Sunday, July 14, 2013

Dunia maya di Malaysia digegarkan dengan isu paling memalukan tahun lepas apabila dua pelajar Malaysia yang menuntut di salah sebuah universiti di Singapura bertindak memaparkan adegan video sex mereka di laman blog secara percuma. Tiga video sex yang berdurasi antara 4 hingga 7 minit itu memaparkan perilaku sex kedua pasangan dalam pelbagai posisi. Ketika ditemu ramah kedua pasangan tersebut mengakui sengaja memuat turun video sex mereka sebagai kenangan dan perkongsian dengan orang ramai. Malahan keduanya menganggap ia sebagai unsur pembelajaran secara berterus terang.

Tidak cukup dengan itu, kedua pasangan ini menimbulkan satu kontrovesi apabila memuat turun gambar mereka yang sedang menikmati hidangan tidak halal sambil mengucapkan selamat berbuka puasa dengan logo HALAL.


Pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee tiba di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad pada pagi Isnin bagi memberi keterangan.

Mereka yang dikenali sebagai 'Alvivi' sepatutnya memberi keterangan di pejabat SKMM pada pukul 10 pagi tetapi tiba lebih lewat iaitu kira-kira pukul 10.45 pagi.

Pasangan itu tidak memberi sebarang komen kepada media apabila memasuki pejabat tersebut dan dibawa ke bilik siasatan oleh beberapa pegawai.

Pada Khamis, mereka memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana sikap mereka yang tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam dan diberi amaran oleh SKMM.

Mereka turut memadamkan posting tersebut selepas dikecam hebat dan memuat naik gambar terbaharu mereka sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

ULASAN KELAAMAWAR: KEDUA PASANGAN INI SEWAJARNYA DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS TERMASUK MENUNTUT MAAF SECARA TERBUKA KEPADA UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

2 ulasan :

Anonymous said...

Mereka sebenarnya tiada hati dan perasaan serta tiada secalit malu sebagai manusia.

Unknown said...

Mana perkasa? Phuiiii. . Tuhhhh tuhhh