Saturday, April 21, 2012



Pelakon jelita Zahida Rafik yang sebelum ini mengejutkan banyak pihak kerana dikaitkan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, hari ini mengancam akan mengambil tindakan mahkamah keatas mereka yang membuat tuduhan kononnya artis berkenaan 'menerima' RM 1.4 juta dari Datuk Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO itu.

Menjawab pertanyaan peminat dalam twitternya, Zahida berkata, beliau telah menyerahkan sepenuhnya kepada peguamnya untuk tindakan seterusnya dan berharap ia akan berakhir dengan baik.

Sebelum ini Zahida yang popular dalam filem Mami Jarum melaporkan tentang kehilangan wang sebanyak RM200 000 yang mengaitkannya dengan pemandu peribadinya Noor Azman. Kemudian pemandunya itu membuat laporan balas dengan mendedahkan pelakon itu memperolehi wang hampir RM 1.5 juta daripada menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah.

Bagaimanapun, Datuk Shafie Apdal dikatakan mengambil jalan 'diam' dan enggan mengulas lanjut perkara itu. Manakala Zahida akhirnya memberikan respones dalam twitternya.

0 ulasan :