Sunday, April 15, 2012

Isu pemansuhan PTPTN menjadi isu hangat sejak PR memuntahkan hasratnya jika berjaya menawan Putrajaya, akan memansuhkan PTPTN. Hasrat PR itu tidak diselami dengan penuh hikmah dan bijak tetapi mungkin didengari dari 'mulut' media yang pro UMNO.Mari kita berbicara tentang pemansuhan PTPTN ini dari ruang lingkup akal yang sihat, tidak didorong oleh ideologi parti atau idea sampah yang dikutip dari pelbagai sumber skunder dan sekumpulannya. Kita renungkan nasib segelintir anak-anak muda yang mula menghirup udara segar IPTA dan IPTS atas perjanjian PTPTN.

Secara logiknya, PM datuk Seri Najib mengulas tentang pemansuhan PTPTN itu akan menghambat kerajaan dengan kos RM 43  billion ringgit. Benarkah kerajaan tidak ammpu melunaskan kos tersebut? Dan bagaimanakah pula isunya, adakah benar bahawa PR memang mahu memansuhkan PTPTN? PR berhasrat menjadikan PTPTN sebagai "Biasiswa" kepada pelajar. Iaitu bagi mereka yang telah menerima PTPTN sebelum ini, maka langkah untuk tidak membayar semula bila dimansuhkan akan berlaku. Selepas itu, PR akan menanggung seluruh kos pengajian pelajar. ertinya PERCUMA. hanya kos sara diri yang diperlukan.


Mampukah kerajaan menanggung kos pengajian peringkat tinggi ini? jika dapat dijimatkan wang dari subsidi RM17 billion setahun kepada  Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara, RM45 bilion setahun dapat dijimatkan dan negara sepatutnya tidak ada masalah lagi hendak menanggung RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan. 

itu belum lagi diambil kira jika dapat diselamatkan RM10 bilion setahun kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh agensi kerajaan sendiri, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).


Hasrat ini sama ada dilakukan oleh parti pemerintah ataupun parti pembangkang bukan isunya tetapi jika PTPTN dimansuhkan akan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan rakyat keseluruhannya.

Kemampuan kerajaan memberikan pendidikan PERCUMA telah terbukti dengan permulaan di peringkat Prasekolah, Tadika dan Tabika , sekarang PERMATA negara di bawah Datin Seri Rosmah Mansor. PERMATA negara sahaja telah diperuntukkan kos operasi melebihi 70 juta. Begitu juga dengan pendidikan Rendah dan menengah Rendah serta menengah atas, SEMUAnya diberikan PERCUMA.Mengapa kerajaan  pula bersikap double standard dengan tidak meneruskannya di peringkat tinggi.?

Antara natijah kepada pemansuhan PTPTN ialah rakyat terutamanya belia yang baru menjenguk usia sekitar 20 tahun hingga 30 tahun akan BEBAS dari bebanan HUTANG. Bayangkanlah jika purata yuran peringkat Sarjana Muda jurusan sastera di IPTA dalam lingkungan 20-25 ribu,manakala jurusan Sains antara 30-35 ribu setelah disubsidikan oleh kerajaan, maka pelajar atau generasi muda yang berjaya menamatkan pengajian akan menanggung hutang sekitar 30 ribu. Dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan, dan bebanan kos sara hidup yang melonjak serta harga barangan yang tinggi, maka rakyat Malaysia yang 'terperangkap' dengan PTPN ini akan terpaksa menanggung beban yang berat.

Bayangkan jika sekitar 4 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan pelajar atau mahasiswa ini menanggung PINJAMAN PTPTN. bagaimanakah agaknya corak kehidupan rakyat Malaysia menjelang 2020? APAKAH 2/3 DARIPADA GENERASI BELIA pewaris kepimpinan negara ini dibebani hutang dan menuju kebankrapan?


Cuba kita fikirkan!

1 ulasan :

kodok said...

org mau kasi percuma pun tak mau..pelik laa manusia ni