Video Sambutan Anwar di Kg Pengkalan abai, Kota Belud
Sambutan rakyat Kota Belud khususnya masyarakat Kg Pengkalan Abai ke atas kehadiran ketua pembangkang itu pada dua hari lepas sangat ganjil dan pelik.Apa tidaknya, sudahlah di sambut dengan kenderaan bermotorsikal oleh belia di kampung berkenaan. Ia juga di selang seli dengan paluan kompang persis kedatangan pemimpin besar di kawasan tersebut. Saya percaya, kalau bukan kerana Anwar Ibrahim datang di sebelah malam, tentunya beliau diarak menaiki kuda padi yang sinonim dengan budaya masyarakat Kota belud.
Peristiwa ini mengingatkan saya kepada apa yang berlaku ketika lawatan Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal di Kota belud dalam majlis sambutan hari raya beberapa tahun lepas. Beliau turut diarak dalam usungan dengan paluan kompang dan pakaian "tanjak "lambang keperwiraan pahlawan bajau. Tapi malang sekali kerana tidak ada seorang pun pemimpin politik di Kota belud yang turun 'menyambut' kedatangan Naib presiden UMNO itu. Datuk Rahman Dahlan, datuk Musbah, Datuk Japlin Akim, Datuk Herbert Timbun Lagadan, Tan Sri Pandikar Amin 'langsung' tidak kelihatan. hanya timbalan ketua UMNO KB , Sdr Awadinir Matanggal dan ribuan rakyat yang menghadiri majlis berkenaan.
Kini apabila Ketua pembangkang itu turun di Kota Belud, disambut dengan meriah sekali, ia pula menjadi isu penyokong tegar Bn dan UMNO di KB. Kononnya ia bukan petanda kemenangan PKR dan PR di Kota Belud.Lucu pun ada, sedih pun ada..saat Pemimpin UMNO dan BN ( datuk Shafie Apdal) datang ke Kota Belud, pemimpin politik di pekan itu memperlekehkan atas sebab politik peribadi.Alahai ! rakyat Kota Belud, nilailah sendiri!
0 ulasan :
Post a Comment