Wednesday, April 4, 2012

DATUK SALLEH DAN DATUK NASRUN SPESIS YANG SAMA?



Tindakan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur selaku ketua UMNO Bahagian Silam mengumumkan senarai calon pilihan Bahagian itu di kawasan Parlimen silam ,Dun Lahad Datu, Tungku dan Kunak tanpa mendapat restu sebilangan AJK UMNO berkenaan dianggap sebagai 'mendahului' keputusan parti. Datuk Datu Nasrun dikatakan mencadangkan namanya sendiri,  Aljen Johnny, Amat Kaoh dan Rahman Kassim sebagai calon ADUN Lahad Datu.


Manakala bagi DUN Tungku, Nasrun mencalonkan Datuk Suhaili Mohd Said, Mohamad Serangit dan Mizma Apehdullah. Begitu juga dengan DUN Kunak, Nasrun telah mencalonkan Datuk Nilwan Kabang, Bernama Kauluh, Herman Rahim dan Datuk Jasa Haji Rauddah.Bagi Parlimen Silam, Nasrun menggugurkan nama Salleh Kalbi sebaliknya mencalonkan dirinya sendiri (Nasrun), Haji Mahil Kamaruddin, Saleha Abdul Wahid dan Ali Andu Injil.


Dalam kenyataan yang dimuatkan dalam blognya Datuk Datu Nasrun sebaliknya menyangkal dakwaan itu.

"Ini adalah suara 95 peratus daripada ahli jawatankuasa bahagian Umno Silam, bukan keputusan peribadi saya walaupun saya adalah Ketua Bahagian,” tegas Ketua Umno Bahagian Silam,Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Beliau yang ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Suku Kaum Dusun Subpan di Kg.Upak,Ulu Segama,dekat sini kelmarin diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan akhbar salah seorang AJK Bahagian Silam iaitu,Abdul Hakim Gulam Hassan yang telah membuat kenyataan balas tentang isu anak watan dan kalangan AJK untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Ke-13.

“Saya agak terkilan dengan kenyataan tersebut kerana calon anak watan telah dipersetujui oleh majoriti AJK Bahagian Silam, bukan daripada keputusan peribadi saya, manakala berhubung dengan persoalan calon tersebut juga perlu daripada kalangan AJK Bahagian Silam adalah cadangan daripada salah seorang AJK Bahagian dan Ketua Pemuda Umno Silam,iaitu Abdul Halim Gulam Hassan yang merupakan adik kepada beliau(Abdul Hakim) dan AJK Bahagian menerima baik cadangan itu dan menyokong sepenuhnya.

“Mana-mana mesyuarat juga memerlukan suara majoriti sebelum memutuskan sesuatu keadaan, mengapa beliau perlu mempersoalkan lagi keputusan mesyuarat sedangkan majoriti AJK Bahagian sebulat suara untuk menerima usul ini,” kata Nasrun yang juga Pembanu Menteri kepada Ketua Menteri.


Menurut beliau lagi, isu ini sama sekali tidak melanggar baiah dan taat setia pada Umno jauh sekali bercanggah dengan hasrat Perdana Menteri kerana ini adalah suara dari akar umbi. 

Situasi yang berlaku ini hampir sama dengan apa yang terjadi beberapa minggu lepas dalam mesyuarat UMNO KB. Datuk Salleh Tun Said selaku ketua UMNO KB dilaporkan turut mencadangkan dirinya bertanding di DUN USUKAN walaupun terlebih dulu mengekalkan calon sedia ada Datuk Japlin Akim yang 'memang' akan digugurkan.Datuk Salleh juga dilaporkan 'telah' bertindak mendahului keputusan AJK UMNO KB apabila 'mencadangkan' pemimpin luar bertanding di Kota Belud, walaupun AJK tidak 'merestuinya'.

Hanya yang membedakan kedua ketua UMNO Bahagian ini ialah Datuk Salleh sebaliknya mengambil jalan 'berdiam' diri , bahkan langsung tidak memaparkan atau menjawab dalam blog dan fcbnya. Isu ini disenyapkan berkemungkinan supaya ia tidak menjadi isu bualan umum. Apakah itu strategi politik?

Di Beaufort isu yang sama juga berlaku apabila UMNO Bahagiannya bertindak tidak mencalonkan Datuk Azizah Mat Dun sebagai ADUN KLIAS. Dan dengar khabarnya Mantan Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirln yang juga timbalan Menteri Kesihatan tidak dicalonkan di kawasannya di Papar.

Apakah situasi yang melanda ketua-ketua UMNO Bahagian di Sabah ini boleh diketegorikan sebagai 'spesis' yang sama?

3 comments:

ferlo said...

mereka hnya boleh mencadangkan, tapi yang menentukan siapa yang dicalonkan bukan mereka.

Batresiah said...

yang penting sekali letakkan calon yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat dan juga ada sikap bertanggungjawab.

evan medhousky said...

kalau tidak silap, isu ini sudah dijelaskan sendiri oleh Datu Nasrun dimana beliau menafikan bahawa keputusan itu dibuat sendiri oleh beliau..

BLOG PEMIMPIN

BLOG KB

BLOG PILIHAN

BLOG PILIHAN

Popular posts