Saturday, April 14, 2012



Beberapa mesyuarat Bahagian UMNO di seluruh negara dua bulan kebelakangan ini telah berjaya menyenaraikan calon-calon pilihan masing-masing. Dan semalam setiausaha agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dipetika sebagai berkata bahawa UMNO telah menerima senarai lengkap calon-calon PRU 13 dan sedang dalam proses penyenaraian akhir.

TANJONG KARANG 13 April - UMNO sudah menerima semua nama calon yang dipilih oleh setiap Jawatankuasa Khas di peringkat bahagian untuk disenaraikan bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, senarai berkenaan diterima pada 2 April lalu iaitu membabitkan tiga nama bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Ia melibatkan seluruh bahagian membabitkan kawasan yang ditandingi oleh UMNO dan saya juga minta parti komponen menyediakan senarai calon bagi kawasan yang mereka tandingi.


"Langkah meminta peringkat bahagian menyediakan senarai nama calon adalah berasaskan kepada Fasal 15 (3) Perlembagaan UMNO yang meminta jawatankuasa di bahagian menyediakan tiga nama bagi setiap jawatan,'' katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya BN peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.


Hadir sama Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.


Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, jawatankuasa khas tersebut boleh membuat sebarang pencalonan tetapi ia bukan suatu yang muktamad.


Ditanya bilakah senarai akhir calon-calon tersebut akan dapat disiapkan, beliau berkata: "Saya sedang melakukan proses menyenarai akhir nama-nama tersebut.'' - UTUSAN