Thursday, November 12, 2009


Bukan suatu rahsia lagi bahawa, politik di sabah ibarat seperti air tenang yang ada buaya. Apa tidaknya , kalau di pihak pemerintah dan kerajaan BN di Sabah masih bergolak , begitu juga di pihak pembangkang masih terus dilanda wabak tragis, lebih bahaya dari wabak H1N1 yang suatu ketika menjadi pendemik seluruh dunia. Di pihak UMNO Sabah sendiri, masih disangsikan dengan akar suku juga kepentingan politik golongan tertentu. USBO nyata sentiasa membayangi UMNO selain usaha-usaha EX-USNO yang menghidupkan kembali roh dan semangat juang parti terbesar milik bumiputera Islam Sabah sehingga mewakili jiwa dan atma seluruhnya ‘memerdekakan’ negeri di bawah bayu ini. UMNO Sabah pada luarannya, Nampak tenang sedang pada dalamnya masih tercari-cari dasar dan asas untuk menyatukan ahli dan pemimpin di kalangan mereka sendiri.

Dan terbaru yang sedang melanda golongan berfahaman untuk menghidupkan kuasa politik rumpun USBO dalam UMNO ialah apabila Penasihatnya, iaitu menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal dikhabarkan terlibat dalam beberapa kes salah guna kuasa membabitkan penyelewengan peruntukkan dan pembahagian projek bekalan elektrik luar Bandar di sabah dan Sarawak. Isu ini pernah dibangkitkan oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR dalam Dewan Rakyat. Biarpun isu ini sudah diterangkan dan dinafikan oleh Datuk Seri Shafie Afdal, namun ‘gossip’ politik berkaitan isu ini terus bertiup sehingga membawa kepada beberapa spekulasi liar yang tidak bisa terbendung lagi.

Bagi sesetengah penyokong tegar USBO, isu ini nyata tidak memberikan kesan kepada pergerakan dan perjuangan mendaulatkan kembali kuasa politik mereka. Harapan terus dibicarakan, sehingga mereka merasakan bahawa kuasa politik hampir dimiliki. Ada yang mengandaikan bahawa apabila Datuk Seri Shafie Afdal di’turunkan’ di sabah sebagai KM menggantikan Musa Aman, maka yang akan ‘hidup’ kembali sentuhan politiknya ialah TSP dan DSSK yang juga masing-masing Presiden dan Tim.Presiden USBO, memungkinkan segala yang dirancang akan menjadi kenyataan.

Namun apa yang tidak jelas kepada pendukung USBO ialah jika Datuk Shafie menjadi KM, di mana posisi MUSA AMAN dalam politik Sabah..? Apakah jawatan Penasihat USBO itu dan selaku Naib presiden UMNO dan Menteri KLBW akan ‘dikorbankan’ sebagai imbalan kepada menghidupkan kuasa politik rumpun USBO? Bagaimanakah percaturan politik ini mewujudkan situasi ‘win-win’ kepada TSP dan DSSK..?

Bagi penyokong USBO di daerah KB, tidak sangat mengharapkan situasi seperti itu berlaku dengan cepat. Mereka masih menaruh harap agar antara TSP, DSSK dan Amir Kahar yang akan menduduki kerusi KM. Dan yang paling dekat kata mereka ialah DSSK..kerana dia adalah mantan KM, juga Mantan Tim.KM,.Justeru apakah ‘kemantanan’nya itu akan memberikan beliau kelebihan berbanding tokoh yang lain. Usaha menghidupkan kuasa politik rumpun UsBO ini digambarkan kepada situasi bahawa sekarang berlaku gerakkan penyatuan pemimpin dan pemikir puak KDM dalam politik Sabah. Bahkan keputusan Dr. Jeffry meninggalkan PKR dilihat akan ‘berpatah arang’ kepada parti abangnya PBS, sekaligus membuktikan bahawa puak KDM mula memikirkan penyatuan antara mereka. Benarkah yang demikian..? atau isu ini sengaja diperbesarkan untuk mewujudkan betapa relevannya semangat rumpun USBO di Sabah..? Adakah keikhlasan DSSK sendiri begitu jelas dalam memperjuangkan apa yang disifatkan sebagai perkongsian kuasa. Sedangkan ketika TSP mewarkan dalam blognya Formula 2:1:1, DSSK nyata masih membisu..dan seakan enggan mengiyakan pandangan Tim.Presiden USBOnya itu..? kenapa..dan apa yang tersirat kepada ketidakpedulian DSSK ini..?

Begitulah antara isu pertentangan yang mula melanda kembali politik Sabah dan UMNO nya. Bagi yang sejak dari awal mencurigai kewujudan kuasa politik USBO, mereka melihat bahawa Isu berbangkit mengenai Datuk Shafie Afdal akan lebih memberikan kelebihan kepada Puak Musa Aman dalam UMNO Sabah untuk “menyorong bantal” kepada Datuk Seri Najib. Kumpulan pemikiran yang menyebelahi KM Sabah yang dilabelkan oleh ramai blogger sebagai berdarah Pakistan akan lebih yakin bahawa Musa Aman “TATAP” KM Sabah selepas PRU-13 yang akan datang. Sekaligus menyaksikan bahawa sekali lagi isu rumpun sebangsa akan menjadi agenda politik peribadi.

Bagi sesetengah pemerhati politik, keputusan menjadikan USBO sebagai wadah perjuangan politik pemimpin tertentu adalah satu kesilapan yang besar kerana ia nyata memperluaskan jurang politik antara pimpinan UMNO di Sabah.Namun jika diperhalusi bahawa disudut politik jujur, ia memberikan “signal” kepada puak KDM bahawa kuasa politik perlu dikongsi seperti asalnya Tun Mustapha dan Donald Stepehens. Semangat politik “pra merdeka” bisa hidup melanyak kembali aspirasi UMNO Sabah untuk melupakan aura itu setidaknya apabila USNO disembelih dalam upacara korban yang menyayat hati. Penduduk sabah, bila agaknya prinsip politik matang yang bersandar terus kepada percaturan pemikiran dan gagasan semasa membawa rakyat mengecapi nikmat kemerdekaan sebenar akan berlaku..?

26 ulasan :

dayangwulan said...

USNO kalah tahun 1976, tidak pernah menang lagi selepas itu. Tahun 1990 dalam pilihanraya umum, PBS tikam belakang, keluarn BN diambang pengundian, kerana itu UMNO masuk Sabah. Tun Mengatakan USNO dibubarkan memberi peluang kepada para ahlinya naik KAPAL BESAR. USNO secara bersendirian telah beberapa kali mencuba, namun tetap kalah.Pun Demikan UMNO dalam beberapa kali usahanya juga gagal, Umno tidak pernah menang PRU kecuali tahun 1999 bersama-sama BN Lain, itupun setelah PBS berkecai.

USBO adalah himpuan rumpun-rumpun pesisir pantai. Tujuannya agar rumpun-rumpun ini teguh dalam persada politik negeri Sabah. Apa kah sdr Kelapa Mawar tidak mahu agar rumpun-rumpun teguh dan kuat? Apakah Sdri Kelapa mawar tega dan mahu, bahawa rumpun-rumpun dalam USBO ditadbir urus oleh kaum pendatang? cuba celik mata, tengok kiri kanan, depan belakang.. siapa berkuasa dalam negeri ini? contoh paling dekat.. jalan-jalan lah ke pasar tani.. siapa yang ada di sana?

Pendekar Tua said...

Sdri KM..

saya sebenarnya, tidak sangat mempedulikan apa yang berlaku kepada penasihat USBO ni kerana itu semuanya tuduhan liar bermotif politik.tetapi oleh kerana sdri KM post kan maka saya memberikan idea tentang hal ini..

sebenarnya, penyatuan rumpun USBO sangat baik dlm iklim politik di Sabah kerana ia memberikan dan mengembalikan kuasa politik rumpun ini setelah ada cubaan untuk tidak mempedulikan rumpun ini dalam politik Sabah.

Sepatutnya di Sabah rumpun USBO ini diberikan tempat setidaknya pun tidak disisihkan.Tetapi oleh kerana agenda politik tertentu maka para pemimpin ini diketepikan..dan itu membuatkan kita dari rumpun USBo mencari jalan untuk memperteguhkan rumpun kita..

Saya bersetuju dgn ulasan Dayang..bahawa jika sdri KM lihat apa yang berlaku di negeri kita, terlalu ramai pendatang Tanpa Izin di samping pendatang yang mendapat Izin yang menguasai politik dan ekonomi negeri...kerana itu USBO ingin memelihara kepentingan bumiputera Islam dengan menghidupkan kembali gerakan penyatuan dan pembangunan ekonomi dan budaya..

USBO harus dilihat dari sudut seluruhnya, iaitu budaya, sosial, ekonomi juga politik akhirnya..dan bukannya kuasa politik semata-mata..

Jika kuasa politik menyebelahi USBO, kita akan menerimanya..namun jika sebaliknya, USBO terus akan memperjuangkan ekonomi dan sosial pertubuhannya. wassalam.

Pendsekar Tua.

Pejuang Bangsa said...

Salam Kelapa Mawar,

USBO dilahirkan bagi mereka yang kecewa kerana tidak dipilih calun dalam pilihanraya PRU12 yang lalu. Dengan memanipulasi isu suku ini diharapkan, Kuala Lumpur mengambil perhatian kepada mereka. Tuntutan mereka antara lain menukar KM sabah. Sebab Datuk Musa Aman tidak mengwakili suku di sabah. Suku Pakisatan adalah.

Kuda Berhias said...

Salam KM,

Kredibili hasil karya yg dapat dihormati menguntungkan masyarakat. Informasi yang diambil dari sumber yg tidak sahih, jika digembar-gembur akan mengotori pemikiran masyarakat kita. Kita berjuang atas nama kebenaran. Itu adalah asaa perjuangan kita semua di dunia cyber. Saya bersyukur ada sahabat seperti KM di dunia cyber.

Kita juga perlu menjadi inspirasi kepada masyarakat kita sebagai golongan yg celik ICT.

Bilamana berlaku "selera peremehan", kitalah pemangkin pada pemikiran masyarakat kita. Kita penerang kepada fakta sebenar yang kita yakin tahu dengan sebenar-benarnya tahu. Bila kita bertindak menyebar dan membenarkan yang bathil, kita terpalit perbuatan mungkar pihak lain.

Saya bersyukur kerana kita masih berlegar dalam kerangka penulisan yang telus. Kita berdoa kita akan terhindar dari nawaitu yang ditegah dan disanggah olehNya. Wasalam dan selamat Maju jaya.

CT Farhana Wee said...

Pandikar pemimpin USBO Siti hormati biarpun pernah menghianati Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun... diberi peluang bertanding di DUN Usukan tapi lepas tu berpaling tadah tubuhkan Bersih dan Akar.
Lupa sudah kah dengan Mah Aning yang dipujuk Tun Mustapha supaya membenarkan kdiamannya dijadikan markas USNO selepas semua orang kampung Labuan, Wakap, Tanjung Pasir, Tanjung Wakap dan Lebak Engad mahu undi Berjaya.
Nasib Tun Mustapha ada kalau tiada kita fikir sendirilah macam mana kesudahannya.

palingberani said...

Sdri KM..

salam dayangwulan..

1.apakah USBO hanya satu-satunya wadah penyatuan rumpun pesisir pantai..?
2. Apakah UMNO sudah kehilangan taring sebagai wadah penyatuan orang melayu dan Bumiputera..?
3. Apakah USBO hanya satu-satunya pengimbang kuasa politik KDM..?
4. Kenapa dalam PBS tidak wujud gerakan penyatuan KDM/KDCA..?
5.Penguasaan suku/kaum pendatang di Sabah bukan disebabkan oleh tiada penyatuan rumpun sebangsa tetapi keran sikap para pemimpin yang tidak tahu bersyukur..diberikan betis nak paha..?

salam hormat.

Idahan said...

ziarah KM..

rasanya Datuk shafie tidak akan mengorbankan jawatannya sbg Naib presiden UMNO juga menteri KLBW untuk jadi KM di Sabah..

dari ramalan saya kalau benar dan perjunagan USBO mendapat tempat. DSSK akan menjadi KM semula..dan TSP akan menjadi Tim.KM.

Pendekar Tua said...

sdri siti farhana wee..

dalam politik ada kebarangkalian dan itu berlaku ketika mencari posisi politik dan TSP terpaksa mencari posisi itu dgn menubuhkan BERSIH dan AKAR..perjuangan memertabatkan bangsanya..itu bukan satu kesilapan pada percaturan jangka panjang..kerana AKAR juga punya lakonan politik yang baik dalam politikSabah dan nasional..

Anggapan bahawa TSP menderhaka kepada Tun Mustapha adalah tidak benar sama sekali. Harap maklum.

CT Farhana Wee said...

Terima kasih Pandikar Tua... bolehlah saya tumpang berguru... Pandikar Tua boleh terima kaum saya Bajau-Cina (BANA) kah sebagai anak murid @ sahabat?

CT Farhana Wee said...

Lagi Pandikar Tua... Adakah Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia tidak memerlukan sokongan kaum Bajau atau Kadazandusun dalam karier politiknya?

CT Farhana Wee said...
This comment has been removed by the author.
CT Farhana Wee said...

Maaf Pandikar Tua... kebanyakan hujah saya dipetik dalam laman blog, bloggers kita di Kota Belud seperti musli oli, Musram Rakunman @ Dayang Wulan @ Kelapa Mawar, Norawi Haji Kata dan Seliu-liu... maklumlah sukar cari bicara politik Kota Belud dalam arkib berita on line dan google.
Kalau ada kesilapan harap jangan marahkan Siti ya. Siti ini orang baru dalam dunia bloggerts ini. salam.

Pendekar Tua said...

Sdri Sitti Farhana wee..

benarkah sdri ini kacukan Bajau dan Cina (BANA)..rasanya sdr macam lelaki lagaknya..tapi tak apalah..

TSP dalam kerjaya politiknya tidak pernah mengira bangsa apa yang menyokongnya kerana bagi TSP seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan menerima sokongan dari semua pihak..

Semasa BERSIH ditubuhkan ada juga pemimpin Iranun, Bajau, dan kadazandusun , begitu juga AKAR..bukankah TSP menjadi presiden kepada suku majoriti dalam AKAR...?

Sokongan Bajau dan Dusun sentiasa diperlukan terutama dalam kawasan Tempasuk yang mempunyai komposisi bangsa berkenaan.

Bukan itu sahaja TSP juga ramai rakan dari orang CIna dan India termasuk suku-suku lain..jadi saya harap persoalan ini sudah jelas buat sdri Siti farhana..

wassalam

Pendeker Tua.

CT Farhana Wee said...

Salam ukhuwah Pandikar Tua... Siti tidak perlu jawab pasal perkara remeh temeh yang sejak azali Siti dilahirkan sebagai seorang wanita sejati.
Sejuk perut ibu lahirkan Siti tapi sewenang-wenangnya Pandikar tua kata begitu jantina Siti... tidak apalah juga!
Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia memang sukar dicari ganti terutama dalam jiwa orang Iranun.
Orang Bajau dan Cina lain lah banyak etnik dan pemimpin... salam silaturahim

Unknown said...

salam kelapa mawar,

sudah lama saya tidak berkunjung kerana beberapa isu yg ditulis dalam blog KM terlalu bersifat tuduhan peribadi. namun tajuk ini saya memberi sedikit pandangan kerana ianya berkaitan dengan rumpun USBO dan USNO. Kedua-duanya saya ada hubungan sebagai AMT USBO dan bekas Ketua Pemuda USNO bahagian Petagas.


UMNO sejak awal mengakui hakikat hanya pemimpin dari rumpun Bajau (USBO) sahaja yg layak mengetuai UMNO di Sabah kerana majoriti pendokong USNO yg kemudiannya menjadi penyokong teras UMNO adalah dari suku itu.


Bermula dengan Tun Sakaran, DSP Salleh Said keruak dan Datuk Osu Sukam. Ketiga-tiga pengerusi perhubungan ini adalah mewakili kaum Bajau. Tetapi kenapa mereka tersingkir?

Harus dijelaskan ketiga-tiga pemimpin Bajau itu mengosongkan jawatan KM dan Pengerusi UMNO Negeri bukan kerana mereka kalah dalam pilihan raya seperti Dompok pada PRU negeri 1999 atau gagal mentadbir atau ada kes rasuah, pecah amanah dan sebagainya sehingga mereka hilang kelayakan. Tapi mereka berundur kerana DASAR PENGGILIRAN KETUA MENTERI.


melalui dasar ini, KL mendapati bahawa kaum Bajau dan rumpun USBO adalah kaum yg "peaceful" yg bertimbangrasa dan tidak memberontak sungguhpun jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya menjadi hak mereka di serahkan kepada kaum lain yg minoriti seperti Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, dan Chong Kah Kiat melalui sistem penggiliran, maka itu Kuala Lumpur menganggap bahawa rumpun USBO ini sudah tentu tidak akan memberontak jika dipilih Ketua Menteri dari kalangan kaum bumiputera Islam yang lain. Maka itu dicadangkan nama Datuk Musa Aman oleh pelobi-pelobi yg rapat dengan Tun Mahathir dengan memberi hujah bahawa rakyat dari rumpun USBO ini orang baik-baik dan menerima siapa saja jadi ketua menteri dan tidak akan keluar UMNO.

Secara kebetulan pula tidak ada usaha dari pemimpin-pemimpin Bajau dalam atau luar UMNO untuk menentang Dasar Penggiliran yg menyebabkan pemimpin Bajau terpaksa meletakkan jawatan.

siapa yg cabar dasar penggiliran di mahkamah? orang itu ialah Musli Oli. saya bukan mengangkat bakul tetapi ini adalah fakta sejarah. Saya mengadakan Seminar Penggiliran KM Sabah di wisma Muis pada tahun 2000. Dan pada tahun 2002 bersama 3 orang dari KB, Arwah Datu Ismail Datu Jamlang, Kaiman Buangan, dan Dul Arin memohon injuksi di mahkamah tinggi halang Chong Kah kiat angkat sumpah. dimana pemimpin dan pejuang Bajau dan Irranun? Kecuali sdra Kibin yg membantu saya, yg lain sipu-sipu melihat dari jauh.


Maka itu perlu dijelaskan bahawa menangisi susu yg tumpah tidak akan membawa sebarang menfaat jika tidak ada perjuangan. Nasib Musa aman baik sangat kerana perjuangan kami membatalkan Dasar penggiliran maka itu dia dapat jadi KM lebih dari 2 tahun. sekarang sudah masuk 7 tahun beliau jadi KM.

Oleh itu jangan timbul isu siapa dikalangan rumpun USBO jadi KM, TSP, Shafie, Amir Kahar atau SSK tetapi sejauh mana pejuang bajau ada "telur" bercakap dan berjuang menuntut hak mereka! iaitu jawatan KM Sabah!

Salam MO.

SUARA RAKYAT said...

sdr Musli Oli.. mungkin rumpun USBO baru terasa telur masih ada. Kerana itu mula merabah-rabah telur itu. Namun walaupun agak terlambat, adalah lebih baik daripada tidak bermula.

Mereka yang menafikan bahawa rumpun USBO lah penyokong utama Umno kerana faktor Usno, adalah mereka yang tidak sempat mengikuti perjuangan awalan. Mereka tersedar bahawa UMNO telahpun bertapak.

Tidak dapat dinafikan bahawa Musa Aman adalah pejuang Usno. Tiada Prti lagi Musa Aman Terlibat.. hanya Usno.. mungkin atas faktor itu, maka Musa Aman bertahan sehingga kini sebagai CM.Musa Aman tidak dilibatkan dalam sistem penggiliran ketua menteri kerana polisi telah berubah setelah Abdullah mengambil alih daripada Tun Mahathir.

Musa Aman tidak akan selamanya duduk sebagai CM, suatu ketika akan turun juga. Mungkin suatu hari kita akan berketua menterikan dari rumpun Usbo: Mungkin Musbah atau Ramli Marhaban??? tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada yang tahu.

kelapa mawar said...

mA kasih atas kunjungan sdri Dayangwulan..pandangan sdri saya faham dan saya jadikan sebagai satu ilmu baru yang wajar dikongsikan.

ma kasih sekali lagi.wassalam

kelapa mawar said...

sdr Pendekar Tua..

ma kasijh keranamemberikan pandanganyang bernas dan bersahaja. Saya memahami akan maksud sdr itu dan bagi saya yang paling penting ialah keikhlasan dan kejujuran kita melihat perjuangan itu suatu kewajipan.

ma kasih semoga sdr sukses selalu.

kelapa mawar said...

Pejuang Bangsa..

ma kasih kerana memberikan pandangan kontra dalam hal ini. Pandangan ini wajar juga dipertimbangkan untuk melihat kembali erjuangan peringkat akar umbi terutama di KB. Thanks. semoga sukses.

kelapa mawar said...

sdr Kuda Berhias..

ma kasih atas peringatan sdr itu..semoga apa yang saya paparkan dlm blog KM ini membuka sedikit sebanyak mengenai perjuangan politik pemimpin kita di KB. Andai ada kesilaapan itu hanya kelemahan periadi saya. Tapi niat dan tujuan untuk memberikan satu pilihan pandangan kepada masyarakat di KB. Semoga sdr terus memberikan idea .wasalam

kelapa mawar said...

Sdro Sitti..

ma kasihlah atas kunjungan sdri itu..rasanya agak menjadi polemik sdri dgn sdr PendekarTua..

pandangan sdr sangat dihargai. semoga sdri sukses selalu.

kelapa mawar said...

Sdr Palingberani..

Perjuangan USBO kian mendapat tempat dalam politik Sabah dan itu kita akui..mengenai soalan sdr itu hanya sdri Dayang wulan yg boleh menjawabnya.

Semoga sukses dan selamat berjuang

kelapa mawar said...

sdr Idahan..

lama benar sdr tidak berkunjung tetapi ma kasih kerana masih mengingati blog ini.Pandangan sdr saya hargai dan mungkin ia juga boleh berlaku..ma kasih.Selamat berjuang.

kelapa mawar said...

sdr Musli...

Mungkin selama ini tulisan KM dianggap sebagai tuduhan peribadi...Itu pandangan sdr
harap sdr dapat terangkan lebih jelas..mana satu penulisan saya yang menyerang peribadi pemimpin tertentu...

sedari awal semua penulisan saya, antara yang saya hindariialah menyerang peribadi seseorang termasuk sdr Musli sendiri...

Walabagaimanapun..saya tidakmengambil hati kepada komen sdr ini..saya hargainya..terutama penerangan sdr mengenai USBO dan perjuangannya ini..saya makin bertambah jelas akan perjuangan itu

saya amat mengharaginya kerana sdr sekarang tengah dipromote oleh sdri BANA dan kalau sdr jadi wakil rakyat USUKAN..agaknya berbaloi dgn perjuangan sdr seama ini sebagai pengkritik, pengulas,penganlisis politik Nasional dan bukan kampungan seperti KM yang hanya menulis berkaitan dgn poliitk KB sahaja..

Biarpun begitu saya mengharapkan sdr terus memberikan komen yang bernas dan jitu. Selamat berjuang semoga sdr bertambah sukses..selalu ambil berat kesihatan terutama peningkatan kadar kolestrol dalam darah. Wassalam..

kelapa mawar said...

Sdr Musram..

ulasan yg selalu dinanti-nantikan..alangkah baiknya kalau saya dapat bersemuka dgn sdr untuk membincangkan hal ini secara lebih mendalam..sdr seorang yg agak terbuka dalam hal ini.

Semga sukses dan selamat berjuang.Wassalam

Unknown said...

salam KM,

saya minta maaf jika ada salah faham. saya tidak maksudkan KM yg membuat serangan peribadi tetapi ada orang yg membuat komen dalam blog kelapa mawar.

harap jgn saya disalah ertikan.

soal lobi dan promosi oleh siti itu adalah hak masing-masing. saya sebenarnya tidak kenal siapa blogger itu, namun terima kasih ada orang yg hargai sumbangan saya sebagai NGO.

Adakalanya, masalah rumpun kita ini menunggu pemimpin politik bergerak sedangkan kita juga secara bersendirian menggunakan NGO dan tulisan boleh membuat perubahan.

Mulakan gerakan sekarang, jgn tunggu TSP, SSK, Shafie, dll....

salam MO