Tuesday, April 3, 2012



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Semalam dalam ucapan pelaporannya tentang program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dipetik sebagai berkata bahawa rakyat di negara ini perlu memilih "pemandu" yang cekap dan  jangan menukar "pemandu di tengah jalan" dalam usaha Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam tempoh lapan tahun mendatang ini Najib berkata Malaysia sangat memerlukan  "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.


Beliau turut mengingatkan rakyat agar "jangan sesekali salah membuat pilihan dan berhati-hati dengan tukang karut yang melipur lara."

"Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan.

"Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya,"

Mengulas mengenai ucapan Najib itu beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan Najib sudah terdesak dan sudah takut kehilangan kuasa menjelang PRU 13 ini.Pakatan Rakyat sebaliknya meminta rakyat Malaysia supaya "jangan tukar pemandu di tengah Jalan" TETAPI "Ganti Pemandu ketika di perhentian". 

Apa beza kenyataan Najib dengan pemimpin pembangkang ini?

7 ulasan :

Boss ku said...

"Perhentian" itu ertinya PRU13 ini. Kalau tukar pemandu, 'kereta'nya bagaimana? Arah 'laluan'?

Boss ku said...

Masing-masing menjanjikan itu ini kepada rakyat sebagai taktik untuk meraih undi. Entah sejauh mana janji-janji ini akan ditunaikan. Sometimes when things are too good to be true, they are too good to be true.

Green Sabah said...

The people will decide if the driver should be changed during the next GE, or whether Najib is the right driver to lead the country towards our destination. Hopefully the government will do their best to serve the people.

Green Sabah said...

Hopefully the people will make the right choice during the next General Elections, may the best party win after this.

ferlo said...

tak perlu nak terpengaruh sgt dgn kata2 pembangkang.

Wazxiran said...

Betul juga dengan apa yang dikatakan oleh PM kita itu. Kalau kita berhenti ditengah jalan pasti akan menyebabkan pelbagai masalah akan timbul. tapi begitulah juga sebaliknya.

nickko said...

'ganti pemandu ketika berada di perhentian' jangan pula ganti pemandu yang tidak tahu destinasi asal..