katakan suku Irranun tidak satu bahtera dengan kepimpinan Bajau sejak dulu dengan adanya PEKEMAS,BERSIH dan AKAR, serta kebanyaknya menyokong PAS sekarang. tetapi itu fakta. Jgn jadikan sebab serang saya beramai-ramai.
Blog KP ini sebenarnya dikategori sebagai "blog nyamuk" kerana tidak tahu siapa penulis. Mungkin KP ada master degree tetapi tiada etika journalisme..iaitu mempertanggungjawabkan tulisan. Siapa KP? kalau dayang Wulan saya sudah tahu bukan perempuan tetapi jantan yang hisap rokok Salem Mnethol...
saya berjanji kepada diri saya tidak akan layari blog nyamuk yg tidak ada tanggungjawab..baling batu sembunyi tangan seperti KP. banyak lagi blog lain seperti blog Nadin, Musram, Azrone, paikan Kb, batu gadung, maruf ismail yang kita tahu identiti dan bertanggungjawab..kita jumpa disana. bukan di blog nyamuk.
salam. terima kritikan secara terbuka kelapa pandan..opps kelapa mawar. maaf
untuk kali terakhir saya menjelaskan kepada Kelapa mawar buku saya KONSPIRASI POLITIK MELAYU secara keseluruhanya dijual melalui ejen pemasaran di KL telah laku setakat hari ini sebanyak 25,000 naskah(royalti 30%) ini tidak termasuk yang laku dalam tempuh 5 hari di PWTC sebanyak 8000 naskh.
saya tidak berbangga sebagai satu-satunya penulis Sabah yang menembusi pasaran semenanjung dan boleh berbicara politik sehingga orang Malaya mahu membaca. Buku saya dalam percetakan sekarang 'AGENDA ANWAR, PAS DALAM DILEMA" akan terbit pada Oktober ini dan dilancar di KL bukan di Kota Belud atau Kg Nanamun.
saya bagaimanapun ucap terima kasih kerana memberi publisiti terhadap saya dan buku saya. Biar ia publisiti negatif bersulam emosi namun ianya tetap merupakan satu publisiti.
harap berubah dan mempunyai etika journalism
salam....
Oi na....kanapa sakap bagitu bah...kanapa saudara sakap pasal nyamuk...aya...tarsantu atiku ba...ndak kanal pun jangan sakap pasal kalurga ku....pakat2 kami ini isap darah saudara baru tau...kadanggian kau nanti...
masamana ini saudari kelapa mawar....ndak apa aku amangadu sama abg solymone aku....nah tolong aku bah abg solymone.....
Salam sdr Abu..
kami tidak ada pakatan..bahkan saya sendiri tidak pernah mengenali sdr Renggit, Sdr Rojokobog dan sdr depu-depu...mungkin kami sependapat sahaja...
Saya mempunyai prinsip..sesuatu yang benar itu saya utarakan atas dasar kepentingan semua..
terpulanglah kepada anda untuk menilainya...
Salam sdr Solymone..
Ma kasih dengan pandangan sdr yang bernas dan berwibawa...itu.Sebagai orang tengah sdr bersifat profesional dan sebab itulah saya mengalu-alukan pendapat sdr sepanjang masa..
Ma kasih sekali lagi dan harap baca ulasan saya di bawah ...
Salamsdr Musli..
Kalau sdr Musli melihat kembali p[enulisan saya, saya bukanlah berada dalam suku tertentu..ertinya saya berdiri di tengah-tengah permasalahan suku kaum di daerah kita. Biarpun sebelah ayah sayaorang Iranun dan ibu saya sino kdazan tapi saya membesar dewasa di KB. Sebelum ini saya juga mengkritik tentang politik Iranun dengan lantang dan berterus terang..sehingga kepada mempertikaikan kewibawaan dan percaturan politik TSP..Begitu juga dilema politik suku ini..serta bagaimana mereka terpedaya dengan fahaman pembangkang terutama PAS dan PKR...
Saya juga mempersoalkan tentang suku Bajau yang mendominasi UMNO KB. keranabagi saya UMNO adalah wadah perjuangan Melayu dan BUMIPUTERA dan bukannya untuk suku-suku tertentu sahaja. Kemenangan seorang perwakilan CINA baru-baru ini cukup meresahkan saya..kerana sebagai parti yang berteras kepada Melayu/bumiputera...hanya UMNOKB sahaja yg membenarkan situasi ini berlaku...Kerana itu saya katakan ada golongan BANA akan wujud.
Situasi politik semasa dua suku kaum ini Iranun dan Bajau, cukup dekat difikiran saya..kerana kedua-duanya saya katakan dari awal mempunyai budya dan nilai hidup yg sama...justeru kerana itu saya katakan bahawa kedua-duanya bisa mengimbangi kuasa politik antara satu sama lain.iaitu suatu ketika Iranun membantu politk Bajau..misalnya TSP berkempen utk haji Musbah..Dan begitu juga dulunya..TSP menang atas uasaha keras suku bajau.
melabelkan blog saya sebagai "blog nyamuk "hanya atas sebab kerana saya mempersoalkan kewajaran sdr Musli mengedarkan buku dalam persidangan UMNO KB adalah hak sdr. Namun saya tidak mengkritik peribadi dan pendapat sdr...hanya kewajaran tindakan itu..keranabagi saya anak jati orang KB..begitu berbangga kalau sdr sendiri menulis konspirasi politik di KB, utk tontonan dan bacaan generasi muda yang dahagakan pengetahuan politk di KB...
saya melontarkan persoalan ini..kenapa sdr boleh menggambarkan politik semenanjung dgn begitu baik, sedangkan percaturan politik Di KB,yang sdr sendiri adalah membesar bersama situasi ini 'gagal' menterjemahkan dlm bentuk kajian politik yg didokumentasikan.(Buku).
Kalau pun Sdr Musli Tidak menang dalam G7, tetapi jika niat dan harapan melihat semua pemimpin dan pelapis membuka minda mentelaah dunia politik KB...bagi saya adalah satu kemenangan yg hakiki dan berkekalan.
Terpulang bagi seorang pemikir politik nasional utk memikirkannya.
Dan kerana blog saya adalah "blog Nyamuk"..saya sedia berjumpa dengan sdr Musli face to face membincangkan permasalahan politik diKB secara lebih ilmiah dan matang. Bukan kerana suku, bukan kerana ideologi juga bukan kerana idealisme tetapi untuk kepentingan ummmah di KB.
Sekian.
Salam sdr renggit..
Saya dah ulas keseluruhannya seperti diatas...ma kasih.
saya hanya komen soal buah fikirian yang ada nilai komersialnya. Apa sahaja bentuk buah fikiran jika ada nilai nya dan di beli orang ada lah suatu kejayaan. Saya sendiri hampir 20 tahun mencoba menulis, tetapi tidak kesampaian kerana tiada buah fikiran yang bersifat komersial. sdr Musli salah satu contoh manusia di mana buah fikiranya ada nilai komersial. sesiapapun yang boleh menulis dan orang beli merupakan anugerah kepada orang itu. Namun penulis juga banyak pertimbangan, menulis perkara-perkara yang tiada nilai komersilanya, tiada percetakan yang sanggup mencetaknya, kerana itu menulis banyak faktor yang di pertimbangkan.
Salam sekali lagi untuk kalian,
Untuk sdra SI RENGIT, bawah bertenang..sejukkan hati, sesejuk angin di liring gunung Kinabalu.
Rasa nya, sdra Musli bukan maksudkan sdra secara peribadi. Ini lah masaalah nya bilamana suasana lambang-melambang ini sudah mula meresap disana sini.
However, yang jelas di sini, sdra Musli sudah ‘ngaus ‘ (merajuk) kerana beliau merasakan di perkecil-kecilkan. Sudah tiada lah hormat untuk beliau meneruskan kehadiran beliau dalam blog sdri Kelapa Mawar ini..sedih nya.
Sejauh mana, kebenaran sangkaan ini, cuma sdra Musli yang mengetahui dan merasakan. Orang kata ‘ seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'.
Dalam hal ini, perlu juga kita bagi 'cool off period ‘ untuk sdra Musli buat sementara waktu.
Sejauh mana pun perbezaan pendapat diantara kita, akhir nya disuatu ketika, kita selaku warga bloggers, akan bersatu juga. Apa lagi bila mengingatkan kalian dari kawasan yang sama. Orang kata’ macam mana pun kita hiriskan air itu, ia nya tetap bercantum juga…
Dalam artikata yang lain, kalau bukan kamu siapa lagi.
Lagi pun, bukan nya terlalu banyak nya bloggers yang proaktif dari sana. Secara rambang, boleh di kira dengan jari. By now sepatut nya kamu sudah ujudkan satu persatuan bloggers KB ( bukan disebaliknya).
Untuk langkah pertama, sama ada perkenalan secara peribadi atau pun hanya dengan nick pun sudah mencukupi, dengan syarat, semua ahli mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, “ membantu daerah KB melalui dunia cyber dalam menghadapi cabaran di masa akan datang (sebagai contoh)”.
Bagi saya, dalam dunia blog ini tidak perlu tergesa-gesa untuk mengenali seseorang itu secara personal. Apa yang penting hubungan silatulrahim, hormat-menghormati di kalangan kita.
Lagi pun, perkenalan kita ada lah semata-mata untuk berkongsi pendapat dan pandangan. Bukan nya bertujuan untuk bercinta kah, merisik khabar kah. Apa lagi dengan niat untuk menghantar berian kah dsn. Fikir-fikirkan lah.
Secara telus nya, saya nyatakan penulisan sdri Kelapa Mawar dan Cikgu Dayang Wulandari sebelum ini, sangat-sangat mencari fasal dan menyentuh hati . Cuma beza nya, blog Cikgu Dayang sudah ‘close shop’; kenapa ya?
Kalau kenyataan saya ini, tidak menyenangkan hati, tidak apa. Terpulang lah pada yang merasa nya. Bagi saya , hal saperti ini saya pernah alami. jadi biar lah 'Que Sera-Sera' (apa jadi, jadi lah).
Now, sdra Musli sudah tiada, mengundur diri, dengan hati yang sedih dan pilu. So, who is next? Saya? Sdra Mushram? Sdra Azrone? Atau pun sdra SI RENGIT? dll lagi?
Kalau itu lah objektif nya, bagi saya senang sahaja. Biarkan, biar lah sejauh mana jari jemari menulis…kalau perlu untuk berkonfrantasi sampai akhir zaman pun, ok..asal kan bahagia.
Sekian dan salam maaf
salam..
Saudara solymone...saya amat yakin dengan saudara musli ini..dia merupakan seorang penulis yang proffesional dan cukup berpengalaman...saya amat yakin bahawa beliau ini hanya merajuk seketika...biasalah bila kita dah tua ni merajuk tu laju sahaja...Saya harap saudara musli tidak lah mengotakan apa yang beliau katakan...saya kenal beliau ini....malahan kawan karib saya....
Buat saudara musli...jangan lah kerana isu sebegini kemeriahan sesawang blg kita semua menjadi muram...nanti saudara solymone tak nak datang juga da nanti...lagi tak meriah...
Buat saudara solymone...jangan bah karisauan..bagi saya semua pendapat atau pun bait-bait ayat yang rakan-rakan bloger kita tulis tidak ada satupun saya simpan didalam hati..malah bagi saya mana yang betul dan baik saya terima dengan hati yang terbuka....
Palambangan sudah menjadi lumrah pada orang seperti kita ini...pendek kata... saja panggil brotherhood of blogers...rindu nak bermanja katakan...
Buang yang keruh ambil yang jernih...baru teguh peribadi...ingatlah lririk lagu ini.....sassssssh!
Salam sdri KM..
Oleh kerana nama saya juga dikaitka oleh sdr abu..maka sya menerangkan di sini bahawa saya hanya memberikan ulasan berdasarkan penadangansaya sahaja..tidak ada pakatan atau sebagainya..
Kerana sya merasakan para blogger di Kb sudah matang dan sebagai memeriahkan suasana blog dunia cyber di kB. itu saja!..
dan saya tidak berkecil hati kalau pandangan sya ditolak..terpulang kepada anda yg menilainya..sekian terima kasih
Saya dapat naskhah Konspirasi Politik Melayu menjelang perhimpunan agung Umno Mac lalu. Banyak fakta tepat dan menepati keputusan pemilihan berkenaan. Bukan membela, tapi inilah realitinya.
Salam Kelapa Mawar,
Sebenarnya saya bukan nak masuk campur. Tetapi saya mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan saya.
1.Kelapa Mawar membuat andaian yang tak betul, hanya 84% sahaja ada hubung kait dengan semenanjung.Selebihnya lain-lain.(Buku originalnya ada pada saya)
2.Sebenarnya,jarang sekali ataupun dengan kata lainnya tidak ada penulis buku yang membicarakan keadaan politik di DAERAH mereka.
3.Saya terlibat dalam pemberian buku Konspirasi Politik Melayu di dewan masyarakat, mereka sambut baik buku itu dan ada yang meminta 2 hingga 3 buku seorang.
3.Buku itu diedarkan untuk memberi ilmu kepada perwakilan bukan memberikan "tahi".Calon no.09 memberikan perwakilan ilmu yang sangat berguna.
-Artikel ini bagi saya tak relevan sebab;
Kelapa Mawar menyerang rakan blogger,sepatutnya kelapa mawar menulis mengenai perubahan dan pemimpin.Bukan rakan blogger-
Tkasih...
Post a Comment