IKRAR SUMPAH MELAYU
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan Iri hati, bertelagah dan berbalah sesame sendiri.
KAMI, berjanji akan bersatu padu dan patuh menengakkan agama Islam.
KAMI, juga berjanji akan berkerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI, sedia bersaing sesame umat Melayu dankaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI, umat Melayu Islam bersumpah setia untuk:
Mempertahankan kepentingan dan hak melayu;
Mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu;
Memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
(batu pahat:10.feb.1946)
Begitu antara ikrar dan sumpah umat melayu, tatkala perjuangan UMNO mula dilayarkan dengan bernakhodakan Dato Onn Jaafar sebagai pelopor pejuang Melayu pada waktu itu. Maka oleh yang demikian,setelah hampir dan lebih 60 tahun UMNO subur dalam persada politik Negara, maka pelbagai ranjau yang ditempuh..sehingga menyaksikan beberapa kali sumpah keramat ini dilanggar dan waktu itu juga Umat Melayu menerima ‘tulah’ berpanjangan sehingga umat melayu berpecah belah dan berkelompok, sehingga sekarang. Apakah ‘badi’ kepada sumpah keramat itu masih menghantui UMNO di alaf mencabar ini..? Bagaimanakah pindaan perlembagaan UMNO yang memperlihatkan pendemokrasian terbesar dalam sejarah UMNO itu sendiri mengambil kira inti dan pati sumpah keturunan umat Melayu ini..?
Kerana yang realitinya ialah bukan Sistem yang patut dipersalahkan tetapi manusia yang mendukung system tersebut. Bagaimanakah kata-kata Dato Onn Jaafar pada Sept.1947 ini diterjemahkan oleh ahli UMNO pada hari ini:
“Pekerjaan PEKEMBER ( UMNO ) yang lebih besar lagi, ialah berikhtiar mengubah tabiat dan penghidupan orang-orang Melayu. Perubahan itu tidak dapat disempurnakan dalamsetahun, bahkan berpuluh-puluh tahun.Masing-masing bermuafakat danberikhtiar, mustahaknya bukan sahaja dengan sokongan cakapan, melainkan daripada hatinya sendiri”
Kerana diselubungi ketakutan akan menjadi seperti parti LDP di Jepun, parti Kongres di India, juga dibayangi keruntuhan empayar Glokar di Indonesia, maka Presiden UMNO menurut gerak hati atas dasar perjuangan yang mula tersasar, atas nama pengabdian perjuangan yang mula menampakkan kegusaran di peringkat rakyat…dan atas kesedaran bahawa UMNO mungkin seperti rakan parti lain peringkat Global, justeru ‘gerak hati’ itu diterjemah atas kesanggupan “memudahlenturkan” naluri perjuangan UMNO supaya selari dan bertambah dekat pada hati rakyat.
Maka berkata oleh timbalan presiden..bahawasanya, penuntutan perubahan itu asalnya melalui satu “pain period” yang sakit dan tenat.Kerana itu UMNO sudah “alah bisa tegal biasa” dengan musim-musim perjuangan yang merudum dari sokongan rakyat. Apakah selepas “iddah” ketenatan itu, UMNO bisa mengumpul tenaga dalaman hingga fill mazmumah dapat dikikis , terutama pada diri ketua-ketua bahagian yang selama ini gah dengan gelaran “warlord’nya. Jika selama ini telinga ketua-ketua bahagian dibisukan oleh pekikan suara peringkat akar umbi, jika selama ini, mata mereka dibutakan oleh sergahan perwakilan yang membawa sokongan, dan jika selama ini jasad dan roh mereka dikongkong oleh ketakutan kehilangan pangkat dan kedudukan…maka perlu diwar-warkan bahawa atas semangat perubahan yang berlandas segar atas kesatuan fikrah dan minda…ketakutan itu akan datang menyapa mereka, jika perubahan ini gagal diterjemahkan di peringkat bahagian.
Justeru 3 orang naib presiden ‘ membongkar inti perubahan itu, satu pihak hendakkan pemutihan senarai ahli UMNO, di sebelah pihak, mendukung karisma pemimpin pencetus perubahan itu, sedang di demensi ketiga,mahukan barisan dirapatkan semula. Maka yang demikian, manakah lagi ‘pincang’ nya UMNO..? kalau bukan pada sikap dan nilai ahlinya. Cananglah apa juga idealisme, lontarkan apa juga kritikan membina…semua akan gagal jika ahli enggan turut sama mengubah sikap dan minda.
Sesungguhnya UMNO tidak harus bahkan amat perlu dijauhkan dari golongan yang mengekslusifkan parti, menjaja saban waktu kroni dan pimpinan yang dipuji. UMNO harus bertambah jauh dari sikap tidak mendengar denyut nadi rakyat akar umbi. Bahkan tidak ada nilai biar sesen pun di mata rakyat jika perubahan perlembagaan itu tidak mengubah persepsi ahli UMNO kepada partinya.
UMNO perlu responsif dengan kehendak rakyat. Jika golongan muda menjadi sasaran, maka apakah keperluan dan keinginan golongan ini sudah dikenalpasti sekaligus diresponsif. Jika golongan remaja dan belia dipaut kepada UMNO, sudahkan pemikiran dan krisis identity dan perjuangan golongan ini sudah disebatikan dengan pemimpin UMNO..? banyak persoalan yang akhirnya, akan terjawab oleh rakyat sendiri apabila mereka berhadapan dengan kertas undi pada PRU-13 yang akan datang. Percayalah, bahawa UMNO hanya akan Berjaya dalam tuntutan perubahannya bila rakyat menjadi rasa selamat, memangkah UMNO dan sekutunya. Selagi ketakutan, kebimbangan, kegusaran dan ketidakyakinan terhadap pendekatan, dasar dan perubahan Pemimpin dan ahli UMNO, selagi itu, UMNO hanya akan menjadi parti yang tergugat kedudukannya selepas apa yang berlaku kepada LDP, Kongres dan Glokar. UMNO bukan parti ekslusif tetapi perlu lebih responsif.
15 ulasan :
Salam Saudari Kelapa Mawar,
Parti UMNO tidak harus dipersalahkan dalam kepincangan yang berlaku sehingga ianya ditolak dalam pilihanraya yang ke 12 tempoh hari. Perubahan perlembagaan yang dibuat dalam perhimpunan UMNO minggu lepas dilihat sabagai usaha kepimpinan UMNO memperbaiki parti itu dari sudut system pemilihan parti. Kelemahan UMNO selama ini kerana angkara politik wang yang berleluasa tanpa dapat dibendung oleh undang-undang sedia ada dalam UMNO.
Justeru itu perubahan perlembagaan parti UMNO belum boleh menjamin rakyat akan menerima kembali UMNO dalam PRU13 nanti. Sebalinya kejayaan ini bergantung penuh kepada ahli-ahli UMNO yang mendokong perubahan perlembagaan tersebut. Jika kita kecilkan isu ini, umpamanya perkara yang berlaku di dalam UMNO Kota Belud menuntut pemimpin yang berbalah untuk duduk semeja berbincang bagaimana? memperkukuhkan UMNO Kota Belud itu sendiri.
Untuk makluman, ahli UMNO Kota Belud terbahagi kepada dua puak. Puak Datuk Seri Panglima Salleh dan Tan Sri Pandikar yang sekarang ini memanipulasi UMNO bahagian ekoran kemenangan mereka dalam pemilihan UMNO Kota Belud tahun lalu, mewakili sebahagian sahaja dalam keseluruhan ahli UMNO Kota Belud dan belum tentu boleh menjamin kemenangan calun-calun Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Sebaliknya kumpulan kedua yang berada di bawah naungan YB Datuk Musbah amat diperlukan untuk memantapkan kemenangan calun-calun parti UMNO dalam PRU13 nanti.
Oleh itu perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain, mestilah diketepikan dan sebaliknya mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan kumpulan masing-masing. Dan orang yang perlu bertindak memulakan perbincangan ini ialah Datuk Salleh kerana beliau sekarang memegang ketua UMNO Kota Belud.
Wasalam.
Salam kelapa Mawar,
Ikrar ‘ Sumpah Janji ’ atau pun “Aku Janji’ dalam sesebuah organisasi itu, ada lah perkara biasa lagi lumrah dan telah ujud sejak berkurun lama nya.
Sama ada ia nya di hayati dengan sepenuh nya atau pun tidak, bukan lagi isu utama dalam zaman millennium ini.
Kadang kala nya perkara ini agak terlalu sensitif untuk dibicarakan. Ia nya lebih bercondong kepada hal-hal yang berhubung kait dengan perkara yang tersirat dari yang tersurat.
Merujuk sekali lagi kepada deklarasi yang telah dipersetuji dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, secara am nya, memang ada effect nya kepada pergolakan politik negara ini.
Justru itu, lain-lain parti dalam komponen juga terpaksa mengorak langkah seiring dan sejalan dalam perubahan saperti yang dilakukan oleh UMNO (selaku parti induk BN). Dengan artikata ‘ Either you’re in or you’re out’.
Sejauh mana mereka dapat menyesuaikan diri dalam paradigma ini, masa juga akan menentukan.
Walau pun maseh ada ‘loophole’ yang perlu di perbaiki dalam perlembagan baru UMNO ini, namun beberapa perkara menarik yang belum disentuhkan sebelum ini, agak nya perlu juga di fikirkan di sini.
Ia itu ( merujuk analisis DSSK vide: http://sskeruak.blogspot.com/);
i) Hakikat bahawa "Umno bukan tempat cari makan" dan mereka yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat, tidak seharusnya mengharapkan ganjaran atau sesuatu.
ii) Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu diberi perhatian oleh setiap ahli. Pemimpin mesti popular. Calon pilihan raya juga mesti popular.
Maknanya, dalam memilih calon, individu itu perlulah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting yakni peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara.
Maksud nya peluang ini terbuka luas, bukan semesti nya hanya untuk mereka yang menyadang jawatan Ketua Bahagian dsn.
Phenomena ini, perlu juga diambil kira atau di fikir bersama oleh golongan muda atau golongan pelapis yang maseh mengutamakan kestabilan politik di Malaysia ini.
Kadang-kadang saya terfikir juga, bahawa perubahan itu tidak mesti nya kita hanya dapat di lakukan dengan menjadi seorang pembangkang. Dengan tujuan semata-mata untuk membangkang; Dengan modal kata ‘Soal kalah menang lain perkara’.
Rasa nya banyak lagi ‘elemen realiti’ yang perlu di ambil kira sebelum kita membuat sesuatu keputusan…Orang kata ‘kalau pun mahu menjadi seorang ahli Pembangkang, biar lah dengan berhemah dan bermaruah’ ? …fikir-fikirkan lah.
Salam sdri KM,
Bagi saya pindaan perlembagaan UMNO hanya bakal mengundang dua situasi yang jauh berbeda. pertama bakal memulihkan UMNO secara total sekaligus memperkasakan UMNO itu sendir, kedua UMNO akan terus hancur dengan parah sekali. Apabila diumumkan pindaan ini saya dengan mentaliti pembangkang saya membayangkan bakal hadir pergelutan disetiap peringkat UMNO dari cawangan sehinggalah pusat. Golongan muda terpelajar bakal bertambah sukar memasuki cawangan kerana kuasa diturunkan kepada ketua cawangan dan ketua sayap yang memang tidak mahu kehilangan takhta masing-masing. Pindaan tentang pemilihan yang merangkumi sehingga 500 ahli setiap bahagian bertanggungjawab memilih pemimpin pusat bakal meningkat atau menambahkan modal rasuah setiap pemimpin yang mahu bertanding sedangkan pindaan ini mahu menghapuskan rasuah. apa yang dikatakan KM benar iaitu ahli itu harus berubah. apakah kaedah UMNO untuk mengubah ahlinya ini? usaha pindaan ini tampak tidak cukup. Golongan Opportunist dalam UMNO ini terlalu besar terutama UMNO KB. Opportunist UMNO inilah yang bakal memanipulasi pindaan tersebut. Mereka yang mahu menang dalam pemilihan bakal mencekik darah para kontraktor dan peniaga yang diberikan projek dan hak konsesi dengan meninggikan kadar rasuah kepada mereka. Siapa yang menerima padah? rakyat yang menerimanya dengan kenaikan harga barang oleh peniaga yang terpaksa memberi rasuah yang tinggi kepada pemimpin yang bakal bertanding yang mana dikalangan mereka ini menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Walaupun berbuih mulut shahrizat mendokong ucapan presiden, tanpa dia ketahui syarikat milik anaknya sudah menyusahkan masyarakatnelayan KB kerana lambat membaiki mesin PDA pembelian petrol.hehehe..cakap jak lebih.TAKBIR!!
Salam Kelapa Mawar,
UMNO Kota belud harus menyahut saranan PM untuk berubah daripada bersengketa kepada berbaik-baik antara satu sama lain.
Datuk Musbah dan Datuk Salleh mesti cari jalan penyatuaan untuk memastikan UMNO Kota Belud di hormati oleh pemimpin samada ianya diperingkat negeri atau persekutuan.
Wasalam.
Ziarah Sdri Kelapa Mawar..
Keadaan UMNO di Sabah masih bergolak dengan bermacam-macam sentiment seperti suku dan kepentingan..namun dengan pindaan perlembagaan UMNO itu mungkin keadaan ini boleh di perbaiki.
Dari sudut lain, pembukaan ruang kepada semua lapisan pemimpin dalam parti juga menggalakkan pemimpin peringkat bahagian turun ke peringkat cawangan. Mungkin politik wang akan berlaku juga di perngkat ini,kerana ketua bahagian dan cawangan lebih memiliki kuasa untk memilih pemimpin peringkat atasan.
Kalau pun masih lagi berlaku politik wang, kos serta jumlahnya lebih besar dari ebelumnya..apakah hanya olongan berduit sahaja akan berpelunag utk menang..? bersama kita fikiran.
Salam sdri KM.
Saya response dgn ulasan datu Panglima Iranun..
Sdr Datu,..nampaknya lebih pro kp Datuk Musbah..setiapa kali membicarakan pemimpin di KB, datu panglima mesti menyokong datuK Musbah..apa cerita datu panglima...datu sudah dapat habuan kah?
Kenapa DSSK dan TSP tidak dibela..mereka juga pemimpin kita dan mereka juga mempunyai jasa dan pengaruh di KB..
kalau datu panglima Iranun rasa apa akan berlaku kalau TSP lawan Datuk kesayangan datu panglima itu di tempasuk..boleh menangkah Datuk Musbah itu..?
begitu juga kalau DSSK lawan datuk Japlin dan DARD di Kb,..boleh menangkah mereka..?
datu panglima ..jangan ada kepentingan dalam hal ini..kita berbincang dgn ruang yang terbuka..kita jangan adili opemimpin kita dengan melaga-lagakan mereka..
sebagai orang tua saya memberikan nasihat kerana datu panglima Iranun rasanya seorang ahli politik kerana dia panglima..kalau kena batang hidung sendiri baru tahu..
Lihat si rengit kena belasah oleh TSP apa dah jadi sekarang..si rengit membisu sudah...
Kita kena rasional datu...
SALAM...
AYO...YO..apa pendekar tua sakap bah ini...mana bah si rengit kena belasah...ndak baca posting terbaru si rengit kah....? aya...masih menggigit bah...!
Slow sbb kena urus anak-anak ambik exam da....sekarang nie dah boleh mengganazzzzzzzzzzzzz. tunggu...sassshhhhh!
SALAM SDR RENGGIT..
saya dengar sdr renggit sudah kena belasah bila saya menghadiri rumah terbuka TSP..ramai blogger yang duduk semeja dgn saya ketika itu..
kalau tak silap saya sdr renggit tidak hadir...ketika itu.
kalau benar apa yg sdr renggit cakap itu..kenapa lama benar sdr renggit tidak memaparkan posting tentang para pemimpin ini...
atau sdr renggit juga sudah kena beli dah!!!!
Salam Pendekar Tua,
Kalau dah diri tu dah tua buatlah diri itu betul2 tua dan matang berkata-kata. Saya memperkatakan soal penyatuan UMNO KB dan bukan memikirkan kepentingan pemimpin-pemimpin kota Belud.
Siapa juga mereka itu saya pun boleh jadi macam mereka jika diberi peluang beraksi seperti mereka.
Samada DHJM, TSP, DSSK, Japlin dan Dard sama saja tidak layak jadi pemimpin Kota Belud semua memikirkan bagaimana memperkayakan diri sendiri.
Wasalam.
Saudari Kelapa Mawar,
Saya takut UMNO bukannya berubah akan tetapi rebah tersunggkur kerana sikap pemimpinnya yang tamak, haloba, ego, rakus, sombong, dayus,rasuah,dengki,kedekut dan macam-macam lagi.
Salam Kelapa Mawar,
Berbicara tentang transformasi dalam umno khususnya dlm perlembagaan parti lebih menjurus kpd pengembalian umno kpd akar umbi dalam menentukan hala tuju dan hidup mati parti keramat itu. Transformasi ini adalah dlm keadaan terpaksa ekoran kpd kenazakan umno hari ini akibat hilang sokongan drp rakyat khususnya generasi muda. Melihat kpd konteks umno di Kota Belud, tranformasi ini sukar dilakukan jika trend kepimpinan diperingkat j/kuasa bahagian tidak berubah. Maksudnya disini, sikap atau atitud sebahagian pemimpin khususnya Ketua Bahagian yg takut menerima kritikan. Dalam era media moden ini, perlu ada kebebasan di beri kpd umum utk member pandangan, kritikan atau pendapat yang boleh dijadikan iktibar dalam meneruskan kelangsungan agenda pengukuhan parti keperingkat akar umbi. Justeru, kpd kepimpinan umno KB sediakan wadah perkongsian maklumat melalui teknologi baru ini. Jangan hanya syok sendiri dgn artikel dan gambar-gambar yang dipaparkan.
Wassalam.
salam..
Aya saudara pendekar tua ndak pandai membaca kah? Kan si rengit sudah sakap...anak-anak exam bah...jadi kena luangkan masa untuk mereka. Ala... masam bos saudara pendekar tua lah....Assigment anaknya dia buat.....batul kan...!
Dengar sakap and tak lihat makna kata saudara ini suka buat fitnah...jadilah masam si rengit...berkata-kata bila bukti kukuh di tangan....Persoalannya saudara pendekar tua ndak kenal siapa si rengit....Masamana saudara tidak nampak saya...sedangkan saya salah seorang penyambut tetamu.....Kelunya...si rengit kawan pada TSPA.....kenal rapat...jadi amat kasianlah bila orang sakap penulisan si rengit tiada asas....
Si rengit mau ulangi lagi...tiada msalah peribadi dengan TSPA cuma masalah kepimpinan sahaja...dah ditegur tak mau dengar....nk buat masamana lagi....
p/s: sila baca posting si rengit yang terbaru...jangan lupa bagi komen ya...tq
salam saudara-saudariku..
saya tidak mahu campur dalam hal sirengit dan pendekar tua, cuma saya bersetuju dengan kata-kata pendekar tua yang menyatakan tanpa sokongan TSP dan DSSK maka terkuburla BN di KB PRU lepas. itu saya pasti satu kenyataan yang harus diakui oleh beberapa pihak. sedangkan saya dari pembangkang pun mengakuinya. saya merasai ketakutan panglima berantai bakal menjadi kenyataan. Transformasi dalam UMNO seharusnya diterapkan sehingga ke akar umbi di KB ini. Penerapan ini sangat berguna terutamanya kepada opportunist UMNO KB kerana merekalah punca perpecahan UMNO KB sehingga kadang kala terfikir saya merekalah punca kemunduran masyarakat KB. kadang-kadang sumbangan peribadi yang agak besar dari YB kepada NGO boleh menjadi kecil dek kerana opportunist ini. Tanpa opportunist ini saya pasti UMNO KB terlalu kuat untuk ditentang kami tetapi saya pasti manfaatnya pasti pada rakyat KB. Jika ahli-ahli UMNO di KB yang opportrunist ini diberikan kursus seperti di OBS contohnya saya rasa ianya boleh memberi kesan positif. kepada UMNO seterusnya masyarakat KB. apapun saya tatap PAS, aku menulis bukan kerna nama.
salam kembali buat sdr2 semua..
KELAPA MAWAR MEMOPHON MAAF kerana lambat response ulasan sdr disebabkan oleh beberapa kesibukan yang tidak dapat dielakkan ..walau bagaimanapun saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian sdr2 sekalian memberikan pandangan yang cukup bermakna
Ma kasih sekali lagi.
salam kembali buat sdr2 semua..
KELAPA MAWAR MEMOPHON MAAF kerana lambat response ulasan sdr disebabkan oleh beberapa kesibukan yang tidak dapat dielakkan ..walau bagaimanapun saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian sdr2 sekalian memberikan pandangan yang cukup bermakna
Ma kasih sekali lagi.
Post a Comment