24.November ini, satu lagi siri lawatan ketua pembangkang di Sabah akan berlangsung. Kali ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berkunjung di Tawau dan mengadakan pertemuan dengan rakyat di sana.Serentak itu juga desas-desus politik di pantai Timur menyaksikan dua orang lagi ahli parlimen BN dikatakan akan meninggalkan parti itu dan menyatakan ikrar menyokong Pakatan Rakyat.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai dua ahli Parlimen itu ialah MP Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang sebelum ini lebih senang dipanggil "brother Ghapur' ketika DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Datuk Ghapur Salleh menjadi tumpuan media alternatif ekoran beberapa ucapan 'panas' dan 'pedas' ketika dalam Parlimen mengenai hak dan kepentingan umum rakyat Sabah. Malah dalam beberapa berita yang disensasikan sebelum ini membayangkan bahawa Datuk Ghapur adalah antara MP BN yang 'tersenarai' akan meninggalkan parti itu ketika Projek 16 September, namun dinafikan oleh MP Kalabakan itu.
MP Parlimen BN yang juga disebut-sebut akan meninggalkan parti itu pada 24 November ini ialah MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin. Beliau sebelum ini juga dispekulasikan antara MP BN Sabah yang ingin menyertai PR ketika projek 16 September itu.
Mengikut pemerhati politik, antara sebab mengapa sejak kebelakangan ini beberapa MP BN Sabah meninggalkan parti itu ialah kerana mereka tidak tersenarai sebagai calon padan PRU 13, atau lebih tepat digugurkan.
Pengguguran beberapa pemimpin politik berpengaruh di Sabah ketika PRU bukanlah satu isu baru malah telahpun berlaku sebelum ini. Pada PRU 2008, nama Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datu Amir Kahar Tun Mustapha dan beberapa orang lagi adalah antara yang digugurkan, namun pemimpin politik itu lebih suka 'menerima ' secara pasrah dan rela, walaupun ada cubaan untuk menghimpunkan bumiputera Islam di Sabah dalam rumpun USBO.

10 ulasan :
ini hnya khabar angin belum tentu benar.
pasti mereka akan terus bersama BN.
Anwar naik jet peribadi lagi ke kali ni?
Kalau keluar hanya disebabkan tidak tercalon saja, betul2lah menunjukkan yang mereka ni lebih pentingkan pangkat dan kedudukan.
Esok2 pasti keluar kenyataan penafian pemimpin ni terhadap khabar angin tersebut. kalau benar' iyakan saja, jangan nafikan.
Keluar pun belum tentu akan sertai salah satu dari 3 parti komponen BN. sama juga macam Lajim dan Bumburing.
Sama2 kita tunggu 24Nov ni..
Belum tentu betul isu ini, kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Jika sebab tidak tercalon baru mau keluar parti, nampak betul mau kejar pangkat sahaja.
Hahaha... Isu ni balik2 dah diwar2kan... Sejak 2008 lagi... Balik2 kata Datuk Ghapur nak keluar dan masuk BA... Tapi takde jugak... Hahaha... Soekulasi oh spekulasi... :-)
Post a Comment