Tuesday, April 3, 2012



Berita mengenai 'pemergian' lebih 500 orang ahli PKR Kota Belud untuk berhijrah ke  parti baru STAR tidak sangat mematahkan semangat pejuang-pejuang parti itu yang dikhabarkan mula menggerakkan jentera penerangan pemudanya di daerah itu. Mungkin kerana keyakinan bahawa PKR bisa menjadi "geliga" berubat buat rakyat Kota Belud yang semakin tenat dengan perangai dan karenah pemimpin UMNO, maka isu kepergian 500 orang ahli ini tidak dipedulikan sangat.

Kelapamawar dalam slot artikel sebelum ini memaparkan isu berkenaan serta hubungkaitnya dengan prinsip perjuangan "ikon' baru anak muda atas pagar di Kota Belud iaitu Sdr Musli Oli. Sebagai orang yang pernah merasai 'mentera' perjuangan UMNO, Musli Oli yang kini telah mengambil langkah mewujudkan pejabat penerangan PKR di Kota Belud (walaupun dipertikaikan berkaitan dengan Kos operasi serta sumbernya, sama ada dari sumber parti atau wang poket Musli Oli sendiri) berkata dalam FCB Kelapamawar, bahawa Parti PKR tidak pernah bergantung sepenuhnya dengan bilangan ahli. Barangkali kenyataan itu bercanggah dengan beberapa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pemilihan dalam parti beberapa tahun lepas bahawa keahlian PKR telah hampir mencecah 600 ribu orang dan kesemuanya berhak dalam parti dengan slogan 1 undi satu ahli.

Musli Oli yang sebelum ini telah diwar-warkan akan bertanding pada PRU 13, namun dinafikan oleh beliau mengemukakan hujah menyokong kenyataannya itu.

"Jika jumlah ahli jadi sandaran, rujuk fakta berikut: Ahli Umno 3.4 juta..Ahli2 BN 4juta. Total 7.4 juta. Pada PRU 2008, jumlah pengundi 10 juta, sepatutnya popular votes melebihi 70%tetapi popular votes BN hanya 51.9%. Makna jumlah yg undi BN hanya 5.1 juta..."

Apa yang mendebarkan ialah kenyataan Musli Oli ini dikatakan sebagai memperlekehkan jumlah ahli PKR Kota Belud yang selama ini 'disembunyikan'. Apakah ahli parti itu hanya diperlukan ataskertas semata-mata? Dan jika PKR tidak bergantung sepenuhnya kepada ahlinya, Apakah pula statusnya sukarelawan parti yang bekerja siang dan malam untuk parti PKR?Bolehkah parti PKR bergerak dan menenangi PRU akan datang hanya dengan ahli seramai 10 orang?


Sesebuah parti yang kuat dan berdaya saing serta relevan harus mempunyai ikatan ahli yang mencerminkan  idealisme perjuangannya diterima. Mungkin kemenangan pada PRU tidak hanya datang kepada ahli parti tetapi "ahli' partilah yang berhempas pulas memastikan rakyat memangkah parti tersebut.

4 ulasan :

nickko said...

keluarnya beramai2 ahli PKR untuk menyertai STAR cukup untuk menggambarkan bahawa PRU kali ini perlu memberikan laluan kepada parti pembangkang tempatan..

ferlo said...

makin ramai ahli PKR keluar, sebelum ini di Sepanggar, Keningau dan Beaufort, dan kini di KB pula, nampaknya PKR Sabah akan makin berkubur.

Batresiah said...

Kesombongan Mosli Oli..Tanpa Ahli siapa yang memainkan peranan membantu parti?? Kalau Musli Oli seorang saja mampukan melakukannya tanpa ada ahli.

sabahan said...

sy rasa musli oli memberi kenyataan mengikut fakta yg logik dan blh diterima, cukup sekali sy minum2 dgn musli blh tau tinggi pemikirannya...