Thursday, April 12, 2012


“Saya merayu kepada para penyokong UMNO agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah songsang parti-parti pembangkang yang sering menabur fitnah dan mendakwa kononnya para pemimpinBN/UMNO tidak bekerja untuk memajukan Semporna, walhal semua ini dikecapi ketika Sabah diperintah BN,"


Sebelum ini dalam mesyuarat UMNO Semporna, ketua Bahagiannya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ,Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan tidak hadir meskipun mesyuarat berkenaan dikatakan sangat penting menyentuh persiapan UMNO Bahagian itu tatkala menjelangnya PRU 13.

Terbaru perhimpunan ketua-ketua cawangan UMNO Semporna yang melibatkan 481 cawangan di Inabah Kamal juga tidak menampakkan kelibat Datuk Shafie Apdal. Sebaliknya jurucakap juga merangkap Timbalan ketua UMNO SEMPORNA, Datuk Nasir Tun Sakaran dilihat berkeseorangan di pentas akhir sebelum PRU 13 di daerah Semporna.

Dalam ucapannya Datuk Nasir menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Shafie Apdal yang selalu lompang dalam majlis yang dianjurkan oleh parti. Apakah ada keretakkan dalam hubungan antara Shafie Apdal dengan Nasir Tun Sakaran?Apakah rayuan Nasir akan didengari oleh masyarakat Semporna?

Lihat laporan media ini:



SERAMAI 35,403 ahli UMNO Bahagian Semporna daripada 481 cawangan telah berikrar taat setia memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal untuk terus menerajui kepimpinan UMNO Semporna.

Ikrar itu dibuat semasa mereka menghadiri mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian P189 Semporna yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna DatukSri Hj Nasir Tun Dr Hj Sakaran yang di langsungkan di Dewan Serbaguna di Kampung Inabah Kamal, Semporna, kelmarin.

Dalam ucapannya, Nasir antara lain menyarankan agar ahli-ahli UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan akar umbi mulai dari sekarang haruslah bersiap sedia dan mengemaskinikan jentera pentadbiran masing-masing memandangkan pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) akan berlangsung pada bila-bila masa.

Ketua-Ketua Cawangan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian termasuk Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua Anak Negeri harus berganding bahu bagi menjalinkan kerjasama yang akrab antara satu sama lain bagi menjamin kekuatan dan keutuhan perjuangan UMNO agar lebih mantap.

Kata Hj Nasir lagi, parti-parti pembangkang yang ada di Semporna iniseperti PAS, PKR, DAP, SAPP dan STAR tidak mendapat sambutan daripada rakyat di daerah Semporna kerana mereka hanya pandai memutar belitkan fakta demi mencari pengaruh dan meraih simpati, tetapi perjuangan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh rakyat Semporna.





"Rakyat sekarang bukan macam rakyat di era tahun 1980-an yang senang digula-gulakan untuk mendapat sokongan. Mereka kini tidak lagi mudah percaya kepada bunyi paluan gendang kosong pembangkang,” ujar Hj Nasir.

Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Menteri selanjutnya menjelaskan, sejak BN memerintah, banyak kawasan di persisir laut yang dahulunya mundur dalam segala aspek, kini telah berubah wajah dan terbukti di Kampung Pulau Bum Bum telah mendapat pelbagai kemudahan asas seperti pembinaan rumah PPRT, bekalan air dan jalanraya.




“Saya merayu kepada para penyokong UMNO agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah songsang parti-parti pembangkang yang sering menabur fitnah dan mendakwa kononnya para pemimpinBN/UMNO tidak bekerja untuk memajukan Semporna, walhal semua ini dikecapi ketika Sabah diperintah BN," kata Haji Nasir lagi.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah ADUN Bugaya Datuk Ramlie Marhaban dan Ketua Perhubungan Parlimen P189 Semporna Hj Hisham Hj Abd Fattah.

1 ulasan :

Unknown said...

Sabah Chief Minister responds to allegations

KOTA KINABALU: Sabah Chief Minister Datuk Seri PangIima Musa Hj Aman puts it on record once again that he has no business association whatsoever with an individual named Michael Chia.

"I deny all these allegations. I have no business relationship with this person," he said in a statement today. Musa said these allegations are trumped up by his political opponents and desperate individuals who will resort to anything to gain political mileage especially since election is around the corner. "It is unfortunate that there are people out there who will keep using recycled allegations to get to the top when election is near. The people of Sabah can decide on my track record. Not faceless and nameless people who use blogs to serve their political interest." Musa said he would give his full cooperation to the authorities if needed but in the meantime his responsibility is to ensure the well being and development of Sabah. Musa said he did not have the time to refute these frivolous allegations adding that his first priority was to serve the people of Sabah and administer a state.