Friday, November 6, 2009


Seharusnya penulisan ini bersandarkan kepada intipati ucapan Datuk Lajim Ukin ketika merasmikan kem Bina NUsa dibawah kelolaan Biro Tatanegara di Membakut beberapa hari yang lepas. Menyaksikan sejumlah pemimpin ahli UMNO termasuk Ketua bahagian UMNO KB, Datuk Salleh Tun Said dan AJK bahagian KB "ditarbiyah dan disekolahkan" supaya bakat kepimpinan sedia ada dapat dimantapkan seadanya. Kursus yang memakan masa 4 hari ini, menekankan bagaimana kepimpinan yang berjiwa rakyat dapat direalisasikan melalui tekad UMNO untuk berubah. Penyaluran semangat di Janda Baik itu diturunkan melalui beberapa program yang dirancang di seluruh negara. Membuktikan kepada semua warga Malaysia bahawa sesungguhnya, keinginan UMNO untuk mentransformasikan dasar dan pendekatannya bukan merupakan satu retorika politik semata-mata, malahan ia adalah tuntutan perjuangan yang disandarkan kepada keinginan melihat UMNO menjadi wadah satu-satunya pilihan rakyat jelata.

Dalam ucapan itu DatuK Lajim menerangkan bagaimana UMNO di Sabah juga turut merasa temipas perubahan itu. Malahan ramalan bahawa di sabah, pemimpin yang bakal di calonkan pada PRU-13 akan datang adalah terdiri daripada pemimpin di kawasan berkenaan dan juga popular di kalangan rakyat dan masyarakat adalah satu transformasi yang dinanti-natikan oleh rakyat Sabah. Malahan pemilihan calon berdasarkan suku mungkin juga dijadikan pendekatan untuk menarik minat rakyat memberikan sokongan keseluruhannya.

Maka yang sesunguhnya, menimbulkan banyak tandatanya kepada kita masyarakat KB. jika yang demikian bagaimana kah nasib ahli parlimen DARD yang diketegorikan sebagai 'orang luar' yang mendapat tempat di KB..? Apakah ketangkasan dan percaturan beliau yang menyelesaikan beberapa masalah utama di daerah ini akan menerima hukuman 'dikembalikan ke tempat asalnya, Tuaran'. Kes bekalan air bersih juga kesesakan lalulintas serta beberapa pembangunan sukan dan keperluan asas masyarakat seperti pembinaan Jambatan Tawadakan akan menjadi kenang-kenangan buat YB dari Tuaran ini. Maka yang itulah menjadi spekulasi politik, siapa yang bakal menggantikan DARD..? Ramai pemimpin muda di KB mengharapkan kerusi empuk parlimen ini...Segalanya bakal terjadi kerana MUSA AMAN masih Ketua Menteri Sabah.

Apakah kriteria popular kepada rakyat seperti yang dikatakan oleh Datuk Lajim Ukin selaku MT Umno itu..? Apakah penanda arasnya? apakah kayu pengukur kepada kepopularan calon pilihanraya..? Sesuatu yang subjektif dan banyak menimbulkan kekeliruan..kerana popular kepada rakyat sukar ditentukan justeru selera politik rakyat juga turut sentiasa berubah..? jika apa yang dimaksudkan itu seseorang pemimpin kerap turun padang, maka yang menjadi pertaruhan masyarakat KB ialah tentunya Datuk Musbah Jamli dan Datuk Salleh Said Keruak yang nampak banyak merasai denyut nadi rakyat dengan melakukan beberapa pertemuan di peringkat akar umbi.

Sedangkan Datuk Japlin dan TSP nampak lebih popular kepada pemimpin tertentu..banyak aktiviti peringkat akar umbi yang tidak dipedulikan. Datuk Japlin bukan sahaja dijangka akan meninggalkan kerusi Usukan tetapi juga akan menghadapi ketidakpercayaan rakyat di kawasan tersebut. TSP pula lebih banyak penglibatan aktiviti kelas atasan, daripada bersemuka dengan masyarakat suku Iranun.. Bukankah sokongan iranun kepada pembangkang yang nampak meningkat tidak harus mengusarkan pemimpin Taiko Iranun ini..?

Percaturan ini menyaksikan akan ada satu kawasan yang kosong dan menjadi rebutan di kalangan pemimpin KB Jika Usukan kosong dan DSSK kembali ke tahkta usukan, maka Kerusi Parlimen akan menyaksikan siapa yang bakal mendudukinya..?

20 ulasan :

dayangwulan said...

pilih di antara AJK UMNO yang suka duduk di kedai Kopi perdana atau kotaraya atau saujana. Agar supaya senang ditemui. bincang-bincang soal lembu di pekan, meperbesar rangkaian goh brothers, memperbanyak penjual pinjaram dan apam

tawadakan said...

Dayangwulan, Roslan Hj Manshor memang sesuai jadi tok dalang pemain wayang kulit...beliau memang suka apam-apam tak macam Ustaz Idris Kisab, alim dan warak orangnya, Ustaz ni walaupun bukan AJK UMNO hanya AJK Pemuda patut juga ada peranan lihat baru-baru beliau menang besar wakil 7....

Pendekar Tua said...

Lupa juga dayangwulan..kena pilih pemimpin yang tak pernah berjaya menjadi AJK Bahagian, baru ada umphh.
kalau setakat duduk di restoran jak..saya pun rasa tak patut jadi calon..

Pendekar Tua said...

Salam lagi kak KM..

Nak response ulasan tawadakan..

Saya kenal sangat Ustz Idris..tapi dia pun tak boleh diketengahkan juga kerana sekolah tak tinggi..kalau jadi calon speaking dgn menteri dapatkah? Dalam PAS pun banyak alim kenapa tak pilih..?

Unknown said...

Dayangwulan...mereka disekolahkan macam film klasik P.Ramlee ....alif min tendang wau...bunyinya SARKAS

Watababai said...

Salam semua..

Saya masih mentah dlm politik KB tapi saya rasa yang duduk kedai kopi tu pun tak layak, yang menang jwatan G7 pun tak layak..Yang layak ialah TSP sebab dia orang Iranun yg memperjuangkan bangsanya..kan baik jika kita semua menyokongnya untk jadi calon..daripada cakap yang tak patut..

Roslan dan Idris tu popularkah kepada rakyat? atau mereka dipopularkan oleh rakyat?
fikirkanlah.

Unknown said...

Roslan dan Idris dua2 sama...Si Roslan gila pangkat...bini dia pun tidak boleh di tarbiah...anggap diri jaguh tapi sebenarnya di perkudakan oleh bosnya DSSK. Si Idris pulak, tamakkan projek saja..mahu pangkat...menang pun sebab ada tangan ghaib tolong. Yang pasti dua2 ini suka meminta- minta ( Duit untuk bertanding pun kena minta )...kepimpinan tiada langsung apatah lagi harta...Kalau saya baik pilih si tajul...senang...kalau mau pilih TSPA, baik pilih bapa saya jadi wakil rakyat.....ada lagi faedahnya...

dayangwulan said...

pilih Kelapa Mawar je jadi ADUN Usukan dan MP Kota Belud.. tak perlu jumpa-jumpa.. cukup baca blog je.. tulis permohonan..lagi best

DEPU-DEPU said...

Mohon mencelah sdri KM..dan juga rakan blogger yg budiman..

Rasanya dari ulasan sdr2 semua, terkeluar dari penulisan sdri KM..saya tertarik membaca ulasan ini.Harap sdri KM dapat bersetuju dgn cadangan dgyWulan...tu..

dayangwulan said...

http://4.bp.blogspot.com/_r5uwdIifjB8/SvTixUag40I/AAAAAAAAAL8/yv8eF7op8Uk/s1600-h/salih7.jpg
sila klik ini lah calon MP Kota Belud dan DUN Usukan Pilihan Musa Aman

watasikadi said...

salam kak KM,
apa yang datuk lajim ada kebenarannya, namun kita sendiri tahu kekuatan lajim untuk mengutip rasuah dikalangan kontraktor dan peniaga.siapa tidak kenal lajim ukin dikalangan businessman, senang urus bah itu kata toke-toke. dikalangan rakyat beliau memang popular kerana beliau memang pemurah dan tidak lokek wang rasuah diterimanya. beliau juga memang mudah ditemui dan sangat berjiwa rakyat selain bijak mengelak dari tuduhan rasuah dengan memintanya secara tunai. pada saya pemimpin seperti datuk lajim pasti tidak tewas, bayangkanlah seorang minta basikal dibaginya sekampung bah. macamana orang kampung tidak undi. maka kerana itulah kadangkala ada antara pemimpin kita tidak mahu terlalu membiarkan orang bawahannya berilmu kerana takut mereka menyedari perjuangan pemimpin mereka tidak dilandasan yang betul. seperti juga TSP yang sukar mahu melihat orang irranun untuk menggantikan tempat beliau kecuali pengganti dikalangan anak dan orang kuatnya. tapi itupun orang kuatnya sukar untuk diberi laluan kerana takut lawan tokey. macam saudaratjame alip, merupakan orang kuat TSP seharusnya sudah diberi gelaran datuk melalui recommandation speaker, namun takut kena putung dia pun tidak lagi rekomen. ramai lagi orangnya bakal lari dari kemnya jika beliau terus sukar memberi pengiktirafan. soal calon, kita harus memberi peluang kepada pemimpin baru dikalangan irranun seperti roslan dan idris. namun apapun terjadi saya tatap PAS!!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
kelapa mawar said...

Salam sdri dayangwulan..

ma kasih atas pandangan sdri ini..saya ingat kuih apam ni sedap utk dimakan lah..terutama yg dijual dekat pasar besar Kb.

kelapa mawar said...

Sdr tawadakan..

Siapa pun yg menjadi pelapis pemimpin diharapkan akan mengutamakan kehendak dan aspirasi suku Iranun.

ma kasih atas kunjungan sdr semoga sukeses selalu.

kelapa mawar said...

salam pendekartua..

sola kemahiran dan pengalaman boleh ditimba. Belajar sesuatu yg berterusan.

ma kasih atas kunjungan dan pandangan anda.

kelapa mawar said...

Sdr Radiamoda..

sekolah dewasa semakin berkurang sekarang. Kena belajar mengaji pulak lah.

ma kasih kerana memberikan pandangan .

kelapa mawar said...

Salam watababai..

Adakah TSP masih releven, Mungkin dalam PRU-13 akan menentukan. sama ada diterpilih sebagai calon atau sekali lagi diketepikan.

ma kasih kerana memberikan pandangan. semoga sdri sukses selalu.

kelapa mawar said...

sdr badang...

ma kasih kerana memberikan pandangan biarpun agak panas.

sabar..siapa pun yang menjadi p[emimpin perlu mengharagia sokongan rakyat jangan selalu mengharapkan tangan-tangan ghaib yang menolong mereka. Kena berusaha sendiri.

kelapa mawar said...

sdr depu-depu..

ma kasih kerana berkunjung lagi. semoga dapat memberikan pandangan pada lain kali.wassalam

kelapa mawar said...

Salam kembali adik Watasikadi..

ma kasih kerana tidak putus-putus memberikan idea dan pandanagn. Saya amat mengharagainya. Pandanagn sdr nampak begitu bernas dan sangat relevan dengan tabiat dan permasalahan para pemimpin di KB dan sabah.

Saya mengharapkan agar pandangan sdr terus menjadi kerangka utama dalam menentukan perjuangan sdr. teruskan mencerna situasi politik di sabah.

semoga sdr sukses dan beroleh kejayaan yang diimpikan. wassalam