Sunday, November 15, 2009


Gambar dari blog DSSK

Kesediaan Pergerakan Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO Sabah menjemput Yang Berbahagia TUN Mahathir Muhd, Mantan PM , Mantan Presiden UMNO juga Negarawan ulung yang tidak ada tolok bandingnya di Malaysia dalam era 80-an dan sehingga menjelang penghujung tahun 90-an, dalam satu majlis penerangan kepada UMNO Sabah, Majlis Wacana Ilmu, yang berlangsung beberapa hari yang lepas di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, adalah suatu program yang benar-benar berkewajipan membina semula jatidiri dan pegangan “akidah” politik seluruh ahli Umno di Sabah. Membuatkan ramai ahli dan pemimpin terutama yang ‘selesa’ dengan ‘kuasa’ politiknya berasa amat perlu menjaga ‘kuasa’ itu kembali, setelah ribuan runtunan perasaan pemimpin seperti Tun Mahathir diluahkan tanpa sekatan dan tapisan. Menyedarkan bahawa UMNO dan ahlinya perlu bersikap ‘gentelmen’ apabila berhadapan dengan onak perjuangan memertabatkan UMNO sebagai wadah ulung yang terbilang.

Secara umumnya, ucapan dan luahan Tun Mahathir dapat dibahagikan kepada dua kerangka utama yang mengikat kepada kejujuran perjuangan ahli Umno. Tragedy 1999 yang menyaksikan mendung hitam mula berarak menutupi ‘cahaya’ dan kilauan Parti Umno setelah pemecatan Datuk seri Anwar dari Kerajaan dan parti telah menjadikan UMNO mula retak pada asas kejujuran ahlinya…Biarpun retak itu dapat dirawat dengan baik sehingga membawa kepada peralihan kuasa yang paling terurus dalam peradaban politik dunia pada zaman alaf baru ini, namun peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada pak Lah, menimbulkan satu situasi yang agak merungsingkan apabila amalan kronisme dan nepotisme menjadi-jadi dalam Umno dan Kerajaan. Kemenangan besar dan bersejarah BN pada PRU 2004, hanya sekadar bagai Bara yang tak bernyala..akhirnya 2008 BN mengalami kejutan apabila peratusan sokongan rakyat telah merudum sehingga parahnya masih terasa sehingga kini. Kerana itu menurut Tun Mahathir, UMNO seharusnya merangka usaha untuk merubah situasi selesa dalam parti kepada mewujudkan situasi selesa kepada rakyat untuk memangkah BN dalam PRU akan Datang.

Turut sama hadir dalam majlis wacana Ilmu itu ialah Ketua Menteri yang juga pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, Datuk Musa Aman, juga pemimpin kesayangan Blogger Sitti Farhana ( Banasab ) ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang juga timb. Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan beberapa menteri kabinet negeri…Biarpun pencetusan idea itu nyata lebih segar dan terbuka, namun apa yang lebih penting bagi saya ialah kerangka kedua yang sangat penting dalam ucapan Tun Mahathir iaitu MEMBERIKAN PELUANG SAMARATA DAN ADIL KEPADA GOLONGAN MUDA. Isu ini yang sepatutnya dijadikan permasalahan utama UMNO untuk mengecepai perubahan yang sedang dicanangkan. Agaknya tidak ramai yang melihat signifikannya isu ini di Sabah..misalnya apabila DSSK mengeluarkan isu kehadirannya dalam majlis WACANA ILMU itu, dalam blognya,agak mengejutkan saya kerana tidak langsung menyentuh isu ini..Kenapa..? sama ada dalam konteks UMNO Sabah atau UMNO KB..? hairan dan cukup menghairankan saya…Apa yang lebih penting baginya ialah KEHADIRANNYA dan bukan isu pokok yang wajar dikongsikan bersama…kepada rakyat Sabah dan rakyat KB..

Rasanya kerana dalam kontkes UMNO Sabah dan Umno KB..gejala menysisihkan golongan muda dan terpelajar seperti yang dikatakan oleh TUN Mahathir bahawa kemasukan golongan muda dalam UMNO disekat, diperlekehkan, disisihkan, dihalang dan sering tidak dibuka peluang penonjolan diri dan karisma mereka, nyata benar-benar berlaku. Keadaan inilah yang menjadi Duri dalam Daging UMNO Sabah dan Umno KB serta keseluruhannya. Di peringkat cawangan misalnya, bukan sahaja fenomena penguasaan suku dan keluarga masih berlaku tetapi juga terdapat usaha-usaha untuk menidakkan golongan muda yang terpelajar supaya turut mengambil alih dan menabur benih kepimpinan mereka. Hal ini harus disedari oleh DSSK sendiri sebagai Ketua UMNO KB..tetapi kerana hal ini takut dibicarakan dan kalau dikeluarkan boleh menggugat kedudukan politik golongan tertentu,maka nya terus disembunyikan…

Begitu juga di peringkat Umno KB, golongan muda masih diragui, tidak diasuh, tidak ditarbiyah, tidak ditunjukajar bahkan dibiarkan sendirian mencatur politik mereka. Hinggakan UMNO KB sendiri berpuak-puak untuk mencari landasan survival politik peribadi mereka. Ini golongan muda yang sudah nyata menceburkan diri dalam UMNO KB. Bagaimana gerangannya golongan muda berpendidikan atas pagar yang melihat dari jauh..? Dalam konteks KB, tidak ada usaha untuk menarik golongan ini menyertai UMNO..? Berapa program juga aktiviti yang telah di rancang dan dilaksanakan oleh UMNO KB untuk tujuan ini..? Nah..Tanya kepada Ketua Bahagian UMNO KB..?

21 ulasan :

Kuda Berhias said...

Salam Hukhuah Kelapa Mawar,
Golongan Muda pelu terlebih dahulu menabur dan menunjukkan komitmennya kepada rakyat. Jasa dan pengorbanan mereka memang perlu dan diambakan oleh segenap lapisan masyarakat.

Rasanya golongan Muda BUKANLAH sekadar bangkit dari tidur dan mimpi indah lalu mendengar ungkapan Tun Maharhir lalu bingkas menggapai "pedang" dan baru nak berjuang KERANA mahu jadi YB Kota Belud. Tidak SEINDAH BEGINI impian kita semua.

Kadang-kadang pejuangpun terpaksa "bermandi darah" sebelum mencapai mercu "glory" BUKAN SEKADAR membuai mimpi di kala malam sepi dengan pengorbanan yang entah bertebaran di mana-mana. Walahuwallam.

Pendekar Tua said...

sdri KM..

golongan muda sudah lama memainkan peranan dlm UMNO KB..hanya kita belum mahu mengiktirafnya..ramai antaranya ialah Sdr SERIN, IDRIS, ROSLAN,BARUR, DLL..

hanya yg jadi pertanyaan kita ialah bagaimana menjadikan mereka ini berkualiti dan tidak mengampu....
pembabitan mrk nampak ada udang di sebalik batu..masing2 mahu jadi wakil rakyat dan dapatkan projek utk kesenangan mrk..

golongan muda yg terpelajar kata sdri KM ini ,hanya sedikit bilangannya...tapi amat penting utk dibawa bersama dlam UMNO..

saya bersetuju supaya UMNO kB merancang pelbagai program menarik minat golongan ini..DSSK pun nampak macam malas utk ke arah itu...kerana mungkin benar ketiadaan regu yg boleh menjayakan program itu.

sekadar pandangan.Wssalam

Unknown said...

salam kelapa mawar,

saya hadir majlis Wacana Ilmu Tun Mahathir. saya telah bersedia mengajukan pertanyaan kerana biasanya dalam seminar peserta di beri peluang begitu.

namun saya dihalang pihak penganjur. sebaliknya penganjur seminar, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Sabah telah menetapkan soalan dan menetapkan siapa yg menyoal.

terkejut saya. kenapa program pemuda dan puteri UMNO membuat "sekatan" tetapi dalam masa yang sama mereka bersuara minta kebebasan dan kononnya berani membela rakyat?

saya kemudiannya minta penjelasan dari Shahelmy, SU Pemuda Sabah. dia hanya kata "Uncle, jgnlah masukkan dalam blog, kami ikut arahan sahaja"

Sedih saya kerana harapan saya Pemuda adalah suara hati rakyat dan menjadi 'pressure group" kepada pucuk pimpinan bukan menjadi pemimpin yg yes sir dan ikut arahan.

Macamana kita dapat lahirkan pemimpin yg baik dan tegas membela nasib rakyat, jika diperingkat awal sudah ada tanda2 mereka menjadi kerbau dicucuk hidung?

salam MO

Unknown said...

pada 12hb Disember 2009, PERKASA Sabah akan mengadakan seminar "Rakyat didahulukan. Pencapaian di Utamakan. Bukan sekadar Retorik?" di Meridian Hotel jam 9am.

Seminar terbuka kepada blogger KB. boleh hubungi saya untuk mendaftar awal. terhad 300 orang sahaja. bebas memberi soalan bukan macam seminar UMNO yg takut bayang-bayang.

Salam MO

Unknown said...

Salam,
sdra Pendekar Tua yang belum nyanyuk...DSSK bukan tiada regu tetapi beliau lebih senang menjadi single dalam politik,lebih senang konon, tak payah pening kepala

Seliu Liu said...

Adinda kelapa Mawar... saya sedang mencari pengomen yang bagi komen pakai nama `seliu-liu'
"Salam,
sdra Pendekar Tua yang belum nyanyuk...DSSK bukan tiada regu tetapi beliau lebih senang menjadi single dalam politik,lebih senang konon, tak payah pening kepala"

Ini bukan saya (Mohd Azrone Sarabatin).

Kalau niat orang ini menjatuhkan saya dan mahu kasih gaduh saya dengan orang lain... tidak apa.. kita urus kan saja di akhirat
kelak..
Salam persaudaraan daripada seliu-liu sejati kepada seliu-liu palsu.

Kalau ikhlas.. dedahkan identiti
tapi kalau cari gagut bagus masuk kongsi gelap

Idahan said...

ziarah kembali sdri KM..

kepada sdr Musli..

Saya juga ada hadir sama dalam majlis itu..dan apa yg saya nampak segalanya diatur sebegitu rupa supaya majlis itu tidak berlarutan kerana TUN ada acara selepas itu..

mengenai sdr tidak dibenarkan utk menyoal ..saya rasa tak patut sangat sepatutnya majlis itu lebih terbuka keran ia WAcana Ilmu..

Pergerakan pemuda, W dan P. Umno kena bersikap terbuka jangan hanya pandai bercakap tetapi tak serupa bikin..

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Tun M dan Datuk Hj Sahfie bilang jangan halang golongan muda atau muka-muka baru ( golongan professional) dari menyertai UMNO.

Namun apa yang berlaku pada Sdra Musli pada ketika itu ada lah satu incident yang tragis ( Sama ada di sengaja atau pun tidak).

Kes ini sebenar nya bertentangan dengan apa yang disuarakan oleh kedua-dua pemimpin tersebut.
Justru itu hal saperti ini boleh juga di kategorikan sebagai tindakan 'hypocrite'.

Selagi itu dan itu juga yang memimpin UMNO, saya tidak heran kalau hal saperti ini akan berulang lagi dimasa akan datang.

Saperti blogger Idahan, banyak juga yang lain sedang memerhati drama ini.

However, semuga kalian sukses dan terus maju kehadapan

Unknown said...

Salam,

Sahabatku Solymone, kebetulan juga pada waktu itu (wacana ilmu Tun M) saya sempat hadir...memang benar seperti yang dikatakan oleh sdra Musli Oli bahawa, soalan dan siapa penyoal sudah ditetapkan terlebih dahulu....

Ini seolah-olah merendah-rendahkan IQ Tun, dikhuatiri Tun tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan sebab itu disediakan skema jawapan...

Harap insiden ini tidak akan berulang kembali.

Kata nak meremajakan UMNO? Harap DSSK memberi penjelasan berhubung perkara ini!!!

CT Farhana Wee said...

Sampai hati Kak Kelapa Mawar kata SSK pemimpin kesayangan Siti...
Siti sokong perjuangannya memajukan ekonomi dan minda rakyat bukan dirinya lah... apa lah kakak ni!

palingberani said...

sdri KM..

hampir saya terlepas mengenai isu ini..saya terlewat memberikan komen..kerana saya nampak semua yang teror sudahpun memberikan pandangan tetapi takapalah kan sdri KM bole kan..

saya setuju dgn pandangan sdr solymone itu yg mengatakan bahawa selagi yg itu itu juga menjadi ketua dlm UMNO selagi itu budaya mengampu dan takut pada bayang-bayang ( pinjam kata2 sdr Musli ) berlaku..

saya simpati dgn pa yg berlaku dgn sdr Musli..saya pun tidak sangka sampai begitu sekali..apa dah jadi dengan UMNO yg mahu berubah ah..masih di takuk lama lagi..
alangkah baiknya kalau blog KM ini dibaca oleh Datuk Najib supaya dia tahu bagaimana UMNO di Sabah..

Walaupun saya tak berkesmpatan utk menghadiri majlis itu tapi dapatlah juga maklumat dari laman blog..Thanks sdri KM

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr Kuda berhias..

ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr yang begitu bertenaga dengan susunkata yg memukau rasa..saya amat teruja membacanya..

saya yakin benar bahawa golongan mudan bukanlah seperti yg sdr katakan sekadar bangkit dari tidur dan menggapai pedang ..tetapi golongna muda di KB khasnya mempunyai idea dan pandangan yang bernas..sangat peka kepada perkemkbangan politik dan perjuangan bangsanya..

apa yang kita harapkan ilah peluang yg terbentang luas akan dpt dimanfaatkan..
semoga sdr sukses (kata sdr Solymone).wassalam,

kelapa mawar said...

slm Pendekar Tua..

ma kasih yg tidak terhingga dengan kunjungan sdr yg tidak putus-putus ini..saya amat menghargainya..

dalam UMNO kb tidak semua golongan muda kaki ampu dan ada kepentingan..mrk ada juga yg berkualiti tetapi tidak diberikan peluang dan kesempatan..
ma kasih kerana bersetuju supaya UMNO KB merancang utk menarik minat golongan muda ini..
semoga sdr sukses.

kelapa mawar said...

sdr Musli..

saya ada hadir sama tetapi saya duduk di belakang dan tidak nampak apa yg berlaku kerana pada saya waktu itu yg penting ialah mendengar ucapan Tun M. tidak pula saya terfikir utk memberikan persoalan...

Kalau benar apa yg sdr Musli katakan itu..amat malang sekali UMNO SABAH berperangai demikian..majlis Ilmu konon..mengapa tak dibuka kepada pemikir dan penganlisis sprt sdr utk mengajukan pertanyaan..barangkali dgn cara itu kita dapat idea baru dalam perjuangan UMNO..

ma kasih kerana memberikan respons dgn posting ini. semoga sdr sukses..

mengenaI jemputan sdr itu, insayallah jika ada kesempatan saya akan datang..

kelapa mawar said...

sdr kekandaku Azrone..

rasanya sdr dipermainkan oleh sdr seliu-liu..mungkin sengaja supaya sdr mencari gerangan pemberi komen ini..

salam perjuangan semoga kekanda sukses dan beroleh kejayaan.

kelapa mawar said...

sdri Idahan..

ma kasih atas kunjungan sdri itu..saya masih takdapat mengecam sdri kerana itu tak mengenali sdri di majlis itu..apa-apapun saya berkeyakinan sdri juga tidak beresetuju dgn apa yg berlaku ke atas abang blogger kita ni (sdr Musli)..

kelapa mawar said...

sdr Solymone..

ma kasih yg tidak terhingga kerana memberi respons positif terhadap posting KM ini..sangat-sangat teruja membaca komen sdr itu...

saya amat bersetuju dgn pandangan sdr yg menyebut bahawa kalau itu-itu juga yg memmipin UMNO perkara hipokrit ini tatap berlaku..

bagaimanakah dengan pandangan sdr apakah UMNO Sabah akan menurut perubahan yg dicanangkan di semenanjung kalau bertabiat seperti ini..?

Kepimpinan perlu dirubah agaknya..

kelapa mawar said...

Datu Ama a B...

ma kasih atas kunjungan sdr setelah sekian lama menyepi atau tidak berkesempatan agaknya memberi redspons kepada KM ..rasa rindu pula dgn komen sdr sebelum ini...Rupanya sdr juga ada hadir sama dalam majlis itu..ini membuktikan bahawa para blogger KB bukan calang-calang orangnya semua nya mengikuti perkembangan politik Sabah dan KB tahniah dan teruskan..

kelapa mawar said...

sdri adikku Siti farhana..gadis bumi kenyalang ( lagu -farhana )..

jangan berkecil hati..dengan perkataan 'kesayangan' itu..tidak ada salahnya kerana memberi sokongan dlm politik ertinya sayang juga lah kan..biarpun bukan utk dijadikan teman hidup tetapi sayang sebagai pemimpin..

Saya mengikuti blog sdr sitti ..teruskan semoga sdri sukses.

kelapa mawar said...

sdr paling berani..

jangan bimbang saya tunggu juga komen sdr baru saya keluarkan posting baru..hahahaha..

ma kasih atas pandangan sdr itu saya hargainya. wassalam

watasikadi said...

salam KM,
terima kasih atas feedback KM dalam ulasan saya pada posting yang lepas. tentang pengalaman yang KM rasa ingin kongsikan bersama saya agak terbatas kerana saya baru setahun jagung sebagai blogger dan mengomen tentang hal politik. saya hanya berpengalaman dalam auditing dan macam biasa apa yang saya dapat masa mengaudit adalah sulit dan walaupun saya pembangkang saya tetap bersikap professional dalam kerjaya.
maaf lambat memberi komen isu ini kerana kesibukan menunaikan tanggungjawab kerja di pejabat. bersetuju dengan saudara musli, saudara solymone dan rakan seperjuangan paling berani, saya tidak terlalu teruja dengan kes uncle musli kerana perkara tersebut perkara biasa dalam program dianjurkan UMNO. takut dengan bayang-bayang sendiri antara ungkapan yang wajar diberikan. ketika UMNO mahu memikat semula pemuda tetapi sempat menafikan hak golongan terpelajar,. UMNO harus menerima hakikat inilah sebab mengapa dan kenapa pengundi muda tidak menyokong UBN dalam PRU12. namun perkara ini akan tetap dinafikan. sampai baino' sokongan golongan muda tidak bertambah pada UBN. perkara ini seharusnya difikirkan oleh pimpinan UMNO. Salam datu amai, pada saya bukan DSSK harus menjawab tetapi pemuda UMNO sabah harus menjawabnya kerana majlis ini anjuran mereka. golongan muda harus disayangi oleh orang lama barulah orang muda menghormati mereka. selain kesensitifan orang muda itu sendiri, ikhlas saya katakan pendekatan yang halus harus digunakan UMNO. selagi kerajaan di bawah pimpinan UMNO ini tidak menyelesaikan tuntutan orang muda seperti peluang pekerjaan kepada graduan pada saya selagi itulah graduan sukar menerima kerajaan sekarang. peristiwa uncle musli menunjukkan UMNO tidak belajar dari PRU12. buatlah seribu program pun, jika begitu kejadiannya seperti melepas batuk ditangga, ikhlaslah dalam perjuangan, nescaya keikhlasan dibalas kejayaan. akhirnya watasikadi tatap PAS.