Thursday, April 19, 2012



Beberapa hari sebelum pendedahan skandal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Shafie Apdal dengan artis jelita Zahida Rafik, Sarawak Report satu media sosial melaporkan sudah punya dokumen mengaitkan ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman dengan skandal pembalakan hutan milik Yayasan Sabah bersama adiknya Datuk Anifah Aman yang juga Menteri Luar, merangkap ahli Parlimen Kimanis.Dalam laporan berkenaan, Sarawak Report turut mendakwa mempunyai bukti kukuh Musa Aman terlibat dalam penggubahan wang haram seperti yang didakwa sebelum ini ,melibatkan nama Micheal Chia.

Terkini, pendedahan skandal Datuk Shafie Apdal dengan artis seolah-olah 'melengkap'kan strategi pembangkang untuk 'mengaibkan' kedua personaliti politik Sabah ini. Apakah menyerang dan membongkar skandal kedua pemimpin ini akan memberi kelebihan kepada pembangkang pada PRU 13 nanti?

Pembangkang mungkin sedar bahawa gandingan Musa-Shafie lebih hebat dari gandingan Musa bersama politikus lain. Musa -Shafie dilihat mempunyai aura politik yang sangat besar di Sabah. Selain daripada kerana keduanya mempunyai "jawatan' dalam kerajaan yang sangat penting, MUSA-SHAFIE juga dikatakan mampu menyatukan sokongan bumiputera Islam di Sabah pada PRU 13 akan datang.

Musa Aman bukan sahaja mempunyai sokongan bumiputera Islam sekitar kawasan pantai barat, tetpai juga di kawasan bandar di mana  pengundi Cina menjadi pengundi majoriti.Manakala Shafie pula dilaporkan mempunyai rangkaian sokongan di sebelah pantai timur Sabah terutama di kalangan bumiputera islam berbangsa bajau-suluk, sungai, bugis, Tidung dan bumpiputera lainnya.

Dengan mengaibkan Musa-Shafie, pembangkang berharap sokongan bumiputera islam akan merudum, dan  harapan untuk menawan Sabah akan bertambah cerah. Apakah begitu startegi pembangkang atau sememangnya skandal kedua pemimpin politik di Sabah itu ada kebenarannya?

Fikirkanlah!!

0 ulasan :