Monday, November 2, 2009


Ketika suasana politik negara kacau bilau dengan beberapa insiden “goyah dan pecah’ yang membawa kepada perletakan jawatan individu glamour sesebuah parti politik, ramai pemerhati menjangkakan bahawa tahun 2008 dan selepas pengunduran Pak Lah, ketidakstabilan dan krisis kepimpinan parti menjadi ‘musibah’ berganda di Negara ini. Kerana itu, apabila setiap kali berlakunya krisis Pakatan Rakyat, Tan Sri Muhyiddin menyerahkan penilaian bulat kepada rakyat, dengan seribu andaian bahawa rakyat akan melihat sandiwara kesilapan yang mereka lakukan pada PRU-12 yang lalu. Wajarkah memberikan opsyen kepada rakyat, tatkala parti pemerintah juga bergolak dengan krisis ‘kuasa’ yang dahsyat..? Wajarkah kesilapan membenarkan Pakatan Rakyat memerintah 4 buah negeri itu sebagai “hak’ rakyat yang diselewengkan..?

Dimana-mana dan hatta kedua belah pihak ,Parti Pemerintah dan Parti pembangkang sudah dilanda krisis nilai dan etika sebagai pemimpin. Kerana ‘kuasa’ yang menjadi idaman setiap manusia, maka ia terus digilai dalam politik yang rakus tidak mengenal hak rakyat dan keutamaannya. Lihat bagaimana krisis MCA yang tidak ada tali hujungnya, Suara perwakilan yang mempunyai hak multlak dengan tidak memberi kepercayaan kepada Tea kiat turut diperlekehkan. Moral yang runtuh oleh kerana sikap kebinatangan ketika menjunjung perjuangan parti sesetengah pemimpin melontar jauh kepercayaan rakyat. Chua Sol Lek juga diketepikan oleh suara ketiga yang ada ‘ Silent power’ dalam MCA. Pergoalakan yang tidak akan berakhir selagi Tea Kiat memegang ‘kuasa’ bunian itu. Biarpun beberapa kali didesak untuk menyerahkan kepimpinan parti kepada generasi peralihan namun kerana takut kehilangan ‘kuasa’ Tea Kiat Nampak mempertahankan apa yang disifatkan oleh kebanyakkan pemerhati politik sebagai ‘Meneguk di air keruh”

Sebelum ini UMNO juga mengalami kebejatan politik sehingga “wang’ adalah kuasa dan kuasa politik adalah Wang. Kepimpinan yang dilanjutkan dengan mempertaruhkan kebendaan akan menuju kepada krisis nilai yang meruncing. Suatu ketika UMNO di elitkan sehingga pemimpinnya dilambangkan dengan kereta mewah, rumah banglo yang dijaga bangla bertingkat-tingkat, aset berjuta dan pelbagai bentuk kontrak projek berbilion serta pengaruh suku sakat, kroni dan nipotisme. Agak baik kerana sebelum parah, UMNO bertekad mengubah persepsi rakyat. Sama ada Berjaya atau sebaliknya adalah sesuatu yang sukar dipastikan.

Di pihak Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebatnya, PKR Sabah menanti kemusnahan yang tidak bisa dibangunkan lagi. Perletakkan jawatan Christina Lew, juga pemimpin Huguan Siou PKR, Dr. Jeffry benar-benar membuatkan PKR Sabah sedang nazak di kerongkongan..Apakah tindakan menyingkirkan Dr.Jeffry yang mengetuai puak KDM akan menyaksikan hasrat DSAI untuk menakluk politik Sabah berakhir dan gagal?Sedangkan realitinya kedua-dua tokoh PKR Sabah ini biarpun kalah dalam PRU lepas namun ternyata mempunyai aura yang tidak bisa diperlekehkan..Perbalahan dan bencana krisis pembangkang turut menular di Selangor. Perletakkan Jawatan DUN PKR mengundang pelbagai spekulasi yang menggegarkan keyakinan rakyat dan Ketika itu krisis dalaman PAS juga menuntuk diadakan seminar politik yang diselindungkan oleh hasrat TGNA untuk membuat EGM sepertimana MCA.

Bila diperhalusi krisis kepimpinan yang berlaku ini, maka satu-satunya wadah pembelaan juga pendirian diri disalurkan melalui laman Blog masing-masing. DSAI dalam blognya juga cuba menjelaskan kekeliruan rombakan kepimpinan PKR. Begitu juga Tuan Guru Nik Aziz menyatakan hasrat membersihkan kepimpinan PAS dengan pujukan EGM dalam blognya. Tea Kiat dan Chua Soi Lek juga masing-masing mempertahankan diri dalam blog masing-masing. Dunia cyber begitu pantas bergerak sehingga rakyat diseluruh pelusuk Negara dapat mencapainya. Pelbagai kemudahan ICT juga dapat diperluaskan. Rakyat semakin peka akan perubahan itu. Malahan hampir kesemua pemimpin politik di Negara ini mempunyai blog yang boleh diakses saban waktu dengan membuka ruang percambahan pemikiran dari rakyat yang prihatin tentang perkembangan mereka.

Trend ini agak lambat berlaku di Sabah. Ramai pemimpin politik yang masih belum mempunyai blog masing-masing. Bagi yang mendapat tarbiyah langsung dari Semenanjung dan atas rasa perlunya perkongsian maklumat dan berita dengan rakyat , maka inisiatif peribadi ialah mengadakan dan mewujudkan blog tersebut. Kita masih tertanya-tanya bagaimana perkembangan Ketua Menteri Musa Aman, serta cabinet yang lain. Blog di Sabah masih baru, sebaru konsep “SABAH BARU” yang sudah tidak kedengaran lagi .

7 ulasan :

watasikadi said...

salam kak KM,
satu posting yang sangat complicated untuk dibicarakan. perbicaraan seperti ini amat menarik diperkatakan oleh pengundi atas pagar sebenarnya berdasarkan penilaiaian mereka. pada saya insiden goyah dan pecah tampak seperti dilakukan tangan ghaib yang mahu memecahbelahkan sesebuah parti dan memerintah mereka dengan prinsip pecah dan perintah. Dengan UMNO menerusi TMY mengkritik pakatan rakyat tanpa sedar UMNO seharusnya memikirkan BN terlebih dahulu sebelum UMNO. dengan kelantangan pemimpin UMNO yang tidak berjawatan BN dilihat seperti tidak bersatu walaupun teguran dan kelantangan itu ada kebenarannya. Berbanding pakatan rakyat, BN merupakan satu gabungan yang didaftarkan sedangkan Pakatan Rakyat tidak diterima pendaftarannya oleh kerajaan BN. Rakyat tidak seharusnya mempersoalkan perbedaan atau pertelingkahan anatara parti dalam pakatan rakyat kerana nyata dan jelas mereka belum didaftarkan. Mungkin jika sudah didaftarkan barulah wujud satu perlembagaan pakatan rakyat yang boleh merentasi segala perbedaan tersebut. PKR sabah yang bergolak kini, amat menggembirakan sesetengah pemimpin UMNO tanpa melihat perlantikan Ahmad Thamrin yang merupakan bumiputra islam bakal memecahkan UMNO. Pendapat peribadi saya penyingkiran DR jeffrey satu kesilapan DSAI tetapi saya tidak menolak bahawa DSAI sebenarnya melihat pada pencapaian PKR sabah dibawah Jeffrey. satu kerusi pun tidak dapat. seperti umum tahu kepimpinan Dr. jeffrey dibayangi oleh Datuk seri panglima Pairin, nampak seperti PKR sabah dibawah dr. jefrey bagaikan diarah bertanding dan menyerah kalah bagi memastikan BN masih berkuasa dan dilihat juga seperti langkah berjaga-jaga kepimpinan tambunan dan KDM, manala tahu Pakatan perintah, tatap juga ada KDM. Tok guru yang tampak tidak berpuashati dengan kepimpinannya yang dilihat sebagai pro UG. Akhirnya seminar bakal diadakan dengan pelbagai spekulasi. agak kurang enak saya membicarakan tentang PAS disini kerana ulasan saya pasti bakal dilihat umum berat sebelah kerana pada saya apapun bakal terjadi pada PAS samaada ada yang dipecat atau tidak, saya percaya tiada pemimpin yang akan melompat. Akhir kata, kita harus beringat mengapa Datuk Onn mahu merdeka dengan cara Tunku, dan Mengapa G.S Sundang tidak mahu menurunkan tandatangan tanda setuju pembentukan malaysia? mereka tidak mahu bangsa asing menguasai anak bangsa mereka. lihatlah sekarang apa terjadi pada kita terutama di sabah. siapa berkuasa? bangsa sabahkah atau orang sebelah laut sana?

watasikadi said...

RALAT KAK KM,
kita harus beringat mengapa Datuk Onn *TIDAK* mahu merdeka dengan cara Tunku, dan Mengapa G.S Sundang tidak mahu menurunkan tandatangan tanda setuju pembentukan malaysia? mereka tidak mahu bangsa asing menguasai anak bangsa mereka. lihatlah sekarang apa terjadi pada kita terutama di sabah. siapa berkuasa? bangsa sabahkah atau orang sebelah laut sana?

palingberani said...

salam Kak kelapa Mawar..

isu pergolakan politik pemerintah dan pembangkang begitu mengambil tempat di dada-dada akhabar dan telinga2 media massa. Ini jelas berlaku ketidakseimbangan pembangunan di negera kita.

Modal insan tidakdiberikan tumpuan dengan jelas dan terancang. justeru bagaimana melahirkan pemimpin yang bebas dari krisis yg teruk.

Selagi kuasa dijadikansebagai matlamat politik dengan mengenapikan nilai dan norma politik itu, maka selagi itulah krisis nilai ini akan berlaku..

bagaimana dgn UMNO yg akan berubah? adakah para pemimpoin juga akan mengalami perubahan?

sama kita fikrkan.

Pendekar Tua said...

Salam kak KM..

Lama saya tak berkunjung, tapi saya masih mengikuti blog sdri..

isu krisis kepimpinan ini memang lama sudah berlaku. Kerana moral dan akhlak para pemimpin sudah jauh dari landasan sebenar.

Politik wang, juga sikap berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin kerana berebutkan peluang mendapatkan projek menjadi matlamat para pemimpin.

di sabah juga berlaku. Penyisihan para pemimpin lama dalam PRU-12 dilakukan dgn cukup terancang dan berani sekali. Ramai yang tahu, kesetiaan kp UMNO tidak akan membuatkan para pemimpin ini tidak berani melawan dan menyerah kepada takdir sahaja. Antaranya ialah DSSK dan TSP...

PKR di Sabah pun masih berkecamuk dan akan berakhir dgn perpecahan yg teruk.

kelapa mawar said...

Sal;am kembali watasikadi..

Ma kasih atas kunjungan sdr. Saya amat menghargainya. Pendpat sdr ada kebenarnya..percaturan PKR di Sabah nyata mengundang trajedi yang lebih parah apabila menimbulkan perpecahan di kalangan pimpinannya.

PAS juga sedang menyelesaikan krisis dalaman yang sedang melanda PAS. Aapakh akan berjaya atau akan menyaksikan penyingkiran beberapa pemimpin yg pro UMNO..? Seminar politik akan menentukannya.

Semoga sdr terus memberikan pandangan. Wassalam

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr Paling berani..

Ma kasih atas pandangan sdr itu saya juga amat menghargainya. Konflik ini mudah-mudahan akan berjaya diatasi oleh semua pihak.

kelapa mawar said...

Sdr Pendekartua..

ma kasih atas komitmen sdr kepada KM dalam menimbulkan banyakisu politik tanahair terutama di Sabah.

Penyiongkiran pemimpin di sabah akan berlaku sekali lagi dalam PRU13 akan datang.