Bagaikan taufan Mariniae yang bertiup kencang berkekuatan 90 knot melanggar Filipina dan Thailand ,laksana letusan gunung berapi Pinatubo yang pernah menggegarkan bandaraya Manila, Ibarat Tsunami yang melanda kepulauan Asia sehingga meranapkan perkampungan di Aceh, …Mungkin itulah pengibaratan yang bisa kita gambarkan dalam dunia blog ini, apabila tersiar berita bergambar pertemuan antara Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh Said Keruak dalam suasana yang amat mesra beberapa hari yang lalu. Dunia politik Sabah dan Kota Belud, bergegar dengan “gempa politik” yang mencatat lebih daripada 10 skala Richter..menyaksikan satu bentuk ‘kepuasan’ bagi pemerhati dan penganalisis politik tempatan..bahawa dunia politik kedua pemimpin yang sudah ibarat seabad kemarau ini ..akhirnya kembali subur hanya dengan pertemuan yang tidak sampai beberapa jam pun.
Biarpun pertemuan itu hanya bersifat kunjungan hormat bagi seorang mantan KM Sabah, yang kini Timb.Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah juga merangkap Ketua Umno Bahagian Kota Belud ke atas pemimpin nombor satu negeri ,Datuk Seri Musa Aman, dan biarpun kunjungan itu hanya bersifat peribadi kerana melancarkan buku “meneraju Perubahan” hasil nukilan Datuk Salleh Said, Tetapi bagi mata-mata liar pemerhati politik, menganggap bahawa “pertemuan’ itu boleh melunakkan ketegangan yang sekian lama dicanangkan ke hulu dan ke hilir oleh peminat kedua-dua pemimpin ini..
Rasanya ‘ketegangan’ itu bukan sahaja mendapat perhatian dari rakyat jelata di Sabah tetapi juga rakyat di seberang laut..apa tidaknya, selama ini DSSK di gambarkan sebagai seekor anai-anai yang secara diam merosakkan pekakas keutuhan politik di Sabah , itupun setelah DSSK digugurkan dan setelah pelbagai spekluasi dilontarkan lantaran perjuangannya menghidupkan pertubuhan USBO bersama gandingannya TSP yang juga rakan yang digugurkan termasuk Amir kahar dengan berpayung kepada Datuk Shafie Afdal..sehingga ramai yang meramalkan bahawa USBO dijadikan wadah ‘gertakkan’ kepada Musa Aman yang dikatakan tidak mempedulikan kuasa politik rumpun bangsa USBO..
Maka kerana itu, ramai juga yang berani membuat ramalan bahawa hubungan dua pemimpin ini akan juga berakhir apabila kedua-duanya mula memahami perjuangan dan pendirian masing-masing. Dan..dan..dan…Pertemuan itu telah mula meyakinkan akan kebenaran ramalan politik itu. Mungkinkah Musa Aman sudah mula ‘mengendurkan’ ketegangan itu dan mula meyakini bahawa selama ini DSSK dan USBONYA sangat-sangat signifikan buat politik Sabah..? Mungkinkah juga MUSA AMAN mula sedar dan insaf sesungguhnya akan kekhilafan politik yang dilakukannya sewaktu PRU-12 yang lalu..? Apakah juga MUSA AMAN ingin menebus kesilapan itu dengan mengangkat kembali politik DSSK..dan konco-konconya..?
Ada juga yang mengatakan bahawa natijah kepada perlantikan DSSK sebagai Tim. Pengerusi Perhubungan Sabah ialah ‘merapatkan’ kembali idealogi kedua-dua pemimpin UMNO ini. Mereka mula meneka-neka bahawa pengguguran DSSK dalam PRU-12 yang lalu memang benar-benar mengubah landskap politik di negeri “api-api” ini. Bukan sahaja DSSK tidak dilantik sebagai “orang kanan” atau “orang penting “ malahan DSSK juga tidak ditawarkan sebarang kedudukan dan pangkat dalam kerajaan. Masyarakat KOTA BELUD sebegitu gusar menyaksikan lakonan politik MUSA AMAN.. mereka rasa masyarakat dan pemimpin KB tidak dihargai, meskipun UMNO dilahirkan di KB. Mereka mula melihat akan kesilapan percaturan MUSA AMAN itu sehingga, kebangkitan akar umbi, memaksa beberapa sokongan dialihkan kepada parti pembangkang di daerah ini..bukannya kerana UMNO tidak disayangi tetapi kerana merasakan UMNO tidak menghargai pemimpin mereka..memberi pengajaran berguna kepada MUSA AMAN supaya mengembalikan kedaulatan pemimpin KB yang mula dicalar dan diperkosa dengan tekanan yang bertubi-tubi..
Apabila pertemuan itu berlangsung dengan penuh kemesraan..maka kita masyarakat KB juga mengimpikan yang demikian. Supaya dua ekor harimau ini akan kembali mengegarkan rimba raya politik Sabah. Janganlah seperti Biduk lalu dan kemudian Kiambang bertaut kembali… Keikhlasan harus terpancar dari persefahaman itu. Di satu pihak tidak harus menakut-nakutkan dengan kelebihan rumpun bangsanya, manakala di pihak yang satu pula, memberikan peluang dan menggilap kembali sinar yang semakin pudar. Jika itu yang berlaku..DSSK mungkin ada peluang untuk menjadi wakil rakyat di Usukan , Kalaupun tidak menjadi ahli Parlimen semula…Tertinggalkah TSP dalam perlumbaan ini..? Bersama kita nantikan.
11 ulasan :
Sdri KM..
pertemuan itu ibarat pertemuan Najib dengan Anwar dilobi parlimen..minum menghirup teh petang..
Teringat saya kata-kata dlm filem MADU TIGA...
" BAIK...BAIK ADA MAKNA TU..."
Salam Adindaku kelapa Mawar,
DSSK terpaksa berbaik-baik dengan Musa Aman demi untuk kelangsungan politiknya. Terbukti kalau main kasar, DSSK tak mampu melawan. Sekarang kena ubah sterategi. Pada saya keikhlasan DSSK berbaik-baik dengan Datuk Musa Aman ini ada makna disebaliknya.Datuk Musa kena hati-hati, angjing kalau biasa makan tahi, bagaimanapun lama kita kandang, lepas itu dia makan tahi balik kerana itulah kebiasaan tabiat dalam hidupnya.
SALAM KM,
pertemuan yang mengundang pelbagai persepsi negatif dan juga positif. perkara biasa dalam politik. percaturan terus berjalan. bagi saya ia tidak sama seperti PM minum brsama anwar di khalayak ramai kerana itu pertemuan dua pemimpin parti masing-masing. sementara DSSK dan DMA adalah timbaln pengerusi dan pengerusi perhubungan UMNO sabah. mengapa perlu dipersoalkan? menunjukkan kebenaran ada tidak kena dengan dua pemimpin ini. jika dilihat dari sudut positif pertemuan ini tampak seperti memperkukuhkan kedudukan UMNO di sabah sendiri. jika DSSK melawan saya pasti DSSK mampu namun terlalu banyak wang yang terbuang dimana merugikan kedua-dua pihak dan hanya menguntungkan opportunist dalam UMNO itu sendiri. sedang DSSK dan shafie apdal sudah mendapat tandatangan 18bahagian UMNO untuk menurunkan musa dari takhta, DSSK hanya gagal mendapatkan tandatangan Yong teck lee untuk menurunkan musa dalam PRU12 yang lalu. menyebabkan juga YTL merajuk bila terbukti pakistan lebih bijak menipu berbanding cina. bukan kerana DSSK tidak mahu melawan DMA, tapi DSSK jika mahu melawan DMA yang akan hancur adalah UMNO dimana satu yang kita harus ingat pendirian DSSK kita ditawarkan DSAI untuk melawan PRU bagi pihak PKR namun ditolak kerana prinsipnya yang sangat mendokong perjuangan UMNO itu sendiri. setelah ditinggalkan oleh para wartawan hanya mereka berdua tahu akan perbincangan yang mereka jalankan. pengamatan peribdi saya pertemuan ini salah satu siri pertembungan politik peringkat tertinggi dan permainan masing-masing yang memberi kesan positif pada UMNO sabah yang menjamin masa depan kedua-dua pemimpin politik.
Aduhai kelapa Mawar./.
Apa dikusutkan pertemuan itu kerana adat politik sekejap jadi kawan sekejap jadi lawan..
Ap yang penting ialah kalau DSSK jadi CM, mudahlah kita dapat Projek macam seorang blogger itu dapat peruntukan jalan ke rumahnya..aiiii tak cukup lagi kah..?
Sdri KM..
salam Datu Panglima Iranun..DPI,
DSSK tidak perlu pun talam dua muka kerana DSSK memang ramai kawan dlm politik sprti TSP juga...Itu hanya kunjungan hormat sahaja..kerana kalau dari dulu MA menghargainya tentu DSSK dan TSP jadi wakil rakyat sudah tetapi ini tidak digugurkan..
DPI,
Menyamakan pemimpin dgn anjing tidak wajar..saya nampak DPI terlalu bencikan DSSK dan TSP kenapa..? mungkin DPI mahu melapis agaknya..jangan lupa..cukup sudahkah ilmu di dada...kalau belum jangan menyalak dan nak runtuhkan bukit...
sdri Idahan..
berdoalah semoga DSSK dan TSP kembali berkuasa.
salam krmbali sdr palingbe4rani
ma kasih atas kunjunmgan itu..
ya ada makna tu...
Datu Panglima Iranun..
ma kasih atas pandangan sdr..DSSK tahu dia tidak akan melawan arus perubahan dan kepimpinan negeri itu sebab dia mula berbaik-baik dgn MA.thanks.
watasikadi..
ma kasih atas kunjungan yg tidak putus2 saya amat mengharaginya.pandangan sdr begitu signifikan dgn isu ini..rasanya ada kebenaran di sebalik idea sdr itu..
prbincangan rahsia itu hanya akan kita ketahui bila PRU-13 akan datang bersama kita tunggu kesudahannya..
Idahan..
bukan dikusutkan cuma dipaparkan apakah natijah kepada pertemuan itu,,
ma kasih kerana sdri memberikan pandangan semoga bersua lagi.wassalam
Pendekar tua..
ma kasih juga kerana menziarahi KM dan itu saya hargainya..Sdr nampak tidak bersetuju dgn DPI..kenapa ya..?
Post a Comment