Monday, July 15, 2013


Datuk Musbah menanam kelapa mawar

Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli, berkata belia dan masyarakat perlu peka terhadap isu-isu kepenggunaan kerana dengan cara itu dapat membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada semua golongan.

Katanya, penting bagi masyarakat luar bandar supaya diberi pendedahan dan pendidikan berkaitan ilmu kepenggunaan lestari disamping melaksanakan aktiviti masyarakat.

Musbah berkata, ilmu-ilmu kepenggunaan boleh diperolehi melalui ceramah, seminar, bengkel, penerbitan dan juga melalui kerja-kerja amal seperti aktiviti bergotong-royong.

“Masyarakat pengguna terutama golongan belia merupakan nadi penggerak masa depan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kepenggunaan Bersama Belia di Dewan Kompleks Sukan, dekat sini, pada Sabtu (6 Jun 2013).

Program Kepenggunaan Bersama Belia adalah anjuran bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Kepenggunaan (PPDNKK) dan Persatuan Badminton Belia Kota Belud.

Program itu adalah pertama dianjurkan tahun ini di daerah ini dan, Kampung Tempasuk dipilih sebagai lokasi mengadakan program tersebut.

Menurut Musbah, bahawa lima program seumpama itu telah diadakan di beberapa kampung dan daerah di Sabah pada 2012.

Musbah yang juga wakil rakyat Tempasuk berkata, program kepenggunaan bertujuan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan belia dan masyarakat.

Turut hadir wakil timbalan pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Murtazzah Hj Manap, Presiden Persatuan Badminton Kota Belud, Amirul Jibar dan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tempasuk.

3 ulasan :

Anonymous said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengecam pemimpin pembangkang, terutamanya pemimpin kitar semula yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya kerana kemahuan mereka tidak dipenuhi, apabila mendakwa BN tidak membawa sebarang pembangunan di Sabah. Dakwaan itu, katanya, tidak berasas sama sekali.

"Lihatlah di sekeliling anda dan anda boleh nampak sendiri pembangunan di Kota Kinabalu dan keseluruhan negeri ini. Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dan kami ada perancangan seperti Program Transformasi Ekonomi serta Program Transformasi Kerajaan yang akan membawa lebih banyak kemajuan.

"Kami sedar ada banyak dakwaan yang dilempar terhadap kerajaan tetapi semua ini hanyalah pembohongan yang disebar oleh mereka yang cenderung untuk menukar kerajaan," katanya ketika berucap pada karnival Tahun Baharu Cina di Lintasan Deasoka di sini malam Ahad.

Musa berkata pembangkang membuat banyak janji tetapi "ini hanyalah janji kosong, dan merupakan pembohongan bagi memperdayakan masyarakat".

Mengenai pembangunan, beliau berkata kerajaan negeri menggariskan perancangan terperinci dan menyeluruh dengan mengambil kira keperluan serta kehendak semasa di kawasan yang berlainan di negeri yang luas ini.

"Sebagai contoh, di sesetengah kawasan luar bandar, kami menyebarluas pengetahuan mengenai pertanian komersil yang mendatangkan pulangan lumayan, dan kami turut menyediakan prasarana bagi memastikan produk tempatan boleh dipasarkan.

"Kerajaan sedar pembangunan mesti disediakan untuk semua, dan kerana sebab ini, banyak perhatian diberi kepada kawasan luar bandar. Usaha diteruskan untuk merapatkan jurang wilayah dan mengurangkan paras kemiskinan," katanya.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan pembangunan holistik tanpa mengira hubungan politik, kaum dan faktor lain.

Mengenai Tahun Baharu Cina, beliau berkata perayaan itu disambut semua kaum dan tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Kita lihat pelbagai lapisan masyarakat memakai bukan hanya pakaian kebangsaan kaum Cina tetapi juga batik dan baju kurung merah atau berwarna terang, sememangnya melambangkan semangat muhibah. "Saya harap karnival anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Api-Api ini akan dijalankan secara berterusan. Apa yang dimulakan sebagai suatu majlis lapan tahun lepas berjaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya.

Musa berkata amat menyedihkan apabila konflik dan peperangan masih melanda beberapa negara di dunia.

"Di Malaysia dan Sabah ini, kita boleh menjalani kehidupan tanpa rasa bimbang, dan kita bebas meneruskan tugas seharian.

"Saya menggesa semua pihak agar melindungi keharmonian yang kita nikmati hari ini dan tidak membenarkan sesiapapun menjejaskan usaha memperkukuhkan perpaduan," katanya.

Bones said...

Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:

Pengguna
Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-
(a) Mengetahui apakah hak-haknya;
(b) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;
(C) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.

Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.

Bones said...

SIAPA ITU PENGGUNA

Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.