Monday, April 16, 2012



Datuk Musbah Jamli ,Pembantu Menteri Pertanian Dan Asas Tani berkata projek Jelapang Padi di Tempasuk dimana beliau menjadi wakil rakyat di kawasan itu bukanlah satu projek gajah putih kerana  projek berimpak tinggi masih dalam peringkat perlaksanaan. Beliau menjawab permasalahan yang dikemukakan oleh salah seorang penggiat FCB mengenai masalah parti saliran sawah padi di kampung Tempasuk 1 yang tersumbat. Gambar itu dipostkan dalam laman sosial fcb ( gambar diatas).Pengadu dalam kenyataannya berkata walaupun masalah tersebut telah dilaporkan kepada pihak bertanggungjawab namun tidak ada sebarang tindakan yang dilakukan.

Datuk Musbah juga berkata walaupun Jelapang padi itu belum siap sepenuhnya, namun ia telah mampu memberi sumber pendapatan kepada petani dan pekilang padi serta pengusaha Traktor dan Jentuai di Kota Belud.

Tahun lalu kata Datuk Musbah petani di Kota Belud telahg memperolehi hasil yang lumayan iaitu hampir 20 juta tidak termasuk subsidi. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi,namun golongan Petani di kota belud terus mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan kata ADUN Tempasuk itu.


0 ulasan :