Sunday, April 22, 2012



Perdana Menteri yang juga presiden UMNO mengingatkan pemimpin UMNO dan parti komponen BN supaya tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti. Sambil mengingatkan ahli parti bahawa kesetiaan kepada parti adalah sangat penting dalam menjamin kemenangan pada PRU 13, Najib juga berkata ada pemimpin yang berkecil hati, merajuk dan ada juga yang menutup bilik gerakan serta enggan bekerja dan berkempen, apabila mengetahui tidak dipilih sebagai calon.Malahan kata Najib ada yang bertindak protes dan meninggalkan parti untuk keluar negara. Datuk Seri Najib berkata demikian ketika berucap dalam lawatan singkatnya ke Pulau Pinang.

Walaupun pada awalnya pemimpin ini kata, supaya keputusan muktamad diberikan kepada pucuk pimpinan parti, namun bila keputusan dibuat dan tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan bertindak mensabotaj parti katanya lagi.

Perbuatan mensabotaj parti ini bukan saja berlaku ketika PRU 2008 tetapi juga di jangka akan berlarutan pada PRU 13 ini berikutan beberapa perkembangan politik di beberapa bahagian yang bertindak tidak mencalonkan pemimpin tertentu.

Di Sabah bantahan pemimpin import dan pemimpin tertentu juga berlaku. Di Beaufort mislanya, UMNO Bahagian itu bertindak tidak mencalonkan ADUN KLIAS Datuk Azizah Mohd Dun.Manakala di Kimanis juga dikhabarkan Datuk Anifah Aman mendapat potes masyarakat setempat kerana faktor bukan orang tempatan di kawasan itu. Datuk LajimUkin yang sebelum ini juga di war-war akan meninggalkan UMNO kerana dikatakan tidak dicalonkan semula. Namun ia tidak menjadi kenyataan.

0 ulasan :