Tuesday, November 13, 2012

Pendedahan penulis M.D. Mutalib beberapa bulan lepas mengenai seorang penolong kanan di SMK Balung Tawau yang diragui kerakyatannya ekoran nombor IC guru tersebut milik seorang warganegara di kg. Kulambai, Kota Belud tidak terhenti di situ sahaja, kerana laporan berita menyatakan seorang lagi warga asing yang menggunakan IC orang lain yang telah meninggal dunia untuk memperdaya pihak KPM sehingga berjaya menamatkan latihan perguruan di Maktab Keningau.

Kegembiraan seorang graduan kerana mendapat kerja sebagai guru di sebuah sekolah di sini tidak berpanjangan apabila dia didapati menggunakan MyKad seseorang yang sudah lama meninggal dunia.

Insiden itu terdedah minggu lepas apabila wanita Indonesia itu, berumur 25, memohon pekerjaan dan tertakluk kepada penapisan biasa serta temuduga.


Tetapi penipuannya terbongkar apabila Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati dia selama ini menggunakan MyKad milik seseorang yang sudah mati.

Sumber berkata wanita itu mengikuti kursus lima tahun di Institut Perguruan Keningau dan lulus dalam bidang Teknologi Rekaan.

Polis sedang menyiasat tetapi hairan bagaimana wanita itu boleh menghabiskan pendidikan rendah dan menengah tanpa dikesan.

Pada 7 Mac, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ismail Ahmad, memberitahu Harian Ekspres bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk menyimpan MyKad orang yang telah meninggal dunia dan mereka yang didapati melakukannya boleh dihukum.

Ismail juga berkata dia sedar sesetengah individu, termasuk mereka yang memegang jawatan lantikan politik seperti ketua-ketua kampung atau pengerusi JKKK, memegang MyKad orang yang sudah meninggal dunia.

Dilaporkan juga bahawa pendatang tanpa izin mencari MyKad seperti itu dan diketahui menawarkan antara RM2,500 dan RM4,000 setiap satu untuk surat lahir orang yang meninggal dunia.

Adalah dipercayai bahawa dokumen anak yang meninggal dunia tidak diserahkan kepada pihak berkuasa, sebaliknya diserahkan oleh saudara maranya kepada wanita itu, yang datang kemudian ke Sabah.

Sumber : Harian Ekspres

3 ulasan :

FOOD HUNTER said...

mana perginya penyokong2 yang selalu mempertahankan pihak memerintah? satu lagi isu yang boleh menghancurkan masa depan generasi muda akibat sikap membisu mereka yang kononnya pandai berpolitik... selamatkan masa depan anak anda dari jatuh ke tangan mereka yang tidak berhak...

ForestOrchid said...

perkara ini wajar diambil perhatian serius..perkara ini mengundang kebencian rakyat kepada pihak kerajaan andai tidak ditangani,

Gerakan Anti Pendatang Asing said...

Salam dari Gerakan Anti Pendatang Asing (GAPA) Di Malaysia. We need your support as a fellow Malaysian. This is our land. Jangan biarkan Pendatang Asing merubah corak dan cara hidup kita di tanah air kita sendiri. patience no more. Untuk mengetahui objektif GAPA di Malaysia, mohon ke facebook kami dan mohon bantuan untuk sebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain.

http://www.facebook.com/pages/Gerakan-Anti-Pendatang-Asing-GAPA-Di-Malaysia/380862445323019

atau emel kami di gapadimalaysia@gmail.com .Terima kasih.