Tuesday, November 24, 2009


Apabila sdri Hati seorang wanita yang juga seorang blogger lelaki memaparkan posting mencari identity KELAPA MAWAR saya menjadi begitu asing dalam dunia blog di daerah ini. Biarpun Kelapa Mawar acapkali mengetengahkan perihal cerita wayang politik di Kb, juga kekadang membawa pementasan teater politik nasional, namun tiadk ada lain harapan saya hanyalah membawa bersama satu bentuk perbincangan siber guna menajamkan pengamatan kita terhadap dunia sekeliling yang saban waktu dan saat berubah meninggalkan ‘sejarah’ yang dengan sejarah itulah jarang di kalangan kita yang mengambil iktibar.


Biarpun banyak perkara yang menjadi pertentangan namun, idea yang tajam dan berkesan ialah apabila dapat membuka minda kita membincangkan idea murni itu. Rakan blogger yang berpayungkan kepada personality KB, amat begitu tekun mengikuti perkembangan isu-isu politik. KELAPA MAWAR berusaha untuk tidak mempersoalkan kehidupan peribadi para pemimpin dan personality yang dibicarakan..kerana biarpun penonjolan identity itu juga dipertikaikan dalam ruang “etika Penulisan” namun bagi saya Personaliti itu bisa dimaafkan..justeru para seniman juga sasterawan kita kerapkali menggunakan “nama samaran” untuk tujuan berkarya.


Isu merubah paradigma politik pemimpin dan masyarakat, rasanya sukar dilentur secara berdepan muka, “Face to face” secara tenang Nampak sangat kelewatan untuk menerima idea perubahan itu.Bagi saya tujuan asal hanya membuka pemikiran terhadap isu yang saya paparkan secara lebih terbuka dan tertib..kerana itu saya tidak sangat melayan jika ada blogger tanpa blog yang nyata lebih “kuah dari sudu”. Kehadirannya dihargai tetapi cara memaki hamun, melontar idea dan pemikiran secara kasar dan rakus, itu kita tolak sebagai kurang sopan dalam penulisan. KELAPA MAWAR hanya lah seorang pejuang politik yang sejak dulu, ikut sama mencatur pergolakan politik Kb..malahan amat mengenali beberapa orang blogger dan kerap bertukar-tukar fikiran. Membincangkan dunia penulisan tatkala berkesempatan.


Kerana itu dunia politik di KB tidaklah asing bagi saya..malahan boleh dikatakan turut masak gulai politik yang sama. Perjuangan yang saya layari sejak zaman USNO lagi. Biarpun banyak isu peribadi yang saya tahu, namun dalam dunia penulisan, saya tapis seadanya..kerana niat dan tujuan asal kita bukan mengaibkan..lantas menegur secara terbuka, dan meminta pemikiran baru bagi isu di daerah kita.sekiranya ada ulasan dank omen yang terlanjur dan mempersenda itu diluar etika penulisan Kelapa Mawar..dan pendemokrasian idea saya tetap sanjungi.
Apakah kehadiran Kelapa MAWAR ibarat bunga mangar dalam majlis perkahwinan..? itu terpulang kepada rakan blogger lain. Kerana sesungguhnya kelapa Mawar berniat membawa misi yang lebih besar…memperjuangkan idea politik matang yang disandarkan kepada perhitungan setiap langkah politik yang diambil. Idea itu turut saya salurkan kepada pemimpin di Kb yang turut membuat blog mereka. Dan kalau ada pemimpin yang tersentuh jiwanya, kerana saya begitu dekat dengan mereka. Terkecuali kepada DSSK kerana blognya hingga kini langsung tidak membenarkan ulasan dibuat. Dalam ilmu politik moden, situasi membiarkan pertentangan dan peneguran yang tidak disimpulkan dengan perubahan dikenali sebagai “tahan tukul” dan itu secara peribadinya saya akui dimiliki oleh DSSK.


Saya setuju dengan pandangan sdr seperjuanganku Musli yang menyifatkan idea-idea penulisan Kelapa Mawar hanya bersifat kecil…Kerana daerah KB sendiri isunya hanya berlegar di kedai kopi dan Pickup station..tetapi saya tetap berpendirian bahawa membicarakan isu yang lebih besar, dan jauh dari tangkapan minda masyarakat KB, hanya membawa satu pengabaian yang tidak memberi kesan. Justeru isu kecil politik KB ini Nampak begitu seni, walhal kembangpayung nya jauh lebih besar dari keluasan negeri Sarawak. Sebab KB adalah Center politik di sabah seperti yang saya postingkan dulu..

Kehadiran blogger baru seperti Nujum Pak Belalang, Siti farhana Wee, Idahan, watasikadi dan beberapa lagi adalah rakan-rakan blogger kb yang nyata begitu menimbulkan reaksi positif dalam dunia penulisan blogger di KB. Pengimbangan kritikan antara dua benua fikir yang terjalin bisa mendekatkan kita kepada yang hak…dan keadilan itu adalah manifestasi dari rasa unggul semulajadi yang dimiliki oleh hati kita masing-masing.


Terima kasih buat Hati seorang wanita..tetapi pencarian identity Kelapa Mawar ini rasanya sudah terjawab dengan penulisan ini. Ringkasnya, kelapa Mawar tidak dibayangi oleh kesemua gambar yang Sdri paparkan itu. Kelapa Mawar berdiri sendirinya, tanpa rasa kesal, tanpa rasa sangsi, juga jauh dari prasangka yang membuta.

Salam manis untuk semua.


Kelapa mawar.

24 ulasan :

Pendekar Tua said...

sdri KM

saya secara peribadi mengikuti penulisan sdri walaupun saya kadang-kadang berada di seberang laut..blog ini kerapkali memaparkan apa yang berlaku di daerah KB..saya sangat suka mengikutinya walaupun terdapat fakta yang silap dan agak keterlaluan..tetapi masih ditahap waras dan terkawal...

Penulisan harus membawa bersama masyarakat mengalami perubahan paradigma seperti yg sdri KM katakan ini. kerana itu penulisan tidak harus bersifat semborono dan alang-alang..

teruskan penulisan sdri kerana ramai yang mengikutinya termasuk beberapa rakan kita di semenanjung..

Salam hormat
Pendekar tua.

paikankb said...

salam ziarah...

Secara peribadi pada saya tidak penting siapa kelapa mawar tetapi isu apa yang perlu kita perhatikan dalam posting beliau....

Dulu saya pun ada persoalkan pasal bloger kita yang berselindung disebalik nama pena...seperti saudara hati seorang wanita yang memang kita kenal sebagai seorang guru....namun pada saya apa yang perlu kita bahaskan dan fikirkan adalah intipati posting setiap rakan bloger kita...

Saya amat yakin saudari kelapa mawar ikhlas dalam postingnya...saya amat berbangga sekiranya saudari terus mengemukakan idea atau pandangan menegani politik kb...lagi satu saya amat setuju dengan pendapat saudara pendekar tua....teruskan saudari...

watasikadi said...

salam KM,
saya masih tidak tahu siapa KM, namun saya tidaklah mahu tahu sangat. apa yang penting KM dapat mengembeling ulasan dari blogger KB terhadap posting KM, lalu disampaikan pada mereka yang sepatutnya.kota belud sebagai centre politik sabah dan centre untuk blogger KB ialah KM. siapapun KM blogger KB harus berterima kasih kerana orang seperti KM. walaupun saya dari pembangkang, namun saya bersetuju dalam beberapa siri tulisan KM tetapi tidak semuanyalah. siapapun KM tidak penting kerana pada saya KM bukan menulis kerana nama tetapi kerana sifat kasih sayang pada masyarakat kota belud. apapun terjadi, siapapun KM, watasikadi tetap mengunjungi blog KM untuk memberi pendapat dan mendengar pendapat blogger lain. cuma mungkin watasikadi tatap PAS. TAKBIR!!

Idahan said...

salam Kak Kelapa Mawar..

Di sebalik wajah-wajah kita yang asli tersimpan seribu makna yang tersirat...Walaupun ramai blogger yang mendedahkan identiti mereka, namun dalam penulisan mereka terdapat sekatan kerana atas pelbagai faktor termasuk kerana identiti mereka sudah diketahui umum..kalaupun ada isu yang sepatutnya memerlukan pertimbangan wajar dari kedua pihak..isu itu tidak akan dipaparkan kerana menjaga imej dan nama baik..

Disinilah letaknya peranan kita selaku blogger yang samar identitinya..isu yang kita paparkan lebih telus, terbuka dan tidak berselindung dari kebenaran..

saya lebih suka membaca penulisan sdri KM daripada blogger di semenanjung..kerana mereka di sana ada center sendiri seperti juga kita di KB ini..

Seperti sdr pendekar tua, paikankb dan watasikadi..saya juga memikirkan begitu.

Tudung Duang said...

Salam KM..

Setiap kita ada perbedaan diri, pasti ada bayangan kelainan daripada formaliti..ia semacam satu esentrisiti! Demikianlah...

NUJUM PAK BELALANG said...

Salam Saudari Kelapa Mawar,

Dari penjelasan saudari, dapat saya gambarkan saudari bukanlah calang-calang orangnya, seorang anak muda yang penuh pengalaman sejak zaman USNO lagi,terus terang saya katakan ramai bloger mengakui kehebatan saudari mengutarakan isu, sesuai dan menarik dihayati.

Saya amat setuju pendapat saudari, dunia cyber adalah gelanggang yang terbaik mengeluarkan pandangan seterang-terangan. Meksipun mungkin menyentuh sensiviti orang lain. Itu tidak penting kerana orang lain juga dalam komennya tidak mempedulikan sensiviti kita.

Teruskan berkarya, saya faham saudari bukan sahaja berwatak Kelapa Mawar, mungkin juga saudari adalah pendekar tua, watasikadi, Datu Panglima Iranun atau apa sahaja yang difikirkan watak yang boleh membantu saudari menyampaikan isi dihati.

Berkarya di dunia cyber tidak sama menyatakan secara bersemuka, kerana kita tidak dikekang dengan perasaan segan, malu meksipun risau kerana mungkin apa yang kita nyatakan berbeza dengan orang lain.

Terus terang saya nyatakan, diperingkat permulaan, saya cukup berhemah dalam mengutarakan isu, dengan harapan dapat berkongsi pendapat. Tapi pada masa yang sama bila saya melawat dalam blog orang lain, dapat saya lihat betapa orang yang rapat pun menghentam kawannya balik.

Terima kasih.

Pendekar Tua said...

Salam sdri kelapa Mawar

kepada senyum kambing..

Saya sudah mengetahui siapa sebenarnya KELAPA MAWAR..malahan ramai blogger di KB yang berselindung di sebalik gambar orang lain saya tahu juga siapa mereka..
Tapi itu tidak sangat penting bagi kita, kerna yang lebih baik ialah mengetahui idea dan isu yang diketengahkan oleh mereka.

Kelapa Mawar bukannya seperti yg sdr katakan itu...Bukan sdr Roslan Mansur..begitu juga blog Sitti farhana, bukan beliau...saya harap saya tidak menyulitkan pencarian kalian..tetapi itulah yang saya ketahui..

sebagai orang tua dan juga pernah menjadi pemimpin, saya sudah masak dengan keadaan ini, malahan semua blogger di KB saua kenal identitinya mereka keculai Senyum kambing.

Ulasan dan kata-kata Senyumkambing menggambarkan kebencian yg mendalam ke atas sdr Roslan..jangan cukuplah tu wahai SK.

Unknown said...

senyumkambing...kasian betul kau ini...sudahlah keturunan kambing bagi ulasan pun sebiji macam bangkai...bodoh dan bahlul...babi kau senyumkambing...kehadiran kau macam anjing lah...bagud kau makan tahi lah...merosakan pemandangan mata saja...pergi mampus lah...

Unknown said...

salam ukhuwah kelapa mawar,

maaf bah saya sabanarnya mau mangomen tapi baru balajar buat email. nanti aku terai buat blog masam kamu juga. tapi blog orang tua lah, aku suka betul cara kau manulis,buat aku barfikir. mapia tigita.

Ramai sudah yang mau cari kau.si datuk salih pun mau cari tapi si tansri cakap dia kenal kau,ndak apalah kan,yang penting kau kasi terus saja itu tulisan kau. kami dipejabat daerah ini gembira baca tulisan kau. semua banyak lojik.aku panyokong kuat kau ini.

senyumkambing said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hati Seorang Wanita said...

ASSALAMUALAIKUM...

Ke hadapan kakanda ku Kelapa Mawar, kelapa mawar...mohon maaf dari adinda yang kurang pertimbangan hingga menyebabkan kekanda gundah gulana jadinya, sebenarnya adinda hanya bergurau senda di taman larangan...

Kekanda Pendekar Tua, walaupun tua namun menjadi teruna impian sang dara, kehadiran mu sentiasa dirindui, hinggakan namamu menjadi siulan dara nan desa.

Buat kekanda-kekanda yang lain, semoga berbahagia hendaknya...

Unknown said...

salam Kelapa Mawar,

maaf jika ada silap pengertian. Saya tidak bermaksud isu kecil tetapi isu yg tidak berat tetapi cara penulisan kelapa mawar menjadikan isu itu menarik dan mengundang persoalan yang besar dan menarik perhatian blogger lain memberi respons.

Saya sebenarnya tertarik sekali dengan kehadiran kelapa mawar sebagai pencetus idea dan memeriahkan percambahan minda politik di daerah kota belud dan nasional amnya.

Setinggi-tinggi TAHNIAH dari MO

kelapa mawar said...

SALAM Pendekar Tua..

Ma kasih atasa pandangan dan sokongan sdr..Insyallah pada masa yg akan datang., saya akan cuba membetulkan fakta-fakta yg sdr katakan sebagai silap itu..

saya masih belajar menulis dan kesilapan itu sesuatu yang saya tidak dapat elakkan.

kelapa mawar said...

sdr Paikankb..

ma kasih kerana memberikan sokongan biarpun jarang sekali berkunjung di blog KM ini..semoga sdr juga terus diberikan kekuatan memeriahkan duniapenulisan blog di daerah kita.

Salam hormat.

kelapa mawar said...

Sdr watasikadi..

kunjungan sdr saya tunggu-tunggu di setiap posting kerana idea dan sokongan sdr nyata memberikan saya kekuatan untuk terus membincangkan perhal daerah KB. thanks keran itu.

Semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

Sdri Idahan..

Kita adalah pelakon di dunia ini..kerana itu pelbagai topeng melakat di wajah kita...ada yg sinis, ada yg baik dan ada yg berwatak antagonis..

terpulang kpd kita utk merealisasikannya.

kelapa mawar said...

Sdr Tudung Duang..

ma kasih atas penerangan sdr itu ..saya amat menghargainya. walaupun ringkas tetapi mmebawa pengertian yang luas..sebagai watak dalam kehidupan ini kita tidak lari dari gelaran-gelaran tertentu yang membuatkan kita berfikir dimana kita dan siapa kita..?

salam hormat.

kelapa mawar said...

sdr Nujum Pak belalang..

ma kasih kerana memberikan pandangan dan sokongan. sesungguhnya kita semua ada tanggugjawab yang perlu dilaksanakan. Kehadiran sdr Nujum dalam dunia blog di KB amat berguna untuk memberikan pilihan kepada pembaca mengikuti idea politik di KB.

Teruskan. Semoga sdr sentiasa sukses.
wassalam.

kelapa mawar said...

sdr pendekar Tua..

ma kasih atas kehadiran sdr buat kali yg kedua..penerangan sdr itu saya hargai..

saya sendiri pun tidak sangat mempedulikan tanggapan dan ramalan Senyumkambing...

kelapa mawar said...

Sdr badang..

Janganlah kebencian berakar umbi dalam diri sdr..terutama pada senyumkambing..kerana dia juga ada harapan agar komen dan ulasannya didengar dan dipercayai..

terpulangnkp kita semua utk menilai hujah senyumkambing itu..sementara itu salam hormat utk kalian berdua.

kelapa mawar said...

salam sipengau..

ma kasih kerana berkunjung. semoga sdr rajin memberikan pandangan lagi.

kelapa mawar said...

Hati seorang wanita..

Tidak ada masalah bagi saya. Teruskan permainan adinda di taman larangan...mana tahu dapat bertemu dengan putera pujaan.

kelapa mawar said...

Sdr Musli..

Ma kasih kerana memberikan response kepada penulisan ini. Dalam banyak hal saya begitu menghormati sdr kerana sdr mempunyai pengalaman luas dlm bidang politik dan kemasyarakatan..teryskan perjuangan sdr.semoga sdr terus sukses.wassalam

BELUM PENDEKAR said...

Salam Kelapa Mawar,

Seperti Pendekar Tua, saya juga tahu siapa KM. Inipun setelah mendapat mimpi mengenai Sdri.. Mohon maaf atas komen-komen yang keterlaluan jika ada sebelum ini.

Salam