Friday, October 9, 2009


Sejak tsunami politik melanda tanah besar semenanjung,bahangnya kelihatan mula terasa di tanah Borneo ini. Biarpun terpisah oleh laut China Selatan hampir 1200 km, namun renjisan gelombang ombak samudera tidak bisa menampan bahang kepanasan itu. Sabah yang suatu ketika dulu banyak dicorakkan politiknya oleh Kuala Lumpur, sehingga menyaksikan beberapa dinasti kerajaan politik dijatuh dan kemudian di bangunkan atas restu Kuala Lumpur, Kini politik Sabah juga masih HINGGA KINI mengharap percaturan politik dari Semenanjung. UPKO,USNO, BERJAYA, PBS DAN UMNO SABAH adalah antara parti-parti besar yang telah mengalami kemurungan lantaran percaturan Kuala Lumpur yang kadang-kadang "memihak", dan kadang-kala "membiarkan".

Apabila PRU-12 yang lepas berlabuh dan menyaksikan bagaimana Parti Pembangkang yang diikat dalam PAKATAN RAKYAT hampir-hampir melumpuhkan kekuatan batalion politik BN di semenanjung, maka Sabah dan sarawak menjadi "mutiara bersinar" bagi UMNO dan sekutunya. Manakan tidak kalau bukan Sabah, tentunya Datuk seri Anwar Ibrahim (DSAI) sudah lama memaparkan 'kekuasaannya' di Putrajaya. Nasib baik PBS tidak terpengaruh dengan dakyah PR, kalau tidak BN danUMNO di sabah akan kembali seperti parti USNO dan BERJAYA. Penularan ombak politik ini membawa satu trend baru dalam politik Sabah. kalau di semenanjung, 'Pemimpin" dicerminkan dengan 'peribadi'nya, di sabah sepanjang tempoh sejak merdeka lebih kepada parti dan suku. Gelombang tsunami politik di tanah besar itu mengkhendakkan pemimpin nya seorang yang 'bersih' dari thomahan dan salahguna peribadi. Itu yangberlaku sekarang, rakyat di sana tidak sangat mementingkan parti tetapi kredibiliti pemimpin. Justeru menjadi trend pembangkang di sana untuk mempertikaikan kredibiliti calon dengan mempersoalkan tindak-tanduk mereka. Di Permatang Pasir, berlaku serangan peribadi sehingga calon UMNO tersungkur, di Bangan Pinang juga menyaksikan calon UMNO dipertikaikan kewibawaan dan kebersihan peribadinya. Malahan banyak lagi senario politik pembangkang di semenanjung hingga membawa kepada beberapa laporan polis dan SPRM, selain dari kes saman-menyaman.

Di Sabah trend ini mula dipraktikkan, terbaru ialah apabila Dr. Jeffry, beberapa kali membuat desakan keatas Ketua Menteri Musa Aman untuk meletakkan Jawatan atas beberapa kes atau skandal yang dikaitkan dengan KM Sabah itu, Selain menggesa SPRM membuat siasatan rapi terhadap beberapa kes pembalakan haram yang dikatakan Musa Aman berkepentingan. Terdapat juga kes rasuah dan penggubahan wang haram yang dikatakan dilakukan di Luar negera oleh orang Musa Aman iaitu Micheal Chia, sehingga membawa kepada AMK PKR Sabah menyusul kes itu itu di luar negara.

Kematangan idea kepembangkangan di sabah juga mula kelihatan bila ahli PKR Sabah mula menyuarakan kehendak mereka terutama apabila menyentuh hala tuju dan kepentingan parti itu di Sabah. Lantaran apabila Azmin Ali mengetuai PKR Sabah, nampak sangat akan ketidakbaikkannya sehingga ahli-ahli PKR mula meragui perjuangan parti Anwar Ibrahim itu. Jika yang demikian mereka menawarkan seorang pemimpin yang pada hemat dan pandangan politik mereka boleh mengemudi PKR Sabah. Tokoh itu bernama Hamzah Amir yang pernah menjawat Presiden Perbandaran Tawau. sesetengah pemerhati meramalkan PKR Sabah akan menjadi bangkai tidak bernyawa bila Hamzah menjadi nakhoda atas alasan bahawa Hamzah tidak punya pengaruh dan pengalaman mendalam dalam politik Sabah. Bukan sedikit juga yang menaruh harap akan berlaku satu lagi Tsunami besar di Sabah tatkala menjelangnya PRU-13 akan datang..atas hujah bahawa Hamzah boleh menjinakkan beberapa tokoh PKR dan PAS yang bertaring dan mempunyai berganding yang mula retak.

Di Kota belud juga menyaksikan budaya dan pendekatan Pembangkang dari Semenanjung mula di bawa masuk. Pemimpin di perhatikan setiap masa. Kredibilitinya juga sentiasa menjadi bahan bualan peringkat akar umbi. Parti-parti pembangkang di daerah ini sudah mula lantang mengkritik dan ada yang bertindak mendesak pihak berkuasa untuk membuat tindakan susulan terhadap pemimpin yang dikatakan mengalami krisis peribadi yang teruk. YB Japlin, pernah dan sedang menghadapi beberapa pertuduhan sehingga membuatkan SPRM membuat siasatan. Biarpun hingga kini belum ada kata putusnya, namun isu ini membuka minda masyarakat di Kota Belud, sesungguhnya memilih pemimpin bukan satu perkara mudah. Di pihak pimpinan juga membawa satu pengertian besar akan tanggungjawab dan tugas maha berat yang terpikul di bahu dan pundak mereka. Sepatutnya tidak disia-siakan sehingga mencemarkan kepercayaan rakyat yang mendukung mereka.

Terbaru dan terkini ialah apabila Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Muataqim Aling turut membuat gesaan kepada SPRM untuk membuka semula kertas siasatan terhadap DUN TEMPASUK, DHMJ yang dikatakan terlibat dalam beberapa kes penyalahgunaan kuasa dan Rasuah. Penglibatan dalam beberapa syarikat berkepentingan antara lainnya Supernesa Sdn. Bhd. Menurut PAS kota belud ini, terdapat 11 dalil atau bukti yang menunjukkan terdapatnya syak dan bukti yang nyata terhadap kes berkenaan seperti yang dilaporkan oleh Sabahkini.

Trend pembangkang untuk menimbulkan keraguan di hati masyarakat terus-terusan diamalkan untuk membuatkan masyarakat memikir semula memilih seseorang pemimpin. Dengan harapan agar PRU-13 akan datang,rakyat akan menolak pemimpin yang pada sangkaan mereka telah membuat 'dosa' kepada masyarakat di kawasan yang diwakili. Justeru para pemimpin yang dikaitkan itu harus segera membuat penafian dan penerangan, supaya rakyat dan masyarakat tidak terkeliru dengan dakyah dan percaturan pihak pembangkang. Reputasi mereka akan tercalar, terutama apabila pihak pembangkang menjadikan isu berkenaan sebagai 'serangan politik' yang berbisa.

Di Kawasan parlimen kota Belud juga tidak lekang daripada pemerhatian pihak pembangkang. Datuk Abdul Rahman, juga dikaitkan dengan kewujudan kesangsian pembahagian projek di kawasan parlimen kota belud. Malahan penganugerahan 7 gelanggang Futsal kepada kontarktor sama yang dikaitkan dengan proksi dan kepentingan ahli parlimen itu, menimbulkan beberapa siri perbincangan di kalangan para pemimpin kelas kedua. Ada yang turut mempertikaikan kehadiran adik DARD iaitu Tajudin yang dikatakan membolot banyak projek di bawah Peruntukan Parlimen . Setakat hari ini, DARD masih membisu dan belum membuat penjelasan. Sama ada benar atau tidak masih belum dapat dipastikan.

Beginilah trend pembangkang di Sabah dan Kota Belud yang mula mendapat perhatian masyarakat Sabah. Para pemimpin sewajarnya lebih berhati-hati mencatur pertimbangan politik mereka, kerana jika tidak pihak pembangkang akan mengekspolitasi isu-isu ini dan akan membuatkan masyarakat bertambah keliru, yang akhirnya membuat keputusan seperti apa yang berlaku di Semenanjung sekarang. Parti UMNO bukan lagi dianggap sebagai parti "penyelamat" tetapi sarang kepada kronisme, nipotisme dan politik wang yang tenat.

19 ulasan :

Watababai said...

Salam Kak KM..

Saya juga ada mwembaca mengenai isu DHMJ yg dikaitkan dgn kes rasuah itu dalam Sabahkini..

Mungkin Adun Tempasuk itu perlu membuatpenjelasan supaya isu ini tidak dijadikan oleh pihak pembangkang terutama PAS..

betul apa kak katakan bahawa trend pembangkang mula menular di Sabah.

TQ.

Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE said...

jika kerajaan mengambil acuan islam pasti najah insyaallah..pokoknya apa perjuagan yang d bawa oleh umno?

Pahlawan iranun said...

salam sdri KM

apa yg di katakan oleh sdri itu dapat membuka minda masyarakat KB khususnya dan Am nya penduduk sabah bagi memilih calon yg terbaik bukan calon yg seperti ini.

secara langsung mereka yg berkepntingan ini membuatkan diri mereka malu di mata masyarkat, seperti apa yg berlaku terhadap YB japlin yg tidak kedengaran berita bila mana kes mula di perkatakan.

masyarakat yg mendokong mereka selama ini sgt kecewa dengan sikap dan kerakusan mereka terhadap ketamakan mereka untuk membolot harta rakyat yg berhak.

justeru itu mereka yg terlibat dengan senario politik harus tampil untuk memberi penjelasan kpd rakyat. bak org kata, berani buat, berani tanggung..

ADUN TEMPASUK said...

Assalamualaikum denakan Kelapa Mawar…
Tahniah kepada denakan Kelapa Mawar kerana dapat menulis isu politik yang sangat berprestij. Sebagai anak watan Kota Belud, saya amat berbangga kerana ramai bloggers yang rajin menulis isu-isu politik terutama yang ada kaitan dengan pemimpin politik KB dan tidak terkecuali dengan diri saya.
Izinkan saya memberi penjelasan berhubung dengan kenyataan Yang Di Pertua PAS Kota Belud; Ustaz Mustaqim Aling yang disiarkan oleh Sabahkini padsa 8-10-2009 yang lalu. Saya anggap ini sebagai wayang lama yang dimainkan semula dan dijadikan alasan untuk mencemarkan nama baik saya dan mempersoal integiriti pihak SPRM. Memandangkan perkara ini sudah lama, kalau benar berlaku sudah tentu saya sudah lama dihadapkan ke mahkamah. Sukalah saya memaklumkan bahawasanya saya tidak pernah didakwah atau dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah samada didalam atau diluar Negara disebabkan kes rasuah. Ini jelas membuktikan bahawa tuduhan rasuah yang dipaparkan di alam maya itu adalah fitnah yang terancang bermotifkan Politik untuk menjatuhkan kredibiliti saya sebagai seorang pemimpin sebagaimana juga mereka memfitnah pemimpin-pemimpin lain. Tuduhan rasuh ini berlaku dekat-dekat pilihanraya dan pemilihan bahagian sahaja iaitu pada tahun 2004 dan 2008 ketika menjelang pilihanraya dan selepas itu pemilihan bahagian. Saya berdiam diri selama ini kerana saya tidak mahu membuang masa melayan tuduhan liar yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, gila kuasa , irihati dan sakit jiwa. Kalau saya layan agenda perjuangan saya untuk membela nasib rakyaat tidak akan tercapai. Justeru itu saya berpandapat adalah lebih baik saya focus terhadap kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada saya. “FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH” .”(Surah al-Baqarah,ayat 191). wassalam

palingberani said...

A'kum Sdri KELAPA MAWAR

Perubahan paradigma para pengundi di Sabah menuntut parti pembangkang lebih bersifat sebagai alternatif kepada masyarakat selain dr UMNO setelah sekian lama, mereka digula-gulakan, kononnya UMNOadalah satu-satunya parti yg perlu disokong utk mmebela nasib mereka..

PAS dan PKR di sabah beruasah utk menggamit rasa masyarakat utk memilih PAS yg memperjuangkan ISlam sebagai pilihan utama dlm PRU akan datang selain PKR yg di anggap parti berbilang kaum..

Utkmenang di KB pembangkan kena berkerja keras bermula dari awal lagi. Jika kes-kes rasuah sprti yg diperkatakan itu tidak benar, Para pemimpin tidak perlu takut menghadapinya. ISLAM MENOLAK APA JUA BENTUK RASUAH.SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA. TAKBIR !..

ROJOKOBOG said...

Salam Kelapa Mawar,
Trend pembangkang di Semenanjung Msia memakan masa yg panjang utk di bawa ke Negeri Sabah, kita dipisahkan oleh mentaliti dan kuasa IT...mereka di SM terlalu jauh lebih advange dlm kedua-dua perkara yg saya sebutkan diatas..pembangunan minda kita di Sabah agak lambat dan adakalanya terbantut..lihat saja sokongan rakyat pada pilihanraya DUN yang lepas..seharusnya kita mesti war-war kan bagaimana cara utk membina jati diri dan memajukan bangsa kita demi utk generasi akan datang, bukan menghalang mereka dgn semangat yg membenci apa yg terbaik utk anak cucu kita akan datang, kerana ada diantara mereka yang masih tidak kenal erti politik yg sebenarnya...urusan rasuah, gejala sosial dll ada pihak yg dipertanggungjawap utk mengendalikannya...terpulang lah kpd mereka yg diamanahkan, kerana Allah maha mengetahui dan melihat setiap perbuatan kita di dunia ini.

Unknown said...

Salam Saudari Kelapa Mawar,

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana sekali lagi saudari telah membawa satu isu yang seharusnya dipandang berat pimpinan UMNO pusat sebelum mengambil keputusan meletakkan calun-calun yang diterima rakyat KotaBelud.

Berdasarkan rekod yang ditunjukan oleh wakil-wakil rakyat Kota Belud kini, Datuk Haji Musbah lebih banyak berpeluang untuk mengekalkan kedudukannya paling kurang sebagai wakil rakyat kawasan N6 Tempasuk. Beliau walaupun tewas dalam pemilihan Ketua UMNO Kota Belud, akan tetapi masih menunjukan sikap mesra rakyat iaitu sentiasa mengunjungi majlis kematian, majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Masa beliau banyak ditumpukan kepada tugasnya sebagai wakil rakyat sepenuh masa, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja aktivitinya masuk kampung meninjau rakyatnya di kawasan kampong. Jika dia tidak terkena sepak terajang mainan politik DSSK , saya yakin beliau mampu dicalunkan sebagai wakil rakyat dalam PRU13 nanti.

Berbeza dengan Datuk Japlin yang kini reda menunggu nasibnya ditangan SPRM, ketika ini pun beliau lebih banyak menyepi daripada menonjolkan diri dengan menghadirkan diri dalam majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya. Dikatakan beliau juga jarang melawat kawasannya seperti yang dilakukan oleh Datuk Musbah Haji Jamli, sekarang ini beliau cuba menukar strateginya dengan berpura-pura berbaik-baik dengan DSSK, wal hal DSSK sendiri tidak dapat control semua AJK UMNO Bahagian kota belud.

Di kalangan AJK bahagian sendiri pun, Datuk Japlin tidak mempunyai rakan untuk dijadikan sandaran mencadangkan namanya sebagai calun UMNO di Kawasan Usukan pada PRU13 nanti, jika tiba masa Perhubungan UMNO Negeri meminta senarai calun-calun yang dicadangkan oleh UMNO Kota Belud dalam pilihanraya nanti. Berdasarkan rekod juga Datuk Japlin tidak mempunyai hubungan yang baik dikalangan AJK Bahagian UMNO yang ada sekarang. Berbanding Datuk Musbah yang mempunyai hubungan yang baik lebih separuh daripada AJK UMNO bahagian sedia ada. Pendek kata nasib Datuk Japlin ibarat “cermin retak menanti pecah”.

Di pihak Datuk Rahman pula tidak ubah seperti menanti hari untuk meninggalkan Parlimen Kota Belud. Dengan istilah orang luar Kota Belud tambah mengelapkan masa depannya untuk dipilih kembali sebagai calun Parlimen, tambahan lagi di kalangan AJK Bahagian UMNO KB juga Datuk Rahman hanya Saudara Idris nanti pegawai perhubungan parlimennya yang boleh bersuara mencadangkannya sebagai calun.
Dengan masalah pembahagian projek yang tidak adil dan masalah moral pegawai perhubungannya yang rasuah menambahkan peluang untuk Datuk Rahman dicalunkan kembali bertambah rumit.

Salam.

Pendekar Tua said...

Salam sdri KM..

Saya respon ulasan sdr datu panglima Iranun..

Bagi saya peluang DHM utk dicalonkan di Tempasuk juga tipis kerana DHM dan SSK tidak sebulu. Biarpun separuh penyokong DHM ada dlm bahagian UMNO tetapi SSK tidak akan membiarkannama DHM dicalonkan,..
Sebagai keta UMNO bahagian SSK ada autoriti utk memilih senarai calon dlm daerah KB. Tambahan lagi Tempasuk adalah akan diberikan kp TSP semula..kalaupun tidak mungkin anaknya akan menjadi calon di tempasuk..

Keadaan DHM sekarang seperti Datuk Japlin juga sangat-sangat tersepit..Di peringkat akar Umbi DHM masih diperluan tetapi di peringkat bahagian dia di cantas dengan penuh tragik..Walaupun beliau orang Musa Aman tetapi, kehadiran SSK seagai Tim. Pengerusi Negeri juga akan memberikan SSK ruang utk membuat senaraipendek calon pada PRU13 nanti.

Wassalam.

Pendekar Tua said...

Salam semula KM..Saya respons juga ulasan YB Datuk Musbah..

Datuk,

Saya berpuas hati engan ulasan Datuk, sama adabenar atau tidak datuk terlibat hanya Alah sahaja yang tahu..tetapi sayakagum kerana datuk memberikan penerangan yang jelas dan saya rasa ada ikhlasnya peneranga itu...Taniah@!

Apa yang berlaku sekarang ialah pihak Pembangkang menggunakan isu ini utk menjatuhka reputasi datuk..Adalah lebih baik datuk mengambil tindakan menyaman mereka supaya nama baik datuk dapat dibersihkan.

Semoga datuk terus menjadi pemimpin yang baik dan perihatin kepada masalah rakyat di KB. Teruskan datuk..Hidup datuk Musbah!!!

Unknown said...

Saudari Kelapa Mawar,

Mohon menyampuk ulasan pendekar tua, Selaku Ketua Bahagian sahaja, belum mampu menidakkan kelibat Datuk Musbah yang mesra rakyat itu. Banyak juga Ketua Bahagian tetapi bila tiba pilihanraya tidak dicalunkan, lebih-lebih sekarang ini UMNO mengutamakan calun yang disenangi rakyat. Bagan Pinang menyaksikan bahawa calun pilihanraya akan datang hendaklah calun yang paling popular dikalangan rakyat. Dan Datuk Haji Musbah memenuhi keriteria ini.

Memang DSSK akan berusaha mematikan politik DHMJ sejak dahulu lagi, namun wakil rakyat kecil-kecil ini bukan senang kecundang, dia juga mempunyai ilmu politik yang tinggi.

Kalau kita kaji rekod pemimpin Kota Belud semuanya pernah merasai kelicikan DSSK dan kecundang termasuk kawan rapatnya sekarang TSP.

Cuba lihat Saudara Lamsil, Cikgu Jikal, Dr Saijan, Arwah Kadri, Cikgu Deraman apa sudah jadi dengan mereka sekarang. Inilah bukti kelicikan DSSK dalam bermain politik.

Dalam menonjolkan diri beliau tidak mengenal kawan, kalau perlu dikorbankan pasti menjadi mangsanya. Tapi kali ini beliau "buku bertemu dengan ruas". Datuk Musbah yang pernah menjadi anak didik Tun Mustapah sesuatu ketika terbukti merupakan saingan DSSK yang tidak pernah gentar dengan musuhnya, silap langkah perangkap DSSK sendiri yang memakan diri dia sendiri.

Kelebihan Datuk Haji Musbah kerana dia ikhlas dalam setiap perjuangannya. Dan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang ikhlas. Berbanding dengan DSSK yang penuh muslihat dalam berpolitik.


Salam.

Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE said...

asslamualikum..

jika datuk musbah berdiam diri saja dengan tuduhan yang di lontarkan kepadanya dan dia hanya mgatakan (Memandangkan perkara ini sudah lama, kalau benar berlaku sudah tentu saya sudah lama dihadapkan ke mahkamah. Sukalah saya memaklumkan bahawasanya saya tidak pernah didakwah atau dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah samada didalam atau diluar Negara disebabkan kes rasuah) ini belum meyakinkan rakyat kawasan n6 tempasuk..
saya mencadangkan..apa kata jika kita buka debat di hadapan rakyat n6 tempasuk..ataur masa dan waktu kemudian jemput org ramai.. dan bila berdebat kena profisionallah..cadangan dari saya utk membersihkan nama datuk musbah..apa2 pun truskan perjuagan datuk..moga perjuagan sentiasa x terkluar d lndasannya..harap cadangan saya di berikan jawapan bagi memuaskan hati org ramai..harap dato musbah mgetahuinya

kelapa mawar said...

salam sdri Watababai..

Ma kasih kerana mengikuti penullisan blog KM ini seadanya. Pandangan sdri saya amat hargai.Ma kasih sekali lagi.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr taufik at tamaue...

Ma kasih kerana berkunjung dan memberikan pandangan..mengenai kes rasuah DHMJ yang diwar-warkan oleh PAS KB itu..sudah pun dibuat penafiannya oleh YB Datuk..dan harap dapat memuaskan hati Kalau nak berdebat memerlukan masa dan kos yang banyak sdr.Lagipun sapa yg berani tampil ke depan ? Cadangan sdr baik dan memerlukanketekunan dan keberanian..
Ma kasih sekali lagi wassalam.

kelapa mawar said...

Salam kembali p[ahlawan Iranun..

Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr..itu amat-amat saya hargai.kes-kes sebegini memerlukan penelitian yang sewajarnyanya..kerana apa yang kita takuti ialah serangan politik itu menafikan apa yang saepatutnya.

Kita berharap agar pemimpin kita di KB ini akan lebih berhati-hati. wassalam.

kelapa mawar said...

Asalammuwalaikum YB Datuk Adun Tempasuk..

Terima kasih atas kunjungan dan pandangan YB Datuk dalam perkara ini.Kesudian dan keberanian yg Datuk tunjukkan dalam usaha membersihkan imej kepimpinan dan peribadi Datuk amat-amat kita sanjungi..

Teruskan perjuangan Datuk terutama dalam pembasmian kemsikinan tegar di daerah Kb. Semoga usaha murni ini akan diberkati oleh Allah.

kelapa mawar said...

Salam sdr Rojokobog..

Ma kasih atas pandangan sdr..

Trend pembangkang di Sabah telah mula melakukan serangan peribadi termasuk mempertikaikan keredibiliti calon. Mempersoalkan ketelusan dan ketirisan..
Apakah pembangkang berpeluang mengurangkan majoriti parti pemerintah..?

kelapa mawar said...

salam kembali sdr Datu Panglima Iranun..

Ma kasih dgn pandangan bernas itu..

masyarakat Iranun masih ketandusan mencari seorang pemimpin yang benar-benar berpotensi..rasanyamungkin 10-20 tahun akan datang barulah masyakarat Iranun memperolehinya..

apa yang menjadi keutamaan sekrang ialah mengilap bakat-bakat muda yang masih bertebaran dan tanpa hala tuju politik mereka.

Percaturan dan perhitungan yg bernas akan menjamin kejayaan politik yang matang.

Di kB masih lagi memerlukan sepak terajang politik yang tidak berkompromi..
Wassalam.

kelapa mawar said...

salam kembali pendekartua..

ma kasih atas pandangan sdr itu dan rasanya datu panglima Iranun telahpun menjelaskan mengenai kemusykilan sdr..harap sdrpuas hati .wassalam

SI RENGIT said...

salam...

mohon diberi ruang mengulas kenyatan adun tempasuk...Datuk...berdasarkan kenyatan dan ulasan datuk...datuk sedaya upaya menangkis segala tuduhan dan tohmahan segelintir musuh politik datuk..namun si rengit punya pendapat tersendiri...andai perlu dan wajar difikirkan sila lah kita renungkan bersama...tiada niat untuk menuduh atau memfitnah sesiapa...namun realitinya...si rengit berpendapat bahawa...kerana "kuasa ghaib" lah datuk musbah tidak dihadapkan ke mahkamah sehingga sekarang...

sebenarnya isu ini sudah pun kita semua maklum...malahan seorang rakan yang merupakan orang kuat datuk sendiri pernah mengatakan bahawa...datuk tu orang besar jadi nak sabitkan kesalahan terlalu susah...lagi pun MA sentiasa support beliau....kalau kita fikir logika nya ada betulnya juga...maklumat dari seorang kawan dalam SPRM turut menyatakan...mereka amat susah membuat dakwaan kepada individu yang punyai "kuasa dan di lindungi oleh tangan ghaib" sekalipun punyai bukti yang kukuh...

Apapun pada si rengit...sendiri mau ingat lah...fikirkanlah...undi di tangan kita..buatlah keputusan yang terbaik...tq