Friday, April 6, 2012



Skandal pembelian kapal Selam Scorpene dari Perancis yang dikatakan 'menawarkan' komisyen paling lumayan dalam sejarah Pertahanan negera ini juga pernah dikaitkan dengan kes pembunuhan warga Mongolia Al Tantuya Saribu, akhirnya mendapat perhatian dan liputan media antarabangsa di Perancis. Terbaru apabila sisatan majistret Perancis mendapati sejumlah 36 juta euro atau RM 144 juta ringgit disalurkan kepada individu tertentu seperti dalam laporan berikut:

Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarang digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.


Apakah Najib mampu menepis segala tuduhan ini..?
seluruh dunia sedang memerhatikan bagaimana PM kita mahu mengelak dari menjawab segala pertuduhan di dalam perbicaraan mahkamah Perancis ini...

0 ulasan :