Friday, November 13, 2009


Bila kita membincangkan topik ini, rasanya ramai yang mungkin kurang bersetuju, selain ada yang berasa lega dan terhibur. Namun jika diperdebatkan secara lebih telus dan terbuka,mungkin boleh mengundang pelbagai spekulasi dan leteran politik yang pelbagai, kerananya daerah KOTA BELUD hanyalah sebuah pekan Koboi yang nyata perlahan dan lambat pembangunan fizikalnya. Ada juga sesetengah ahli fikir yang merasakan apa perlunya meletakkan daerah Koboi ini sebagai "politik Center" kepada dunia politik Sabah. Persoalan ini, tidak jauh bezanya dengan soalan, apa perlunya menyatakan puak KDM di Sabah sebagai Suku 'penentu' halatuju kepimpinan di Sabah..? Maka oleh yang demikian, tidak akan muncul sebarang prasangka kepada penulisan ini..Jika yang sesungguhnya KOTA BELUD sebagai 'center' justeru para pemimpin di daerah ini seharusnya menjaga populariti ini sebagai 'rekod' politik Sabah yang dikongsi bersama generasi akan datang.

Sepintas lalu Daerah Kota Belud, memang sudah lama dikenali sejak sebelum merdeka lagi..tetapi pembabitan bapa Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Datu Harun telah membuka lembaran baru dalam dunia politik KB. Biarpun Tun Mustapha ,dikatakan orang Kudat, namun hampir seluruh riwayat hidup politiknya bersemadi di daerah bertuah ini.. Siapa tidak kenal Tun Mustapha di KB, sebut saja namanya, seluruh masyarakat tanpa mengira suku, mengakui bahawa Tun Mustapha pernah menjadi ikon politik Sabah dengan disinonimkan kepada daerah KB. Malahan menurut sdr Azrone, dalam blognya Seliu-liu, menggambarkan bagaimana kerapatan dan keakraban Tun Mustapha dengan penduduk Kota Belud, sehingga Mah Aning di Kg. Labuan dijadikan sebagai perlambangan kepada 'keakraban' itu. Tun Mustapha beberapa kali meminta supaya masyarakat Bajau di perkampungan itu memberikan sokongan kepada beliau dan calon pilihannya, termasuklah Tan Sri Pandikar Amin.."air mata" perjuangan menjadi bukti kepada keterbukaan dan kredibiliti Tun Mustapha, bahawa politik di KB sebenarnya pernah menjadi 'perhitungan terakhir" kepada perjuangan politiknya. Termasuklah apabila TUn Mustapha menjadi KM, TYT yang akhirnya juga mendapat kesinambungan kepada Tun Said ,ayahanda kepada DSSK, dan membawa kepada DSSK sendiri pernah menjadi 'mantan' KM Sabah.

Biarpun daerah KB, ini menyaksikan 'pertelingkahan' suku kerana fahaman dan perjuangan politik sehingga seperti yang diceritakan kepada saya oleh seorang tokoh politik veteran di Kg. Pantai Emas, bahawa seringkali berlaku pergaduhan apabila pilihanraya berlaku,namun semua itu adalah adat resam dunia politik dan itu seseungguhnya berjaya diatasi di akhir-akhir percaturan politik TSP dan DSSK. Kini mereka berdua yang suatu ketika pernah 'bertarung' dalam satu perlawanan yang maha sengit di Usukan, BERSATU dalam satu perjuangan baru dalam UMNO atas kesedaran dan kepentingan USBO..Dan kalau benar apa yang berdegus sekarang ialah gerakan penyatuan rumpun bangsa juga mula diperkatakan di KB. Maka kita menyaksikan bahawa daerah KB sekali lagi menjadi 'center' kepada penyatuan bangsa USBO yang dipelopori oleh DSSK dan TSP..

Antara yang menjadikan daerah KB sebagai "politik center' ialah kerana di sinilah UMNO SABAH diberanakkan, di Usukan lah darah nifas UMNO dilupuskan selama dalam pantang menghadapi cabaran PBS...dan kerana KB jugalah, rakyat Sabah mendapat tempat berpaut untuk satu Kapal besar perjuangan selepas Tun Mustapha merelakan USNO dibubarkan. Seharusnya setiap yang bergelar KETUA MENTERI SABAH tidak mengira siapa dan keturunannya termasuk MUSA AMAN selagi bernaung di bawah payung UMNO, menadah tangan kesyukuran kepada pemimpin Kota Belud dan masyarakatnya yang sanggup merelakan tanah tumpah darah mereka di pergunakan untuk menempatkan' kelahiran" UMNO Sabah. kalau bukan kerana Kota Belud yang juga dikaitkan dengan pekan Lembu/kerbau..mana mungkin MUSA Aman merasa manisnya kerusi KM itu sekarang. sewajarnya para pemimpin di daerah ini dihargai, diberikan tempat, kedudukan dan perhatian lebih daripada pemimpin lain..sewajarnya begitu ! dan selebihnya juga begitu !..

Tidak cukup dengan itu, daerah KB juga turut membuka ruang kepada beberapa orang 'pendatang' baru dalam politik sabah untuk membina kerjaya dan wibawa mereka Bahkan Tun Mustapha sendiri adalah antara tokoh yang melakar kegemilangannya d daerah ini selain daraipada beberapa lagi termasuk datuk Yahya Lampong, Datuk Mohd. Noor Manshor dan yang terbaru ialah datuk Abd. Rahman Dahlan. Kalau pun ada daerah lain di Sabah yang juga berbuat demikian tetapi KB rasanya mendahului nya kerana sejak dulu hingga sekarang, fenomena itu terus berlaku di KB, dan inilah sumbangan terbesar daerah ini yang seharusnya dipandang kembali oleh MUSA AMAN untuk membuat perhitungan dimana sepatutnya pemimpin KB diletakkan dalam barisan akar kepimpinan negeri.

Kini apabila kita golongan kelas pertengahan mula memberikan perhatian kepada politik KB termasuk seperti yang dikatakan oleh beberapa blogger bahawa KB adalah satu satunya daerah di Sabah yang mempunyai blogger TER RAMAI dan itu adalah rekod! serta aktif memperkatakan fenomena politik daerah mereka, termasuk mempersoalkan beberapa pemimpin daerah ini yang disifatkan oleh mereka sebagai kehilangan taring kerana atas sebab peribadi dan bukannya faktor sokongan masyarakat KB. Maka sewajarnya fenomena blogger melambak di KB dijadikan satu inspirasi kerana gerakkan terawal politik sabah sudah lama bermula di daerah ini...Apakah status sebagai 'politik center' ini akan memberikan kelebihan kepada pemimpin daerah ini..? sukar malahan amat sukar diramalkan ..kerana apa..? kerana kita sudah semakin jauh dari perjuangan asal...mengangkat daerah ini sebagai daerah membangun dan berdaya saing..

22 ulasan :

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar, dalam ulasan saya dalam paparan sebelum ini saya tidak bermaksud KM yg membuat serangan peribadi tetapi ada yg membuat "komen" dalam blog ini yg membuat serangan peribadi terhadap saya.

harap kekeliruan ini terungkai.

Ada beberapa fakta mengenai Kota Belud yg perlu di tambah.

Antaranya, padang pekan KB pernah menjadi pusat bermulanya gerakan politik di Sabah termasuk membincangkan penubuhan USNO. Pada ketika itu Tun Mustapha kerap mengadakan pertemuan selepas bermain bola dengan pemimpin tempatan dari KB, Kudat, KK dan Ranau.

Walaupun secara rasmi USNO ditubuhkan di Kudat tetapi cawangan USNO yg pertama ialah cawangan Kg Kulambai, Kota Belud, diketuai Pak Magit. sebagai bukti Kota Belud relevan sejak awal.

UMNO dibawa masuk ke Sabah melalui Kota Belud kerana Tun Mustapha ingin sampaikan mesej kepada Kuala Lumpur bahawa Kota Belud adalah "tanah para pejuang".

salam MO

SUARA RAKYAT said...

sejak pemilik blog ini menulis, ini lah tulis terbaik yang pernah saya baca. teruskan menulis se standard ini.

CT Farhana Wee said...

Salam saudara Musram... Ikhlas @ menyamar kah ini?

Anonymous said...

Salam ukhuwah Kelapa Mawar...
Beberap tahun lalu Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak secara berseloroh kepada kami dan beberapa rakan wartawan, kalaulah ada sekolah politik di Sabah tempatnya adalah Kota Belud.
Orang Kota Belud semua pandai berpolitik dari warung kopi hinggalah ke hotel mewah.
Mohon UMS buka Sekolah Politik di Kota Belud...
Ini tambahan kepada:

Di Labuan ada UMS Kampus Antarabangsa Labuan yang menumpukan ekonomi antarabangsa.
Di Sandakan pula ada Sekolah Pertanian Lestari UMS.
Salam perjuangan... tulisan yang cukup baik dan wajar diberi perhatian oleh Pak Mus (Datuk Seri Musa Aman).

watasikadi said...

salam kak KM,
saya tertarik juga dengan komen siti farhana pada komen lepas-lepas yang menyatakan kelapa mawar ini adalah musram, namun saya tidak berminat siapapun KM sebenarnya tetapi lebih berminat mengupas postingnya sahaja. siapapun KM tuhan sahaja yang tahu. posting kali ini lebih menunjukkan kesinambungan kepada posting yang lepas berdasarkan komen yang diberikan blogger-blogger lain. Pada saya kota belud sememangnya dikenali sebagai center dalam politik sabah kerana rakyat kota belud punya persepsi dalam politik yang boleh dikatakan agak menakjubkan. persepsi yang kini pada saya seharusnya boleh ditakrifkan sebagai maklumat yang harus ditangani dengan bijak terlalu subjektif dalam politik kota belud, jika kita kelaskan pun amat sukar saya rasa. mereka yang berpolitik di kedai kopi dengan persepsi kadang-kadang terlalu rendah kelasnya namun pada suatu ketika terlalu tinggi dalam konteks politik pada hakikatnya. sedangkan mereka yang di kedai kopi inilah yang boleh mempengaruhi undi dalam pilihanraya selain kempen ke daerah mengundi.pengundi di kota belud terlalu sensitif dan terlalu mempolitikkan kehidupan mereka sehingga kini. maka timbullah kepimpinan di peringkat akar umbi yang tidak ikhlas dan telus. sifat dan sikap rakyat kota belud sebegini jugalah yang membuatkan kota belud sebagai pergantungan kepada politik sabah dan UMNO itu sendiri. perjuangan politik sesiapapun di kota belud amat mencabar kerana rakyatnya yang terlalu sukar untuk dikelaskan sedangkan di tempat lain saya rasa sudah lama bosan dengan politik perkauman dan kebangsaan. maka cabaran seperti inilah membuatkan segelintir pemimpin sanggup menidakkan apa yang dikatakan pemimpin sukubangsanya sendiri tetapi mendukung sekuatnya pemimpin sukubangsa yang lain. dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan pemimpin seperti ini jika apa yang didukungnya itu boleh memajukan bangsanya sendiri dimana pemimpin sukubangsanya sendiri gagal membawa kemajuan tersebut. namun jika dihitung-hitung sebenarnya kota belud punya ramai pemimpin berkualiti namun masih gagal dalam membangunkan pemikiran rakyat di peringkat akar umbi. jika ada penyatuan hakiki dalam kepimpinan kota belud seharusnya tidak wujud pihak opportunist yang amat merugikan rakyat. jika pemimpin bertelagah dapat disatukan maka kota belud bukan sekadar politik centre tetapi juga UMS boleh membuka course sains politik dan kepimpinan nusa bangsa di kota belud. perjuangan Tun mustapha dan tun said bukan sahaja dalam politik melalui USNO malah juga dalam agama melalui USIA. namun kita lihat apa jadi USIA sekarang, sepatutnya joint venture dengan 1borneo dengan mendapat share melalui tapak dimilikinya tetapi sebaliknya berhutang pulak lebih 6 juta namun ada pemimpin kita mahu betulkan dinafikan pulak haknya. begitulah bijaknya raymond chan menipu.sekian. kota belud maju jaya.saya tatap PAS.

Pendekar Tua said...

Posting ini begitu menarik saya baca..membuktikan bahawa sdri KM bukanlah calang-calang orangnya ...terlibat dlm dunai politik di KB..agaknya!..

saya bersetuju dgn idea penulisanini yang mengangkat martabat KB sebagai daerah ulung di Sabah.

Idea ini perlu dipaparkan kepada pemimpin lain supaya mereka sadar akan peranan KB sebagai daerah penting dlm senario politik di negeri ini. Syabas sdri KM..teruskan...

Watababai said...

Sdri KM..

saya juga seperti sdr Musram sangat bersetuju dgn penulisan sdri kali ini..sepatutnya daerah KB diangkat sebagai daerah kelahiran ramai pejuang politik di Sabah..

Saya mencadangkan agar daerah KB dijadikan tapak warisan politik di masa hadapan..muda-han bila TSP dan DSSK menjadi pemimpin di Sabah mereka akan sedar akan perkara ini..

Thnaks sdri KM..idea sdri sangat-sangat memukau...

palingberani said...

sdri KM..

apabila sudah ada kesedaran bahawa KB menjadi politik center di sabah..maka timbul persoalan siapa yang akan memperjuangkan status ini supaya KB sentiasa di pandang tinggi oleh pemimpin lain bukan sahaja di sabah tetapi di negara kita..?

Wassalam

Idahan said...

wajar tulisan ini dipublish kan..saya bangga membacanya. syabas!

kelapa mawar said...

Sdr Musli..

ma kasih atas kunjungan sdr dalam blog Km ini..saya menghargainya..
tentang serangan peribadi itu..saya harap tidak membuatkan sdr berjauh hati dari blog KM..kerana perkongsian maklumat terutama kp sdr yg merupakan penganlisis politik nasional sangat berguna bagi blogger KB,daerah yg kita cintai ini...

maklumat yg sdr berikan itu sangat bernilai danmembuatkasaya bertamah yakin bahawa sdr banyak maklumat tersembunyi tentang politik KB yg wajar dikongsikan bersama..

semoa sdr sukses.Wassalam

kelapa mawar said...

sdr Musram..

ma kasih atas pandangan itu..harapnya ikhlas lahir dari hati sdr yg bersih.

kelapa mawar said...

sdri Sitti..

harapnya sdri memberikan komen yg membina sebagai perkongsian maklumat bersama..

ma kasih kerana berkunjung

kelapa mawar said...

sdr Kekandaku Azrone..

komen sdr begitu saya nantikan setelah sekian lama membisu takkedengaan khabar...ada juga saya lawat blog sdrtetapi tidak seperti dulu..kenapa ya??

bukakembali ruangankomen supaya kita dapat berinteraksi emula..

ma kasih kerana memberikan maklumat yg bernilai semoga Kekanda Azrone sukses selalu..

kelapa mawar said...

Sdr Watasikad..

antara ulasan yg ditunggu-tunggu kerana biarpun berbeda fahaman politik teapi sdr nyata lebih terbuka dan memberikan idea yang releven dgn tajuk yg dipaparkan..ma kasi atas keyakinan sdr yg tidak berbelah bahagi terhadap KM...keranahujah danpersepsi kitanyata lebih kurang sama..

rasanya sdr juga punya pengalaman dan pengetahuan yg wajar dipaparkan supaya dapat dikongsi bersama. Teruskan melawa blog KM..semoga sdr sukses..

kelapa mawar said...

sdr Pendekar Tua..

ma kasih kerana tidak putus2 mewmberikan komen terhadap penulisan saya..sokongan sdr saya hargai apatah lagi biladapat memberikan idea yg berna..saya amat teruja membacanya..

kelapa mawar said...

salam Watababi..

sdri juga kerap memberikan idea kp penulisan KM..thanks kerana itu..saya menyukai dan mengharganya..emoga sdri sukses selalu.Wasalam

kelapa mawar said...

sdr palingberani..

rasanya yg menjadi pejuang ialah kita masyarakt di KB ini tentunya ..termasuk pemimpin sedia ada..

ma kasih kerana memberian idea..

kelapa mawar said...

sdri Idahan..

setelah sekian lama sdri tidak bergambar baru kali ini,,nampak mcm seksi..pula..maaf ya jangan ambik hati..

ma kasih atas pujiaan itu...semoga kita masyarakat di Kb hidup aman sentosa. Wasaalam

Kuda Berhias said...

SALAM HUKHUAH SEMUA,

Sebaiknya KOTA BELUD ini ada "Freedom Square". Freedom square ini mcm yg ada di london..masuk je kawasan ini boleh bercakap dan berucap mengenai apa saja tanpa batasan. Biar berbueh mulut!!

Saya sama Musli dan Bruce Lee bole datang hisap rokok fasal kami pandai tulis jee tak suka banyak cakap.

kelapa mawar said...

salam kuda berhias..

ma kasih atas kunjungan dan pandanga sdr itu..

tapi tiba2 jak muncul nama sdr Musli dan Brucee Lee..pa halnya?

Idahan said...

sdr Kuda Berhias..

saya mencadangkan supaya gambar blog sdr ditukar kepada Lembu atau Kerbau berhias supaya membawa imej KB..Mcm na..? 1Malaysia, 1KB..Pandangan saya..jangan marah ya..
selamat berkenalan..

Seliu Liu said...

Salam Ukhuwah untuk adinda Kelapa Mawar