Thursday, April 19, 2012

PM Datuk Seri najib razak dijangka melakukan lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini ,Jumaat sehingga Sabtu. Selain dijangka mengadakan perjumpaan dengan pimpinan BN negeri Sabah, Najib juga dikatakan akan turun ke Semporna, dalam acara Regata lepa-lepa sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Lawatan Najib kali ini, dilihat lawatan yang terakhir sebelum Parlimen di bubarkan. Jangkaan pelbagai pihak bahawa pembubaran Parlimen 'MUNGKIN" akan dilakukan oleh Najib sebelum BERSIH 3.0 pada 28 April ini yang dijadualkan akan diadakan di dataran merdeka.

Apakah lawatan najib di sabah kali ini akan mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja menangani Pendatang Tanpa izin (PATI)? atau apakah Najib akan membuat kejutan dengan mengumumkan sekali pembubaran Parlimen?

Bersama kita tunggu agenda Najib seterusnya?

0 ulasan :