Bahang politik di Tanah besar Sabah juga sedikit sebanyak terasa di pulau Labuan. Kekecohan yang berlaku di kebanyakkan Bahagian UMNO di Sabah mengenai pemilihan dan penentuan calon PRU 13, juga berlaku di Pulau yang diserahkan kepada kerajaan Pusat oleh Mantan Ketua Menteri Sabah era parti BERJAYA Tan Sri Haris Salleh.
Penggantungan keahlian mantan MP Pulau Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman oleh UMNO Pusat telah 'mencetuskan' penentangan secara terbuka kepada parti itu. Seperti yang dilaporkan media, sebelum ini terdapat 14 cawangan di pulau itu berikrar akan berpaling tadah jika isu tersebut tidak ditangani secara lebih telus dan adil.
Terbaru pula apabila, dikatakan seramai hampir 7000 pengundi berdafttar dan ahli UMNO akan 'belot'jika Datuk Suhaili tidak dicadangkan sebagai calon pada PRU 13 akan datang. Sambil mengingatkan akan kemungkinan yangh berlaku termasuk mantan MP Labuan itu akan menyertai pembangkang, jurucakap Badan Bertindak Pengundi Labuan, Arif Buang turut mendakwa bahawa berlaku ketidakadila ketika Majlis Displin UMNO menjatuhkan hukuman ketasa mereka.
Apakah UMNO Pusat telah melupakan fakta Sejarah bahawa punca kejatuhan kerajaan BERJAYA tajaan KL selain dari isu Tambunan juga adalah kaitan dengan penyerahan Pulau Labuan kepada Pusat? Apakah UMNO juga telah lupa dan alpa dengan fakta bahawa sebilangan besar rakyat Sabah masih tidak bersetuju dengan status Labuan sebagai sebahagian dari wilayah persekutuan?
Atau sudah sampai masanya Labuan harus diserahkan kembali kepada Sabah untuk menjamin survival UMNO di negeri bawah bayu ini..
Petikan Dari Sabahkini.net:
SERAMAI 6,700 pengundi Pro-BN akan berpaling tadah di Labuan jika Majlis Tertinggi UMNO tidak menarik balik penggantungan dan enggan memilih Ketua UMNO Labuan yang sedang menjalani penggantungan, Datuk Suhaili Abdul Rahman sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang.
Pengerusi Badan Bertindak Pengundi Labuan, Ariff Buang ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan pihaknya terpaksa memberi amaran keras kerana Pucuk Pimpinan UMNO Pusat, terutama Setiausaha Agung UMNO, Adnan Mansor telah menganiaya ahli UMNO Labuan termasuk dirinya (Ariff) yang digantung daripada jawatan sebagai Ketua Cawangan dan Pengerusi Tetap disebabkan membuat teguran secara terbuka melalui Videoklip bertajuk 'Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada BN.'
"UMNO Labuan jangan terlalu sombong dan bongkak kerana yang menandatangani Petisyen ini adalah pemilih berdaftar, majoritinya ahli UMNO yang sudah bosan dengan tindak tanduk Setiausaha Agung UMNO, Pemangku Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO Labuan yang menjadikan UMNO Labuan sebagai harta rampasan perang yang diagehkan sesama mereka, terutama berhubung isu pemecatan 11 Ketua Kampung yang juga Ketua Cawangan UMNO Labuan," kata Ariff yang menegaskan bahawa kesemua penandatangan petisyen berkenaan sanggup menggadaikan masa hadapan mereka demi kesinambungan Barisan Nasional di Labuan.
Tetapi kata Ariff, mereka telah bersepakat untuk berpaling tadah menyokong parti lain selain UMNO jika rayuan dan petisyen mereka tidak didengar oleh Pucuk Pimpinan UMNO semata-mata kerana memberi muka kepada pucuk pimpinan UMNO Labuan yang merancang konspirasi untuk menjatuhkan Suhaili melalui tindakan di luar perlembagaan, terutama menggunakan SPRM sebagai alat.
UMNO Pusat, kata Ariff perlu sedar bahawa UMNO Labuan tidak lagi selamat jika 6,700 pengundi Labuan yang telah menangani Petisyen berkenaan berpaling tadah kerana calon UMNO pada pilihanraya umum 2008, Datuk Haji Yusof Haji Mahal hanya memperolehi 10,471 undi sahaja berbanding Calon Bebas, Lau Seng Kiat 2,014 undi dan Calon Pas, Matusin Abdul Rahman 1,106 undi.
"Jika 6,700 penandatangan petisyen berpaling tadah, sudah pastinya calon UMNO akan kecundang," kata Ariff yang memaklumkan terdapat 21,000 pemilih berdaftar di Labuan yang majoritinya merupakan penyokong tegar dan Pro-Suhaili.
Bagaimanapun Ariff bimbang jika Suhaili menyertai Parti Pembangkang atau membuat keputusan untuk menjadi calon Bebas sebelum Pucuk Pimpinan UMNO membuat keputusan menarik balik pengantungan Suhaili bagi membolehkan beliau memimpin UMNO Labuan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Namun saya berharap agar kebimbangan kami tidak menjadi realiti dan Suhaili masih bersama BN," kata Ariff yang meyakini banyak pihak sudah melamar Suhaili sebagai calon mereka bagi memastikan Labuan berjaya ditawan daripada BN.
Ariff turut memaklumkan jika Petisyen ini gagal, mereka akan melaksanakan Visi Kedua yang hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai kerana katanya sejarah politik Sabah pernah mencatatkan Kerajaan BN Sabah tumbang kerana isu Labuan dan memberi amaran tidak mustahil sejarah akan berulang pada PRU-13.
0 ulasan :
Post a Comment