Bila kita membicarakan tentang politik daerah kota belud, semacam satu kemestian kita mengungkapkan 3 istilah yang saya sematkan dalam tajuk penulisan kali ini. SEPKULASI yang membawa satu keadaan meramal yang kadangkala didasarkan atas keperluan politik semasa, biarpun kadangkala SPEKULASI itu memaparkan lanjutan percaturan politik peribadi yang mahabesar impak nya pada iklim politik di daerah ini. Persoalan tentang kebenaran SPEKULASI ini ,ibarat seperti meramal hujan kan tiba setiap hari…tiada penghujung Spekulasi ini..tetapi tanda dan alamatnya makin jelas. Istilah PERHITUNGAN, kalau diseragamkan dengan PERCATURAN, memerlukan plan tindakan yang komprehensif sifatnya..PERHITUNGAN yang dirancang sedemikian rupa dengan teliti dan kemaskini setiap masa, mampu membawa satu HARAPAN kepada masyarakat Kota Belud.
Justeru spekulasi politik ini tidak lari dari membicarakan 3 kawasan penting dalam kawasan pengundian masa pilihanraya di Kota Belud. Walaupun daerah ini nyata, mengandung banyak kontrovesi buatan sendiri,namun kerana UMNO telah dilahirkan di daerah ini, maka SPEKULASI POLITIK di kawasan yang memang kubu UMNO tetap menjadi santapan minda para pemerhati. DUN TEMPASUK, DUN USUKAN DAN KAWASAN PARLIMEN KOTA BELUD menunjangi penulisan ini. Sedangkan KADAMAIAN tersasar untuk diulas kerana atas kapasiti sebagai kubu tradisi PBS dan bukannya UMNO.
DUN TEMPASUK.
Antara kawasan pilihanraya di Kota Belud, DUN TEMPASUK adalah antara DUN yang paling panas, kerana menyaksikan ‘perebutan’ antara dua tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah politik Kota Belud iaitu TSP dan DHMJ. Kedua-dua tokoh ini telah memaparkan prestasi yang cukup membanggakan kepada masyarakat Tempasuk. Suatu ketika TSP adalah ‘ikon’ kepada Tempasuk..Sebut saja nama TSP, seluruh Negara mengetahuinya bahawa beliau adalah ‘Perhitungan dan harapan’ penduduk Tempasuk. Biarpun dalam sejarahnya, TSP pernah memberi laluan kepada DHMJ yang juga calon UMNO, tetapi nyata pengaruh TSP dan aura politiknya masih menjadi bualan penduduk Tempasuk. Ketegasan, kepimpinan dan kredibilitinya sepanjang hampir puluhan tahun sejak zaman USNO hingga ke zaman AKAR nya..Tempasuk disinonimkan dengan TSP.
Namun apabila DHMJ berkesempatan menjadi ‘wakil rakyat’ Tempasuk yang mempunyai pelbagai masyarakat, Bajau, Iranun dan hampir 1/3 adalah dari suku Dusun, maka scenario politik masyarakat Tempasuk Juga berubah. Perlahan-lahan DHMJ diterima kepimpinannya, dan tidak hairan jika di peringkat akar umbi..ketua-ketua cawangan UMNO di sekitar perkampungan Iranun dan Bajau, menjadikan DHMJ ini sebagai pemimpin “number one “mereka. Parti UMNO yang suatu ketika memperkenalkan “marry-go-round” dalam system penggiliran Ketua Menteri, tidak mematikan niat dan sokongan rakyat kepada parti import dari Tanah Besar semenanjung ini. Kerana itu pemerhati politik nyata memberikan signal, bahawa di sabah “psychological make-up”nya ialah pandangan umum kesukuan dan bukannya parti semata-mata.
Lantas kerana kehebatan dua tokoh berpengaruh ini, lahirlah pelbagai spekulasi panas meskipun PRU-13 masih jauh, ibarat antara mata dan jantung hati. Kekalahan DHMJ merebut ketua Bahagian UMNO, telah menyebabkan tokoh ini seakan terpinggir dalam parti itu. Ada yang mengkhabarkan bahawa jika bersandarkan kepada tradisi UMNO. Calon Pilihanraya akan dikemukakan oleh “bahagian’, yang kemudiannya “bahagian” akan mengajukan kepada peringkat Umno Negeri seterusnya di peringkat Pusat. Lalu, berdasarkan situasi tradisi itu, apakah DHMJ akan menjadi calon pilihan Umno KB pada PRU-13 akan datang..? sedangkan umum mengetahui bahawa DSSK selaku ketua bahagian, ‘menolak’kepimpinan DHMJ..Jika benar, apakah DSSK akan mengambil risiko untuk tidak memberikan ruang kepada DHMJ..? Kalau bersandarkan kepada keutamaan parti, jelas penguguran DHMJ dalam senarai calon peringkat bahagian akan mengundang malapetaka di peringkat akar umbi..kerana ternyata DHMJ begitu diperlukan oleh masyarakat Tempasuk , selain dikatakan lebih mesra kepada rakyat dan begitu mengambil perhatian..Ertinya kehendak akar umbi perlu diutamakan..
Jika sekiranya spekulasi ini dilihat atas pandang politik sebelah pihak, maka penguguran DHMJ akan menimbulkan persoalan..Siapa yang selayaknya menduduki kerusi Tempasuk. Lantas yang demikian tokoh yang paling sesuai ialah TSP..yang juga Speaker Dewan Rakyat. Jika percaturan TSP lebih memikirkan kepentingan politik peribadi, nescaya Tempasuk akan terlepas dari tangan pemimpin Iranun ini. Kerana desas-desus dan ramalan kebanyakkan pemerhati dan penulis politik nasional, menjangkakan jawatan TYT akan diisi oleh TSP. Namun jika berlaku sebaliknya TSP akan ‘kembali’ menggegarkan DUN TEMPASUK. Hujah bahawa ‘kepulangan’ TSP di tempasuk agak dekat di hati pemerhati ialah kerana ‘keakraban’ nya dengan DSSK yang pada waktu ini ketua Umno bahagian dan Tim. Ketua Perhubungan negeri. Apakah jika kiranya DSSK tidak ‘mengkhianti” keakraban ini, peluang TSP kembali di Tempasuk boleh mencecah tahap maksimum 80%. Berdasarkan bahawa DSSK akan mengambil peluang terhadap pengaruh politiknya untuk merebut tempat bagi pihak TSP. Jika percaturan ini, berkehendakkan TSP menganggotai cabinet negeri semula, maka PERHITUNGAN meletakkannya di tempasuk akan menyinarkan HARAPAN. Jika sebaliknya, percaturan UMNO PUSAT yang mengkhendakkan TSP di bawa semula ke semenanjung, tidak mustahil TSP bartanding di kawasan Parlimen, walaupun anggarannya hanya 10%, tetapi dalam politk tipu muslihat adalah permainannya. Tidak semua pemain jujur percaturan politik peribadi mereka.
PRU-12 yang lalu biarpun menyaksikan bahawa, UMNO menang di Tempasuk dengan ‘menggadaikan” TSP,namun kesetiaan TSP membantu sedikit sebanyak kemenangan kepada DHMJ, walaupun di beberapa peti undi jelas menunjukkan penurunan, dan peningkatan kepada sokongan calon pembangkang. UMNO KB seharusnya lebih berwaspada memutarkan titik bengik politik pemimpin di Tempasuk supaya jurangnya tidak Nampak besar dan menggugat keutuhan parti di peringkat daerah dan negeri. Jika tidak apakah kita boleh membayangkan bahawa akan ada calon pilihan selain dari dua tokoh ini..? Kalau ada siapa..?mungkin pemimpin muda yang selama ini membutuhkan peluang untuk melonjakkan kepimpinan mereka. Yang selama ini begitu setia ,biarpun kepimpinan atasan kerap bergolak.?
DUN USUKAN
Di kawasan Kota belud, hanya DUN USUKAN yang satu-satunya majority Islam. Terdiri dari dua suku terbesar bajau dan Iranun. Sepintas lalu kawasan DUN ini menjanjikan kemenangan padu kepada UMNO, itupun jika tidak berlaku ‘tikaman maut dari belakang”. Buat masa ini ramai pemerhati politik tidak sangat meletakkan harapan mengunung tinggi kepada kredibiliti YB Japlin yang telah tercalar..tetapi mereka menjangkakan bahawa tokoh selayaknya yang disebut-sebut ialah DSSK sendiri. Ibarat Ikan pulang ke lubuk kata mereka.Biarpun suatu ketika DSSK pernah bertarung dengan TSP di kawasan ini yang menyaksikan TSP Berjaya dalam PERHITUNGAN politik nya. Namun kawasan DUN ini akhirnya menjadi milik DSSK turun temurun sehinggalah dilepaskan untuk memberi laluan kepada YB Japlin. Jika percaturan politik UMNO Sabah, masih meletakkan ‘kepercayaan’ penuh kepada kepimpinan DSSK, dan masih membuka ruang untuk Jawatan tertinggi kerajaan negeri, justeru tidak mustahil DSSK akan kembali dicalonkan.
Di peringkat Pusat, jika DSSK “diterajang” dan diminimumkan pengaruh politiknya di sabah, maka cara yang paling manis ialah mengembalikkan Kawasan Parlimen KB semula kepadanya, justeru DSSK akan menjadi kembali ‘diam’ seketika. Lebih-lebih lagi kalau disajikan dengan Jawatan peringkat Pusat. Musa Aman akan ‘ketawa’ riang di Sabah. Tetapi jika sesungguhnya kepimpinan DSSK sangat diperlukan di peringkat Negeri, kembalinya nanti di DUN Usukan akan membuatkan Musa Aman merana politiknya. Pun begitu masih ramai yang turut mengintai kawasan DUN USUKAN, antaranya ialah Saidatul Badru, yang paling panas disinonimkan dengan Musa Aman, kononnya ‘orang’ suruhan untuk menjatuhkan reputasi DSSK. Sejauh mana kebenarnya, ianya hanyalah SPEKULASI semata-mata. JIka itu berlaku..ada kemungkinan DSSK akan ke Parlimen Kota Belud.
Selain itu kekuatan pembangkang terutamanya PAS tidak harus diambil endah. Kerana persekitaran pengundi yang beragama Islam..boleh memberi kejutan politik yang akan meresahkan UMNO. Mungkin peratusan 0.01% PAS akan menang tetapi kemungkinan mengurangkan majority adalah 99 %. Itupun bergantung kepada perubahan minda pengundi..biasanya di sabah perubahan mentality agak perlahan tetapi nyata dalam politik boleh berlaku perkara yang tidak disangka-sangka. Datuk Harris Dan parti BERJAYA pernah dijahanamkan oleh PBS biarpun pada waktu itu PBS baru 47 hari dilahir dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Suatu rekod yang sampai kini belum boleh dipecahkan oleh mana-mana parti politik di Negara ini.
PARLIMEN KOTA BELUD.
Buat masa ini di duduki oleh DARD ‘pendatang baru’ baru dari Tuaran. Jika memperkatakan hal ini, ramai yang berkeyakinan bahawa DARD akan dikembalikan di Tuaran menghadapi Datuk Hajiji di daerah ‘kembar’ Kota belud itu. SPEKULASI sekan membenarkan bahawa DSSK jika turun ke DUN USUKAN, maka menyaksikan kawasan Parlimen Kota belud, ketandusan calon..selain TSP, tidak ada yang selayaknya menduduki kawasan besar itu..atas hujah bahawa, calon yang mendudukinya besar kemungkinan dijemput ke pusat. Maka jika TSP ke Tempasuk, DSSK ke USUKAN, mungkin calon baru akan menduduki Parlimen Kota belud.
Biarpun begitu SPEKULASI TETAP akan bertiup kencang untuk mencari PERHITUNGAN yang benar-benar memberikan HARAPAN kepada penduduk Kota Belud.
18 ulasan :
salam sdri KM
penulisan yang menarik..tggu ulasan dari yg berkenaan..tuk pengetahuan sdri KM DMHJ tidak approve sy punya komen berkenaan dgn DMHJ Tdk Tunaikan Janji di blog watababai.blogspot..
mgkn dia malu dgn apa yg berlaku tp itu lah realiti nya wahai sdri KM. jemput untuk melihat komen dan respon bgi perkara ini kat blog tersebut..
teruskan penulisan sebegini sdri..gud luck!!
salam sdri KM
sy harap apa yg di katakan oleh sdri ini boleh membuka minda masyarakat KB untuk lebih berfikir secara kreatif terutama dalam bidang politik..
Jumpa lagi sdri Km..
Saya rasa edih kerana sdri tidak memperkatakan kws Kadamaian biarpun ia termasuk dlm daerah KB..
Pergolakan politik serta masa depan perlu juga diambil kira kerana biarpun Kadamaian diwakli PBS tetapi PBS dalam BN
Mohon agar sdri KM dapat mempertimbangkan isu ini supaya kita dapat memperkatakannya bersama para blogger di Kb ini.
SALAM ZIARAH SDRI KELAPA MAWAR
Saya tertarik membaca pandangan politik sdri terutama di kawasn Tempasuk yang melibatkan DHMJ dan TSP..
Jika TSP bertanding di Tempasuk saya yakin dia menang besar kerana rakyat di Tempasuk masih menginginkannya..
Soal DHMJ tercalon di tempasuk juga semakinkabur keran dia tidak ngam dgn SSK, Datuk Musbah kalah dlm perebutan ketua bahagian Umno yg lalu..
Pengaruh SSK melobi utk tersenari calon Pilihanraya juga cerah kerana atas sebab dia skrg Tim. ketua .Perhubungan Umno Negeri..terkecuali jika Najib mengambilkira SSK dulu tidak mencalonkannya sbg naib Presiden..
Kalau SSK tercalon di usukan,,saya rasa Musa Aman masih CM, dan SSK masih tidak akan di bawa dalam kabinet negeri.
Ini disebabakn Musa Aman telah membawa kemajuan yg besar kepad Sabah berbanding CM sebelumnya yg diikat dgn sistem penggiliran itu.
Salam hormat..sekadar meramal.
salam...
Si Rengit amat tertarik ngan isu Tempasuk...Hal ini melibatkan "Tahikun" Iranun. Namun pada si Rengit...adalah tidak janggal amdai si rengit katakan bahawa dunia politik sinonim dengan tikam depan, belakang, kiri dan kanan, atas dan bawah...jadi pada pendapat si rengit..DSSK pasti akan berusaha menjaga reputasi politik beliau.
Adalah tidak keterlaluan si rengit katakan bahawa...DSSK hebat dunia terajang politknya... TSP pasti akan terkena terajangnya atau tak pun tempiasnya...demi menjaga dirinya DSSK pasti akan cuba bersengkongkol dengan seterunya...itu tidak mustahil....sayugianya kita semua faham dan tahu...dalam dunia politik..tiada yang mustahil..
apapun pada si rengit...samaada DSSK atau TSPA...kedua-duanya perlu berhati-hati...cuma yang kita takuti bila ada yang benar2 berpaling tadah...Si rengit amat yakin...andai bukan kerana menyeimbangkan kuasa...percayalah pasti kedua-dua tokoh yang dah malap ini pasti tidak akan bersengkongkol...malahan USBO tak kan tertubuh atau wujud....
Cuma ramalan dan pendapat si rengit sahaja...(Seronok juga cerita KM ini...pasti pemimpin2 yang sedang malap ini risau dan tak senang duduk...masam sasing kapanasan)....tq
salam ziarah...
DHMHJ dan TSP sedang berusaha mengekalkan reputasi masing2...cuma kedua2nya ditunggangi oleh penunggang yang berbeza...DHMHJ sedang ditunggangi oleh MA...manakala TSP sedang ditunggangi oleh DSSK...kedua-duanya hebat dalam perlumbaan ini..
DSSK seorang penunggang yang hebat...bukan sahaja bakanya yang hebat....hartanya pun terlalu hebat sehingga tidak terjangkau pemikiran kita yang terkebelakang ini...masing-masing kena jaga legasi politiknya..maka jangan hairan andai kedua-dua kuda mereka ini terpaksa dilepaskan...berhati-hati TSPA dan MHMHJ...anda pasti akan jadi korban...tapi ok jugalah kalau mereka ini menjadi korban...boleh lah kami PAS ambik alih...takbir......!
ala...semua mereka ini sama saja...semua bangkai bernyawa...baik kita semua pakat-pakat korbankan diaorang PRU13 nanti...
kita pakat2 undi pula si tajul muluk atau si roslan manshor..ndak pun utk tempasuk si idris kisab pun boleh juga....sekarang ini pun dia sedang belajar ambil degree...ndak mau juga kita undi saja PAS...Ustaz Awang Laiman, Imam Katab, Imam Masdin pun ok juga....
Salam...
beberapa hari yang lepas, saya bertemu dengan sahabat lama dari mimos...nampaknya mereka sudah dapat mengenalpasti lokasi siapa sdri dan lokasi sdri...DSSK & DHMJ ada menawarkan RM3K bagi sesiapa yg dapat memberikan maklumat siapa sdri...dlm beberapa hari lagi kayalah saya...hahahaha
Ralat...30K
Salam sdri KM dan rakan-rakan blogger sekalian
Dari sembang-sembang politik dengan rakan-rakan sebentar tadi..ada maklumat terkini yang menyatakan bahawa kemungkinanTSP akan tetap kembali ke Tempasuk..Dan DHMJ mungkin digugurkan..bergantung kepada di mana DSSK akan bertanding..Jika masih di Parlimen..DHMJ mungkin ditendang ke USUKAN..
Sebolehnya DHMJ tidak akan diberikan tempat di KB untuk melumpuhkan gerakan MUSA AMAN.
Salam ziarah buat adik Kelapa Mawar..
Pergoalakan politik semamangnya sentiasa berlaku diaman-mana jua. namun rakyat yang berhak membuat pilihan.
Mungkin di Sabah, kita masih tidak berani membuat pilihan. parti pemerintah masih menjadi pilihan atas dasar kerana berkemampuan..
namun kehadiran PBS telah membuatkan kita berfikir bahawa sebenarnya politik di Sabah juga boleh berubah dengan syarat rakyat berani membuat perubahan..
Di Kota Belud, mungkin kita perlu membuat perhitungan untuk mendapatkan wakil rakyat yang mampu diterima oleh semua kaum ..
untukmendapat pemimpin yg demikian bukan mudah tetapi memerlukan kesanggupan besar terutama pemimpin sedia ada untuk membuat pilihan kepada pemimpin pelapis sedia ada..kalau tidak permimpin itu akan tidak dapat diangkat..
Oleh yg demikian..siapapun yg bakal menjadi calon di kws yg sdri sebutkan itu, haruslah memikirkan bahawa mereka dipilih untuk rakyat dan bukan utk diri dan kepentingan politik mrk semat-mata.
Salam kembali Pahlawan Iranun..
Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr itu. saya mengikuti isu yg sdr katakan itu. Salam hormat dan jumpa lagi.
Salam Datu Pitung..
Pandangan sdr sangatsaya hargai. Ma kasih. Diharap sdr dapat memberikan lagi pandangan dilain kali. Semga sdr sentiasa berkesempatan utk itu. Wassalam.
Jumpa kmbali Sdr Idahan..
Buat masa ini, saya belum berkesmpatan memaparkan isu di Kadamaian, jika ada masa saya akan cuba. Sementara itu, di harap sdr terus setia memberikan pandangan. Ma kasih atas kesudian itu.
Slam kembali sdr paling berani..
ma kasi atas kunjungan sdr yg tidak putus-putus dan memberikan pandangan yang cukup bermakna.
pertelingkuahan di Tempasuk memang panas kerana menyaksikan duA TOKOH yang hebat pengaruh politiknya.
TSP akan berusaha ntuk mendapatkan semula Tempasuk dengan harapan beliau akan kembali dlm persada politik negara/. Ini membuatkan kwsn itu manis untuk diperkatakan di samping memberikan banyak spekulasi.
salam hormat dari KM.
Salam si rengit..
Lama sdr sdr tidak ke udara melawat laman KM ini..tapi kali ini sdr berbuat demikian..
ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr..TEMPASUK akan menyaksikan satu lagi perhitungan ahli politik yang inginkan kembali reputasi mrk. apakah akan tercapai atau sebaliknya..? apa yg pasti rakyat sudah terlalu matang utk menilai itu semua.
salam hormat dan semoga berkunjung lagi.wassalam
Salam si badang..
Ma kasih atas pandangan sdr itu..siapa kuda dan siapa diperkudakan sudah jelas..dan hanya gelanggang perlumbaan yg akan ditentukan. Siapa yg menang akan medncatat sejarah baru dalam politik. Kita tunggu perlumbaan ini. waslam
Salamkembali
Sdr kapous,
sdr Expert,
sdr palingberani,
sdr Pendekartua,
Ma kasih atas kunjungan sdr-sdr sekalian..semoga sdr diberikan kesempatan untuk memberikan pandangan lagi.kehadiran sdrsaa amat menghargai.wassalam
Post a Comment