Mesyuarat Daerah sempena lawatan TPM ke Kota Belud
Beberapa minggu lepas kita mungkin terlepas pandang dengan apa yang dihasratkan oleh MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang dipostkan oleh beliau dalam wall Fcbnya. Hasratnya membawa TPM Tan Sri Muhiyuddin Yassin ke Kota Belud. Walaupun pada asasnya ia satu perancangan dan hasrat yang sangat murni ,namun kerana hasrat itu disuarakan oleh Datuk Rahman Dahlan di penghujung-penghujungnya sebagai MP Kota belud sebelum Parlimen di bubarkan , maka ia menjadi agak pelik dan kellihatan pendekatan itu sebagai membuka 'kepandiran' Datuk MP Kota Belud itu.
Saya katakan dan menggunakan istilah "kepandiran" atas beberapa sebab:
1) Tan sri Muhyuddin Yassin adalah TPM, merangkap Timbalan Presiden UMNO juga Menteri Pelajaran.Justeru itu, apakah ilusi Datuk Rahman membawa seorang menteri Pelajaran di Kota Belud, satu daerah yang mencatat sejarah paling buruk dalam sejarah pembinaan bangunan sekolah yang mengalami kelewatan menghampiri 3 tahun. SK Tamau yang dijadualkan siap pada september 2009 hingga kini di pertengahan tahun 2012 ini, sekolah itu kelihatan masih "jauh' untuk di siapkan. Bukankah ini bukti 'kegagalan' MP Kota Belud itu dalam memastikan perjalanan dan pemantauan pembinaan Sekolah tersebut berjalan seperti yang dijadualkan? Apa kata Datuk Rahman ketika mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan bersama ADUN TEMPASUK, Datuk Hj Musbah Jamli awal tahun ini kepada warga sekolah tersebut?( lawatan yang tergesa-gesa kerana kehadiran Ir.Nizar Jamaluddin di Kg Tamau) "kita bagi tempoh kepada kontraktor ini hingga hujung bulan jika 'gagal' kita akan ambil tindakan". Tindakan apa yang telah diambil oleh Ahli Parlimen yang lantang bersuara ini ,hingga kini Rahman Dahlan tidak berani bersuara baik di dalam blognya atau Fcbnya mengenai isu kelewatan Sk Tamau ini, walaupun beliau adalah MP Kota Belud yang sah dan berdaulat atas sokongan masyarakat Kg Tamau dan sekitarnya pada PRU 12 yang lepas. Lantas. Apakah Jadahnya MP KB itu 'membawa' menteri pelajaran ke kota Belud.
Bayangkan jika ada pihak yang memberikan taklimat kepada TPM mengenai kelewatan Sk Tamau ini dan kemudiannya membawa menteri pelajaran itu melawat keadaan Sekolah terbabit? dimanakah DARD akan berada ketika itu?
2. Daerah Kota belud bukanlah daerah yang menjadi hub pendidikan tinggi di Sabah. Daerah Kota Belud tidak punya Institusi pengajian tinggi atau cawangan IPTA atau IPTS , bahkan kolej atau politeknik pun tidak kelihatan di pekan yang melahirkan ramai pemimpin kelas atasan itu. Selain dari pusat Giat MARA , Kota Belud 'ketandusan" IPT untuk generasi warganya. Apa bedanya dengan daerah Semporna yang gah dengan Kolej Komunitinya, Kolej RISDA, Kolej Polytech-MARA dan terbaru MRSM yang bakal di bina di daerah itu. Justeru apa motif Rahman Dahlan untuk membawa TPM ke Kota Belud kalau bukan atas motif peribadi politiknya.
3. Mungkin membawa TPM ke Kota belud lebih baik daripada membawa PM ke daerah koboi ini. Ketika Najib menemui Rahman Dahlan dan ahli-ahli parlimen BN pada tahun lepas, Rahman dalam blog dan fcbnya dengan 'bangga' menceritakan pertemuan itu kononnya, masalah utama di kota Belud adalah masalah bekalan air bersih' Terima kasih kerana itu, TETAPI adalah lebih baik jika Najib dipelawa turun ke Kota Belud atas beberapa faktor:
a) melihat kejayaan Rahman Dahlan membawa kemajuan dan pembangunan di kota belud. Menyelesaikan masalah bekalan air bersih.
b) Menjenguk pekan yang melahirkan UMNO Sabah terutama kepesatan kawasan USUKAN dimana UMNO memulakan muntah janjinya di sabah.Sebelum PRU 13 supaya kehendak masyarakat Kota Belud dalam pemilihan calon mereka dapat direalisasikan.
c) Menemui masyarakat kota belud yang bersarang dengan pelbagai masalah seperti pengambilan tanah adat, isu empangan tambatuon, isu kesesakan Jalan , isu kebersihan pekan Kota Belud dan perkembangan projek Agropolitian yang dikatakan berkos RM 500 juta.
0 ulasan :
Post a Comment