Bukan kecil tanda tanya pada seluruh masyarakat Usukan..Bukan main juga persoalan yang bersarang di kepala masyarakat Kota Belud..APA sudah jadi dengan Wakil Rakyat Usukan? Di mana sudah YB Japlin? Kenapa tidak kelihatan dalam majlis pemimpin bersama rakyat di kawasan Usukan..? Apakah faktor yang menyebabkan wakil rakyat ini 'membisu seribu bahasa'..malahan jarang kenampakan di daerah ini? Apakah masyarakat di usukan terus-terusan dibiarakan tanpa pembelaan dan perhatian dari wakil rakyatnya?
Sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dilantik dan dimahkotakan sebagai pemimpin, YB Datuk Japlin seharusnya bersikap lebih gentelmen dan berkesungguhan dalam membela nasib dan pembangunan masyarakat di Usukan.. semua orang tahu bahawa, YB Japlin menghadapi beberapa masalah peribadi ,namun tidak harus dijadikan alasan untuk tidak mempedulikan lagi hasrat dan kehendak masyarakat Usukan. Soal peribadi soal lain, tetapi tanggungjawab adalah 'hak' yang diberikan oleh rakyat. Tambahan lagi YB Japlin belum pun diputuskan oleh mahkamah bahawa beliau bersalah, jadi adalah lebih baik jika Wakil Rakyat ini tidak sangat mempedulikan hal-hal yang berkaitan dengan isu SPRM ini.
Wakil rakyat Tempasuk lebih berjaya dan mendekati masyarakat akar Umbi, apakah YB Japlin juga tidak berkesempatan berbuat demikian.? Sedangkan dalam beberapa majlis rasmi YB Usukan dan YB Tempasuk ini kelihatan bersama..seakan-akan mereka mempunyai pertalian 'persahabatan' yang akrab. Masa kan YB Japlin tidak boleh berbincang secara hati ke hati dengan YB Tempasuk ini..Pilihanraya ke -13 masih jauh lagi..Dalam politik penuh dengan misteri yang tak terungkap..segala-galanya mungkin dan kemungkinan itu yang seharusnya difikirkan oleh YB Japlin.
Dengar-dengar khabar juga, YB Japlin sudah tidak mempedulikan hal dan perihal UMNO Bahagian KB. Termasuk juga YB Tempasuk ,Datuk Musbah Jamli. Kerana mungkin tidak wujud kesaksamaan kepimpinan di peringkat bahagian ,maka hal ini berlaku. Sepatutnya perlu hadir ketulusan memikirkan perihal rakyat yang seharusnya dibela dan diutamakan. Mungkin dengan mengambil semangat bahawa UMNO seluruhnya perlu berubah dan berusaha mendekati masyarakat dengan mengutamakan kepentingan parti dan rakyat, maka ketidaksepakatan para pemimpin di KB ini boleh dilangsaikan seadanya.
Sebagai anak watan KB juga pendukung kepada para pemimpin sedia ada, saya berpendirian bahawa para pemimpin harus duduk bersama membincangkan halatuju pembangunan masyarakat di KB. Ambil iktibar kepada apa yang berlaku dalam MCA, bila dua harimau akhirnya duduk semeja dan bertolak ansur. Tea Kiat dan Chua memendamkan perasaan tidak puas hati sebaliknya memikirkan keutuhan parti mereka. Kaum Cina bertindak memikirkan kepentingan kaum mereka di semenanjung. Apakah iktibar ini tidak relevan difikirkan pada peringkat UMNO KB..?
Tidak ada siapa yang dapat mengubah paradigma pemimpin kita di Kb ini kecuali mereka yang mengambil inisiatif memikirkannya. Berkorbanlah atas kepentingan generasi akan datang. Kalau bukan sekarang bila lagi..? Dan buat YB Japlin..'mendiamkan' diri tidak akan menyelesaikan segala kemelut yang berlaku..dedahkan kembali kepimpinan, libatkan diri dalam gerakan kemasyarakatan di Usukan, setidak-tidaknya, USUKAN akan mengingati YB Japlin, pada ketika mereka perlu mengingati anda. Dan ingatlah bahawa seseungguhnya "Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat".

17 ulasan :
Salam sdri KM...
YB Japlin ada di rumah duduk diam-diam memikirkan nasib dirinya..barangkali tidak sangat memikirkan masyarakat di Usukan..
Saya tinggal di kwsn Usukan dan saya akui YB Japlin sukar ditemui dalam majlis keramaian di Usukan.
TQ kerana mencerna idea mengenai hal ini.
Saudara Kelapa Mawar,
YB Japlin telah banyak diberi peluang jadi pemimpin, tapi walaupun banyak mendapat peluang. Tapi peluang itu telah disia-siakan olehnya.
Bukan itu sahaj dalam mesyuarat pemuda UMNO KB tahun lepas senang-senang diperbodohkan oleh Saudara Barur.
Sebab itu dia sekarang ini menyendiri mengenang nasibnya yang akhirnya mati kutu.
YB Japlin sebenarnya tidak layak jadi pemimpin, tapi dia dapat peluang menjadi pemimpin apabila DSSK mempergunakannya membunuh keria politik DHJM pada tahun 2004.
Dalam AJK UMNO bahagian juga YB Japlin langsung tiada orang untuk mempertahankan dirinya apabila tiba masanya mensyuarat AJK Bahagian menentukan calun-calun dalam pilihanraya akan datang.
Dah nasib badan YB Japlin. Kau minta tolong dengan dia pun bukan boleh bantu. pi sahajalah banyak lagi AJK bahagian yang boleh jadi wakil rakyat.
salam kak KM,
pada saya sebagai orang luar UMNO YB DJA adalah antara pemimpin sejati sebelum kes rasuahnya dalam UMNO baru-baru ini. beliau digunakan oleh KJ dalam mengedarkan wang rasuah KJ dan YB Japlin kantoi di sipitang. dia tersilap bagi sehingga tergambar oleh musuh KJ. begitulah dalam UMNO tidak boleh terlampau lurus ikut arahan bos. hairan juga bila ada yang katakan YB DJA digunakan untuk mematikan karier politik DHMJ. sekali tengok DJA calon di usukan juga bukannya di tempasuk..hehehe.. Pada saya khidmat bakti YB DJA amat cemerlang tapi mungkin beliau tidak pintar berpolitik lagi-lagi dalam parti seperti UMNO. Nasib KJ kini ditangan DJA. jadi terpaksalaj DJA sibuk urus dirinya. Pada saya DJA masih berpeluang menjadi pemimpin usukan kerana dalam UMNO 'impossible is nothing'. Akhirnya saya tatap juga pas tau..hehe.. TAKBIR!!
Salam kembali sdr paling berani..
Ma kasih atas response kepada tulisan ini. Semoga sdr dan masyarakat Usukan akan terus ceria dan menerima pembangunan.
Datu Panglima Iranun..
Berdasarkan ulasan respons sdr nampaknya Dt. Japlin bukan sahaja bermasalah dgn masyarakat Usukan tetapi juga peringkat pemimpin bahagian Umno.
Bagi Saya inilah antara cabaran utama DSSK selaku ketua bahagian Umno KB untuk menggamit sokongan kembali kepada para pemimpin lain di daerah ini.
Perubahan dan tindakan merapatkan saf kepimpinan adalah perlu utk keharmonian masyarakat KB
salam kembali Sdr wataskadi..
ma kasih atas pandangan sdr itu dan saya juga terfikir yang demikian. Semoga sdr terus diberikan kekuatan utk terus membincangkan hal-hal politik dan kepimpinan kita di daerah ini.
Salam Kelapa Mawar
Bilamana berhadapan dengan isu yang melibatkan pendedahan kelemahan seseorang itu, agak susah juga untuk meluahkan pandangan yang lebih rasional lagi adil(rasa nya).
Apa lagi bila memikirkan beberapa perkara yang kita rasakan belum begitu pasti kedudukan sebenarnya.
Hujung-hujung kita terpaksa mengeluarkan ulasan semata-mata berasaskan spekulasi yang mungkin lari dari fakta sebenar. Justru itu, 'credibility' kita sebagai pemerhati dan pengulas, akan tercabar dalam dunia cyber tanpa sempadan ini.
Mengenali Sdra Datuk Japlin ini secara peribadi, saya turut simpati atas perkara yang melandah career beliau; sapertimana yang KM timbulkan disini.
Bagi saya, beliau ini ada lah seorang yang baik, sederhana, pendiam, berpelajaran dan banyak memahami masaalah sahabat-sahabat nya.
Namun, dalam dunia politik ini, banyak perkara yang tidak terduga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang menceburi nya.
Saya percaya beliau mengikuti perkembangan blog KM ini dan terasa apa yang diulaskan disini.
However, mungkin juga kerana situasi yang agak komplek lagi rumit yang harus beliau lalui masa kini; mungkin menyebabkan beliau mendiamkan diri.
Kadang-kadang kata orang, terlalu banyak cakap pun bukan nya dapat membantu.
Selalu nya dalam kes saperti ini lebih baik diam daripada ributkan keadaan.
Seada nya, saya percaya satu penyelesaikan untuk beliau dan rakyat Usukan akan tercapai jua.. bila? sama-sama kita nantikan.
Semuga kalian sukses
Salam Kelapa Mawar,
Mohon laluan menjawab persoalan watasikadi, Saudara tidak dapat membaca keadaan politik Kota Belud sebenarnya. Sebab itu saudara tidak nampak bagaimana YB Japlin dipergunakan membunuh keria politik pada tahun 2004.
Nak tahu saudara kena berjumpa Pak Belalang secara personal kerana saya terlibat langsung dalam politik Kota Belud Waktu itu.
salam kak KM,
Mungkinlah saya tidak arif dalam politik KB saudara datu. terima kasih atas ulasan saudara datu. saya memang tidak berpengalaman dan masih mentah dalam politik KB. mohon semoga saya dapat menimba pengalaman dari saudara datu dan senior politician yang lain di KB ini. saya hanya melihat pada luaran dan service datuk japlin semasa menjadi YB. saya cukup kagum sikap dan cara berkhidmat beliau.namun dalam UMNO percaturan politik haruslah licik dan tidak boleh jadi pak turut yang setia. kesian YB DJA kerana pada saya beliau bagus dalam berkhidmat tetapi tidak dalam politik. dia tersepit ketika Diarahkan KJ. Sedangkan dia memang tahu perbuatan itu salah. tapi dia memang banyak bergantung pada KJ sebelum ini, kalo tidak susah juga dapat banglonya dikolombong tu kalau tiada pendapatan sampingan. mungkin beliau lebih cemerlang jadi pegawai kerajaan. Apapun YB Japlin seharusnya mencari surrounding yang power dikalangan politician kota belud supaya tidak dipermainkan. akhir kata, aku menulis bukan kerna nama. PAS TATAP PAS!!
Salam,
berita baru diterima...YB Japlin sedang mencari al Ghazali, di puncak gunung hiroshima
Salam KM,
utk makluman Watasikadi YB Datuk Japlin layak diberi pinjaman perumahan kerajaan atas jawatan Pembantu Menteri RM600,000.00 hingga 826,200.00 - tiada guna mempersoalkan banglo yg dibina di Kelombong.
sekian utk makluman
oh ya kan betul juga. tapi loan la kan bukan dibagi terus. loan pun mau bayar woo..kalo sudah putung gaji banyak apa mau bagi sama orang KB ahli UMNO yang OPPORTUNIST tu? mau ada duit juga tu tau..hehe
betul juga ya..mana saudara japlin ni..jangan tunggu piliharaya baru muncul..atau kut malu dengan perkara-perkara yang lepas..tapi beliau mesti ambil peduli rakyat usukan kerana beliau masih wakil rakyat di situ..maaf ya kelapa mawar..lama sudah tidak berkunjung.biasaklah cari makan katakan jadi tak sempat jenguk blog..
entri ini telah aku re-post kan di blog aku .
Luangkan masa melawat .
http://ohrakyat.blogspot.com
jemput kelapa mawar layari portal news terbaru saya paradigma.com.my
boleh hantar artikel ke muslioli@paradigma.com.my
Datu Panglima Ilanun....jgn sembarang cakap orang lain memperbodohkan orang lain...nanti diri sendiri yang bodoh...
Datu Panglima Iranun...kau jawab soalan watasikadi macam lah kau ni tau betul politik di kota belud...eja karrier pun keria...
Post a Comment