Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mengesahkan ahli majlis tertinggi parti itu ada membincang mengenai kedudukan Upko dalam BN sama ada kekal atau meninggalkan gabungan itu.
Namun katanya, Upko bersetuju tidak meninggalkan BN selepas Datuk Seri Najib Razak melulus penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.
"Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI dan sebagainya.
"Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu (Upko keluar BN) ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya selepas merasmikan konvensyen Upko Bahagian Penampang 4 November lalu.
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan bekas Naib Presiden Upko, Datuk Maijol Mahap mengakui parti itu nyaris meninggalkan BN bersama mereka pada penghujung Julai lalu namun tertangguh kerana RCI.
wilfred dan Maijol kini mengetuai Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat menawan sebanyak mungkin undi masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Pakatan Rakyat turut bekerjasama dengan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) pimpinan bekas Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bagi menarik sebanyak mungkin undi Melayu dan Bumiputera Islam di Sabah.
Manakala bagi masyarakat Cina, sokongan kaum itu sangat konsisten bersama Pakatan Rakyat sejak 2008 dan hingga kini, malah terus bertambah selepas gabungan itu membentang buku Jingga pada 2009 dan Belanjawan Alternatif oleh Datuk seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

9 ulasan :
Rakyat haruslah menilai dengan bijak parti mana yang dapat membela mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan pembangkang yang membawa usul lompat parti pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 sebagai satu tindakan silap yang akhirnya membuka pekung atau kelemahan mereka kepada pengetahuan umum.
Zambry berkata, pihak pembangkang menganggap seolah-olah mereka tidak pernah melakukan perkara itu dan sidang dewan hari ini telah memberi peluang kepada dua wakil yakni di pihak kerajaan dan pembangkang untuk membahaskan usul itu yang dibentangkan oleh Adun Tronoh, V Sivakumar.
“Kita beri peluang kepada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang untuk berbahas dan berhujah bagi mengetahui siapa yang benar dan siapa yang bercakap bohong.
“Tetapi, mereka (pembangkang) ambil strategi silap dengan membawa usul anti-lompat parti ini kerana ia melondehkan lagi pekung serta menampakkan lagi sikap mereka yang sebenarnya,” katanya kepada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-12 di Ipoh, hari ini.
Jelas Zambry berkata, perkara itu juga seharusnya dirujuk terlebih dahulu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat jolokan sebagai Raja Lompat Parti.
Terdahulu, Sivakumar yang membawa usul itu menyatakan lompat parti dari kalangan ADUN adalah sesuatu yang perlu dipandang serius dan tidak boleh digalakkan.(CONT)
Katanya, rakyat mengundi kepada sesuatu parti yang dipilihnya untuk kawasan DUN dan Parlimen dan wakil rakyat yang menang itu tidak boleh dibenarkan untuk melompat parti sesuka hati.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, difahamkan pihak pembangkang juga berbelah bahagi berhubung perkara ini dan seolah-olah tidak selesa dan berat hati untuk membahaskan usul berkenaan.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana mengeluarkan tuduhan yang beliau pernah merayu kepada Anwar untuk mengisi jawatan Menteri Besar Perak.
“Kor Ming perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana mengeluarkan tuduhan keterlaluan itu yang menunjukkan seolah-olah saya tiada harga diri langsung.
“Bagi saya, ia satu perbuatan yang jijik, tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.
Selain itu, rakyat Perak katanya, perlu mendapat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku di Perak selama ini hingga pembangkang menuduh BN sebagai kerajaan perampas dan lanun.
Kenyataan itu tambah Zambry, seharusnya dipulangkan kepada pihak pembangkang sendiri kerana mereka yang memulakan prosiding mahkamah apabila mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bertindak mencabar jawatan Menteri Besar dengan membawa kes itu ke mahkamah.
UPKO nyatakan mereka akan terus bersama BN.
UPKO takkan ikut jejak Bumburing.
Memang banyak sangat khabar angin dan isu2 yang ditimbulkan kebelakangan ni untuk melemahkan pihak lawan. apapun, kita tidak boleh terima terus apa yang kita dengar.
Majoriti ahli2 UPKO masih mahu bersama BN.
Jangan pula macam tindakan yang diambil oleh SAPP lepas PRU-12 lalu. nanti masa depan akan sama seperti SAPP sekarang ni.
Cukuplah dengan ahlinya saja yang keluar. jangan bawa satu buah parti keluar kalau tiada masa depan yang akan diperoleh di luar sana.
Post a Comment