PM Datuk Seri Najib yang mengadakan lawatan dua hari ke Sabah dan berakhir semalam, datang tanpa membawa apa-apa 'buah tangan' walaupun sejambak bunga harapan buat penduduk Sabah. Lawatan Datuk Seri najib ke Sabah sebelum ini yang disifatkannya sebagai lawatan akhir atau akan ada lawatan susulan, diwar-warkan akan mengumumkan penubuhan RCI atau Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa izin (PATI) di Sabah. TETAPI harapan itu berkecai apabila Najib pada waktu itu pulang tanpa mengumumkan penubuhan RCI tersebut.
Semalam lawatan Najib ke Sabah dilihat sebagai lawatan terakhir buat Perdana Menteri itu sebelum Parlimen di bubarkan, namun peluang terbuka dan cukup bermakna itu sekali lagi disia-siakan oleh Najib apabila beliau pulang ke Kuala Lumpur tanpa menyentuh tentang penubuhan RCI, walaupun desakan dari pemimpin komponen parti BN dan di kalangan pemimpin UMNO sendiri berlaku.
Dijangka ketelusan kerajaan Pusat dalam merealisasikan penubuhan RCI ini akan terus menjadi isu utama pembangkang tempatan di sabah pada PRU 13 nanti. Parti SAPP,parti STAR dan gabungannya UBA akan terus memainkan isu ini sebagai bahan kempen mereka, manakala PR dan sekutunya lebih sukia memainkan isu tentang ketirisan,kebocoran,dan kelemahan kerajaan BN pada waktu ini terutama dalam aspek pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara., selain isu tempatan seperti isu tanah adat dan pembangunan di kawasan tersebut.
Apakah 'kegagalan' Najib mengumumkan RCI ini adalah petanda kepada kemerosotan sokongan rakyat Sabah kepada Bn dan UMNO? atau apakah Najib punya strategi lain dari apa yang dijangkaan oleh segelintir rakyat Sabah?
Lawatan Najib ke Sabah pada kali ini sebaliknya melahirkan keyakinan terhadap kemampuan Musa Aman mengetuai Bn pada PRU 13 di sabah. keyakinan Najib itu atas kepercayaannya bahawa Musa Aman boleh mengekalkan Sabah sebagai fixed deposit BN. Reputasi Musa Aman pada PRU 2004 dan 2008 adalah bukti mengenai keyakinan Najib itu. Namun apakah tsunami politik 2008 yang berlaku di semenanjung akan berlaku di sabah kali ini???
0 ulasan :
Post a Comment