Monday, April 16, 2012



Selepas PRU 12 pada 2008, pembangkang di Malaysia nampak semakin bangkit dari 'harapan' ingin menakluki kerajaan BN dan UMNO.Percaya atau tidak, politik pembangkang di negara ini harus mengakui bahawa faktor "ANWAR IBRAHIM" adalah pencetus terkuat kepada transformasi pelan parti-parti pembangkang itu, sama ada DAP atau PAS dan PKR , kewibawaan ANWAR IBRAHIM telah berjaya menjinakkan para pemimpin ini. Justeru berada pada satu kerjasama politik iaitu PAKATAN RAKYAT, pembangkang nampak lebih bertenaga, berwibawa,berkredibiliti berbanding sebelumnya. Kelebihan menidakkan penguasaan 2/3 BN dan UMNO di Parlimen juga menjadi pendorong terkuat PR untuk terus menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Di Kota Belud  gerak gempur pembangkang begitu bertalu-talu. Tidak cukup dengan beberapa das tembakan pembangkang yang mengenai sanubari anak-anak muda atas pagar, pembangkang melancarkan gerak saraf yang lebih tersusun. Pelbagai program dicanang dan dirancang. Setakat ini kalau dibanding, dengan kekerapan pemimpin BN dan UMNO turun di Kota Belud, jauh sangat dengan kekerapan yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutama dari Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim sahaja dari rekod sebelumnya sehingga kini tidak kurang dari 20 kali mengadakan ceramah di pelbagai tempat dan perkampungan di daerah Kota Belud.Setiap kali datang, bilangan pendengar bertambah dari sebelumnya. Pimpinan PAS juga begitu, berselang seli mereka DATANG, bagaikan PUTERI RAJA yang jatuh hati kepada PUTERA BAJAU dan IRANUN di pekan koboi ini.

Mengapa Pekan Kota belud ini digempur habis-habisan pembangkang pada PRU 13 ini? Tentu ada sebabnya. Berdasarkan beberapa rekod politik yang terakam oleh sejarah di Kota Belud serta dari kajian dan pengamatan mendalam terdapat beberapa faktor mengapa situasi ini berlaku.

1) Isu calon import.

Pembangkang tahu dan sangat sedar bahawa isu pemimpin 'import' kini mula mewarnai politik Sabah. Ada semacam kesedaran bahawa pemimpin yang dicalonkan harus datang dari kelompok masyarakat kawasan yang diwakili. Di Kimanis, Beaufort,Papar, Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Kota belud sendiri, isu 'import' ini berlaku. Kerana Kota belud turut terlibat, maka pembangkang melihat isu ini sangat "panas" dan "relevan" untuk dimainkan pada PRU nanti. Anwar Ibrahim sebelum ini meletakkan calon tempatan mewakili PKR pada PRU 2008 di Parlimen Kota Belud.Manakala PAS di Tempasuk dan Usukan juga adalah "orang tempatan". Di sinilah kelebihan Pembangakgn di Kota Belud. Jika isu "import" ini benar-benar menguasai persada politik Sabah pada PRU 13 akan datang, ada kebarangkalian yang paling tinggi Parlimen Kota Belud dan DUN  boleh dikuasai.

2) Isu pembangunan 

Isu pembangunan adalah menjadi isu 'pokok' Pakatan Rakyat di kota Belud. Anwar Ibrahim dalam beberapa siri ceramahnya mengungkitkan isu ini. Anwar tahu, Kota Belud setelah sekian lamanya 'tercicir' dari arus pembangunan, meskipun beberapa pemimpin yang dilahirkan di Kota Belud berjaya mencipta nama di persada politik nasional. Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri dan juga mantan pemangku Perdana menteri, Anwar tahu apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin ini. anwar juga tahu, bagaimana prestasi mereka ketika bergelar 'wakil rakyat'. Misalnya, Datuk Salleh Tun said, mantan ketua menteri, mantan menteri kewangan, adalah antara 'rakan rapat' Anwar Ibrahim dalam politik BN dan UMNO. Anwar tahu prestasi Datuk Salleh, Anwar tahu kelemahan Datuk Musbah, Anwar serba serbi tahu kelemahan Rahman Dahlan. ceramah pada hujung tahun lepas, Anwar melabelkan Rahman Dahlan sebagai pemimpin muda yang sombong dan angkuh.

Pengetahuan mendalam Anwar mengenai politik kota belud inilah menjadi 'kekuatan berganda' PKR dan sekutunya di Kota Belud. Anwar merasakan ada peluang yang sangat BESAR untuk menawan kerusi di Kota belud. sasaran paling besar ialah Parlimen P169 Kota Belud sebagai melengkapkan syarat kemasukannya ke putrajaya.

3) Isu tanah adat

Isu paling besar dan kompleks di sabah ialah isu tanah adat. dari segi perundangan dan sejarah, tanah adat atau NCR di sabah sememangnya rumit untuk diselesaikan. kota Belud juga tidak terlepas dari permasalahan ini. Tanah ragut kuala Pintasan misalnya sehingga kini tidak ada penyelesaiannya. Tanah di kg Rampayan, Kg Taburan, dan di beberapa tempat lagi "gagal' diselesaikan dalam situasi 'menang-menang". Sebab itu anwar dalam ceramahnya berjanji akan menyelesaikan kemelut ini bila berjaya membentuk kerajaan.

4) Perpecahan dari kalangan pemimpin

Isu perbalahan dalam politik Kota belud bukan pekara baru tetapi telah mewarnai perjalanan politik di pekan koboi itu lebih 2 dasawarsa. Isu suku, isu kaum, sentiasa mengambil tempat. malahan perebutan kepimpinanan dalam organisasi parti juga berlaku. dalam UMNO KB sendiri situasi ini berlaku. Anwar tahu kerana beliau dalam pemimpin dalam UMNO suatu ketika dulu. sebab itu Anwar tahu kekuatan dan perpaduan dalam UMNO KB sebenarnya sangat rapuh. hanya faktor peruntukkan dan "wang' yang menjadi faktor kemenangan pemimpin BN dan UMNO di KB bukan kerana faktor perpaduan di kalangan mereka. malahan PRU 2008 unsur sabotaj dalam parti berlaku bila pemimpin pilihan mereka tidak dijadikan calon.


1 ulasan :

ForestOrchid said...

Antara kekalahan beberapa kerusi BN di sarawak yang baru lepas, isu utamanya ialah isu Tanah Adat..andai pihak PR mainkan isu ini terutamanya di kawasan2 yang terlibat mungkinkah akan menerima nasib yang serupa??? Jika ini tidak ditangani oleh pihak pemerintah.