Saturday, April 7, 2012








Seorang AJK UMNO KB juga mantan pegawai Esekutif Majlis Daerah Kota Belud, Sdr Roslan Hj Manshor hari ini secara lebih bersopan membuat 'ironi' mengenai keperluannya pucuk pimpinan memilih calon atau pemimpin dari kelompok komuniti masyarakat yang diwakilinya. Sebagai seorang politikus yang terl;ibnat secara langsung di peringkat akar umbi terutama di peringkat cawangan serta menjadi saluran penyampaian kehendak akar umbi tersebut ke peringkat BAHAGIAN, Sdr Roslan memberi 'perbandingan' secara telus bagaimana seorang pemimpin dari kalangan Nelayan, harus mengangkat pimpinannya dari kalangan mereka supaya tampak lebih memahami kehendak golongan berkenaan daripada pemimpin dari luar kelompok golongan tersebut.

Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak, begitulah kenyataan yang dibuat oleh Sdr Roslan yang juga aktivis NGO sebagai menyampaikan hasrat dan kehendak akar umbi kepada pucuk pimpinan negeri dan Pusat.

Sebelum ini dalam blog Sdr Roslan beberapa bulan lepas turut memuatkan 'Teguran' secara sinis kepada beberapa pengadu domba dari kalangan pemimpin sedia ada dalam politik Kota Belud yang memperalat dan mewar-warkan tentang calon pilihan masing-masing walaupun ianya tidak perlu dibuat.

Sdr Roslan sedang menyampaikan kehendak akar umbi dalam mesyuarat Bahagian UMNO KB

Hari ini satu lagi kenyataan yang dipostkan dalam Fcb oleh Sdr Roslan Haj Manshor berkenaan dengan isu pemilihan pemimpin atau calon tempatan. Beberapa sebab yang diberikan oleh beliau sangat lojik untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan negeri dan Pusat; Baca kenyataan Beliau ini :

Pemimpin yang dipilih dikalangan kelompok komoniti lebih berkesan berbanding dengan yang pemimpin yang dipilih dari luar kelompok komoniti yang dipimpinnya. Misalnya pemimpin yang dipilih dari kelompok nelayan itu sendiri lebih memahami kehidupan dan keperluan kelompok nelayan berbanding dengan pemimpin yang tidak mempunyai hubungan latar belakang dengan kehidupan nelayan. Antara sebab kejayaan memilih pemimpin di kalangan kelompok yang dipimpin ialah, misalnya seorang pemimpin yang dipilih di kalangan seorang nelayan lebih baik kerana: 


01. Pemimpin itu sendiri telah mengalami keperitan kehidupan seorang nelayan dengan Mengambil kira pengalaman keluarganya yang bergantung penuh kepada ikan.


02. Beliau dapat memahami budaya kehidupan kelompok nelayan


03. Apabila pemimpin itu dipilih hanya di kalangan kelompok nelayan, sudah tentu beliau tidak mempunyai masalah hubungan dengan masyarakatnya sendiri apabila nanti memikul tanggungjawabnya sebagai pemimpin di kalangan kelompoknya sendiri.


Sementara pemimpin yang dipilih bukan dari kelompoknya sendiri akan mengalami kesukaran memimpin kepada kelompok itu antara:


01. Kurang pengetahuan tentang budaya dan norma- norma kehidupan kelompok itu. Akhirnya segala tindakkannya tidak mendapat sokongan kelompok yang dipimpinnya.


02. Menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan kelompok yang dipimpinnya, misalnya dari segi bahasa, agama, dan budaya kelompok itu sendiri.


03. Pemimpin bukan kalangan kelompok selalunya bertindak tidak selari kehendak kelompok yang dipimpin.


Kesimpulnya memilih pemimpin di kalangan kelompok itu sendiri jauh lebih baik berbanding dengan pemimpin yang dipilih di luar kelompok itu. Apapun itu adalah padangan peribadi saya berdasarkan padangan dan pengalaman saya selama berkecimpung dalam dunia politik.

0 ulasan :