Sunday, August 23, 2009


Apakah Istimewanya tokoh politik dari Tambunan ini, sehingga PBS menghulurkan “salam silaturahim” ? Apakah sudah tidak ada pemimpin berwibawa dalam PBS..? atau barangkali PBS sudah menyusun strategi politik dalam PRU-13 untuk menguasai persada politik di Sabah seperti yang pernah dibuat oleh parti berasaskan kaum KadazanDusun ini kepada parti BERJAYA suatu ketika dulu..? Atau kemungkinan PBS mula ‘terhidu’ bau-bau USBO yang semakin hangit terbakar…? Maka itu Datuk Jeffry Kitingan, Naib presiden PKR, diutuskan surat ditawarkan peluang dan tempat di dalam Parti PBS itu. Surat itu sudah dihantar kepada datuk Jeffry Kitingan seperti yang dilaporkan oleh Media. Dan tugas memujuk Datuk Jeffry itu dipikul oleh ADUN KADAMAIAN, Datuk Herbert Timbun Lagadan. Kenapa bukan Datuk Pairin yang merupakan abang kepada Datuk Jeffry yang tidak memikul tugas itu ?Barangkali adik beradik ini masih berpanas dalam soal politik ..?

Apa pun agenda tersurat dan tersirat PBS, jelas menunjukkan bahawa suku Kadazan dusun mula, memerlukan kesepakatan pemimpin dari suku itu untuk kembali mengegarkan politik Sabah. Kewujudan USBO yang didominasi oleh pemimpin dari rumpun Bajau dan bumiputera Islam di Sabah, agaknya mengetuk pintu PBS untuk ‘melayan’ Datuk Jeffry sebagai ‘anak emas’ mereka.

Tawaran kepada Datuk Jeffry itu tidak dilihat untuk mengukuhkan kedudukan UBN di Sabah, malahan sebaliknya untuk memperkukuhkan parti PBS semula. PBS ternyata hingga kini masih menjadi parti ‘terkuat’ di Sabah selepas UMNO. Apa yang membimbangkan rakyat ialah ,Apakah setelah kemasukan Datuk Jeffry Kitingan ke dalam parti itu, PBS akan kembali ‘menikam dari belakang’ seperti yang pernah dilakukan oleh parti itu suatu ketika dulu, Keluar dari BN dan menyertai pembangkang..?

Sepatutnya untuk mengukuhkan kedudukan UBN di Sabah, SAPP tidak harus dibiarkan bersendirian di luar..? Kenapa MUSA AMAN selaku KM tidak menawarkan Datuk Yong Tek Lee ,’tempat’ di dalam BN di Sabah..? Bukankah Pak Lah telah pun mengundurkan diri..? Atau SAPP hanya dilihat “api dalam sekam’ dalam BN di Sabah..? Begitu juga Datuk Chong Kah Kiat..terus-terusan “berdilema” dan bercakaran dengan MUSA AMAN..hanya sebab pembinaan sebuah patung di Kudat.

Jika keputusan Datuk Dr. Jeffry Menyertai PBS semula, maka itu tidaklah menghairankan kerana ramai tokoh PKR di Sabah yang mula menyertai semula parti UMNO/BN..Antaranya ialah Datin Saidatul Badru…yang kembali kep pangkuan UMNO KB, dan diterima pula oleh perwakilan sehingga menduduki tempat ketiga undi terbanyak dalam pemilihan wakil G7 baru-baru ini. Betullah kata orang, dalam politik penuh dengan tipu daya dan tipu helah. Siapa yang pandai ‘ menipu’ maka dia akan terselamat dari percaturan politik yang tidak mengenal batas kemanusiaan. Betulkah..?

12 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdri Kelapa Mawar,
Pertama sekali saya ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan seterus nya menunaikan ibadah puasa…

Now, isu Dr. Jeffry Kitingan (DJK) dipelawa oleh YB dari Kadamaian KB untuk kembali kepangkuan PBS ini agak menarik juga…Off course, selain dari PRK Permatang Pasir.

Sebagai seorang yang mengenai DJK dari dekat, pada pendapat saya, bukan semudah itu untuk beliau menyertai kembali parti PBS;
i) Tentangan dari musuh dalam selimut beliau yang sedia ada dalam parti tersebut
ii) Syarat – syarat menarik yang dapat melembut kan hati beliau untuk kembali kepada parti yang beliau polopori pada suatu ketika.

However, saperti sdri KP bilang, dalam politik macam-macam ragam lagi komplek boleh berlaku. So kemungkinan tetap ada.

Now, persoalan nya, apa kah implikasi nya kalau Dr Jeffry masuk kembali ke parti PBS? Yang jelas parti PKR akan goyah. Kerana selama ini Dr Jeffrey ada lah salah satu nadi yang terpenting PKR di Sabah.
Contoh nya, Ibu Pejabat yang bertempat di kawasan rumah DJK sekarang ini, terpaksa berpindah ketempat lain.

Networking beliau dalam parti PKR boleh dikatakan agak luas juga. Ia nya merangkumi mereka dari suku kaum bumiputera non-Muslim dan juga Muslim.

Selaku seorang ‘provider’ dalam parti PKR, kalau pun kehilangan beliau tidak akan menghancurkan parti , namun pastinya, ia nya akan melemahkan pentadbiran parti tersebut secara keseluruhan nya di Sabah.

Persoalan nya, sanggup kah Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan DJK ?

Next, apa kah peranaan beliau dalam PBS nanti? rasa nya dalam hal ini, kita kena kita tunggu. Kerana kalau ia nya akan menjadi kenyataan, saya tidak heran kalau saya juga akan dijemput untuk mendengar ‘ending’ cerita ini.
Itu saya pasti.

sperti biasa harapan saya, semuga sdri Kelapa Mawar sukses selalu.

YANG GAMBI said...

Salam,

Kawan setuju juga dengan komen sdr solymone, namun kalau hendak dikira perhubungan antara Pk dan JK agak sudah lama dalam PBS, apa salahnya untuk kembali bersatu.

YM Tengku Razali dulu dari S46 rela membubarkan parti kerana sayangkan UMNO-BN, sayangkan perjuangan bangsa Melayu dan Bumiputera yang agak jauh ketinggalan.

Minda 1Merdeka said...

Parti yg Jeffrey pernah keluar masuk ialah PBS. Pertama keluar PBS dan masuk AKAR dan berkerisis dengn supreme council AKAR dan akhirnya Jeffrey tewas. Keluar AKAR masuk PBS semula. Bertanding dalam kongress PBS dan tewas. Keluar PBS masuk PBRS dan membawa bersama 12 ADUN PBS masuk PBRS. Orang PBS sakit hati. Jeffrey kata suatu hari nanti PBS akan sanjung dia. Dalam PBRS dia berkerisis dengan Kurup dan supreme council PBRS akhirnya dia tewas. Lepas itu dia jadi "bebas". Semasa bebas dia diam diam memohon jadi UMNO di peringkat cawangan. Dia proclaimed dia ahli UMNO tapi ditolak diperingkat negeri. jadilah dia partiless. Setelah sekian lama mendiamkan diri, itu dia temui dahan tempatnya hinggap, dia join PKR. Dalam PKR stelah melakukan "roas show", DSAI melihat kesungguhannya. Dia akhirnya dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras PKR Sabah dan Sarawak dan Naib Presiden PKR Malaysia. Jawatan itu wujud atau tidak, tidak penting. Sebenarnya dia mau jadi Ketua Perhubungan PKR Sabah menggantikan Haji Ansari Abdullah. Tapi sokongan kepada Jeffrey tidak mantap menjatuhkan Tuan Haji Ansari. Anwar mengambil alih Ketua perhubungan PKR Sabah untuk beberapa ketika. Setelah Anwar gagal melihat potensi PKR untuk menapak di Sabah, dia serahkan jawatan Ketua Perhubungan kepada Azmin Ali, MP Gombak, Kuala Lumpur. Sekali lagi peluang Jeffrey tertutup. Apakah logiknya jawatan itu diserah kapada Azmin? Bukankah Jeffrey setarap jawatannya dalam parti dengan Azmin?.

Kemenangan Jeffrey di Bingkor suatu waktu dulu adalah kekuatan PBS plus sedikit pengaruh Jeffrey. Dalam semua pertandingan Jeffrey tanpa PBS, termasuk di MP Marudu sebagai calon BN, dia tidak pernah menang. Malah kawasan yg pernah diwakilinya yakni Bingkor, dia kalah dengan Justine Gungka, satu nama yang kurang popular dalam politik tanah air. Oleh itu anda nilailah krisma dan pengaruh Jeffrey. Dia dijemput balik ke PBS kerana parti itu presidennya ialah Abangnya, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Dan Jeffrey pernah menentang abangnya sendiri di PM Keningau dan kalah pada PRU 12 yang lalu. Ini rekod Jeffrey. Apakah dia dapat bertahan dalam PKR atau lebih baik merehatkan diri dalam usia yg sudah lanjut dan dengan kesihatan yg perlu diberi keutamaan dalam PBS.

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Orang politik seperti Dr Jefri seharusnya pencen dan beri laluan orang baru. Rekod dia dalam arena politik sudah tercemar dan sukar untuk dijadikan pemimpin. Politik lompat katak sperti dia tidak releven untuk diangkat menjadi pemimpin kerana dia akan sentiasa bertukar parti apabila parti yang ditungganginya itu tidak menguntungkannya secara peribadai.

rojokobog said...

Salam KM,
Tiada pemimpin yg lembut lidah dari gigi kecuali Jeffrey Kitingan, lihat saja rekod beliau sepanjang kariernya...dimana ada semut disitu ada gula, tapi gula susah nak dapat sekarang ni...

kelapa mawar said...

salam sdr solymone..

Pertama sekali ma kasih dgn lawatan sdr yang tidak putus-putus..saya sangat2 menghargainya..bagi saya pandangan sdr solymone lebih bersifat terbuka, kritis dan berwibawa..saya sangat menantikannya..

daripada apa yg sdr terangkan mengenai DJK, itu dapat saya bayangkan bagaimana tokoh ini begitu licik dalam politik..kerana itu ketokohannya dalam PKR amat-amat diperlukan terutama di Sabah. Sama ada beliau akan terbuka hati untuk join pBS semula..? ada kemungkinannya biarpun pada peringkat awal mungkin beliau akan menolak..kerana dalam PKR di Sabah, dia terpaksa 'bertarung' dgn Hj.ansari yang juga tokoh berpengaruh dalam PKR Sabah.

Dan saya amat bersetuju bahawa kehilangannya dalam PKR sabah akan melemahkan PKR dalam PRU-=13 nanti.

Ma kasih dgn kunjungan sdr itu.Semoga sdr terus berada dlm kondusi yg baik dan sukses.wassalam.

kelapa mawar said...

salam kembali Yang Gambi..

Ma kasih dgn kunjungan sdr dan seterusnya memberikan komen yang bernas..Seperti yang biasa kita dengar bahawa dalam politik tidak ada 'kesetiakawanan yang berpanjangan' juga tidak ada pertalian darah yang terputus....ertinya biarpun adik beradik berlainan fahaman politik, namun pertalian persaudaraan masih terjalin erat. Dalam hal ini DJK mungkin masih boleh bersama dgn abangnya DPK dalam perahu yang sama..kita nantikan!!..wassalam.

kelapa mawar said...

salam sdr minda 1merdeka...

Ma kasih dengan kunjungan sdr...saya amat mengalu-alukan pandangan sdr yang bagi saya cukup berwibawa dan bernas. Ternyata sdr bukan calang-calang orang kerana mampun merungkai biodata DJK secara lebih terperinci..Tahniah..

Secara lebih telusnya...saya mengenali sdr dan saya memang merasakan sebagai seorang pemikir dari kalangan pemikir Iranun sdr punya kredibiliti yang amat memuaskan...penyusunan fakta dan ayat begitu menarik dan mampu menerangkan fakta yang kabur..

apalah kiranya sdr dapat sentiasa memberikan ulasan atas setiap post yang saya berikan seperti mana sdr solymone juga..

Saya doakan agar sdr diberikan kekuatan dan idea yang berpanjangan untuk perjuangan yang belum berakhir ini. Teruskan sdr..saya juga mengikuti penulisan sdr dlm blog..semoga sukses.wassalam.

kelapa mawar said...

salam nyawa badan..

Ma kasih sekali lagi dengan kunjungan dan pandangan sdr...sebagai politikus katak, sewajarnya DJK mampu bertindak dengan cepat..terutama apabila dia membuat keputusan untuk melompat setelah apa yang dihajatinya tidak diperolehi..apakah krisma pemimpin ini masih mendapat tempat di sabah...suatu ketika beliau adalah orang kuat yang memperjuangkan 20 perakar yang disifatkannya sebagai tidak ditunaikan oleh KL. apa pun kita lihat kesudahannya ini..

kelapa mawar said...

salam sdr rojokobog..

Ma kasih dengan lawatan peribadi sdr yang sangat saya alu-alukan.Pandangan sdr sangat bernilai bagi saya. setiap pemimpin politik perlu pandai menawarkan air yang masin...terpulang kepada mereka sama ada menggunakan air liur atau kepala raja...itulah yang boleh diceritakan realitinya..Ma kasih sekali lagi kerana memberi info kekurangan bekalan gula...mana sudah menteri bertanggungjawab..?wassalam

Unknown said...

salam KM,

suka atau tidak, datuk jeffrey adalah seorang tokoh politik sabah yg masih relevan..imej beliau sebagai pemikir kaum KDM tidak dapat dinafikan. bukan soal peribadi dia yang melompat parti tetapi soal prinsip perjuangan yg tidak pernah tergelincir dari matlamat asal mendaulat kedudukan politik kaum KDM.

Barangkali KDM berjaya walau mereka tidak dalam satu parti. boleh lihat artikel saya dalam SEKALI KETUK. "Politik Kadazandusun. Bijak dulu dan bijak sekarang".

semua parti politik di Sabah, ada menteri dari kalangan KDM. PBS ada menteri, UPKO, PBRS, UMNO juga diwakili KDM sebagai menteri penuh. Mereka gunakan budaya "bombon" dalam politik.

Kita tidak boleh mengambil ikan di sungai mereka tetapi sungai kita mereka boleh menangkap ikan sesuka hati.

kelapa mawar said...

salam sdr Musli..

Pertamanya saya mengucapkan ma kasih dgn pandangan sdr selaku penulis dan penganisis politik semasa. Kehadiran sdr saya amat hargai..

Saya rasa pandangan sdr ada kebenarnya..meneliti tulisan sdr saya juga turut terfikir adakah ini perancangan KDM untuk meletakkan pimpinan mrk disemua peringkat dan parti..? supaya suku KDM ini mendapat pembelaaN biarpun sesiapa yang memacu tampuk kuasa..

atau secara kebetulan, kerana perbezaan pandangan dan idealisme ini menyebabkan pemimpin suku KDM berpecah pada aliran yang berbeza..? atau masing-masing ADA masalah moral dan pendirian untuk membolot kuasa..?

akhirnya suku lain di Sabah kena melihat perancangan politik ini supaya mereka terus sedar di manak sebenarnya kedudukan suku bumiputera islam di sabah. Zaman USNO dan BERJAYA sudah berakhir...tetapi PBS masih relevan di Sabah..Fikirkanlah..