Pemimpin-pemimpin BN dan UMNO bukan main suka lagi bila PM Datuk Seri Najib dalam pembentangan bajet 2013 mengulangi ikrarnya untuk meneruskan bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) versi 2.0. Seolah-olah memperli BERSIH 2.0. Banyak sebab yang menjadi loncatan kepada perasaan gembira itu. Mungkin kerana minda dan pemikiran rakyat di negara ini lebih suka kepada bentuk 'cash' daripada menunggu untuk setahun dua menikmati kemudahan infrasarana dalam kehidupan mereka. Rakyat Malaysia pada galak dan imej di mata pemimpin BN dan UMNO barangkali suka sesuatu yang cepat dan mengenyangkan.
Saya pada asasnya tidak bersetuju dengan langkah yang diumumkan oleh Najib itu. hampir keseluruhan lapisan rakyat di negara ini menerima bantuan secara 'Tunai' walaupun ada yang diberikan dalam bentuk pakej dan baucer.Termasuk pembelian handphone 3G dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Seharusnya Najib menawarkan 'kemudahan' yang boleh menyenangkan kehidupan rakyat. Jika bantuan "cash' itu diperlakukan dalam bentuk projek infrasarana yang dijalanakan secara telus dengan meminimumkan keuntungan dan mengutamakan tanggungjawab sosial, pada saya itu lebih besar impaknya kepada kehidupan rakyat dari memberi RM500 yang terhimpun pada angka Billion.
Mungkin ada yang menyangkal idea ini. Kerana kata mereka BN dan UMNO sekarang inipun begitu rancak memberikan kemudahan kepada rakyat. itu mungkin benar tetapi apakah kemudahan itu berada pada paras yang selesa? atau bila dibanding beda ,nyata kawasan pedalaman dan luar bandar masih jauh jurangnya dari segi kemudahan asas berbanding kawasan bandar dan pusatnya.
benarlah pandangan Tun Mahathir ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hari ini bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.
“Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.
“Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini,” kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.

9 ulasan :
Bantuan kepada rakyat diberi dalam tunai dan prasarana.
Mahathir boleh kata apa saja. Tidak semestinya betul.
Bagi saya, bantuan dalam bentuk tunai ini lebih bermakna kerana seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati hasil daripada pendapatan negara...
Saya share disini pendapat Ketua UMNO bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee:
"Beliau juga menyifatkan kesediaan kerajaan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM2.0) dengan memperluaskan kepada golongan bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2 ribu sebagai hadiah daripada 'janji ditepati' oleh kerajaan untuk rakyat jelata".
Di Sabah kemudahan infrastuktur amat diperlukan.
Memang betul..Tapi apa yang kita dapat lihat pun bajet PR tidak ada yang memberikan kemudahan? tapi hanya berikan janji manis dengan pengurangan harga disana sini.
Kerajaan akan telah memberikan kedua-duanya. Duit dan juga kemudahan.
Tidak perlulah risau, kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk rakyat Negara.
kemudahan atau wang, kedua2 boleh digunakan.
Post a Comment