Saturday, October 17, 2009



Langkah UMNO membuat keputusan berani meminda beberapa pelembagan parti telah membawa satu Perubahan besar dalam sejarahnya sejak parti kelahiran sebelum merdeka itu menjadi nadi perjuangan umat melayu di Negara ini. Rasional di sebaliknya ialah berlakunya satu pentransformasian gergasi sehingga UMNO tidak lagi menjadi parti ekslusif ,bukan parti yang dilahirkan untuk sebarang legasi, bukan parti untuk golongan kepimpinan keturunan dan kenegerian..tetapi UMNO menjadi sebuah parti yang mendefinisikan kepimpinan itu berdasarkan pengertian sebenar Rumpun sebangsa Melayu. Sesungguhnya pendefinisian ini melangkaui segala bentuk pentafsiran sempit, yang melebarkan jurang antara Bumiputera di Sabah-sarawak juga umat Melayu di semenanjung Malaysia.


7 Usul yang diluluskan ,menyaksikan pindaan perlembagaan Parti melibatkan seluruh saf kepimpinan, kelas atasan, pertengahan juga akar umbi. Proses Rejuvinasi yang menyaksikan “peremajaan” kepimpinan menjadi saluran penting pengaliran arus perubahan itu. Penghapusan kouta pemilihan dalam jawatan tertinggi parti dalam UMNO, membuktikan bahawa UMNO membuka ruang seluasnya kepada sesiapa jua, dari lapisan mana,dari ceruk politik terpinggir hingga kepada yang ada di depan mata, UMNO memberikan harapan, bahawa mereka tidak terlepas dari pemerhatian parti dan kerajaan.


Mendengar dan mendekati rakyat, adalah manifestasi kepada kesanggupan ingin turut menyertai perubahan itu. Sikap, nilai,pendekatan juga daya fikir yang ditunjangi oleh daya juang yang bukan kepalang adalah inti kepada kehidupan UMNO pada masa akan datang. Kerana itu UMNO seluruh Negara, termasuk di Sabah, tidak diketepikan untuk turut menyahut cabaran perubahan itu.


Apakah semangat dan daya juang yang mula meluap itu turut dirasai oleh ahli dan pimpinan pertengahan dan atasan di Sabah? Apakah UMNO Sabah, ibarat “diluah mati emak, di telan mati bapa” perubahan yang dicanangkan itu..? Apakah UMNO Sabah bersedia dari segi meredakan pertelingkahan dalaman dengan mengambil keputusan meletakkan perubahan sebagai asas kekuatan parti?..Atau masihkah lagi wujud gerakan “mempopularkan “ pemimpin tertentu dengan member gambaran bahawa rakyat akar umbi masih memerlukan mereka..? Atau barangkali persoalan yang lebih besar iaitu, masih aka nada lagi gagasan penyatuan rumpun bangsa pesimis yang mendalangi penyatuan keseluruhannya UMNO Sabah..?


Di mana kita ahli UMNO Sabah di saat UMNO Nasional menuntut perubahan yang drastic..? Di mana posisi kita ketika mana UMNO Pusat membawa bahtera perjuangan yang terbentang luas..? Di mana kita di Sabah ini, yang mula mendapat gula-gula perjuangan berbentuk pengiktirafan sehingga rumpun kita menjadi naib presiden UMNO..? Kita Tanya para pemimpin kita..arah mana kita dibawa, Kita lemparkan persoalan kepada mereka, kiblat mana kita diletak..? Sanggupkah kita berubah sebagaimana kata Datuk seri Najib..bahawa semboyan perubahan telah berbunyi..? Cerita Presiden tentang perjuangan Afrika menumpaskan dasar Apertide dengan mengutamakan golongan muda dan pewaris daripada diri dan kepentingan suku sakat, meletakkan UMNO sebagai parti yang memberi kedudukkan terhadap golongan ini. Lantas berfikir kita, bagaimana senario UMNO di Sabah..? Tuntaskah idea itu dengan persekitaran politik di negeri bayu ini..?


UMNO Sabah..perlu berubah seluruhnya, jangan hanya sejuzuk sahaja, jangan hanya sekelumit yang mendendangkan lagu perubahan yang merdu. Dan Jangan..ada antara kita yang masih cuba-cuba mengambil kesempatan pada ruang yang terbentang luas. Lupakan persengketaan..lupakan perbezaan prinsip perjuangan yang menjadi beban dan karat pada besi perisai pertahanan Parti.Sebaliknya bersama membenteras gejala opportunis dalam parti dan perjuangan.ketepikan petualang-petualang yang bertempiaran ketika meredah arus perubahan. Dalam parti ada perbezaan tapi bukan bererti kelemahan yang berpanjangan.


Kepimpinan peringkat negeri dan bahagian bukan lagi harus bersifat Warlord yang mempamerkan kepahlawanan perang yang tinggi secara kukubesi arahan dan dukungannya. Peribadi dan perletakkan jiwa tidak seharusnya dipinggirkan dari aspirasi akar umbi yang sentiasa memperdebatkan isu-isu kepimpinan yang bersangkutan dengan idea percambahan dan kematangan. Seorang pemimpin bahagian harus secara insafnya, mengakui bahawa akarumbi perlu didekati dengan sepenuh jiwa dan raga, mendengar pemikiran minda kelas ketiga pemimpin yang mahukan pandangan mereka didengari dan dikupasi secara lebih halus dan ilmiah.Maka jika itulah yang berlaku..UMNO benar-benar telah mengubah persepsi rakyat terhadapnya di peringkat bahagian. Jika tidak , Perubahan itu hanya kan bersifat, sekali bah sekali pantai kan berubah.

8 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Saperti KP, saya juga mengikuti perkembangan yang berlaku dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Walau pun saya tidak hadir di Kuala Lumpur, namun saya luangkan masa untuk mendengar ucapan Presiden dan pemimpin UMNO yang lain.

Disamping itu saya juga sempat mendengar perbincangan mengenai perkara itu melalui Astro Awani, dalam sessi forum yang disiarkan.

Selain dari apa yang KP huraikan, saya juga tertarik dengan usaha UMNO untuk ‘delegate’ kuasa keperingkat cawangan. Saperti kuasa untuk meluluskan kemasukan dalam parti sebagai ahli UMNO baru.
Disamping itu, saya juga tertarik dengan usaha UMNO untuk membenteraskan gejala politik wang dalam beberapa perkara yang sebelum nya amat susah dikawal.
Contoh nya, kalau dulu cuma beberapa orang perwakilan yang dipilih dari cawangan yang layak memilih ketua dan AJK Bahagian yang lain.
Kini semua ahli di peringkat cawangan dibagi hak untuk memilih siapa mereka suka di peringkat bahagian dan nasional.

Kalau dehulu mereka-mereka yang minat bertanding cuma hanya mengenai pasti perwakilan dari tiap-tiap cawangan. Namun kini, semua ahli ditiap-tiap cawangan harus dikenal pasti untuk mendapat undian… hal ini pasti nya berat, rumit dan mahal.

However, pada pendapat saya, walau pun usaha murni Datuk Najib mungkin berjaya membentuk perubahan UMNO di peringkat nasional, namun ia nya maseh belum menjaminkan kemenangan cemerlang BN dalam PRU13 nanti?

i) Seada nya masaalah komponen yang lain saperti MCA, MIC dan UMNO peringkat Negeri maseh lagi dalam tahap kucar-kacir.
Di Sabah, perbalahan dan salah fahaman di kalangan Pemimpin yang menang dan yang kalah dalam pemilihan UMNO bahagian yang lalu, maseh belum lagi diselesaikan?

Sejurus selepas pengumunan perlembagan baru UMNO tersebut, saya telah membuat kajian terhadap beberapa orang golongan muda( penggundi baru); sama ada ia nya menarik perhatian mereka. Seterus nya melembutkan perasaan mereka untuk berpehak kepada UMNO atau pun BN.

ii) Apa yang menyedihkan, mereka rata-rata menyatakan bahawa perubahan perlembagan tersebut, tidak ‘comprehensive’ dan tidak menyentuh tentang ‘job opportunity ‘ atau peluang pekerajaan yang mereka impikan selama ini. Untuk menyertai parti UMNO pun, tiada makna nya, kata mereka.

Maksud nya, walau pun UMNO telah berusaha keras untuk memperbaiki sistem nya, namun ia nya terpaksa berhadapan dengan persoalan pengangguran dikalangan golongan-golongan muda kini yang telah ramai layak untuk menggundi.

Mala ada yang berpendapat kenapa UMNO ( parti pemerentah ) tidak tukar identiti Kementerian Sumber manusia kepada Kementerian Peluang Pekerjaan dan Pembasmian Pengangguran..Sungguh aneh.

kelapa mawar said...

Salam Kembali Sdr Solymone..

Saya amat teruja membaca dan menatapi ulasan sdr yang cukup bermakna..Seperti sdr saya juga mengikuti perkembangan perhimpunan UMNO melalui media sahaja.,Mendengar dan mengamati segenap ruang perbahasan yang cukup terhad dan penuh semangat.

Daripada intipati perubahan yang dilaungkan itu..dapat kita rumuskan bahawa UMNO berkhendakkan satu perubahan sistem dan itu perlu keikhlasan yang mendalam.

Idea sdr tentang responsif terhadap akar umbi terutama keperluan dan peluang pekerjaan itu amat saya persetujui..dan itu wajar diberikan perhatian oleh UMNO..kerana Ramai generasi muda tidak sangat melihat kelemahan sistem dalam UMNO tetapi melihat apa pedekatan yang dibuat oleh UMNO selaku parti pemerintah utk menyelesaikan permasalahan kehidupan mendatang mereka..

Kerana itu melalui ulasan sdr ini..saya memikirkan kembali bagaimana kedudukan UMNO sebagai parti Inklusif dan responsif..Insyallah dalam posting akan datang saya akan paparkan mengenai isu besar ini.

Ma kasih atas kesudian sdr memberikan pandangan dan saya menyanjung tinggi pandangan itu.
Salam hormat dri KM, Semoga sdr terus diberikan kekuatan dan kesungguhan melontarkan idea ke arah memperkenalkan konsep politik matang di Sabah. wassalam.

Idahan said...

ziarah kembali sdri Kelapa Mawar..lama tak bertemu dan memberi komen di blog sdri ini..

Saya memang tertunggu-tunggu komen dan pedapat sdri mengenai perubahan UMNO dan itutermakbul dengan keluarnya posting ini..tahniah!

Tidak banyak yang saya boleh kongsikan dgn sdri dan pelawat lain, kerana sudah termaktub bahawa UMNO akan berubah danitu memerlukan masa yang panjang..

Kalau kita nak nilai sekarang, tentunya tidak tepat kerana, ia akan hanya terjawab bila PRU-13 akan datang..Sama ada rakyat akan menerima UMNO semula atau tidak akan terjawab pada waktu itu juga..

saya setuju dgn pdpt sdr Solymone..bahawa UMNO sebenarnya tidak cuba mendekati golongan muda dgn menyediakan peluang2 pekerjaan..sedangkan golongan ini yg sepatutnya diberikan perhatian kerana mereka adalah pewaris kepimpinan..
TQ

Unknown said...

Saudari Kelapa Mawar,

Perubahan perlembagaan UMNO yang dibuat dua hari lalu bertujuan untuk memperkukuhkan parti khususnya menghapuskan politik wang yang di anggap selama ini oleh melemahkan parti.


Apa pun yang dilakukan untuk memperkukuhkan parti, matlamatnya untuk menarik lebih ramai pengundi melayu menyokong UMNO tidak akan berjaya jika tiada usaha-usaha menarik minat golongan belia menyerti parti UMNO.

Kita harus sedar bahawa golongan mudalah yang sekarang ini memanipulasi politik sekarang.

Golongan belia lebih menanggap parti UMNO terlalu jumud kerana tiada apa-apa perubahan.

Wasalam

Mohd Amini said...

Secara keseluruhannya. Bukan UMNO yang patut berubha. Para pemimpinnya yang patut berubah. Ubah sikap, cara dan protokol. Saya bersetuju seperti yang dikatakan oleh saudara Solymone. Perubahan dasar UMNO tudak menjanjikan kemenangan buat Umno dalam PRU 13.

kelapa mawar said...

Salam sdr Idahan..

ma kasih kerana mengunjungi blog ini dan memberikan pandangan.

Keputusan untuk menjalani perubahan pada UMNo satu langkah yang patut dilakukan sejak dulu lagi..keranaUMNO disifatkanoleh kebanyakkan generasi sekarang sebagai sudah jauh dari perjuangan asal mereka.

Maka apabila berlaku perubahan, kesannya hanya akan kelihatan pada penerimaan rakyat dan itu kita akui..sama ada pada PRU-13 akan datang UMNO berjaya meraih kemenangan dan sokongan akan kita ketahui kelak.
Salam hormat.wassalam.

kelapa mawar said...

Salam Datu Panglima Iranun..

Jika sesungguhnya bahawa UMNO akan menghakis imej politik Wang yang selama ini menjadi duri dalam daging, maka pindaan perlembagaan ini sedikit sebanyak akan 'membenarkan' UMNO pada satu tempoh tertentu..kerana Politik wang disumbangkan oleh sikap dan pembawaan ahli UMNO sehingga sistem kouta sebelum ini diekspolitasi..apakah selepas membuka ruang kepimpinan ini, politik wang itu akan turut terkubur?

Sikap atau Fill yang disebutkan oleh Tim. Presiden itu adalah antara fktor kepada keberjayaan perubahan itu. Salamhormat dari KELAPA MAWAR.

ma kasih atas pandangan sdr itu.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr Amini..

Saya setuju dengan pandangan sdr..bahawa UMNO perlu mengubah para pemimpin dan ahlinya terlebih dahulu . Sikap,pembawaan, pendekatan, cara berfikir, ketepatan menterjemah situasi, protokol dsbg..harus menyaksikan perubahan besar-besaran terhadap ahli UMNO dan pemimpinnya terutama ketua-ketua cawangan dan bahagian.

Ma kasih atas kinjungan sdr. Semoga sdr dapat bertandang lagi. wassalam.