Saturday, November 21, 2009


Dunia ibarat sepi tanpa perkataan “konspirasi”..dalam Politik, ekonomi,social, kemasyarakatan hingga kepada perundangan..semuanya berkumandang dengan slogan konspirasi ini. Pembunuhan Johan F. Kennedy dikatakan satu konspirasi terancang untuk menjaga kepentingan AS. Kematian Yasser Arafat, pemimpin agung Palestin juga diwar-warkan sebagai konspirasi menggagalkan rundingan antara Palestin dengan Yahudi di tebing Barat. Tragedi 11 Sept, juga dikaitkan dengan “konspirasi” tertinggi AS untuk ‘menghalalkan’ serangan ke atas Iraq dan umat Islam. Kemelesetan Ekonomi Dunia setiap 10 tahun berulang juga menggambarkan betapa “konspirasi” dipergunakan untuk menjahanamkan ekonomi Negara-negara lain. Bah kan segala yang berlaku merata tempat dan pelusuk dunia, semuanya dikatakan berunsur “konspirasi”.

Di Negara kita, perkataan Konspirasi muncul sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kerajaan dan Umno. Tuduhan rasuah dan salah laku seks yang dihadapi oleh beliau, bagi penyokongnya adalah satu konspirasi politik yang kejam untuk memalukan ahli politik ini serta keluarganya. Pembunuhan ratu dan Model Monggolia, AlTantuya juga dicanangkan sebagai satu Konspirasi untuk menjaga nama baik orang tertentu. “Rampasan” kuasa yang berlaku di Perak, sehingga Pakatan Rakyat Tumbang dan rebah juga dipekikkan sebagai konspirasi pihak lawan untuk menjatuhkan kerajaan pilihan Rakyat. Isu Babi di Kedah, isu kampung Pala di Pulau Pinang dan kini, beberapa isu di Selangor..difikirkan oleh penyokong Pakatan Sebagai satu lagi konspirasi berterusan untuk mengagalkan kerajaan sedia ada.

Di sabah, Keputusan SAPP keluar dari BN, juga digambarkan sebagai satu konspirasi yang timbul apabila presidennya Yong Teck Lee telah beberapa kali melakukan perbincangan dengan DSAI di luar negeri. Sebelum itu isu penggiliran Ketua Menteri juga adalah Konspirasi politik yang dibuat untuk mententeramkan scenario politik di Sabah. Kemunculan dan pengiktirafan keatas Thamrin sebagai ketua PKR Sabah, juga dilihat dari satu sudut sebagai Konspirasi menyingkirkan kepimpinan Dr. Jeffry Kitingan. Begitu sekali “konspirasi” memainkan peranan dalam politik dan ekonomi.

Di Kota Belud, Konspirasi juga tidak terkecuali. Kekalahan Tadzul dalam perebutan Ketua pemuda, ramai yang mengaitkannya dengan konspirasi pemimpin tertentu untuk menidakkan kepimpinan anak muda ini…? Secara lebih terbuka mereka katakana bahawa TSP sendiri tidak bersetuju dengan keputusan Tadzul bertanding kerana ada perancangan sendiri ingin ‘memperkenalkan” anaknya dalam dunia politik di KB..Benarkah kekalahan Tadzul adalah konspirasi..?

Kekalahan calon-calon G7 dalam pemilihan UMNO beberapa bulan yang lepas juga dipalitkan dengan konspirasi. Mereka mendedahkan bahawa kepimpinan suku Iranun dalam UMNO KB mula diketepikan..? malahan persengkongkolan TSP dengan DSSK dalam mencatur barisan kepimpinan UMNO KB juga dikatakan sebagai konspirasi kedua tokoh ini. Hinggakan tidak ada satu pun wakil Iranun yang Berjaya. Razak, Selisih,Hj.Muar,dan beberapa orang lagi semuanya mangsa Konspirasi..ITU KATA MEREKA.

Kemenangan Ustz. Idris juga Suhaimi dalam pergerakan Pemuda, juga adalah Konspirasi politik, kerana mereka menang atas simpati dan ehsan. Benarkah Umno KB penuh dengan Konspirasi..? Kemenangan DSSK merebut jawatan sebagai Ketua bahagian dengan menyingkirkan Datuk Musbah juga adalah Konspirasi menaikkan kembali imej politik DSSK yang digugurkan dalam PRU-12 yang lalu..Benarkah..?

Pengguguran TSP juga DSSK dalam PRU -12 juga kata penyokong mereka adalah Konspirasi terancang untuk menyisihkan kepimpinan mereka di daerah ini..? Malahan kehadiran Datuk Rahman sebagai ahli Parlimen adalah kerana konspirasi peringkat negeri dan Pusat untuk tidak memberikan ruang kepada DSSK dan TSP..?

Penangkapan SPRM keatas YB Japlin juga dikaitkan dengan Konspirasi golongan tertentu untuk melumpuhkan pengaruh dan cengkaman politik Datuk Japlin. Pelbagai lagi kes dan isu yang berkumandang di KB, yang semuanya dikatakan sebagai ‘Konspirasi”. Hinggakan Sdr Musli juga mengedarkan buku terbarunya “konspirasi Politik Melayu”..

Tidak dapat dipastikan sama ada semua yang saya katakan itu benar-benar satu konspirasi..kerana ‘konspirasi’ itu sendiri membawa makna sebagai satu komplot atau pakatan sulit dan rahsia.

17 ulasan :

watasikadi said...

salam KM,
konspirasi amat sinonim dalam dunia politik moden. pakatan sulit amat berbahaya bagi si mangsa dan juga pemangsa yang mungkin menjadi mangsa dalam konspirasi itu. pendek kata dalam konspirasi orang terlibat juga mungkin dikonspirasikan oleh pihak yang lain. seperti juga dalam dunia blog ini, sudah mula ada antara blogger kita yang menanam bibit konspirasi dalam mengutarakan hujah masing-masing dengan mewujudkan beberapa blog dan cuba menarik perhatian blogger lain. dalam realiti politik kota belud, konspirasi menjatuhkan pemimpin tertentu tidak menjamin kejatuhan pemimpin itu namun menjamin keuntungan pada opportunist politik di kota belud. kepimpinan yang berkonspirasi sebenarnya boleh mengubah senario ini supaya tidak rugi dan merugikan rakyat seluruhnya. kadangkala konspirasi peringkat tertinggi kepimpinan terutamanya kepimpinan UMNO amat merugikan grassroot dan pemimpin itu dari segi politiknya. untuk generasi kini yang begitu sensitif terhadap sesebuah maklumat, pemimpin harus bijak menangani apa jua konspirasi yang dihadapi. pernah saya bersantai melihat keindahan buah manggis dihadapan rumah saya sambil terfikir, orang kata pemimpin A tidak ngam dengan pemimpin B, bertelagah masing-masing mempertahankan pemimpin mereka, sedang kedua pemimpin minum bersama. walaupun minum bersama tidak menunjukkan apa-apa pendirian setiap pemimpin dari segi politik terutamanya masing-masing mereka sebenarnya sudah berada dipuncak kehidupan masing-masing dengan kejayaan hidup seperti jawatan, kemewahan dan kemegahan sedang mereka yang bertelagah masih tetap tidak menerima pendapat orang lain dan bersatu padu akan terus mengais pagi makan pagi dan mengais petang makan malam. selepas bertelagah dikedai kupi coontohnya, akhirnya abis dompet dikorek nikin bayar kupi sedang yang ditelagahkan disediakan kopi free dan semuanya free pakai duit mereka yang bertelagah. sudah tiba masanya rakyat yang berkonspirasi menentukan kepimpinan bukannya rakyat dijadikan boneka permainan demi kelangsungan kemewahan peribadi pemimpin. lihatlah pada langit demi mengejar kemajuan, jangan dilupa tunduk pada tanah melihat asal usulmu. takbir. watasikadi tatap PAS!!

senyumkambing said...

kamu tiada cerita lain..sebenarnya kamu tidak tahu apa-apa.kamu bloger kosong.. fakta yang tidak jelas

ANAK WATAN said...

Salam KM...sebenarnya konspirasi politik di Kota Belud sudah lama berlaku sejak Zaman sebelum merdeka lagi. Emboh Ali seorang pejuang menentang penjajah inggeris dalam perang pendasan dinapikan perjuangannya sehingga tdk tercatat dalam sejarah disebabkan konspirasi, kerana beliau terkorban ditangan anak muridnya yang khianat iaitu Arshad (yang telah menjadi tali barut penjajah)pada ketika itu. Kerana Strategi Arshad menjadikan Kota Belud dinasti kuasa politik keluarganaya dari keturunan banjar sehingga kini, ramai anak-anak muda yang berpotensi menjadi pemimpin dan taiko dalam dunia perniagaan menjadi korban konspirasi keluarga ini. Mereka seperti bangsa israil yang tidak berhati perut dan punya perasaan sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kuasa dinasti mereka. Datuk Salleh daripada keturunan Arshad mengunakan stretigi pecah dan perintah, mencantas dan melebalkan pemimpin-pemimpin muda sebagai tidak berkebolihan, rasuah, membeli pemimpin-pemimpin yang menjadi mengsanya, telah menyebabkan rakyaat KB keliru dan tdk dapat membezakan antara pejuang yang benar-benar ikhlas dalam memertabatkan rakyaat kota belud dengan pemimpin yang berjuang hanya untuk mengekalkan dinasti mereka. Dinasti ini sukar di robohkan kerana mereka mempunyai kekuatan dari segi kewangan dan harta benda hasil daripada kuasa politik daripada zaman sebelum merdeka hingga kini. Datuk Yahya lampong walaupun org luar KB pernah berjuang menentang dinasti ini dlm zaman berjaya, dan telah banyak memberi kesedaran kpd rakyaat Kb namun perjuangan tidak dapat diteruskan atas sebab masalah ekonomi.Tan Seri Pendekar walaupun pernah menggalahkan SSK atas tiket Usno dan sokongan Tun Datuk Hj Mustapa namun kini akur disebabkan tidak punya kekuatan ekonomi dan dinasti. Datuk Musbah seorang pemimpin muda mempunyai latar belakang koprat yang dilahirkan oleh Tun Mustapah sebagai pemimpin di derah kota belud juga terpaksa akur disebabkan tidak mempunyai kekuatan ekonomi dan dinasti.

Walaupun dinasti Arshad di Kota belud pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti TYT, Ketua Menteri Sabah, Menteri kabenet Negeri, wakil rayat Usukan, Tempasuk dan Ahli perlimen namun dinasti ini gagal membangunkan Kota Belud dan rakyaatnya disebabkan mereka langsung tidak mempunyai agenda memperjuangkan nasib rakyaat bahkan mereka sangup membiarkan rakyaat kota belud dalam kemiskinan supaya tidak dapat menentang dinasti mereka.

Dalam PRU ke 12 Datuk Salleh tdk di calonkan oleh pemimpin pusat kerana memberi peluang kepada pemimpin yang benar-benar ikhlas membangunkan kota belud tempat anak sulung umno lahir di Negeri Sabah. Kenyataannya walaupun Kota Belud hanya memeliki tiga pembantu menteri dan seorang ahli parlimen yg tidak berjawatan, cahaya pembangunan sudah mula kelihatan walaupun belum sampai dua tahun. ketiadaan Datuk Salleh sebagai wakil rakyaat telah membawah rahmat kepada kota belud, nasib rakyaatnya mula terbela dng pelbagai projek lonjakan mega luar bandar seperti Jelapang Padi dan Agropolitan yang tentunya akan dapat meningkatkan ekonomi semua lapisan rakyaat.

Walupun saya hanya pemerhati politik, saya sayang kota belud, saya tidak mahu melihat masa depan generasi muda terkubur disebakan konspirasi politik yang hanya mehu mengekalkan politik dinasti. Fiki-fikirkanlah.

CT Farhana Wee said...

Daerah maju Kak Kelapa Mawar, so perkara seperti konspirasi politik akan wujud kerana rakyat tidak perlu memikirkan tentang duit dan kemudahan asas sebab sudah kaya raya dan ada bekalan air bersih, rangkaian jalan raya, elektrik dan telekomunikasi kesan positif perjuangan SSK pemimpin pilihan (bukan kesayangan Siti) dan Tan Sri Pandikar.

senyumkambing said...

bukan kongsi pirasi.. tapi tipu menipu..keturunan banjar tipu rumpun bajus dan lanuns dan idahan..kamu tulis sarita untuk apa.. satu dunia sudah tahu..istilah konsiprasi.. bole pakai kalau satu dunia.. ini kota belud seluas padang bola.. sarita kedai kopi bole lah.. bodoh punya kalapa.. basing pun tarak mau

senyumkambing said...

masuk anak watan ternyata bukan blog anak watan tapi blog anak syaitan.. memang lah betul embo ali dibunuh muridnya.. tetapi postinglah di blog sendiri suapaya bertanggung jawab.. bodoh punya anak watan

Ulad Tangila said...

sebab itulah Senyum Kambing anak haram

CT Farhana Wee said...

Anak Watan --- U ni menyeleweng fakta lah... mana ada dinasti Arshad bunuh guru! itu semua konspirasi nak jatuhkan bakal YAB pilihan Siti

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

tumpang lalu kak mawar.... abang-abang sekalian saya ada arttikel baru yang menguji minda, silalah ke blog saya....

kelapa mawar said...

salam kembali watasikadi..

Ma kasih atas idea konspirasi ini..
Konspirasi politik lebih besar impaknya kepada masyarakat daripada konspirasi sosial..kerana politik melibatkan pentabdiran dan pengurusan..kuasa,juga pembangunan rakyat..

Ahli2 politik nyata kerap mengkonspirasikan perjuangan politik mereka kerana hendakan kuasa dan itu membuatkan kita bertambah bingung untuk menghujah kerelevanan mereka dalam dunia politik khusunya di KB..
kata konsp[irasi..pengguguran DSSK danb TSP sebab Musa Aman tetapi Musa Aman datang ke rumah terbuka TSP dan DSSK merekja senyumbersama,sembang bersama juga menunjukkan kesepakatan yg akrab...

Ma kasih sekal lagi.semoga sukses

kelapa mawar said...

Senyum-senyum kambing..

Ulasan sdr menggambarkan senyuman yang menawan..

ma kasih kerana berkunjung.

kelapa mawar said...

Anak watan..

satu pandangan politik sejarah yang wajar diberi perhatian..

buat sdr Watan...Perang Pandasan satu catatan sejarah yang masih kabur dan memerlukan penyelidikan yg mendalam kerana kekurangan catatan pengkaji masa lampau..

walau bagaimanapun ma kasih atas penerangan sdr itu..saya suka membacanya...

kelapa mawar said...

Sitti..

ma kasih kerana memberkan pandangan..KB bandar membangun, bandar maju..konspirasinya pun pelbagai kaedah dan pendekatan...bertambah rumit dan kusut..Betulkah..?

kelapa mawar said...

Hari seorang wanita..

saya akan menzirahi sdri tak lama lagi..tunggu....

Lanun_Aki said...

sapa kata sejarah emboh ali dibunuh muridnya satu pembohongan atau tidak benar.... org yg buta sejarah dan anti kpd suku kaum iranun sahaja yg ckp begitu... sy penyokong bn tapi jgn ckp fakta diatas cuma konspirasi mejatuhkan ssk.. itu adalah benar.. wahai siti farhana... pementasan kisah emboh ali oleh saudara lamsil hamidsor telah diserbu oleh polis... atas sebab apa? sebab ada org takut cerita yg disembunyi selama ini terbongkar... saya sokong tsp dan ssk tapi sejarah tetap sejarah. wahai siti farhana.. pergila ke pandasan... kaji la..lihat la.. buka la mata.. sejarah tetap sejarah.

CT Farhana Wee said...

Kak Kelapa Mawar - betul tu.

Lanun_Aki - kalau saya hina Iranun buat apa saya sanjung tinggi Pandikar Amin

Abang pun nak jatuhkan pemimpin sanjungan Siti Kah?

Ahmad Zairuddin said...

So basically...maksud anda asalkan seseorang itu berasal dari Keturunan Arshad, sungguh pun dia sedikit pun tidak berminat untuk mengikuti permainan politik, mendapat kuasa, darjat dan wang yang amat diidam-idamkan oleh manusia maka wajar dia dikutuk dan dihukum oleh masyarakat Kota Belud?