Monday, April 23, 2012



Pembantu menteri pertanian dan asas tani, Datuk Musbah Jamli adalah antara pemimpin politik di Kota Belud yang disifatkan oleh ramai pemerhati politik di daerah itu sebagai 'pemimpin berjiwa rakyat'. ADUN TEMPASUK itu yang juga mantan Ketua UMNO KB adalah pemimpin yang kerap turun padang dan juga senang didekati oleh segenap lapisan masyarakat. 

Sebelum ini dalam beberapa artikel yang dimuatkan dalam blog kelapamawar ini, juga mengutarakan betapa Datuk Musbah mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh pemimpin lain di Kota belud iaitu 'kerap' menghadiri upacara perkahwinan dan kematian di pelusuk Kota Belud terutama di kawasan Tempasuk. Malah ramai yang bersetuju dengan kelapamawar, sikap dan pendekatan Datuk Musbah ini meletakkan beliau antara pemimpin yang memahami kehendak dan denyut nadi rakyat bawahan.

Terbaru pada 21.04. 2012 yang lepas, Datuk Musbah memperuntukkan masa  antara 3-4 Jam dengan menyertai gotong royong membersihkan Kuburan Batu gadung di Kampung Tamau.Gotong-royong bersama penduduk setempat itu turut di hadiri oleh AJK UMNO Kota Belud yang juga mantan Pegawai Esekutif Majlis daerah, Sdr Roslan Hj. Manshor, ketua kampung, Pengerusi JKKK, Pengerusi PIBG Sk Tamau, dan beberapa pemimpin setempat.

Atas usaha dan keperhatinan Datuk Musbah sebelum ini juga, masyarakat kampung Tamau akan  'memperolehi' sebuah masjid baru yang dikatakan menelan perbelanjaan antara RM 500 ribu- RM 650 ribu ringgit. pembinaan Masjid yang dilihat oleh kebanyakkan pemimpin masyarakat di kawasan itu sebagai 'menyatukan' dan menguatkan perpaduan di kalangan masyarakat Iranun sekitarnya itu sedang dalam pembinaan berdekatan dengan tapak asal Masjid lama.

Dalam beberapa kenyataan Datuk Musbah sebelum ini, mengharapkan apabila siapnya Masjid berkenaan, masyarakat kampung Tamau akan memperolehi kemudahan beribadat denbgan lebih selesa.

0 ulasan :