Sunday, September 27, 2009


Ramai yang menjangkakan bahawa dalam PRU-13 yang akan datang, perubahan besar-besaran dalam landskap politik Sabah akan berlaku. Rombakan kepimpinan kelas atasan bakal terjadi, termasuk Jawatan Ketua Menteri yang menjadi "idaman bukan sebarangan pria" juga akan menyaksikan sekurang-kurangnya calon muka baru atau muka lama yang 'dibarukan' menududuki kerusi empuk itu. Desas-desus khabar politik, memungkinkan Datuk Musa Aman tidak disambung "kontrak politik nya " sebagai KM, dan Datuk shafie Afdal 'bakal' mendapat "KELIWON" dalam kerjaya nya sebagai antara tokoh politik paling berprestij pernah dikeluarkan oleh Pantai timur dalam sejarahnya. Jika Jawatan KM, bakal berubah wajah, maka "jawatan politik pencen" iaitu TYT juga diramal mendapat 'cahaya baru". Dan antara yang disebut-sebut akan dipencenkan ialah Pemimpin iranun, Tan sri Pandikar Amin. Pelbagai spekulasi politik membenarkan telaahan awal ini. Namun, banyak faktor yang mengiringi ramalan ini..bukan sekadar ramalan Nujum Pak Belalang dalam filem P.Ramlee.


Antara yang berperanan besar menyumbang kepada perlantikan TSP sebagai TYT selepas PRU-13 ialah 3 orang yang berpengaruh besar dalam pesada politik Sabah. Kerana memang benar, Jawatan TYT bukan jawatan politik tetapi, adalah cadangan orang politik. Dan pengaruhnya cukup besar bila orang politik mencadangkan nama tertentu. Dulu Tun Sakaran, tidak dilanjutkan perkhidmatannya sebagai TYT, kerana KM, Musa Aman, ada pilihan baru..Tun Ahmadsah. 3 tokoh itu ialah Datuk Shafie Afdal, Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh said keruak.

Biarpun Datuk Shafie Afdal (DSA), membayangi pertubuhan USBO, selaku penasihat, tetapi tidak menjadi satu bukti kukuh, bahawa wujud kesepakatan politik antara DSSK bersama TSP...kerana DSA dilihat sebagai antara tokoh politik Sabah yang paling rapat dengan pucuk pimpinan KL. Kemenangannya sebagai Naib Presiden Umno, memberi sedikit kelebihan kepada tokoh dari pantai timur ini untuk melobi bagi pihak kerajaan dan UMNO negeri sabah. jika DSA 'dikembalikan" di peringkat negeri, maka jawatan yang disebut-sebut akan didudukinya ialah kerusi KM. sesetengah penganalisis berpendapat, bahawa DSA dikatakan 'diturunkan' ke sabah untuk memastikan kuasa politik UMNO peringkat Pusat lebih terjamin. Sabah seharusnya bukan sahaja sebagai 'lombong emas' bagi Datuk Seri Najib dan UMNO, tetapi juga membenarkan apa yang disebut sebagai "Fixed Deposit" bagi UBN. Peranan DSA di peringkat negeri akan lebih terserlah..kerana di peringkat Pusat beliau hanya mengetuai portfolio kementerian, sedangkan di Sabah, beliau bakal mengetuai Kerajaan negeri. Ertinya 'kuasa politik" DSA lebih terjamin, ditambah lagi dengan hubungan erat dengan DSN.

Jika DSA menjadi KM, TSP tidak akan menduduki Jawatan TYT, kerana ternyata TSP begitu berhati-hati dalam percaturan politik peribadinya. Dalam waktu terdekat TSP, tidak akan bersara lebih awal dalam dunia politik. Kalaupun ada kemungkinan TSP tetap dicalonkan mengisi TYT, saya berkeyakinan, beliau tidak akan bertahan lama...kerana dalam sejarah politik Sabah, Tun Mustafa yang pernah menjadi TYT suatu ketika, juga bertindak melepaskan jawatan berkenaan dan kembali aktif dalam politik, setelah mengetahui bahawa kuasa politik bagi seorang TYT sebenarnya 'dimatikan". Keputusan TSP untuk melepaskan jawatan TYT, sekiranya 'terpaksa' menerimanya, juga bergantung kepada penerimaan masyarakat dan Pemimpin politik sabah terhadap anaknya. Jika anaknya tercalon di Tempasuk, mungkin TSP akan menerima terus jawatan TYT itu, tetapi jika tidak, saya tidak nampak keperluan TSP untuk menjadi TYT dalam masa terdekat.

Dalam politik banyak kemungkinan yang kadang-kala membatasi kewarasan pemikiran yang matang. Ketidakjujuran dan permainan licik adalah adat semulajadi dalam politik. Justeru itu hubungan akrab DSSK dan TSP buat masa ini, bukan ukuran bahawa TSP akan lebih berjaya dalam kerjayanya sebagai politikus yang disegani. Jika DSA tidak diturunkan di sabah,maka peluang DSSK untuk menjadi KM semula dalam posisi 50-50,kerana Musa Aman, dilihat masih relevan dalam politik sabah. kalau kita abaikan bahawa Musa Aman sebagai KM, maka peluang DSSK agak cerah, kerana beliau dilihat lebih dekat kepada kuasa, mungkin atas bantuan DSA di peringkat Pusat, DSSK boleh merasai kembali kerusi KM itu, dengan syarat, DSSK dicalonkan kembali di Usukan pada PRU-13. Maka peluang untuk menjadi KM, bergantungharap dengan pemilihan calon PRU-13 akan datang. Sekiranya DSSK berjaya menjadi KM, mungkin TSP akan berpotensi untuk jawatan TYT, sekiranya beliau juga tidak tercalon dalam PRU-13, kerana DSSK akan memastikan TSP bukan lagi ancaman terbesar dalam kerjaya politik beliau..kebergantungan ramalan ini, adalah atas dasar anak TSP juga berjaya menjadi calon dalam PRU-13. Bolehkah DSSK dipercayai dalam Politik ? Susah diramalkan,kerana rekod sebelum ini begitu tragis untuk diperkatakan..sepak terajang DSSK sungguh berbisa sehingga menyebabkan musuh politiknya tersungkur rebah.


Tokoh ketiga dan terakhir ialah Musa Aman. sekiranya KM masih milik mutlak Musa Aman, maka senario politik Sabah akan jauh berbeza dari sebelumnya. Konco-konco politik nya akan terus membanjiri empayar kekuasaan ADUN SIBUGA ini. Termasuk DHMJ yang dikatakan kawan rapat kepada Musa aman..Kemungkinan DMHJ tercalon kembali di Tempasuk juga besar dan TSP tidak akan menjadi liabiliti kepada Musa aman lagi. TSP dan DSSK akan terus terpinggir dan harapan untuk tidak tercalon dalam PRU-13, akan lebih cerah. Musa Aman tahu, bahawa TSP dan DSSK masih berpengaruh, dan sebagai mengimbanginya ada kemungkinan TSP juga dilantik sebagi TYT, untuk mengikat tangan nya daripada terus menunjuk ke arah Musa Aman. Pertimbangan politik ini sesungguhnya terletak penuh atas pemikiran TSP. DSSK mungkin akan digandingkan dengan DSA di peringkat Pusat jika beliau tercalon PRU-13 dalam kawasan Parlimen dan menang. Ramalannya DSSK tidak akan dibawa oleh Musa Aman dalam kabinet negeri. Kemungkinan DSSK kembali 'menganggur" juga tinggi.


Percaturan politik di Sabah jauh berbeza dengan di semenanjung, kerana di Sabah, mentaliti pengundi dan ahli politiknya masih kebelakangan. Pengundi tidak sangat memilih pemimpin berdasarkan peribadi dan kewibawaan, tetapi atas dasar parti pemerintah. Sama ada bayangan TYT ini menjadi kenyataan..rasanya bersama kita fikirkan..kerana bagaimana pun kita melupakannya, ternyata PRU-13 semakin menghampiri dan dalam sejarah politik mana-mana negara pun di dunia ini, pasca PRU menjanjikan sesuatu yang mengejutkan kebanyakkan pemerhati politik.

20 ulasan :

NUJUM PAK BELALANG said...

Salam Adikku Kelapa Mawar,

Namanya memang cantik (kelapa Mawar) satu posting yang amat baik. Saya ingat Pak Belalang ja yang pandai meramal, rupanya adik Kelapa Mawar pun tidak kurang hebatnya.


Apa pun semua yang dinyatakan ini kemungkinan akan berlaku kerana itulah adat berpolitik. Kadang-kadang hari ini kawan esok mungkin jadi lawan. Lihat saja dulu DSSK dan TSP bukan main bermusuh berpolitik. Pernah lagi TSP cakap yang "kalau tiada parintah Salleh boleh di tembak kerana licik dan kejam berpolitik". Apa sudah jadi sekarang? TSP minum air liur kembali sanggup bersekongkol dengan musuh tradisinya demi untuk melangsungkan keria politik masing-masing.


Dengan berjuang berasingan untuk menjatuhkan MUSA AMAN adalah mustahil bagi mereka.Lalu pendekatan yang mungkin berbisa untuk mencapai impian mereka ini ialah menubuhkan satu pasukan yang dikenali USBO.

Pak Belalang masih yakin bahawa ALLAH SWT sentiasa bersama-sama orang yang berjuang atas landasan keikhlasan. Oleh itu DSSK dan TSP disaranankan kena bertawaduk terlebih dahulu terhadap dosa-dosa mereka sewaktu mempunyai kuasa tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sepenuhnya kepada bangsa di KB sehingga hari ini mereka masih dicemuh oleh penduduk KB dengan panggilan "kuda tua"


Wasalam.

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Selagi pemimpin Kota Belud tidak bersatu selagi itulah Datuk Musa Aman jadi Ketua Menteri. DSSK seperti permintaan Nyawa Bin Badan terlebih dahulu melakukan sesuatu untuk memulakan perbincangan menyatukan pemimpin Kota Belud.

Dengan ilmu politik yang tinggi saya yakin DSSK mampu melakukannya, yang penting disini tindakannya hendaklah disertakan dengan keikhlasan, kejujuran, dan kesungguhan. Baru ada umhh!!!!.

Pahlawan iranun said...

salam sdri KM dan Nujum Pak Belalang..

pertama sekali sy tertarik dengan posting yg sdri post kan ini. sdri memang pandai meramal seperti nujum pak belalang pada cerita zaman P Ramlie..

dalam renungan patik. anak TSP susah nak timbul dlm dunia politik KB kerna TSP sendiri mempunyai rekod yang kurang menyenangkan penduduk KB especially kaum irannun.

zaman kesemua tokoh politik di kb ini akan di hancurkan oleh kemunculan seorang peminpin yang betul2 berkarisma pada PRu13 nti..

Nak tahu siapakah pemimpin itu?? tanya lah dengan nujum pak belalang?

Watababai said...

Salam ziarah sekali lagi kak KElapa Mawar..

Sebagai orang yang mengenali TSP saya juga ada mendengar cerita orang yg dia akan menjadi TYT tidak lama lagi..

Tapi jika benar..bermakna TSP akan bersara lebih awal...Bagaimana kami di Marampayan ini..bolehkah dapat di bantu lagi..?

Si Babu dan si bapa kata..kalau TSP jadi TYT dia nak buat kenduri..sbb kata mrk lagi TYT tu lah paling tinggi di Sabah boleh dapat Tun..macam Tun Mustafa..

Moga-moga betul lah begitu..bangga juga aku kalau TSP jadi TYT.

Soal anaknya tu...susah mau cakap..kerja lumba kereta dulu lah..ndk tahu sekarang...

Pendekar Tua said...

salam Kawan-kawan semua..terutama empunya blog KELAPA MAWAR..

saya rasa pelik dan heran dengan sdri KM ini..tiada isu lain kah? asyik2 TSP dengan DSSK saja...

Kalaupun TSP jadi TYT itu dia punya pasal lah..Dia nak jadi KM kah? nak jadi PM kah? lantak dia lah..selama ini pun dia jadi macam-macam..kita begini juga..tidak berubah..Bagus ikut serta projek agropolitan tajaan Datuk Musbah..ada lagi faedahnya.

saya nie jarang juga mengomen..tapi ndak ketahanan sudah...nah kamu ulas lah kalau kamu mahu tahu lagi.apa-apa cerita menarik dari saya..

Unknown said...

salam kelapa mawar..meramal politik ini juga satu ILMU yang wajar dipelajari..ianya tidak semudah dengan membuat andaian semata-mata. Apabila Ds Najib mengambil kira PRU13 dan mempastikan UMNO Sabah tidak menghadapi sebarang krisis, maka Datuk Salleh Said di minta jgn bertanding MKT dan dijanjikan jawatan no.2 dalam UMNO.

seandainya dikatakan DSSK tidak dipilih calon DUN atau MP maka percaturan DS Najib itu tidak memenuhi matlamat stabilkan UMNO Sabah. memang benar kemungkinan itu ada tetapi kita juga mesti melihat matlamat asal memilih DSSK.

Musa Aman mengakui pengaruh SSK, Shafie Afdal dan TSP kerana mereka adalah pemimpin suku kaum yg majoriti dalam UMNO. Tidak semudah itu menidakkan peluang mereka dalam percaturan kuasa politik di Sabah.

Mengenepikan Ketua Bahagian dan Tim Pengerusi Perhubungan UMNO dalam keadaan UMNO yg nazak bukanlah percaturan politik yg bijak. Maka itu analisis dan ramalan mestilah berasaskan kepada fakta dan kenyataan yg berlaku sekarang. Jika UMNO kukuh dan kuat seperti 2004, ianya boleh dilakukan. Namun UMNO sudah dapat pengajaran pada PRU12 lalu. Ramai calon "payung terjun" kalah kerana tiada sokongan daripada UMNO bahagian.

Tidak salah untuk meramal.Namun harus juga kita jgn lupa setiap pemimpin juga tahu dan bijak mencaturkan masa depan politik mereka. Mereka juga ada perancangan utk "position" diri mereka. jawatan TYT bukan jawatan yg jadi rebutan. TSP adalah fighter politik. Jika banyak kepincangan dalam masyarakat, dia tidak semudah itu menerima jawatan yg dia boleh senang duduk ketika rakyat berhadapan dengan masalah...

Shafie Afdal tidak semestinya mau kembali ke Sabah selepas mendapat kedudukan yg penting di peringkat pusat..dia mugnkin tidak mendapat sokongan seperti yg diperolehi sekarang sebagai Menteri Pusat jika beliau menjadi KM Sabah..Shafie akan menghadapi lebih banyak musuh dalam politik.

apakah ini yg dikehendaki shafie?

Unknown said...

bulan lepas saya bincang lama dengan setpol PM mengenai kedudukan UMNO Sabah. Apakah 33 kerusi majoriti Melayu/Islam akan terus menyokong BN? jawapannya bergantung kpd suku majoriti dlm UMNO iaitu rumpun USBO..siapa pemimpin mereka?

Walaupun Shafie afdal berjawatan senior dalam UMNO teetapi dari segi pengaruh dia lebih confined kepada Bajau Pantai Timur terutama semporna. Tidak dapat tidak hakikatnya mesti diakui SSK dan TSP lebih berpengaruh di Sabah daripada Shafie Afdal. Ketiga-tiga mereka saling memerlukan.

Shafie tanpa SSK dan TSP hanya dapat sokongan 5 atau 6 Ketua Bahagian. Manakala SSK dan TSP perlu Shafie kerana hubungan intim beliau dengan DS Najib.

Utk hadapi PRU13, walau apaun terjadi ketiga-tiga tokoh ini saling memerlukan untuk pastikan UMNO dan BN Sabah mantap.

Musa aman dalam konteks ini sedar hakikat tersebut. Musa Aman tidak lagi "selesa" seperti ketika Abdullah Badawai PM dan KJ sebagai penasihat. Lanskap politik Sabah sudah berubah.

Dalam pada itu pemimpin seperti DARD masih juga relevan kerana beliau dapat berkerja dengan SSK dan TSP serta hubungannya juga rapat dgn Dato Hishamuddin dan Najib.

Maka itu saya jelaskan kepada Dato Shahlan, SETPOL PM, kaum USBO adalah "faktor" dalam menentukan masa depan UMNO di Sabah.

palingberani said...

salam Sdri Kelapa mawar ..

Salam sdr Musli..

kata TSP, dlm politik penuh dgn kemungkinan..
kalau apa yg sdr katakan itu bukan andaian, bagaimana kalau keadaan seperti ini berlaku:

1) Anak TSP bertanding di Tempasuk dan menang, adakah TSP tidak menerima TYT?
2. Kalau Shafie Afdal diturunkan di sabah..bererti kuasa politiknya bertambah kukuh..UMNO di Sabah juga akan bertambah kuat..datuk shafie org kuat Najib di sabah berbanding dgn DSSK dan TSP..Mungkin sdr Musli ingat lagi DSSK dan bahagian UMNO KB tidak mencadangkan DSN sbg naib presiden disaat akhir suatu ketika dulu..
3. DSSK dan TSP bukanlah tokoh yg begitu kuat sehingga Datuk Shafie perlu bergabung dgn mrk. Buktinya: TSP dan DSSK tidak tercalon tetapi rakyat tetap memberikan kemenangan kp Umno di KB.
4. Utk memastikan bahawa Datuk shafie tidak mengintai Jawatan Tim. Presiden Umno..maka cara yg terbaik ialah memberikan jawatan KM sabah kepadanya..Jadi laluan Hisamuddin nampak tidak berduri. DSN akan memastikan legasi Razak dan Tun Hussien Onn tidak mati dlm UMNO.
5. Dssk tidak akan menjadi kawan akrab kp TSP dan Datuk Shafie Afdal dlm tempoh yg lama..kerana percaturan politik DSSK selalunya tidak mengenal kawan...
6. walaupun Datuk shafie...jadi penasihat USBO, bukan bermakna peluang utk menjalinkan kerjasama dgn Musa Aman tertutup..Atas faktor DSSK sudah melukai DSN suatu ketika dulu...mungkin Musa Aman boleh dijinakkan oleh DSN..tambahan lagi prestasi Musa Aman ketika menjadi KM jauh lebiah baik dari KM Sabah sebelumnya terutama DSSK.

7. Isu rumpun bajau..di Sabah masi tidak releven buat masa ini..rakyat masih rendah kesedarannya..lihatlah pergerakkan USBo..tidak ada satu usaha utk menerangkan gagasan penyatuan rumpun itu.
8. rakyat Sabah terutama KDM dan Musa Aman melihat USBO sebagai musuh dlm selimut..dan mrk tidakakan duduk diam utk menghadapinya...Buat masa ini Shafie dilihat berkecuali..kerana kemenangannya dlm Naib presiden UMNO juga atas sokongan UMNO Sabah yg diterajui oleh MUsa Aman.

rojokobog said...

Salam KM dan Rakan-Rakan.
Jawatan TYT bermula drpd Tun Ahmad Shah Abullah diharapkan hendaklah dikalangan orang yang berpelajaran dan berilmu Agama, bole ckp org putih, tdk juga kita malu kalau ada duta asing dtg Istana, kalau pakai jurubahasa saya takut jurubahasa cuti sakit masa duta asing dtg Istana nanti TYT betapuk pula...satu lagi, rakan-rakan semua jgn lah blog KM ini jadikan satu gelanggang
perdebatan agak panas antara kita, kecuali dgn kebenaran ikhlas dari KM, kita komen lah tajuk yg diberikan oleh KM, bukannya kita hendak tunjukkan terror kita mengulas diluar tajuk....jangan kasi malu ONE KOTA BELUD..Sdra KM ngam kah saya cakap tu @ biar kan dia org bercakaran dlm blog KM.Maaf lah kalau apa yg saya ckp lebih2...MAT RAYA MAAF ZAHIR BATIN KPD YANG TERASA.

watasikadi said...

salam sdriku KM, beginilah adat resam dalam UMNO. seperti di posting sebelum ini saya sangat suka melihat menyatukan UMNO KB demi rakyat tetapi nampaknya tampak lebih sukar menjadi kerana keegoaan. sukar timbul pemimpin baru kerana masing-masing dibayangi dan mengenal pemimpin UMNO mesti berduit. setuju dengan kata-kata KM kita disabah dibelakang berbanding orang semenanjung dalam politik kerana masih memuja mereka yang berduit dan tanpa melihat kepimpinan mereka. kepada saudara nujum pak belalang, walaupun kuda tua tapi kedua-dua ini sangat berbisa, bayangkan kalau mereka diam-diam di rumah masa PRU12 tahun lepas, of course DJA sahaja yang menang. yang lain saya berani bertaruh tetap kalah. sekurang-kurangya DSSK yang dikata berdosa ada menaja beberapa yayasan yang memberi anak yatim berjaya, seperti salah seorang pelajar yayasan kebajikan suria berjaya melanjutkan pelajaran di Australia. apa cerita si kawan ADUN penaja projek AGRO kata sdr pendekar tua? apa yayasan? sambung dua banglo di kingfisher dengan jambatan adalah dan menambah kereta mewahnya. buang tax pun ndak pandai bah, tak tau sepa akauntan dia...hehehe.. ndak juga sampin letak proxy di company, SPRM tanya proxy pun proxy pun ngaku. kalau begini ndak lama lah riwayat si kawan kita tu..hehe.. saya bukan mahu menyokong DSSK dan TSP, saya orang luar yang jika DSSK dan TSP dicalonkan BN pun saya tetap mengundi pakatan rakyat.saya cuma memberi komen atas kapasiti menyelamatkan masyarakat kota belud yang lama tertindas. cara orang dulu lain, manusia boleh berubah.PAS SAMPAI MATI. TAKBIR!

watasikadi said...

epada saudaraku nyawa dan badan.berdasarkan jawapan saudara di posting yang lepas, terima kasih atas jawapan saudara. saya sangat menghargai apa kata-kata saudara. terima kasih saudara. saya akan menjadikan teguran saudara yang betul sebagai panduan. saudaraku, inilah yang mahu PAS lakukan terhadap DAP iaitu cuba mentarbiyah mereka dengan dengan bergaul dengan mereka dan memperlihatkan kepada mereka bahawa Islam itu indah. takkan kita mahu tarbiyah mereka melalui SMS kan. atau melalui akhbar. sekurang-kurangnya bagi mereka peluang menyelami hati budi masyarakat islam saudaraku. jika UMNO lah wadah melayu kata saudara, mengapa dapat dikikis 5 negeri PRU12? rampas pulak perak. walaupun mahkamah bagi BN memerintah rakyat tahu, takkan rakyat percaya wakil rakyat tiba-tiba pindah jika tidak diberi habuan dan jaminan terlepas dari rasuah? jika kita tidak memberi peluang DAP ditarbiyah dan dituduh dengan fitnah pelbagai macam samapi bila takkan ditarbiyah. takkan bagi pada UMNO tarbiyah mereka di kadai numbur kan. mengenai dengan saudara ladim, beliau juga manusia, jadi tiada manusia sesempurna rasullah saudaraku. Fikirlah, membangunkah KB dengan BN? masih buang masa cantas mencantas, tidak mahu ketepikan ego masing demi rakyat. hanya orang berduit boleh memimpin. tapi apapun saya sangat suka jika impian penyatuan ini menjadi dengan harapan dapat memberi pembangunan kepada KB dan masyarakat dari semua segi. PAS sampai mati. Takbir.

Unknown said...

Mohon Laluan Saudari KM untuk menjawab Persoalan Watasikadi,

Saudara jangan terlalu ghairah dengan PAS boleh menterbiah DAP. Sekarang persoalannya DAP terang-terang tidak menerima negara Islam yang diimpikan oleh PAS.

Jangan kerana keghairan kita mendirikan negara Islam, apa yang kita miliki sekarang ini akan berciciran. Kita ada juga parti-parti bukan Islam dalam BN, akan tetapi mereka tidak pernah pun mempersoalkan dasar-dasar kerajaan mengenai Islam.

Sedangkan lagak yang ditunjukan oleh setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang seolah-olah bangsa cina atau kristian mejoriti dalam negara ini.

Dalam zaman Rasullulah pun dulu, mana-mana orang kristian yang tidak tunduk kepada pemerintahan Islam akan diperangi habis-habisan. Kenapa pula DAP yang terang-terang menolak pemerintahan negara Islam dijadikan kawan oleh Parti PAS.

Berdasarkan itulah saya beryakinan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam sepertimana yang mereka laung-laungkan selama ini. Dan bagi saya matlamat utama mereka ialah untuk memerintah negara ini dengan apa cara sekalipun.

Saya menyokong UMNO kerana parti ini telah terbukti berjaya memerintah negara ini dalam tempoh 52 tahun dengan di dokong parti-parti yang berasaskan kaum dan agama yang lain daripada islam dan terdapat di dalam negara ini. Dalam tempoh separuh dekad itu kita tidak pun mengharungi sejarah hitam seperti negara yang dilanda krisis peperangan.

Apakah saudara boleh menjamin yang PAS dan DAP yang bersekongkol ini boleh membawa rakyat ini ke arah kemakmuran?. Kita jangan terlalu terikut-ikut orang lain sehinggakan membinasakan keharmonian yang kita nikmati selama ini.

watasikadi said...

mohon diizinkan saudara KM, menjawab persoalan dengan nyawa dan Badan. Nampaknya macam belum tamat persoalan kami ini. maafkan saya KM. saya menghormati pendapat nyawa dan badan. saya jamin saudara Malaysia di bawah PAS akan aman makmur. jadi mana saya mau kasi turun signature saya tanda jaminan ini?hehe.. Antara yang lim guan eng buat di tahun pertama pemerintahannya di Penang ialah memperkasa dan memartabatkan intitusi pendidikan berteraskan islam dengan menaikkan gaji guru KAFA bagi memberi peluang kepada murid-murid menikmati lebih masa mempelajari agama selain dari sekolah. jika sebelum ini gaji diberi hanya menampung masa enam jam sahaja seminggu sekarang sudah menjangkau 12 jam seminggu. selepas itu barulah kerajaan negeri bawah BN mengikutmya kerana sudah kecut.hehe.. tapi apa sudah jadi dengan budaya dan gejala sosial terutamanya remaja islam kita hasil pemerintahan 52 Tahun BN? semakin lama kes gejala sosial semakin serius, semakinb kurang ajar. inikah pembangunan modal insan? cuba saudara rujuk pelajar dari negeri mana paling ramai diuniversiti? sabahkah? johorkah? atau negeri sembilan? pastilah kelantan darul naim kerana didikan dari awal mereka membolehkan mereka berjaya di akhirnya. Jika kita terus beerpaksikan semangat kebangsaan kita akan hanyut dibuai nikmat bangsa dan bukan nikmat agama. Dikubur nanti kita ditanya tentang agama kita bukan tentang bangsa dan negara kita dan slogan kita. bila ditanya Siapa Tuhan Kamu? (Marobbuka?) saya tidak mahu jawab satu malaysia,rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...hehehe..akhirat dan dunia harus seimbang saudaraku. Kita harus sedar sebelum terlambat bahawa perjuangan akhirat jua kekal akhirnya. sebelum kita persoal DAP kita persoalkan dulu mengapa UMNO menolak Hudud? DAP cina menolak islam kita tidak hairan, UMNO melayu menolak itu harus dihairankan. diajak debat kecut pulak.. muhasabah diri.

Unknown said...

Watasikadi,

Nak panjang-panjang cerita tak guna tahu. Kenapa Pas Selangor gaduh dengan Dap? Kenapa Pas Kedah gaduh dengan Dap. Baru setahun lebih berkongsi kuasa dah berantakan inikan mencapai 52 tahun seperti UMNO.

Begini saja saudara kalau Allah SWT itu mengizinkan 52 tahun UMNO memerintah negara ini bermaksud pemerintahan UMNO itu mendapat keberkatan dari Allah yang maha Esa. Pas berjuang dah berlama tidak juga dapat merampas kerajaan Pusat, itu bermaksud Allah SWT belum mengizinkannya berkuasa.

Justeru itu fikir-fikirlah saudara.

watasikadi said...

setiap kejadian dijadikan Allah SWT ada hikmahnya. Ujian itu diberi dalam pelbagai cara dan tempoh, bukan setakat 52 tahun kalau ALLAH mahu beri 100 tahun itu ada hikmahnya.hehe.. cerita PAS gaduh dengan DAP nampaklah saudara, cerita DSSK dan DHMJ macamana? cerita DSSK dan Musa macamana? Cerita Mahathir dan Pak Lah? sampai di cawangan pun bergaduh macamana? cerita jakub dan Husin macamana bagi cawangan pun gaduh? semuanya warisan pusaka yang terpaksa diterima hasil peninggalan Tunku dan Onn sejak awal penubuhan UMNO. tapi semua parti dan pakatan ada masalah dan krisis dan ini cuma ujian kecil dari ALLAH, kita harus terima sebagai ujian. jangan kita melihat ujian orang lain seperti kita sangat sempurna saudaraku. UMNO bercakaran dari dulu sampai sekarang dengan menutupnya dengan hipokrit sekali.hehehe.. apapun hakikatnya kita lihat PRU-13 nanti. mungkin BN boleh tahan sabah. Tapi negara macamana? bolehkah dipertahankan?hehe tunggu dan lihat. ndak buli lari aa dan ndak juga buli nangis...

BELUM PENDEKAR said...

Salam semua,

1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Musli di atas komen beliau yang pada saya begitu bernas sekali. Isi kandungan komen tersebut jelas menunjukkan bahawa ia merupakan suatu komen yang diberikan oleh seorang yang propfesional dan berpengetahuan kerana komen tersebut didasari dengan fakta-fakta yang sahih dan dapat diterima. Syabas saudara...

2. Selain daripada komen saudara Musli, saya tidak nampak ada komen-komen lain yang agak releven dalam isu ini. Kebanyakan komen lebih merupakan persepsi "sendiri" yang pada saya bukanlah merupakan pandangan ramai. Oleh kerana dalam politik suara ramai itu selalunya akan menjadi penentu kepada sesuatu perkara maka "telahan" yang diberikan tersebut pada saya tidak lebih dari cerita wayang yang cuba diada-adakan. Lagipun, isu siapa TYT selepas PRU13 bukanlah perkara utama yang sepatutnya diberi perhatian. Saya sesungguhnya sangat hairan mengapa isu ini yang cuba dijaja kerana pada saya ianya tidak membantu dalam membina masyarakat KB khususnya. Melainkan, ada niat lain yakni mematikan sokongan rakyat terhadap TSP, maka isu ini akan menjadi releven. Dan, jika itu matlamatnya.. maka, saya ingin mengatakan bahawa tidak perlulah bermimpi di siang hari kerana perkara tersebut agak mustahil. Sokongan terhadap pejuang politik yang masih unggul seperti TSP dan DSSK tidak akan mati kerana mereka masih diperlukan oleh bangsa kita.

3. Ah, sokongan saya kepada TSP dan DSSK ini pasti dianggap serong oleh Nyawa bin Badan.. Saya terbaca dalam komen beliau di dalam tulisan Kelapa Mawar yang lepas dia menyebut nama saya sebagai antara orang yang menyokong TSP selain SMA dan Sambal Belacan. Agak lucu pada saya sebenarnya... Sedang beliau boleh menyokong pemimpin yang beliau suka dan menghentam pemimpin yang beliau tidak suka, beliau sekan tidak senang bila SMA, Sambal Belacan dan saya menyokong TSP dan DSSK serta menghentam pemimpin tertentu yang mungkin kemahuannya. Jelas sekali "kedangkalan" saudara ini. Pada saya, tidak salah saudara mempertahankan pemimpin yang saudara suka dan saya mempertahankan pemimpin yang saya suka kerana kita punya penilaian yang berbeza. Kalaupun penilaian kita sama, ukurannya mungkin berbeza. Jadi, kita pertahankanlah pemimpin kita dengan hujah bukan dengan tohmahan..

...bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

sambungan..

4. Berbalik kepada topik asal, sebenarnya isu yang patut ditonjolkan pada saya ialah "Siapa Ketua Menteri Sabah selepas PRU13"?. Saya mengatakan demikian kerana, siapa yang menjadi Ketua Menteri (CM) akan menentukan untung nasib "BANGSA" kita. Setakat ini, saya melihat bahawa hanya sebilangan kecil daripada kita yang mendapat manfaat daripada kepimpinan sediada. Rata-rata kawan kontraktor yang saya jumpa mengeluh kerana projek negeri amat sukar diperolehi. Hanya yang rapat dengan kepimpinan sahaja yang dapat mereka kata. Yang sedihnya, projek kelas F pun orang tertentu masuk campur juga. Kalau projek buat lapangan terbang KK baru atau projek tenaga elektrik di bongawan yang dia masuk kira tidak apa juga walaupun sebenarnya tidak kena. Jadi, apa relevennya isu siapa TYT ni...?

5. Dalam dua tulisan yang lepas, saya mendapati bahawa ada sedikit kesedaran tentang perlunya perpaduan antara pemimpin khususnya di KB. Dan, kononnya DSSK dan TSP lah yang menjadi punca kepada perpecahan dan perebutan kuasa ini. Saya tidak tahu kenapa mereka yang selalu dipersalahkan setiap kali . Walhal TSP sendiri tidak bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO Bahagian dan DSSK hanya bertanding disaat-saat akhir dan itupun setelah didesak dan dipujuk oleh rakyat yang meminta beliau menerajui semula UMNO Bahagian. Rakyat bertindak demikian kerana kepimpinan sebelum ini terlalu memihak kepada CM sehingga orang-orang KB merasa tidak terbela. Tindakan CM mengguggurkan nama-nama besar seperti Rahim Ismail, Amirkahar, Yusof Yaakob, TSP, DSSK dan sebagainya dilihat sebagai usaha melenyapkan orang yang mampu mencabar kedudukan beliau. Malah Bung dan Datuk Ghaffur juga dapat masuk semula di saat-saat akhir. Rakyat sedar bahawa pemimpin terdahulu tidak mungkin mampu mempertahankan maruah bangsa kerana mereka tidak punya kewibawaan. Suka mengampu. Tidak tahulah samada cerita yang berlegar semasa pemilihan dahulu ini benar atau salah... cuma, kononnya masa pemilihan tersebut pemimpin-pemimpin tertentu ditaja oleh pemimpin atasan peringkat negeri untuk bertanding. Matlamatnya supaya DSSK kalah. Begitu juga, kalau boleh mereka mahu nama TSP dipadam terus dari arena politik. Jadi, siapa yang memulakan perpecahan ini sebenarnya?.
6. Justeru saya setuju dengan saudara Musli bahawa “USBO” tetap akan menjadi penentu dalam menentukan siapa CM yang akan datang.

kelapa mawar said...

salam sdr belum pendekar..

Memberi pujian atas ulasan sdr Musli bagi saya tidak salah..sehingga melabelkannya sbgi idea profesional..biarpun meperlekehkan idea orang lain yang bersuara di peringkat akar umbi (bawahan)..

Namun apa yang menjadi tandatanya saya ialah..bolehkah USBO dilihat dari demensi yang lain. Maksud saya..Sdr Musli memberi komen atas faktor kerana dia mendukung perjuangan USBO ( ahli Jwatankuasa Usbo). Bagaimanakah pandangan lain yang berkecuali..ertinya melihat USBO dari dua demensi yang berbeza..

Melihat Usbo dari kaca mata politik peribadi danUSBO dari kaca mata politik bangsa. Misalnya, kenapa USBO dijadikan loncatan kepada apa yg dikatakan sebagai Idea penyatuan rumpun bangsa?...Apakah UMNO Sabah 'gagal' sebagai wadah penyatuan masyarakat Islam di Sabah..?
Jika gagal..apakah rasional pembubaran USNO..?
Kalau benar UMNO Sabah gagal...maka berpatutankah pemimpin USBO berada dalam UMNO Sabah..?

Mohon maaf sdr Belum pendekar kerana mengutarakan pandangan sebegini. Rasanya DSSK dan TSP serta yang lain..tidak sampai memikirkan bahawa perjuangan USBO diterima secara keseluruhannya oleh rumpun bangsa Bajau..Sebagai pemimpin kelas atasan mereka..seharusnya memikirkan dilema diperingkat bawahan..

Idea penyatuan rumpun bangsa bagi saya satu idea murni yang perlu berpaksikan kepada keikhlasan bukan tujuan lain..dan sebagai orang bawahan persoalan itu perlu dijelaskan kepada masyarakat..

Ikhlasnya.!.isu penyatuan Rumpun sebangsa itu tidak sampai di peringkat akar umbi..mungkin ada kesilapan satu dua yang perlu diambil perhatian..

Menjaja idea penyatuan rumpun sebangsa disaat rakyat dan masyarakat akar umbi masih dibelenggu kekaburan agenda USBO rasanya tidak adil..

Sdr Musli mungkin duluan memahami isu penyatuan ini..tetapi cukupkah dengan seorang dua yang sdr katakan sbg profesional ideanya, mendukung perjuangan USBO dalam jangka masa yang lama dan bertahan dlm beberapa dekad..?

Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh TSP dan DSSK, mengaut sebanyak mungkin idea-idea akar umbi utk melakar kesempurnaan penyatuan rumpun bangsa , itupun jika benar-benar berlaku..? jika tidak....yang syok ialah mrk sahaj..sedangkan akar umbi ,masih bergelumang dgn rasa tandatanya..?

mohon sekali lagi..kpd Sdr Belum pendekar utk menyampaikan kpd TSP dan DSSK dalam hal ini..muda-mudahan dgn keterbukaan kita membincangkan hala tuju penyatuan bangsa ini kita akan lebih bersedia menerima gagasan dan pemikiran mereka...

Mengenai relevan jawatan TYT dan USBo akan saya paparkan dalm posting akan datang..harap sdr Belum pendekar mengikutinya. salam hormat dari saya...

Pendekar Tua said...

A'kum KELAPA MAWAR..

Saya nampak hanya yang berkaitan dengan isu sdri ini ialah rumpun USBO penentu kuasa politik umno di sabah..Itu saya sokong betul...

Tapi yang hairan bin ajaib kenapa Datuk Musbah rumpun Bajau disisihkan..?
Kenapa DARD juga rumpun bajau diperlekehkan?
Kenapa Tun Musthapa ketika meninggal, Datuk salleh tidak pun pandang peduli..? beliau juga rumpun Usbo kan..

Saya masih ingat ketika pilihanraya di Kb, ada satu kain rentang mempersoalkan tindakan datuk Salleh waktu itu dia KM, memberi cuti gara-gara pasukan sabah menang piala FA, tapi masa Tun Mustahpa meninggal tidak ada acara penghormatan politik yg diberika...sepatutnya Sabah cuti menghormati jasa Tun itu..sebab itulah datuksalleh ketulahan.

sekarang datuk salleh bawa Amir kahar dalam USBO..kenapa ya?

Unknown said...

Salam...
Belum Pendikar, nampaknya tidak pandai kira...kalau kami semua memberi pandangan yang sama melainkan Musli Oli...apakah ini bukan pandangan ramai? sudah nyanyuk agaknya!!!