Tuesday, April 17, 2012

SENARAI PENGUNDI DI DUN 54 BUGAYA ,SEMPORNA MERAGUKAN?





Terdapat 3 kawasan DUN di Parlimen P189 Semporna, iaitu N52 Sulayaban, N53 Senallang dan N54 Bugaya.Pada PRU 2008, DUN N54 Bugaya dimenangi (tanpa tanding)oleh Datuk Ramlie Marhaban.Jika berdasarkan bilangan berdaftar pemilih pada PRU 2004, jumlah pengundi di kawasan berkenaan adalah seramai 10,534 orang. Pada PRU 2004 itu calon BN Datuk Basalie Abd. Hamid dari BN mengalahkan dua calon lain dengan majoriti 1,996.

PRU 13 nanti diramalkan DUN Bugaya akan menyaksikan persaingan sengit apabila parti-parti pembangkang terutamanya STAR dan USNO dalam gabungan UBA berjaya mengadakan persefahaman untuk meletakkan calon di Semporna. Diramalkan juga calon PKR dan BEBAS turut berbuat demikian.

Namun daripada daftar pemilih di kawasan ini, didapati jumlah pengundi Pos mencatat bilangan yang ramai iaitu lebih 900 orang sedangkan kawasan tersebut tidak terdapat penempatan bagi kakitangan Tentera ataupun Polis. Bagaimana kawasan tersebut mempunyai sebegitu ramai pengundi Pos? 

SPR cawangan Sabah sewajarnya 'membersihkan' senarai  pengundi di kawasan ini sekiranya terdapat yang meragukan.Daripada maklumat yang diperolehi kem TLDM yang diwujudkan di Kg Tagasan Semporna adalah dalam DUN N53 Senallang. Sebagai rekod DUN itu juga mencatat bilangan undi pos lebih 700 orang. Wakil rakyat di DUN berkenaan ialah Datuk Nasir Tun Sakaran.

Kalaupun adanya pengundi pos di Semporna, sewajarnya berada di dalam DUN Senallang dan bukannya DUN BUGAYA yang didiami oleh masyarakat Bajau itu.

No comments:

BLOG PEMIMPIN

BLOG KB

BLOG PILIHAN

BLOG PILIHAN

Popular posts