Dunia politik Sabah, begitu unik dan penuh dengan semangat tokoh lagenda. Sejak sebelum kemerdekaan lagi, rakyat Sabah disajikan dengan pelbagai idealism perjuangan. Bermula dari suku, agama juga rumpun sebangsa…semuanya pernah hinggap dikepala orang-orang Sabah. Kerana itu dari sesetengah puak dan kawasan ,prinsip perjuangan nyata lebih sempit dan tersepit. Kalau dulu ketokohan Tun Mustapha menyaksikan bahawa, tokoh lagenda politik Sabah ini mendapat sokongan biarpun berbeza lambang parti yang diwakilinya sehingga daerah Kota Belud dan Banggi menjadi daerah paling berhantu dalam era Tun Mustapha. Rakyat tidak sangat kisah akan lambing parti USNO tetapi wajah potret Tun Mustapha seakan menjadi sumpah keturunan buat daerah Kota Belud. Tun Mustapha nyata mempunyai umph!! Politik yang lebih ampuh berbanding tokoh veteran yang lain.
Di puak KDM amat berlainan prinsip perjuangan mereka. Biarpun terdapat tokoh huguan siou bagi suku ini, namun penerimaan dua ekor harimau pada satu rimba nyata sukar. Ketika dalam PBS, Dr. Jefry dilihat mempunyai agenda sendiri, mewaujudkan team dan puak serta berniat lebih dari yang sepatutnya. Kerana apa..? kerana politik yang didorong oleh kuasa. DR. Jefry mengaku akan ketokohan Presiden PBS Pairin Kitingan, abang kandung sedarahnya sendiri. Datuk Pairin ‘enggan’ memberikan tongkat waran kepada Dr. Jefry, kerana mungkin bagi perkiraannya, DR. Jefry masih belum sesuai memikul tugas yang berat sebagai Huguan Siou KDM. Lantas bermulalah pengembaraan politik Dr. Jefry yang amat tragis, seakan pengembaraan Rama mencari Sita dalam epic Ramayana. Yang pelik dan ajaibnya, setiap persinggahan yang dilakukannya, DR. Jefry tidak henti-henti mencalonkan dirinya sebagai pemimpin. Krisis AKAR, PBRS dan kini PKR , semuanya adalah atas factor DR. Jefry inginkan kuasa sebagai ketua.
Begitulah resminya DR. Jefry, jika ‘gagal’mendapatkan kuasa, beliau akan mrngambil keputusan meninggalkan parti berkenaan. Sepatutnya, scenario ini difahami oleh PKR pusat sebelum mengambil keputusan menyisihkan Dr. Jefry di Sabah. Geliga yang ada pada otak Dr. Jefry membuatkan beliau acapkali tidak bersetuju dengan pimpinan sedia ada. Walhal, Dr. Jefry tidak pernah menang dalam PRU selama berada di luar PBS. Ertinya, kepimpinan Dr. Jefry di kalangan masyarakat KDM tidak diperlukan terkecuali bila beliau ‘menghambakan’ diri dalam Parti PBS yang telah begitu berjasa kepadanya. PBSlah yang menjadikan Dr. Jefry sebagai tokoh berpuaka dan beraura dalam persada politik Malaysia. Merengkuk dalam tahanan ISA kerana memperjuangkan beberapa idealism kesabahan yang pada anggapan ramai pemimpin pusat sebagai ‘menentang’ kepimpinan dan persefahamana sedia ada.
Maka setelah sekali lagi membuat keputusan meninggalkan parti yang dianutinya selama ini, PKR. Dr. Jefry dilihat sedang mencatur game politiknya. Tidak banyak pilihan buat Dr. Jefry kerana semua tokoh politik di Sabah amat mengenali ‘kenakalan’nya. Geliga otaknya yang berat amat mengusarkan para pemimpin parti politik di Sabah. Mereka enggan dan lali menghadapi karenah Dr. Jefry. Panas!,Sejuk! Dan kadang-kadang suam-suam kuku.
Jika pertimbangan Dr. Jefry menyertai UMNO Sabah, adalah amat janggal sekali. Biarpun UMNO membuka keahlian sesiapa jua di Sabah termasuk Dr. Jefry, tetapi bolehkan Dr. Jefry redha menerima arahan dari pusat? Setujukah Dr. Jefry menjadi ahli biasa? Rasanya dari sejarah politik nya, Dr. Jefry nyata selalu menimbulkan kekecohan akibat inginkan menjadi ketua. Maka kebarangkalian nya adalah sifar.
Begitu juga PBRS dan PDS serta parti-parti yang lain, semuanya akan menyaksikan pertentangan yang dahsyat untuk menerima Dr. Jefry. Hanyasanya PBS, pari abang kandungnya sahaja. Sebelum ini pun ADUN Kadamaian sedang merangka dan memujuk Dr. Jefry untuk kembali ke pangkuan PBS. Hanya parti itu di Sabah yang menawarkan tempat dan kedudukan kepada Dr. Jefry. Hanya datuk Pairin yang tahu kelemahan dan kelebihan geliga adik kesayangannya itu. Usia semakin lanjut dan dr. Jefry masih tidak tentu perjalanan politiknya.
6 ulasan :
CCANTIK GAMBAR JEFFREY DAN PAIRIN ITU!!!! Mana u dapat ahh?
Ma kasih atas kunjungan sdri Senjaliza..
Gambar ni saya dapat dari blog sdri..Maaf tak maklumkan lebih awal..rasanya Kak senjaliza juga dapat gambar Kes Kelewatan Pembinaan SK.Tamau dulu..dari mana ye..?nak tanya jak..barangkalai sdri Senjaliza dtg kat Sk Tamau..agaknya..
Sdr KM..
Cerita Dr. Jeffry ni malas nak ulas..bukannya apa..Politikus Sabah yg paling bermasalah sering melompat dan meletak jawatan..menimbulkan masalah dalam parti yg diaikutinya..
nak kata tua tu..tak apalah..beliau tidak akan kemana-mana.
salam Kak KM..
waktu dlm PBS dulu, DR JEFRRY adalah merupakan antara pemimpin yg berjunag utk kepentingan Sabah..banyak isu yang ditimbulkan sehingga menyebabkan Kerajaan Pusat rasa tertekan..
Banyak insiden yang berlaku sehingga membawa kepada tanggapan bahawa DR. JEFFRY anti semenanjung dan ada khabar angin akan membawa Sabah keluar dari Malaysia..
Insiden ini membawa kepada penangkapan DR. JEFRRY di bawah akta ISA dan sejak itu, DR. JEFRRY bermasalah dalam kerjaya politiknya.
Bagi saya, DR. JEFFRY perlu kembali ke pangkuan PBS supaya perjuangannya dihargai oleh sukunya sendiri.
Salam hormat.Watababai.
Sdr Pendekar tua..
saya kagum dgn kesungguhan sdr melayari laman blog KM ni..ma kasih atas itu.sekurang-kurangnya dapatlah kita berkongsi pengalaman dan pandangan.
semoga sdr sukses selalu.wassalam
watababai..
Benarkah ambu tau..matauka politik ambu..amanaya sa rampayan..mapia ka?
ma kasih kerana berkunjung lagi.
Post a Comment