Friday, December 16, 2011





Isu besar yang mula bertiup di Semporna di mana Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal menjadi Ahli Parlimen ialah isu pembinaan Jambatan Pulau Bum-Bum menghubungkan tanah besar Pekan Semporna.Cadangan pembinaan Jambatan ini telah beberapa kali diumumkan oleh kerajaan ,namun ditunda atas dasar 'masih tidak berkeperluan". Sebelum ini juga ketika Tun Sakaran dandai menjadi TYT Sabah, sudah ada majlis pecah tanah di Kg Tampi-Tampi di mana pengkalan Jambatan itu akan dimulakan.selepas itu pembinaan Jambatan ini ditunda sekali lagi.Malahan ketika pembentangan bajet 2009 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi,turut memperuntukkan 3 billion kepada Sabah termasuk pembinaan Jambatan ini.

Beberapa hari lepas kehadiran Datuk Shafie Apdal di pekan Semporna bukan sahaja disambut dengan kunjungan ratusan penduduka yang berhimpun menyambut Menteri KKLW itu setiap kali pulang dari KL tetapi juga beberapa banner yang menunjukkan protes masyarakat setempat tentang kegagalan pembinaan Jambatan Pulau Bum-BUm itu mula  dipamerkan

Memetik sidang media yang pernah diadakan oleh Datuk Shafie pada perasmian Program Lonjakan prestasi 3P anjuran Yayasan Pelajaran Mara pada Disember 2010,Datuk Shafie sebagai berkata bahawa  Kerajaan sedang berusaha melantik Juruperunding dalam projek ini. Apa yang menghampakan masyarakat Semporna ialah isu itu telajh berlalu setahun lebih namun janji Datuk Shafie itu tidak kesampaian.


SEMPORNA: Projek pembinaan Jambatan dati tanah besar Semporna ke pulau Bum Bum tetap akan dilaksanakan walaupun ia akan mengambil sedikit masa. Kerajaan akan melantik juruperunding bagi meneliti semua perkara berkaitan projek itu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Shafie Apdal.
" Janji kerajaan BN akan ditunaikan,jadi jangan ada kebimbangan.Saya tahu banyak (bermacam-macam) cerita tersebar dan ada yang mengutus surat.Tapi yakinlah kerajaan akan melantik juruperunding," katanya.


Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran menyifatkan cadangan pembinaan jambatan menghubungkan tanah besar Semporna dan Pulau Bum-Bum, yang pernah diumumkan kerajaan persekutuan sebelum ini, adalah satu keperluan penting untuk masyarakat di sini.

Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata kini penduduk Pulau Bum-Bum bergantung penuh kepada perkhidmatan bot untuk berulang alik antara pulau itu dan tanah besar Semporna bagi urusan harian.

"Harapan daripada masyarakat Semporna, khususnya penduduk Pulau Bum-Bum, ingin melihat sebuah jambatan dapat dibina. Mereka yang tinggal di Pulau Bum-Bum bilangannya bukan kecil. Penduduknya melebihi 20,000 orang," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi tragedi feri karam di Sungai Manis, Lihak-Lihak, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penggunaan bot di kalangan masyarakat Semporna di Pulau Bum-Bum kini bukan sahaja untuk membawa penumpang malah ia turut digunakan bagi mengangkut kenderaan dari tanah besar Semporna ke pulau itu.

Nasir mengakui menggunakan bot untuk mengangkut kenderaan ke Pulau Bum-Bum dari tanah besar Semporna memang berbahaya dan berisiko tinggi namun penduduk terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan.

"Kita akan berusaha memohon kepada kerajaan bagaimana untuk menyediakan pengangkutan atau laluan agar masyarakat dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-Bum dan sebaliknya lebih selesa dan pada masa yang sama keselamatan mereka terjamin," katanya. 


Akhirnya APABILA SUDAH TIDAK TAHAN menunggu janji-janji Datuyk Shafie Ini,rakyat Semporna mula menunjukkan protes dengan mempamerkan beberapa banner yang menuntut janji kerajaan BN itu di tunaikan. Apakah masyarakat Semporna akan menolak Datuk Shafie pada PRU akan datang?

42 ulasan :

ForestOrchid said...

Janji Datuk shafie pada 27 mac 2010 ketika dalam ucapan perasmian program pemimpin bersama rakyat di kg. Bayangan sehingga kini belum di tunaikan, sudah menjadi isu hangat,,semoga dapat di laksanakan jani2 itu..

Smookiekins said...

Nasib dia akan ditentukan pada PRU13. Sama2 kita saksikan.

Kris Jr said...

Banyak isu mengenai Shafie, harap2 ada lah kesudahan yang menyenangkan hati rakyat.

Anonymous said...

memang kebelakangan ni banyak isu negatif tentang Shafie tapi entah benar ka tidak. apapun, kalau tidak dicalonkan sebagai winnable candidate pun kan beliau sudah beritahu bahawa beliau akan terima dengan baik keputusan tersebut..

Paquin said...

Itulah yang susahnya kalau berjanji tapi tak ditunaikan. Tengok kan dah mengundang ketidakpuasan hati.

Paquin said...

PRU13 bakal menjelang bila-bila masa saja, kalau janji ini masih ditabur entah macam mana penduduk Semporna nak percaya.

Paquin said...

Harap masyarakat Semporna dapat menilai hal ini dengan matang supaya tak tertipu lagi.

Paquin said...

Sekarang ini pun ada saja hal yang tak baik disebarkan mengenai seseorang pemimpin. Mungkin inilah adat PRU, banyak gimik. hehehe

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Mana tahu ada juga berita baik:)

Jason said...

promises that were made should be fulfilled. People wouldn't want a leader that give empty promises.

Jason said...

Shafie better buck up his performance. Even if he is the candidate, he still needs to win the people heart.

Jason said...

When GE comes, everyone must make a wise decision. Vote for the best.

Mohd Ishak said...

Bila jambatan bum bum ini akan disiapkan seperti dijanji oleh pemimpin?

Mohd Ishak said...

Jika Datuk Shafie mahu mendapatkan sokongan rakyat, beliau patut menunaikan janjinya kepada rakyat Semporna.

Anonymous said...

Shafie kena tingkatkan reputasinya di Semporna.

Anonymous said...

jika Shafie tak diterima lagi di Semporna, dia pasti dpt menerimanya.

Anonymous said...

penting sangatkah jambatan pulau Bum Bum tu? mungkin kalau pandangan penduduk di sana memang rasa sangat penting tapi sekiranya jambatan itu dibina bagaimana pula dengan yang tinggal di pulau2 lain? mesti mereka pun akan menyusul untuk meminta pembinaan jambatan.

Scarlett said...

Kita hanya mampu buat andaian tapi keputusannya tetap pada PRU13 nanti. Kita tunggu sajalah.

Scarlett said...

Kalau rasa2 kedudukan sudah goyah, cepat2lah ambil langkah proaktif untuk kembalikan kepercayaan rakyat.

zam said...

kepentingan dan keperluan rakyat perlu sentiasa diambil berat oleh pemimpin.

zam said...

rakyat yang tentukan samaada pemimpin itu diterima atau tidak. jika rakyat terus menyokong maksudnya pemimpin itu masih diterima.

zam said...

mana-mana pemimpin sekali pun perlulah sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik.

Unknown said...

harap janji kali ini akan ditunaikan jika menang dlm PRU-13

Unknown said...

biarlah rakyat yang menentukan nasib seseorang pemimpin itu di PRU akan datang nanti

Unknown said...

hope the people are mature and capable of making the necessary judgment

Unknown said...

memang banyak isu politik di Sabah yang sangat panas belum selesai, hanya menunggu untuk meledak seperti gunung berapi

Unknown said...

harap wakil2 rakyat yg menang dlm PRU-13 nanti akan dapat menyelesaikan isu2 panas ini

POP said...

Kena menunggu pilihan masyarakat nanti.

POP said...

Janjinya kenalah dilaksanakan, jika tidak susahlah dia nanti.

Anonymous said...

sedangkan Labuan yang jauh lebih sibuk dari Pulau Bum Bum pun masih belum ada jambatan sehingga hari ini..

Sanih Alias said...

Seharusnya Shafie sebagai KKLW tahu dan perlu memberikan bantuan kepada penduduk Semporna sendiri. Daerah itu perlu dimajukan terutama sekali pembangunan dikawasan tersebut.

Sanih Alias said...

Tanggungjawab perlulah dilaksanakan. Shafie perlu memikirkan kepentingan penduduk Semporna yang masih kurang diusahakan dan dimajukan.

Anonymous said...

Susah untuk Shafie menambat hati rakyat lagi.

Anonymous said...

Jangan kecewakan rakyat dengan tidak menunaikan janji yang dibuat.

Anonymous said...

The people will decide his leaving.

Anonymous said...

Memang susah diramal, berkemungkinan satu tsunami politik yang akan ditayangkan.

Anonymous said...

Rakyat harus menilai dan tidka tertarik dengan saguhatiyang diberi dan mengabaikan masa depan generasi yang akan datang.

No name said...

Isu negatif Shafie akan menjejas prestasi beliau di PRU akan datang.

No name said...

Let the people decide for Shafie.

No name said...

beberapa banner yang menunjukkan protes masyarakat setempat tentang kegagalan pembinaan Jambatan Pulau Bum-BUm itu mula dipamerkan

harus juga beliau memberi perhatian dan mencari cara penyelesaian.

No name said...

Semoga Shafie tidak menjejaskan imej beliau wakili.

No name said...

Reputasi dan prestasi Shafie di Semporna harus diperbaiki.