Saturday, April 28, 2012


Terima kasih kepada Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana SUDI melawat Kota Belud  semalam (28.04.2012) setelah daerah itu 19 tahun memberanakkan UMNO. Itulah kali pertama TPM datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib masih lagi tidak berpeluang 'menyaksikan' saki-baki darah Nifas UMNO parti yang beliau menjadi PRESIDEN dan PERDANA MENTERI MALAYSIA. Mungkin lepas PRu 13, atau bila-bila masa dari sekarang PM akan 'terbuka' hati turun ke Kota Belud untuk berkempen menjelang PRU 13.

Dalam lawatan ini, kawasan Kadamaian mendapat durian runtuh apabila beberapa peruntukkan yang diumumkan oleh TPM seperti peruntukan Jalanraya di kawasan tersebut dengan kos sebanyak 40 juta, membaikpulih beberapa buah sekolah yang menelan peruntukan sebanyak 5 juta, termasuk membaiki pulih SMK Narinang yang mendapat peruntukan RM 500 ribu serta masjid Kg.Pengkalan Abai yang juga turut memperolehi peruntukan yang sama.

Bagi pemerhati politik di Kota Belud, lawatan TPM ke kawasan Kadamaian memperlihatkan percaturan politik Ahli Parlimen Datuk Rahman Dahlan . Ini kerana sebelum ini, beberapa blogger di Kota Belud telah melahirkan kebimbangan apabila Rahman Dahlan dilihat lebih cenderung membahagikan peruntukkan parlimen di kawasan Kadamaian (KDM). Walaupun mendapat krtikan daripada beberapa pemimpin UMNO Bahagian Kota Belud,namun Datuk Rahman tetap menafikannya.

Kawasan Usukan dan Tempasuk hanya mengiggit jari, kerana selain daripada Masjid Pengkalan Abai , kawasan Usukan langsung tidak mendapat perhatian. Sikap suka menyembunyikan masalah rakyat menyebabkan kelewatan Sk Tamau, dan tanah adat di kawasan Tempasuk cuba ditutup. 

Pasar besar Kota Belud yang sebelum ini menjadi isu pembangkang kerana masalah najis burung dan keadaan yang kotor, mendapat perhatian pemimpin apabila secara 'kilat; bangunan pasar besar itu dicat untuk dipersembahkan kepada TPM. Alahai!!!!

















12 ulasan :

Green Sabah said...

No matter what the reason that the government visit Kota Belud, its good that he is willing to make time in his busy schedule to get closer to the people.

Green Sabah said...

Hope that they will spend time to see what the people are facing and do their best to help them solve their problems.

Kris Jr said...

Sekurang-kurangnya lawatan tu masih boleh melihat keadaan penduduk KB

Smookiekins said...

Diharap lepas lawatan tu DPM lebih mengutamakan rakyat Sabah. Pihak Persekutuan harus lebih serius dalam penubuhan RCI di Sabah.

mantera said...

harap janji2 yang diberikan oleh TPM akan dilaksanakan.

Alexis said...

Isu yang timbul di KB dihighlight semula bila dekat2 PRU. harap2 selesai sebelum pilihanraya.

thinaj said...

I agree with Green Sabah, even with the busy schedule that our DPM is having,he is still willing to find time to come to sabah. This show that he cares about the people.

thinaj said...

Hopefully with the DPM visit to KB, he is able to identify the problems that the people is facing.

me gusta said...

Kerajaan akan naik taraf jaln raya di KB jika BN masih diberi mandat untuk memerintah.

me gusta said...

Jika ada masa lagi, dihaarp TPM dapat lawat kawasan pedalaman Sabah.

hafinA A said...

Semua pemimpin perlulah terus mendekati penduduk untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh mereka akan dapat diselesaikan.

Harryzan Aming said...

boleh tahan juga yang hadir sempena lawatan TPM ke Sabah... itu petanda baik ka atau petanda buruk?