Wednesday, November 25, 2009


Untuk mengimpikan seorang pemimpin yang syumul di zaman Hipokrasi ini, rasanya sesuatu yang mustahil. Adalah jauh benar kita berjumpa dengan gelagat pemimpin yang benar-benar telus dan mulus. Zaman kebendaan yang sering menggamit untuk kita ikut sama merebut peluang dan kepentingan sehingga kita lupa prinsip perjuangan asal yang kita pegang dulu. Kerana itu bagaimanapun seorang pemimpin politik berusaha dengan murni membantu masyarakat yang diwakilinya, namun ada saja yang perkara yang masih menjadi persoalan masyarakat setempat. Dan ini saya dengar sendiri, keluhan dan cerita mereka tatkala saya ikut sama menyertai Program melepaskan tukun-tukun tiruan di perairan Rampayan Ulu lewat beberapa hari yang lepas.

Maka apa yang saya dedahkan ini bukanlah bertujuan mengaibkan sesiapa tetapi satu bentuk teguran supaya pihak yang berkenaan mengambi tahu dan memperjelaskannya kepada umum. Saya sebenarnya tidak sangat melayan gosip-gosip liar yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti pemimpin..tetapi apa yang lebih bernilai ialah perkara ini menjadi perhatian mereka.

Ketika beberapa bloggers KB, mendendangkan lagu-lagu pertikaian atas kewajaran Sdr Musram memperolehi peruntukan daripada DUN TEMPASUK..saya tidak sangat melayan isu ini kerana ia ada kaitan dengan konsep "rezeki" dan itu adalah "rezeki" sdr Musram. Wajar atau tidak itu adalah perkara kedua yang masing-masing ada hujah dan penilaian.

Namun apa yang menjadi perhatian saya ialah apabila ketika bersembang dengan beberapa orang yang berada di majlis itu ialah kaitan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sdr Baghdad Turogan dengan beberapa penguasaan ke atas projek DUN TEMPASUK sebelum ini yang dikaitkan dengan Syarikat Titian Jasa Enterprise. Saya tidak pasti sama ada keluhan mereka ini disandarkan kepada rasa dengki dan sakit hati, tetapi saya melihat dari ruang yang lebih terbuka, iaitu jika sekiranya ia berlaku, Datuk Musbah harus memikirkannya semula supaya tidak harus berlaku kesangsian masyarakat peringkat bawah. Jika tanggapan sebegini dibiarkan berterusan. bukan sahaja melabelkan Datuk Musbah sebagai tidak ikhlas dan mengamalkan kronisme dan nipotisme tetapi juga boleh menjejaskan sokongan beberapa orang individu yang turut sama berjuang bersama-samanya. Kerana dari desas-desus itu, saya merasakan mula sudah ada keretakan di kalangan penyokong setia Datuk Musbah, kerana kata mereka, Titian Jasa Enterprise sudah menjadi pelobi utama kepada projek-projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan DUN TEMPASUK.

Suatu ketika juga isu pengagihan projek yang tidak adil menimpa ahli Parlimen Kota Belud. Datuk Rahman Dahlan. Projek pembinaan Futsal yang diserahkan kepada seorang Kontraktor Cina juga menjadi perhatian masyarakat. Hinggakan projek Parlimen di monopoli oleh keluarga YB ini iaitu Sdr. Tajudin. Pembinaan tandas Awam di Kg. ambong juga pernah menjadi sensasi atas beberapa kelemahan perlaksanaan peruntukan itu.

Rakyat dan masyarakat melihat semua yang berlaku ini sebagai satu 'PENGADILAN MORAL' keatas pemimpin-pemimpin ini, sama ada mereka merasakan bahawa ianya mencalar kewibawaan dan nama baik mereka..terpulang kepada kedua-dua pemimpin ini, tetapi sebagai rakyat biasa, adalah berkewajipan untuk memaparkan isu ini supaya yang keruh akan bertambah jernih...

20 ulasan :

Unknown said...

Salam,

Rasanya ada pemimpin yang belum ditonjolkan yang boleh menjadi pemimpin impian rakyat walaupun bukan syumul tetapi hampir-hampir menghampiri sifat ini iaitu tidak lain tidak bukan sdra Asrin Sadi yang banyak membantu masyarakat di KB dalam soal pembangunan. Beliau merupakan Pegawai Pembangunan Daerah di Pejabat Daerah Kota Belud.

Adalah diharapkan agar sdri Kelapa Mawar dapat menulis artikel yang menceritkan kepimpinan Sdra ASRIN SADI...terima kasih adikku KM.

Unknown said...

sdri.... DHMJ dan DARD merupakan pemimpin yang jujur lagi mulia. Mereka ini sangat sayangkan rakyat jelata, sesuai dengan slogan "1Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan" Tahniah YB berdua! Anda berdua BUKAN kah perasuah?

palingberani said...

Sdri KM..

salam sejahtera, semoga sentiasa sihat hendaknya.

terima kasih kerana menyebut nama saya dalam penulisan sdri ini...seperti juga sdri saya tidak berniat mempersendakan sesiapa tetapi atas kepastian saya paparkan mengenai projek jalan di rumah mertua sdr Musram.

Nampaknya keikhlasan saya itu disalaherti hingga menimbulkan pelbagai tanggapan dari sdr Musram..

lihat blog sdri Idahan...

Pendekar Tua said...

sdri KM..

sepatutnya isu-isu begini tidak harus timbul kerana kadangkala diselaputi oleh rasa dengki dan dendam...

dalam dunia politik terdapat golongan oppurtunis yg suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain..mrk ini suka mengadudomba dan memecahbelahkan perpaduan rakyat..

pemimpin dan golongan sebegini wajar ditolak oleh rakyat.

salam hormat
PT.

watasikadi said...

salam KM,
Pemimpin yang syumul memang sukar dicari namun pemimpin yang telus dan saksama masih dapat dicari. di zaman kebendaan ini tidak semua pemimpin yang mengejar kepentingannya. namun ada yang baru jadi ADUN sudah ada rumah rumah banglo ada jambatan sambung rumahnya namun rakyatnya masih lagi tidak menerima air paip. ada juga pemimpin rosak namanya dek kerana surrounding politiknya yang diamanahkannya tidak menjalankan tugas dengan baik. contohnya tandas di kampung ambong adalah posting saya sendiri, YB DATUK RAHMAN tidak bersalah namun pegawai khasnya yang bersalah, bila saya membuat posting tersebut timbul juga lain-lain projek yang diputung peruntukannya seperti LCD masjid. Apa sudah jadi pada pemimpin kita? dari segi akauntibilitinya memang datuk rahmanlah yang bersalah sebenarnya. namun dalam politik kita tahu hakikat sebenarnya beliau sudah menjalankan tugas beliau. Titian Jasa Enterprise juga bakal ke SPRM jika cukup bukti dikumpul walaupun sudah ditukar nama pemilik kepada nama anak bagdad. tetap juga punya kepentingan dan bakal dikenakan tuduhan kerana salah guna kuasa. kalau mau tukar pun pakailah nama orang lain hehe..macam ADUN tempasuk guna nama SIANG jadi proksi di companynya walaupun SIANG diberi RM1000-RM2000 sebulan sudah cukup dipergunakan demi kepentingan peribadi. begitulah baru pandai berniaga walaupun orang sudah tahu mainan dorang..hehehe..
Apapun saya mengucapkan Tahniah kepada pejabat daerah kerana berjaya menidakkan tuntutan projek tandas kampung ambong yang membawa kepada penambahbaikan supaya tandas tersebut mengikut spesifikasi. nantikan gambar terbaru tandas tersebut dalam posting saya akan datang. saya belum sempat ke sana kerana banyak tugasan harus diselesaikan. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih YB MP kita kerana memberi kg ambong peruntukan tandas tersebut. tapi janji baju kumpulan kompang masa YB MP berucap di padang hari tu belum pun ditunaikan, mungkin sudah kali YB MP bagi tapi kena putung habis oleh orang harapan. kesian budak-budak tu.
Ingatlah WANG BUKAN SEGALA-GALANYA TAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG. perkara seperti inilah bakal menidakkan sokongan orang muda pada BN. pemimpin harus membuka mata dan fikirlah masalah rakyat. Jangan fikir masalah rakyat kerana fikir macamana dapat projek dari masalah tersebut. fikirkan juga bagaimana menganjakkan paradigma belia KB. kenapa tidak dibangunkan pemikiran KB? takut bila sudah pandai mereka menentang? apapun akhirnya watasikadi tatap PAS. Selamat Hari raya Eiduladaha!!

Katakamu said...

salam smua..

saya rasa perlu ada itu SPRM di KB..supaya ah bole selasai ini kes..apa pasal tak kasi tau sama itu SPRM..?

Manyak susah YB di KB ini macam bagus undi itu PKR

Unknown said...

Asrin Sadi...manusia perasuah..dalah keputusan baru tingkatan lima saja..berlaga masam jaguh...sedarlah diri itu sendiri...dasar lantikan politik..ada hati mau tanding jawatan orang kaya-kaya.

Untuk makluman semua..sku kerja di pejabat daerah bah...aku kenampakan apa dia buat...kalau tidak percaya kamu pegi jumpa dia dipejabat...setiap hari lari dari tugas dia....Sekarang kamu semu pegi cek senarai e-kasih, banyak senarai kaum iranun yang dia tendang keluar...dia cakap semua tidak layak...sebenarnya dia bagi pada orang-orang dia. Kasih masuk itu SPRM bah, kasih siasat semua...baru kita tau tinggi kah rendah itu langit atau betul kah tidak...Asrin ini manusia cekik darah....sepatutnya orang masam dia ini diberhentikan kerja saja...harapkan pagar, pagar makan padi....

ADUN TEMPASUK said...

Salam KM, Selamat Hari Raya Aidiladha maaf zahir dan batin….setelah membaca paparan KM pada kali ini saya terpangil untuk mengambil bahagian dalam ruangan komen ini kerana paparan itu menyentuh soal DUN Tempasuk. Soal Baghdad selaku PKR dikatakan pelobi utama semua projek kawasan Tempasuk itu tidak betul. Kalau dia dikatakan mengagih peruntukan berdasarkan keperluan masyarakat itu betul kerana itu adalah tugas PKR setiap kawasan DUN. Selaku wakil rakyat tugas kami hanya mencadangkan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyaat, setelah diluluskan barulah tugas Pejabat Daerah untuk menentukan spesifikasi dan melantik kontraktor pelaksana. Ingin saya jelaskan di sini bahawa peruntukan DUN biasanya dilaksanakan oleh JKKK setiap kampung biasanya kos projek tidak melebihi 10 ribu hanya kepada projek-projek yang mendesak, sasaran utama rakyaat miskin. Kalau projek khas yang melebihi peruntukan akan dilaksanakan oleh kontraktor kelas F melalui cabutan undi atau sebut harga ini adalah dasar kerajaan untuk membantu kontraktor-kontraktor bumiputra. Apa yang saya perhatikan di Kota Belud semua kontraktor kelas F mendapat kerja, kecuali mereka yang tidak ada kelas dan tidak ada timbul soal pembolotan. Ada juga saya difahamkan terdapat sebilingan kecil kontraktor terpaksa menjual projek mereka kepada orang lain kerana tidak punya kemampuan dari segi modal itu urusan merekalah tidak ada kena mengena dng salah guna kuasa dan rasuah. Kebanyakkan projek dilaksanakan di kawasan DUN tempasuk saya sendiri tidak tahu siapa kontraktornya kerana itu bukan tugas saya lagi, itu sudah menjadi tugas Pejabat Daerah dan Jabatan-Jabatan lain yang menjadi pelaksana kepada sesuatu projek yang diluluskan. Mungkin juga orang-orang yang mengeluh ini memohon projek untuk kepentingan peribadi mereka atau mereka memohon untuk menjadi pelaksana sesuatu projek walhal mereka tidak memeliki licin PKKK lalu tidak diluluskan, menyebabkan mereka sakit hati dan keciwa lalu membuat tuduhan liar untuk mendapatkan perhatian. Saya ingin tegaskan, Kalau sekiranya ada berlaku salah guna kuasa atau kerja-kerja tidak mengikut spesifikasi, orang ramai boleh mengadu samaada kepada wakil rakyat mereka atau terus kepada pihak yang berwajib.

Suara Rakyat said...

salah faham dah terungkai oleh ADUN Tempasuk sendiri. Ini Bererti memang betul sdr bagdag mengagihkan projek projek memang tugasnya.. yang meluluskan bukan dia.. tetapi tuan DO.. jadi hentikan tomahan pada sdr baghdad.. dia hanya menjalankan tugas.. tiada kuasa melulus... sebaiknya.. sama-sama kita berdoa agar wang pemabangunan terus mengalir ke daerah kita agar masyarakat mendapat nikmatnya.

SMA said...

Sala Idul Adha Blogger KB.

Dua perkara yang selalu mengejutkan saya hari ini. Pertama alunan ombak Pulau Omadal yg disertai tarikan pada umpan yg mengejutkan jari jemari saya. Kedua kerana adanya Siti Farhana yg bakal menjadi pemimpin anda di KB. Bakal Sri Kandi Nusantara yang akan mengenepikan SSK TSP HMJ, DARD dan JA.

Maaf saya lama tidak berkunjung di sini. Rindu rasanya meminum air Kelapa Mawar yang sejuk dan penghilang dahaga.

Jika anda menyelami kehidupan kami sebagai pembelah laut, kami tidak memerlukan sumbangan kerajaan atau YB. Bagaimana mungkin projek 6,000 di persoalkan rakyat Kota Belud?. Kenapa tidak tanya projek Pengairan yang memakan kos RM71 Juta dan melibatkan pelanggaran tanah orang kampung, yang saya dengar, di Kaguraan?

Nah. YB kamu sudah camputangan projek RM6,000 dan PKR kamu punya co. Bagus juga kalau dia camputangan projek RM71 juta yang melanggar tanah orang kampung para marhaen. RM71 Juta anda tidak pula bising?

Kami sebelah sini amat bertuah sebab ada projek jambatan yg bakal merintangi Pulau Bumbum-Semporna. Kami tidak bising.

Harap Siti Farhana akan selesaikan masalah itu. Siti memang bakal mengenepikan YB-YB yang mementingkan kekayaan peribadi di KB yang siti farhana katakan memiliki pelbagai jenis kerita mewah tapi rakyat memis memumum air lupak!

kelapa mawar said...

salam kembali radiamoda..

ma kasih atas pandangan itu.cadangan sdr saya perhalusi untuk posting yang akan datang..saya tengah mengumpul maklumat.

kelapa mawar said...

sdr seliu-liu

ma kasih atas kunjungan yg sdr buat. ulasan sdr yang ringkas,bersahaja dan menyindir mungkin membawa seribu pengertian.

Semoga sdr sukses.

kelapa mawar said...

sdr palingberani..

memang dalam perjuangan penulisan ini kita sering disalahertikan namun itu lah manisnya hidup seorang penulis. jangan berputus asa teruskan..semoga sdr terus diberikan kekuatan.wassalam

kelapa mawar said...

sdr pendekar tua..

ma kasih atas kunjungan sdr yg tidak putus2 memberikan response atas setiappenulisan KM...saya begitu terjuga dsetiap kali membaca ulasan sdr..
semoga sdr terus diberikan kekuatan untuk terus menyertai KM dalam isu-isu yg mendatang.

kelapa mawar said...

Sdr watasikadi..

Saya amat menghargai kekusutan yg sdr paparkan tentnag tandas di kg ambong itu..selain beberapa isu yg sdr ketahui..pemamparan sebegini tidak tujuan lain hanyalah memberikan kesedaran kepada pihak yg terlibat supaya pembangunan yg sebenar dapat disalurkan kepada rakyat tanpa memikirkan kepentingan kebendaan semata-mata

saya begitu teruja membaca ulasan sdr yg saya rasakan begitu mengetahui isu mengenai kelembapan dan ketirisan yg berlaku dalam setiap peruntukan wakil rakyat di Kb..teruskan semoga sdr sukses selalu.

Salam hormat dan salam aidiladha..

kelapa mawar said...

sdr katakamu..

sdr kena cadangkan sendiri kp SPRM supaya buka cawangan di KB..

ma kasih kerana memberikan pandangan.wassalam

kelapa mawar said...

sdr si pengau..

saya masih tidak tahu tentang sdr Asrin..jika sdr mengetahui sila salurkan kepada KM.

Wasalam

kelapa mawar said...

Salam kembali YB Datuk..
Selamat Hari RayaMaaf Zahir dan Batin..

Pertama sekali, ma kasih kerana response terhadap penulisan ini..saya begitu terkejut dan berterima kasih atas kesungguhan YB Datuk menerangkan isu ini dengan secara terperinci termasuk prosedur-prosedur peruntukan yang dikeluar dan dilaksanakan di bawah DUN Datuk.

Walaupun isu kelulusan projek inimenjadi begitu panas, namun Datuk masih berikhtiar menerangkan kepada pembaca dan pengunjung setia blog KM..saya begitu menghargai kesungguhan Datuk..

Isu Pengagihan projek ini begitu sensitif terutama ke atas beberapa orang yg Datuk sendiri sifatkan sebagai gagal memperolehi atas sebab-sebab tertentu..oleh kerana itu pemantauan dari pihak Datuk sendiri diperlukan supaya tidak ada pihak yg mengambil kesempatan atas kepercayaan yg Datuk berikan..

Paparan isu ini hanya sekadar memohon penjelasan dari Datuk dan itu sudah Datuk penuhi..Ma kasih atas itu..
salam hormat.

kelapa mawar said...

sdr pagi-pagi

Dalam setiap penulisan kita tidak wajar membenarkan tohmahan, namun ia menuntut penjelasan dari pihak yang berkaitan..

selama ini isu tentang sdr Baghdad tidak pernah timbul namun dsetelah SDR mendapat peruntukan RM 6000.. Isu ini mula merebak..kerana itu blog KM turut memaparkan peranan Sdr Baghdad yg dikatakan oleh ramai orang sebagai pelobi utama projek DUN Tempasuk...

Dari penerangan YB Tempasuk..penjelasan itu menggambarkan keadaan yg sebenar.

Ma kasih atas kunjungan ini.wassalam.

kelapa mawar said...

Sdr Somprot Mesra Alam..

Lama sudah sdr tak berkunjung di blog KM ini..para blogger KB begitu merindui sdr..terlalu lama rasanya sdr memukat dilaut..takut perahu sdr hanyut di Filipina..di Mindano sekarang berlaku pembunuhan beramai=ramai...harap-harap sdr tidak terlibat..

sdr SMA..

ma kasih atas pandanagn sdr ini..saya juga mendengar tentang kekalutan yg berlaku dlm Projek jelapang padi ini.,..insyallah saya memamng dalam perancangan utk mengumpul maklumat.

salam hormat..dan KM berharap sdr SMA sentiasa memberikan pandangan. wasalam