Sejak dari awal lagi saya sudah meragui 'kikhlasan' skuad 169 menganjurkan debat ini yang kemudiannya ditukar kepada "WACANA". Pada asasnya saya setuju kepada istilah "WACANA" itu yang membawa maksud lebih besar kepada percambahan minda yang positif. Namun bila tajuk ditentukan oleh pengajur yang jelas isme politiknya, saya mula merasa bimbang akan natijah debat ini yang tidak kesampaian untuk mendidik dan membantu masyarakat memahami kedudukan kewangan negara pada masa kini.Kebimbangan saya itu turut saya suarakan kepada sdr Msuli Oli dalam FCB supaya lebih berhati-hati dan mengambil tahu aspek-aspek asas DEBAT tersebut, termasuk kenapa pilih tajuk demikian "BAJET BN DAN BAJET PR, KESAN KEPADA RAKYAT" dan juga kenapa debat itu dibuat diluar daerah Kota Belud, sedang sasaran awal untuk masyarakat di daerah di mana Datuk Rahman menjadi ahli parlimen mereka.
Sekali imbas saya mempertikaikan tajuk Debat/Wacana ini, kerana" Bajet BN dan bajet PR Kesan kepada Rakyat" adalah tajuk yang berat sebelah. Bagaimana menilai keberjayaan bajet PR secara keseluruhannya sedangkan mereka tidak berpeluang membuktikannya? Dengan makna kata, PR belum lagi memerintah, sedang BN telah lebih 50 tahun menggalas beban Bejat mereka. Kita kena akui secara jujurnya bahawa bajet BN sedikit sebanyak memberikan wajah baru setiap tahun kepada dunia pembangunan negera, kerana BN sama ada suka atau tidak, party gabungan antara tertua di dunia itu terpikul tugas membangunkan negara sebagai memenuhi tanggungjawab mereka sebagai KERAJAN yang di pilih rakyat walaupun ada yang mempertikaikan cara dan bagaimana BN boleh memerintah.
Moderator debat Prof Madya Dr Ismail Ali juga berperanan dengan cukup baik. Saya secara luarnya mengenali beliau sebelum lagi beliau dilantik sebagai Dekan PPIB ( Pusat Penataran Ilmu Bahasa) UMS dan kemudian menjadi pengarah UMS Labuan. Beberapa kali minum dan berbincang terutama ketika beliau dalam perjalanan menghabiskan PHDnya. Namun sejak 4 bulan lepas terutama ketika ada ura-ura debat/wacana ini akan diadakan, saya tidak berpeluang menemui PM Dr Ismail Ali ini. Tapi itu bukan persoalannya, pilihan moderator TEPAT tetapi tajuk debat BERAT SEBELAH.
Disepanjang Debat/Wacana ini dijalankan, penonton nampaknya menyebelahi sdr Musli Oli, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Rahman Dahlan bukan sahaja dipertikaikan oleh penonton melalui reaksi mereka, namun kadang kala di BOOO sehingga mengganggu kelancaran majlis berkenaan.
Seperti yang dikatakan oleh Sdr Musli OLi di awal debata bahawa " KERAJAAN YANG BAIK AKAN MENUN JUKKAN KEJAYAAN, KERAJAAN YANG GAGAL AKAN MENGEMUKAKAN 1001 ALASAN' membawa makna mendalam kepada saya, kerana ungkapan itu bukan sahaja harus ditujukan kepada kerajaan BN tetapi juga PR yang sedang dalam usaha mahu menjadi KERAJAAN.
Hujah Datuk Rahman Dahlan tentang isu kemiskinan dan perbandingan dengan negara lain tidak menyakinkan hadirin yang hadir, malah saya juga turut mempertikaikannya secara senyap. Apa logiknya kadar kemiskinan tahun 70-an dan 80-an di Sabah dan di KB khasnya dengan kadar baru tahun 90-an dan 2000-an ini? sedang taraf hidupo dan kemudahan bertambah. INI bukan sahaja akan dilakukan oleh BN selaku kerajaan tetapi juga akan dilakukan oleh mana-mana KERAJAAN yang memerintah termasuk PR jika diberikan mandat. Selaku rakyat bukan itu yang menjadi isunya tetapi yang menjadi kerangka Utama ialah, adakah Pembangunan yang dibuat itu benar-benar mempergunakan peruntukan yang disalurkan tanpa ketirisan dan kebocoran atau ZERO DEFECT supaya impaknya benar-benar dirasai oleh rakyat.
Jika kita hitung 50 tahun sejak merdeka, secara logiknya negara kita dan negeri Sabah ataupun khasnya daerah KB, BOLEH membangunkan lebih pesat dari yang berlaku sekarang. Sabah jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain yang tidak punya aset hasil bumi yang mneguntungkan? Mengapa berlaku demikian? Bukankah kerana layanan dan polisi kerajaan BN sehingga Sabah menjadi negeri termundur. Kenyataan DARD membandingkan pencapaian kadar kemiskinan dengan negara besar seperti AS bersifat retorik. Bagaimana mungkin AS disamakan dengan Sabah kerana AS punya kawalan kewangan sendiri, sedang Sabah diberikan oelh kerajaan Pusat.
Sdr Musli mengutarakan statistik yang lengkap, memperlihatkan Sabah begitu jauh ketinggalan dari segi pencapaian pembasmian kemiskinan berbanding negeri-negeri lain termasuk yang telah diperintah oleh PR. beliau juga memberikan beberapa polisi bajet PR untuk Sabah termasuk menubuhkan Syarikat Petronas Sabah sendiri untuk mengurus hasil minyak dan gas yang sebelum ini diurus SEPENUHNYA oleh kerajaan BN iaitu dibawah bidang kuasa PM.
Datuk Rahman Dahlan mempertikaian bajet PR kerana bagi beliau, PR tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan Sabah disebabkan dalam bajet PR tidak terkandung kaedah membasi kemiskinan di negeri ini. Sedangkan PR telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri-negeri yang diperintah mereka, teramsuk menerima pujian daripada laporan Audit 2011 yang diumumkan baru-baru ini. Sedang mereka baru memerintah dan sebelum itu bajet mereka baru dirangka?
Ikuti sambungannya dalam PART II

0 ulasan :
Post a Comment