Wednesday, October 3, 2012

Saya kerapkali berhujah dalam politik Penafian atau penyangkalan adalah kebenaran yang tertunda.Justeru itu dalam mana-mana skandal atau isu dalam politik ,biasanya menerima penafian awal tetapi kemudiannya terbukti benar dipenghujungnya. Begitu saya umpamakan dengan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Tun  Said yang menolak hasil kajian yang dilakukan oleh Merdeka centre yang mendapati Sabah khususnya dan amnya daerah Kota Belud sebagai kekurangan pembangunan dan kemudahan infrastruktur asas.

Saya bersetuju dengan Datuk Salleh bahawa pembangunan adalah sifatnya berterusan dan tidak akan putus tetapi harus diingat apakah pembangunan dan kemudahan itu telah dapat dilaksanakan sesempurnanya atau sepenuhnya ketika ada peluang melakukannya. Atau agenda kemudahan asas itu terkebelakang dari agenda peribadi dan politik?

Mana-mana kajian yang dilakukan bukannya dibuat pastinya mematuhi garispanduan kajian supaya boleh diakui kesahan dapatanya. Sesuatu kajian akan boleh berdiri pada dirinya sendiri, serta ada peluang untuk dikembangkan. Jika dapatannya dipertikaikan, maka harus ada kajian lain yang menyangkal dapatan itu, tetapi tidak bererti dapatan kajian awal boleh ditolak sewenang-wenangnya.

Selama beberapa penggal Datuk Salleh menjadi wakil rakyat Usukan dan juga MP Parlimen Kota Belud, apakah beliau benar-benar percaya bahawa kemudahan dan pembangunan di Kota Belud telah dapat dinikmati oelh seluruh masyarakatnya? Bagaimana dengan keadaan Usukan yang begitu uzur dari segi infrasarannya? Bolehklah dapatan ini ditolak secara lisan hanya kerana sifat seseorang ahli politik.

Siapa orang Kota Belud yang tidak tahu lokasi dan keadaan Kg Suang Punggor seperti yang di dakwa oleh Media itu? Itu baru mewakili 1 daripada 40 buah kampung di daerah Kota belud yang begitu terpinggir dari arus pembangunan dan kemudahan asas.

Suatu ketika media turut melaporkan Kg Lilud bersempadan dengan Kg Tamau dan Kg Merbau begitu daif dan terpinggir sehingga masyarakatnya menggunakan air sungai untuk keperluan harian selain daripada keadaan jalanraya di Kampung tersebut yang masih belum bertar.

Keadaan daerah Kota belud yang rata-rata perkampungannya miskin, daif dan terpinggir dari arus kemudahan asas sepatutnya tidak berlaku kalau dibanding dengan pencapaian para pemimpin politiknya. Dalam sejarah politik di Sabah, Kota belud telah menyumbang potensi kepimpinan yang boleh dibanggakan. Malahan ayahanda Datuk Salleh Tun Said sendiri iaitu Tun Said Keruak telah menduduki beberapa jawatan paling kanan dalam parti dan kerajaan termasuk TYT.

Begitu juga Tun Mustapha , bapa kemerdekaan Sabah, Mantan Ketua Menteri Sabah dan mantan TYT pernah melabuhkan punggung politiknya di Usukan. Datuk Salleh Tun said pula mencipta rekod politik, di Sabah apabila antara wakil rakyat paling lama dalam sesuatu kawasan dan mampu meraih undi majoriti yang besar sehingga menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah atas ehsan sistem penggiliran.

YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar juga menitis keringat politiknya di Usukan dan di Kota belud. pelbagai portfolio telah diduduki. Daerah Kota belud juga banyak melahirkan politikus luar seperti Datuk yahya lampong, datuk Mohd. Noor Mansor dan banyak lagi. dalam era 2008 , datuk Rahman Dahlan masih mampu memenangi parlimen Kota Belud.

Beberapa dasawarsa yang lampau, bandingkan pencapaian pemimpin politik di daerah lain. Sebab itu saya kadang-kadang terfikir, apakah sebenarnya bentuk 'balas budi' yang seharusnya disalurkan oleh pemimpin-pemimpin politik ini kepada rakyat Kota belud selain dari memenuhi tuntutan kehidupan mereka berupa pembangunan dan kemudahan asas?

Bukankah pelbagai insiden pengorbanan berlaku sehingga mengalirkan darah dan keringat semata-mata untuk mengangkat mereka ini di kedudukan yang selesa. Jikapun generasi dulu buta mata dan hati mereka terhadap tanggungjawab pemimpin yang dipilih rakyat, tetapi itu bukan satu peluang yang harus digunakan oleh pemimpin untuk membiarkan rakyat di bawah mereka berada dalam kedaifan kehidupan.

Seseorang pemimpin itu tidak akan dapat lari kematian, Rakyat juga tidak akan dapat lari dari ketentuan itu. Apakah kita telah bersedia berhadapan dengan soalan-soalan dari malaikat tentang hakikat tanggungjawab kita?

12 ulasan :

Unknown said...

In Budget 2013, Najib announced an expenditure of RM140 million to develop four additional granaries covering 19,000 hectares.

Unknown said...

In this aspect, Salleh urged the people who had abandoned their paddy fields for various reasons, to either reopen them or seek assistance from government agencies such as Sabah Land Development Board (SLDB) to till the land.

Unknown said...

Salleh said many farmers gave up paddy planting as they felt it was not worthwhile to indulge in such activity, while their children were not interested to follow in their parents’ footsteps.

Unknown said...

The time has come for landowners to pool their land and invite big companies capable of developing their land into large-scale farms as joint venture partners, stressing that with modernisation and better mechanisation, yields would be higher.

Unknown said...

Salleh described the Budget 2013 should be appreciated by the majority of the people.

Brendan said...

Berkenaan dengan commenter Farah Zehra di atas, ingin saya tambahkan lagi info yang sedia ada.

Jelapang padi baru di Kota Belud dan Batang Lupar di Sarawak serta di Rompin dan Pekan, Pahang akan menghasilkan 104 ribu metrik tan padi dan melibatkan penyertaan 12,237 pesawah.



Brendan said...

Ada lagi tambahan daripada kenyataan Salleh Tun Said, berkenaan Bajet 2012:

"ia perlu dihargai oleh rakyat kerana antara lain ia turut menyediakan bantuan BR1M, pencen tambahan, baucar buku bagi pelajar, insentif cukai bagi industri minyak dan gas serta diskaun bagi pengguna feri Labuan-Menumbok, yang mengesahkan keikhlasan Najib untuk membantu rakyat semua peringkat".

TuhauBam said...

Najib pasti tidak mengabaikan pembangunan di Sabah dalam bajet 2013

Unknown said...

Apa yang kurang lagi di Kota Belud? Jalan raya disana sini ada, bekalan elektik pun sama, hospital polis dan bomba pun ada. Memang sudah boleh dikatakan lengkap sudah di Kota Belud ini.

Unknown said...

Kita patut berbangga kepada kerajaan kita BN kerana sudah memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Unknown said...

Kalau kita lihat sendiri pun tidak ada rakyat yang mana kebuluran di Negara ini. Ada sesiapa pernah dengar? Tapi kalau mati kerana tidak kawal makan ada sampai pelbagai penyakit timbul.

mantera said...

byk pembangunan dilaksanakan di KB.